Bab 33

Romance Series 14495

“Maafkan saya sebab terlambat,” ujar Syasya sambil membetulkan tudung yang sedikit berkedut. Inilah padahnya nak cepat, tudung pun tak sempat nak gosok dengan betul. Syasya berpaling ke arah temannya yang dari tadi diam sahaja. Hai marah ke....

“Mira, awak marah ke?” ujar Syasya. Panggilan Syasya mematikan pandangan Amira terhadapnya.

“Eh tak adalah. Saya cuma terkejut,”

“Kenapa terkejut? Muka saya ada apa-apa ke?” soal Syasya sambil menyapu mukanya. Manalah tau bedak tak rata ke? Kalau ada malunya.

“Taklah, cuma bila awak datang tadi saya langsung tak kenal awak. Serius saya kata kalau tak tengok betul-betul, saya memang tak terfikir yang itu awak. Lain betul muka awak bila dah besar ya?” ulas Amira panjang lebar.

“La apa yang bezanya, saya rasa sama aje,” ujar Syasya sambil membelek menu di hadapannya.

”Sangat bezalah, ingatkan tadi yang duduk depan saya ni minah korea. Nak kata orang korea tapi bertudung, tu yang saya perhati lama tu,” gurau Amira.

“Dah-dahlah nak samakan saya dengan orang korea tu. Saya ni melayu tulen tau. Lagipun mungkin sebab kita dah lama tak jumpa sebab tulah awak rasa muka saya dah lain.” ujar Syasya lembut.

“Mungkin kut, tapi lainlah,” ulas Amira lagi, masih belum habis membelek muka Syasya.

“Awak pun lain Mira?” serkap Syasya. Amira terkedu.

“Apa yang lain?’

“Yalah muka berseri aje...maklumlah dah nak jadi bini orang.” sakat Syasya.

“Ish mana ada lain sama aje. Memang saya dah nak jadi bini orang, awak tu bila lagi?” Amira mengutarakan soalan maut. Syasya terkedu. Alamak orang nak kenakan dia, dia kenakan kita pulak. Adoi Amira ni tak ubah lagi perangai dia yang suka menyakat.

“Eh, jomlah order dulu,” Syasya memanggil waiter dan memesan makanan dan minuman. Amira hanya tersenyum. Tak apa kejap lagi tau lah aku nak korek rahsia minah korea ni....
**
Setelah selesai makan, Syasya dan Amira berbual seketika sambil menunggu makanan serap sepenuhnya dalam sistem percernaan badan.

“So, sekarang awak kerja dekat syarikat papa awaklah ya?” soal Amira sambil menghirup sedikit juice apple.

“Yup! Baru setahun kerja dengan papa. Masih dalam pembelajaran lagi.” ujar Syasya rendah diri.

“Tercapai jugakan impian awak nak jadi pereka landskap macam papa awak,” Syasya tersenyum.

“Haah, syukurlah. Setidaknya hasrat papa tercapai nak anak dia ikut jejak dia. Lagipun ni bidang saya minat. Awak pun tercapai jugakan untuk jadi pereka fesyen, siap ada butik lagi,” puji Syasya ikhlas.

“Awakkan tau tu aje yang saya minat dari dulu. Nasib baik ummi dengan walid restu. kalau tak, tak tau saya jadi apa sekarang. Eh singgahlah butik saya bila free, nanti saya bagi alamat,” ajak Amira.

“Sure why not, nanti saya.....” kata-kata Syasya terhenti bila ternampak seseorang yang dikenalinya. Tak sempat nak tegur, orang itu sudah menaiki kereta dengan kalut.

“Kenapa Sya? Awak tengok siapa?” soal Amira bila melihat Syasya seperti memandang seseorang. Syasya segera memberi tumpuan pada Amira kembali.

“Oh tak...tadi saya macam nampak client saya, tapi tak sempat nak tegur dia dah keluar,” jawab Syasya bingung. Kenapa Tengku Sofia nampak kalut aje tadi, ada apa-apa ke? Eh kalau ada apa-apa pun, apa kena mengena dengan aku....bisik hati Syasya.

“Siapa?” soalan Amira mematikan lamunan Syasya.

“Tengku Sofia.” Nama yang disebut Syasya menyebabkan Amira tersedak. Syasya segera memberikan tisu buat rakannya. Hai sebut nama dah tersedak.

“Si...siapa?” soal Amira lagi. Eh budak ni dah pekak ke....Syasya pelik.

“Tengku Sofia. Kenapa awak kenal dia ke?” soal Syasya. Amira mula panik.

“Erk....awak tau tak siapa Tengku Sofia tu?” soal Amira perlahan.

“Tak tau sangat pasal dia, yang saya tau dia client penting syarikat papa. Dia selalu guna khidmat syarikat kami tapi hari tu papa suruh saya uruskan projek dengan dia. So, ni kali pertamalah saya deal dengan dia. Kenapa?” soal Syasya, dia seolah-olah merasakan Amira cuba menyembunyikan sesuatu darinya.

“So means awak tak tau apa-apa langsung tentang keluarga Tengku Sofia?” soal Amira lagi. Syasya ketawa.

“Kenapa saya perlu tau tentang keluarga dia pulak. Penting ke?” ujar Syasya sambil mengacau minumannya dengan perlahan. Hai Amira...Amira...

“Dia ibu Ammar,” jawapan Amira menghentikan perbuatan Syasya.

“Awak jangan bergurau Mira.”

“No, I’m not kidding! Ya dia ibu Tengku Ammar,” kenyataan Amira sekali lagi membuatkan Syasya kelu. Ya Allah kenapa aku tak perasan yang nama penuh Ammar ialah Tengku Ammar Bin Tengku Ismail. Patutlah sewaktu Tengku Sofia menyebut nama suaminya, Syasya seolah-olah seperti pernah dengar nama itu tapi perasaan itu segera diabaikannya.

“Mira....saya tak tau. Saya betul-betul tak tau yang itu ibunya Am. Macam mana ni, apa saya perlu buat, saya tak nak jumpa Ammar,” ujar Syasya kalut. Amira cuba memikirkan sesuatu.

“Sekarang awak memang tak akan jumpa dia soalnya apa yang saya tau dia masih di Korea lagi,” setelah mendengar ungkapan Amira, Syasya menarik nafas lega.

“Tapi....” ayat Amira seterusnya mematikan perasaan lega Syasya.

“Tapi kenapa?”

“Dia akan balik tak lama lagi,”

“What!! So macam mana, patut ke saya tolak projek tu?” Idea gila Syasya mula datang.

“No! You can’t do that. Nanti apa yang awak nak jawab kat papa awak. Projek tu pentingkan untuk syarikat. Itu bukan cara yang sesuai,” bantah Amira. Syasya mula buntu.

“Ha....I got some idea!” ujar Amira excited.

“What?” soal Syasya tak sabar. Bijak betul rakannya kalau bab macam ni.

“Awak teruskan projek ni....” Ha..! Syasya sudah ternganga, idea apakah ini?

“Sabar jangan nak nganga sangatlah, dengar explaination saya dulu,” Amira rasa nak tergelak melihat muka kelat Syasya tu.

“Explain in details, please....”

“Maksud saya, awak teruskan aje projek tu dengan Tengku Sofia. If awak jumpa Ammar, awak buat pura-pura tak kenal dia. Saya pasti dia tak akan kenal awak punya.”

“Macam mana awak yakin yang dia tak akan kenal saya?” soal Syasya ragu-ragu.

“Saya dan Danial sendiri pun take time nak kenal awak inikan pulak Ammar. Surely dia mesti tak kenal punya kalau dia tak duduk dekat dengan awak. Jadi pastikan jarak awak dengan dia tak dekat, dengan itu identiti awak tidak terbongkar. So, how?” soal Amira. Fuhh idea aku memang selalu mantap...hahaha, puji diri sendiri nampak!

“Humm awak nak saya menyamar ke?” soal Syasya blur. Amira mengeluh. Aduh lembap pulak otak rakannya ini.

“Tak payah menyamar just sembunyikan identiti awak tu aje. Just pretend you are not Syasya that he know. You just have to change you name, only that,” ujar Amira sambil mengangkat keningnya.

“Yana?” soal Syasya tiba-tiba. Entah kenapa nama itu yang terkeluar.

“Who’s yana?” soal Amira kembali.

“Yana, nama yang Tengku Sofia panggil saya,” terang Syasya.

“That’s great! Tak payah nak cari nama lagi. Just guna nama Yana bila awak berhadapan dengan mereka, so secara langsung Ammar tak akan tahu awak ialah Syasya. Awak bukan menyamar cuma awak sembunyikan identiti awak lagipun Yana also part of your name right? So teruskan....” Amira cuba menyalurkan semangat buat rakannya. Dia pasti rancangannya ini akan berjalan lancar.

“Awak yakin benda ni akan berjaya?” soal Syasya sekali lagi, Amira menggengam tangan rakannya.

“Saya yakin!” ulas Amira. Syasya menghela lega. Harap ia berhasil. Tapi kuatkah aku untuk berhadapan dengannya nanti.
**
Syasya mematikan enjin kereta Proton Preve miliknya. Di depannya kini tersergam indah rumah banglow milik clientnya, Tengku Sofia. Hari ini dia diminta untuk datang ke rumah itu untuk melihat sendiri tapak yang ingin diubahsuainya nanti. Syasya menarik nafas sebelum keluar dari keretanya. Kedatangannya disambut mesra oleh Tengku Sofia.

“Assalamualaikum Tengku, maaf jika saya sedikit terlewat,” ujar Syasya perlahan.

“Waalaikumsalam, eh dah lupalah tu panggil aunty aje,” Syasya hanya tersengih bila mengenangkan kesilapannya. Nak buat macam mana dia tak biasa sangat.

“Yana tak sesat ke datang sini, maklumlah tempat ni sedikit private. Anak aunty tu memang suka duduk tempat yang sunyi sikit. Cari ketenangan katanya...” ujar Tengku Sofia sambil tergelak. Muka Syasya mula kelihatan pucat. Anak?

“Oh lupa aunty nak cakap sebenarnya rumah yang kita nak decorate taman ni ialah rumah anak lelaki aunty. Sekarang ni dia tak balik lagi dari oversea, so dia mintak aunty carikan orang untuk hias taman rumahnya biar nampak more natural sikit,” ulas Tengku Sofia panjang lebar.

Muka Syasya mula kelihatan ibarat ayam berak kapur. Ya Allah, apakah ini semua? Kenapa makin lama aku nak jauhkan diri dari dia, ada sahaja benda yang makin dekatkan aku dengan dia. Fuhh tenang Sya, jangan cepat menggelabah. Buat biasa aje, buat yang kau tak kenal dia. Simple!

“Yana, awak okey ke?” soal Tengku Sofia bila melihat tiada reaksi dari Syasya. Syasya tersedar.

“Erk...saya okey aunty. So, bila Ammar balik sini?” soal Syasya ramah. Tengku Sofia mengerutkan mukanya.

“Mana Yana tau nama anak aunty Ammar?” soal Tengku Sofia hairan. Syasya rasa hendak menampar aje mulutnya sekarang. Tulah nak ramah sangat, habislah kau kena ramah dengan Tengku Sofia!

“Errr....saya...saya ternampak nama dia dekat pintu bilik rumah ni, Ammar right erk no, I means...Tengku Ammar, kan?” hurai Syasya gelabah. Fuhhh nasib baik idea datang pantas. Nasib baik lagi dia terpandangkan nama Ammar dekat pintu bilik rumah itu. Tengku Sofia mengangguk, kelihatan percaya dengan katanya. Syasya menarik nafas lega. Dia segera menuruti langkah Tengku Sofia ke deretan gambar anak bujangnya itu. Ya ke bujang?

Syasya melihat gambar anak lelaki Tengku Sofia iaitu insan yang dia sangat rindui selama ini. Tidak pernah terdetik di hatinya untuk melupakan Ammar, nama Ammar sentiasa mekar dalam hatinya. Langkahnya terhenti pada suatu gambar. Kelihatan Ammar sedang memakai pakaian berwarna putih dan sedang tersenyum manis, macam berada dalam majlis bahagia saja.

“Gambar ni diambil sewaktu majlis pertunangan anak aunty,” Jelas Tengku Sofia tanpa segan silu. Syasya terpana. Tunang!

“Waktu ni anak aunty bertunang dekat korea. Ammarlah mintak supaya majlis ni diadakan dekat korea. Katanya private sikit, kahwin baru buat kat Malaysia besar-besar pun tak apa. So kitorang ikutkan aje.” Syasya masih lagi berdiam, tanggannya erat digenggam.

“Aunty ni kalau boleh tak nak tunang-tunang ni, kalau boleh kahwin terus tapi Ammar kata biarlah tunang dulu, ikut adat katanya. Ammar pun satu beria-ria sungguh dia sedangkan yang...” bunyi telefon mematikan perbualan Tengku Sofia. Tengku Sofia meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.

Syasya masih setia menatap foto itu. Raut wajah Ammar dari dulu langsung tidak berubah. Makin kacak adalah. Rupanya awak dah tunang Am. Saya sangka awak akan tunggu saya. Nampaknya saya berangan aje, manalah orang macam saya ni layak untuk orang macam awak. Tak apalah saya bahagia, asal awak bahagia. Tanpa disedari setitis air matanya menitik, Syasya segera mengesat supaya tidak ingin Tengku Sofia sedar akan emosi dirinya yang tiba-tiba berubah.

“Yana, can we discuss about this projek dekat taman terus,” pinta Tengku Sofia. Syasya tersenyum dan segera ke tapak projek. Meskipun hatinya sedih tetapi apa boleh buat mungkin sudah suratan takdir bahawa jodohnya bukan di sisi Tengku Ammar. Syasya reda!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience