Bab 72

Romance Series 14495

Tiga bulan kemudian.
Syasya menutup surah Yasin yang baru dihabis baca untuk arwah. Syasya tersenyum lalu mengusap perlahan batu yang tentera nama arwah. Setitis air mata jatuh lalu segera Syasya menyapunya.

“Sya balik dulu, nanti Sya datang lagi. Assalamualaikum,” bisik Syasya seolah-olah berbicara dengan arwah.

Syasya mematikan enjin kereta. Perutnya yang sudah makin menonjol diusapnya perlahan.

“Kita dah sampai sayang.” Syasya tersenyum bila menerima respon positif anaknya.

“Sya. dah balik dah,” tegur satu suara. Syasya segera bersalam tanda hormat.

“Baru sampai.”

“Sya melawat kubur Haikal ya?”

“Ya aunty. Mana lagi Sya nak pergi kalau hari macam ni, kalau tak ke kubur arwah,” ujar Syasya perlahan. Datin Hanum menghampiri Syasya dan menepuk perlahan bahu wanita tersebut.

“Maafkan anak aunty atas apa yang dia lakukan pada Sya dulu.” Balas Datin Hanum sebak. Hati ibu mana tak sedih bila kehilangan anak. Tapi Datin Hanum bangga Haikal meninggal kerana membela nasib orang tak bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan yang dia lakukan. Mama harap Kal tenang di sana ya, nak!

Syasya segera memeluk wanita tersebut. Hatinya juga turut sedih atas kehilangan seorang sahabat meskipun tidak banyak kenangan yang baik bersama arwah tapi Syasya terharu akan keberanian Haikal yang cuba menyelamatkannya sehingga terkorban.

“Sya dah lama maafkan arwah. Aunty jangan risau, ya. Semoga arwah tenang di sana. Kita di sini doakan banyak-banyak untuk arwah.” Balas Syasya tersenyum. Datin Hanum mengangguk.

“Sya....aunty ada buatkan kek coklat. Semalam Sya kata teringin nak makan kek kan,” ajak Datin Hanum. Syasya tersenyum kegirangan lalu mengikut ke dapur.

“Waa....sedapnya. Untung anak ibu ni, baru teringin hari ni dah dapat,” usap Syasya pada perutnya. Datin Hanum tersenyum melayan keranah Syasya. Baru dia faham kenapa anaknya boleh jatuh cinta pada gadis yang bernama Syasya Ilyana, kerana siapa yang mengenali rapat anak ini pasti akan jatuh hati, begitu juga dengan dirinya.

Datin Hanum menghulurkan sepotong kek pada Syasya. Syasya segera menuangkan air teh pada Datin Hanum dan dirinya.

“Uncle tak balik lagi?” soal Syasya sambil menyuap kek ke dalam mulutnya.

“Uncle kata dia balik lewat sikit, ada hal. Biasalah Sya, orang businessman memang macam tu,” balas Datin Hanum.

“Sya, boleh aunty tanya sikit?” Syasya mengalihkan tumpuan pada pertanyaan Datin Hanum.

“Sya tak nak balik tengok suami Sya?” Pertanyaan Datin Hanum menghentikan perbuatan Syasya yang sedang mengacau minumannya.

“Aunty bukan apa, takut keluarga dan mertua Sya tercarikan Sya. Mesti suami Sya pun risaukan tentang Sya, kan. Sya tak nak balik dekat diorang ke?”

“Aunty tak suka Sya duduk sini?” soal Syasya.

“No...aunty tak bermaksud macam tu. Aunty suka Sya duduk sini. Sejak arwah pergi, tinggal aunty dan uncle saja dalam rumah ni. Kakak dan abang arwah tak boleh duduk sini sebab diorang masing-masing dah berkeluarga. Bila Sya duduk sini, hilang sikit sunyi uncle dan aunty. Kami seronok bila Sya dapat ganti tempat arwah di sisi kami.” Ucap Datin Hanum lalu menyentuh lembut tangan Syasya.

“Sya tiada jawapan untuk pertanyaan aunty. Hati Sya masih sakit. Sya rindukan keluarga Sya tapi Sya tau kalau Sya balik, Sya akan jumpa dengan suami Sya. Sya masih belum siap untuk itu,” luah Syasya.

“Izinkan sementara ni Sya duduk di sini sebab hanya kat sini saja tempat yang diorang tak dapat cari Sya,” Datin Hanum mengangguk.

“Tak apa Sya, duduklah selama mana yang Sya nak. Aunty dan uncle akan jaga Sya dekat sini,” Syasya tersenyum pahit.
**
Syasya menutup Al-Quran. Satu surah Al-yusoff habis dibacanya. Orang kata waktu mangandung ni perbanyakkan baca surah Al-yusoff, Al-Maryam kerana banyak kelebihan untuk bayi dalam kandungan. Syasya mengusap perlahan perutnya.

“Semoga sayang menjadi anak yang soleh atau solehah pada ibu dan pa...” Syasya terhenti. Syasya menarik nafas panjang.

“Pada ibu ya...” sambung Syasya. Syasya bergegas menyimpan telekung dan sejadah. Niatnya ingin turun seketika, tekaknya tiba-tiba terasa dahaga. Sewaktu Syasya ingin turun ke bawah, Syasya terdengar perbualan Dato Harun dan Datin Hanum. Syasya ingin naik semula, tetapi langkahnya terhenti bila nama Ammar disebut.

“Papa terjumpa dengan Tengku Ismail, dia runsing memikirkan anak dia Ammar.” Datin Hanum meletakkan minuman di atas meja.

“Kenapa dengan anak dia?” soal Datin Hanum ingin tau.

“Katanya Ammar tu asyik meracau, dah tak terurus sekarang. Makan minum tak terjaga. Itu pun Tengku bawak anak dia balik rumah. Kalau ikutkan memang tak nak, katanya nak tunggu Syasya balik. Kalau dibiarkan takut jadi benda tak elok pula, terpaksalah Tengku dan isterinya bawak anak dia tinggal di rumah diorang,” balas Dato Harun sambil menyisip tehnya perlahan.

“Abang tak cakap kan, tentang Syasya yang duduk rumah kita sekarang?”

“Tak, abang tak cakap. Abang kan dah janji dengan Syasya, biar Syasya sendiri yang beritahu diorang. Kita jangan masuk campur,”

“Humm baiklah. Saya kesian betul dengan Syasya tu. Dahlah dengan keadaan dia yang mengandung sekarang. Macam-macam berlaku dekat dia,”

“Kita doa yang baik-baik saja untuk diorang Num,” ujar Dato Harun.

Syasya menyapu air mata yang jatuh ke pipinya. Segera dia melangkah naik dan masuk ke bilik. Syasya melabuhkan diri atas katil.

Meskipun hatinya masih sakit mengenangkan sikap Ammar tapi di sudut kecil hatinya, perasaan cinta dan sayang masih wujud. Tipulah kalau dia tidak rindukan suaminya tapi buat masa sekarang Syasya tak mampu untuk berhadapan dengan Ammar. Sebab itu dia menyembunyikan dirinya selama tiga bulan dari keluarga dan sahabatnya kerana dia masih belum sedia.
**

Pagi itu, Syasya dikejutkan dengan berita yang menggembirakan hatinya.

“Betul ke uncle?” soal Syasya. Dato Harun mengangguk.

“Mana abang tau?” soal Datin Hanum sambil menuangkan minuman untuk suaminya.

“Ayah Danial, Dato Taufiq kan kawan abang. Baru pagi tadi call cakap menantunya baru melahirkan anak kembar. Uncle tau isteri Danial tu kawan baik Sya, kan?” Syasya mengangguk perlahan.

“Sekarang diorang masih dekat hospital ke?” soal Syasya ingin tau.

“Rasanya masih lagi. Sya nak pergi melawat?” Syasya berfikir seketika. Kalau aku pergi, agak-agak terserempak ke dengan dia?

“Pergi sajalah Sya. Aunty rasa kawan Sya pasti nak jumpa Sya,” pujuk Datin Hanum. Syasya mengangguk setuju.

“Sya pinjam kereta Haikal ya aunty, uncle,” Syasya meminta izin.

“Gunalah sayang. Sepanjang Sya duduk dengan kami, apa yang milik Haikal dulu, Sya boleh guna,” ujar Datin Hanum.

“Terima kasih. Sya banyak terhutang budi dengan aunty dan uncle,”

Dato Harun dan Datin Hanum hanya tersenyum. Mereka meneruskan sarapan pagi itu dengan ceria dan gelak ketawa.
**
Syasya memerhatikan suasana hospital itu. Rasanya kali terakhir dia ke hospital ini saat Ammar ditembak dulu. Syasya menggeleng. Dia tidak ingin mengenangkan saat itu.

Syasya bertanyakan nombor bilik yang menempatkan kawan baiknya, Amira. Hati Syasya berdebar-debar ketika menghampiri bilik tersebut. Harapannya agak tidak terserampak dengan Ammar atau keluarganya. Niatnya cuma ingin melihat Amira sahaja.

Syasya mundar-mandir di depan bilik tersebut.

“Sya?” panggil satu suara. Langkah Syasya terhenti.

“Ya Allah, Syasya!?” Amira segera memeluk rakannya. Syasya membalas pelukan tersebut. Terlepas segala kerisauan pada rakan baiknya.

“Mira? Kenapa awak boleh dekat luar ni, merayau ya?”

“Mana ada saya merayau. Saya keluar ambil air kejap. Dah jom masuk, kita borak kat dalam. Saya banyak benda nak tanya awak ni.” Lantas Amira menarik tangan Syasya.

Amira segera naik ke atas katilnya. Manakala Syasya menarik kerusi di sebelah Amira.

“Mana awak menghilang selama tiga bulan ni?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Amira. Syasya dapat mengagak soalan itu pasti akan disoal rakannya.

“Saya ada dekat-dekat sini tapi saya tak boleh cerita dekat mana saya tinggal sekarang.”

“Tapi kenapa? Kami semua risaukan awak tau tak,”

“Saya mohon rahsiakan yang saya jumpa awak ni?”

“Rahsia pada siapa?”

“Pada semuanya. Please Mira, saya belum siap lagi,”

Amira terdiam. Digenggam erat tangan sahabatnya.

“Sya, awak marahkan Am lagi?” Syasya tiada jawapan itu.

“Sya, saya kesian tengok Am sekarang. Hidupnya tidak terurus. Makin kurus, berjambang, serabai. Dia tak masuk kerja selama tiga bulan. Nasib baik Tengku Ismail boleh tolong tengokkan hotel. Dia asyik meracau, panggil-panggil nama awak. Awak sampai hati ke tengok keadaan dia macam tu. Sampai bila awak nak hukum dia?”

“Sampai hati saya sembuh,” Tegas Syasya berkata. Amira menggeleng kepala melihat sikap keras kepalanya.

“Selama seminggu Am koma, saya tau awak selalu datang jenguk Am senyap-senyap. Sya, jangan bohong perasaan awak. Saya tau awak masih sayangkan Am,”

“Ada siapa tau tak?”

Amira menggeleng.

“Semua orang sangka lepas malam kejadian tu awak terus menghilang. Tapi saya tau awak selalu ulang-alik dari hospital perhatikan Am dari jauh, kan?”

“Saya cuma nak pastikan keselamatan Am tu aje. Lepas saja Am sedar, saya terus stop perhatikan dia kerana saya tau Am dah sihat,”

“Mana awak tau? Lepas Am sedar, nama awak yang dia sebut dulu. Dia mengamuk sampaikan doktor terpaksa beri suntikan untuk tenangkan dia. Ya memang dari segi fizikal Am dah sembuh tapi dalaman tak Sya,” Syasya menyeka air mata.

“I have to go Mira, saya tak nak terserempak dengan sesiapa. Lain kali saya melawat awak dan baby,” Syasya meminta diri.

“Sya....tolong fikirkan balik apa yang saya katakan tadi,” kata Amira. Syasya bangun dan segera beredar dari situ.

Syasya terhenti di hujung penjuru hospital. Air mata yang ditahan, merembes keluar. Ya Allah kuatkan aku! Aku mohon!

“Sayang?” Syasya terkedu. Suara itu seakan dikenalinya. Takkan dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience