Bab 66

Romance Series 14495

Syasya menghenyakkan diri di atas katil melepaskan lelah. Ammar meletakkan barang di penjuru bilik. Segera Ammar menghampiri isterinya dan melabuhkan diri untuk melepaskan kepenatan. Meskipun tempat Family Day ini di kawasan Selangor tapi jarak untuk sampai ke resort yang ditempah khas memakan beberapa jam.

“Sayang rehat dulu tau, aktiviti akan start malam ni.” Terang Ammar sambil berbaring di sebelah Syasya. Jelas kepenatan terpancar di riak wajah Syasya.

“Humm....malam ni ada acara apa?” soal Syasya sambil mengiring mengadap Ammar.

“Acara makan-makan. Diorang buat BBQ. Esok hari baru ada aktiviti yang lasak.” Jelas Ammar. Syasya sekadar mengangguk faham.

“Sayang penat ya?” ujar Ammar sambil mengusap pipi isterinya.

“Entahlah sejak akhir-akhir ini Sya mudah sangat rasa penat. Mungkin bawakkan budak kut,” balas Sya. Ammar merapatkan tubuhnya ke arah Syasya. Segera dipeluk isterinya erat.

“Abang tau Sya penat. Abang tau abang tak akan pernah dapat rasa apa yang Sya rasa. Tapi apa pun abang akan pastikan setiap apa jua masalah kita pikul sama-sama,” luah Ammar. Syasya tersenyum manja mendengar bicara suaminya.

“Abang....” panggil Syasya.

“Abang nak peluk Sya sampai bila?”

“Sampai bila-bila....”

“Abang!” jerit Syasya. Ammar tergelak panjang dan terus meleraikan pelukan.

“Dah, abang pergi mandi dulu.”

Ammar bangun dan menarik tuala yang disediakan pihak resort.

“Tak nak mandi sekali?” usik Ammar.

“Abang ni!” Ingin saja dibaling batal pada suaminya. Gatal!

Ammar mengekek ketawa bila dapat mengusik isterinya begitu. Suka bila melihat merahnya muka Syasya bila malu.
**
Riuh rendah bunyi ketawa tidak langsung menganggu Syasya menikmati acara makan malam tersebut. Cuma matanya saja rasa sakit melihat aksi gedik Tania yang sengaja nak curi perhatian suaminya.

“Jauh termenung Sya,” tegur Kak Siti. Syasya tersenyum bila ditegur demikian. Tak sangka sikapnya boleh menarik perhatian orang.

“Nah akak bawakkan kambing bakar untuk Sya,” hulur Kak Siti. Syasya menyambutnya.

“Ala...buat susah aje akak. Kalau Sya nak, Sya boleh ambil sendiri.”

“Eh tak ada susah pun. Akak tau Sya masih segan lagi. Tak apa biasalah tu, ni kan pertama kali Sya join event macam ni, akak fahamlah perasaan tu,” Kak Siti cuba meredakan perasaan malu dalam diri Syasya.

“Akak dah lama kerja dengan Am?”

“Sebelum Tengku Ammar amik alih syarikat, akak memang dah kerja dengan Tengku Ismail lebih kurang empat tahun.”

“Oh....kiranya akak antara staff yang paling lama berkhidmat dengan keluarga Am ya,” Kak Siti mengiyakan.

“Akak, boleh tanya?”

“Apa dia?”

“Tania memang macam tu ke?” soal Syasya. Berkerut dahi Kak Siti yang cuba memahami maksud Syasya.

“Macam tu, macam mana?” Syasya menunjukkan pameran di depan matanya. Dari tadi rasa nak tercabut matanya melihat sikap Tania yang terhegeh-hegeh dengan suaminya. Kak Siti melontarkan pandangan yang sama.

Kelihatan Tania yang beria melayan Ammar. Ke mana sahaja Ammar pergi pasti diekorinya dari belakang, siap tolong ambilkan makanan dan minuman untuk Ammar.

“Humm kalau akak cakap ni, Sya jangan marah dan salah faham dengan bos,” Syasya menunggu maksud yang ingin disampaikan oleh Kak Siti.

“Si Tania tu memang ada hati pada bos. Satu pejabat dah tahu. Tapi bos tak pernah layan pun, bos layan tak lebih sebagai seorang bos layan staffnya,” ujar Kak Siti.

“Sya tau dia suka Am,”

“Mana Sya tau?” Syasya tersenyum nipis.

“Sya boleh nampak cara dia layan Am tak seperti seorang setiausaha layan bosnya.”

“Sya jangan fikir macam-macam, akak rasa si Tania tu yang syok sendiri,”

“Tak apa, Sya percayakan Am. Akak jangan risau, okey,” Syasya cuba menutup perasaannya. Dia harus percayakan suaminya.

“Sayang...” panggilan Ammar menghentikan perbualan Syasya dan Kak Siti.

“Eh bos, duduklah. Saya teman Sya ni aje...kesian dia sorang-sorang kat sini. Tak apalah saya mintak diri dulu,” Kak Siti bangun untuk beredar dari situ.

“Terima kasih Kak Siti sebab teman isteri saya,”

Kak Siti hanya membalas dengan senyuman.

“Ha...Tania, mari ikut akak. Ada benda akak nak suruh kau buat, bos tu ada bini tak payahlah kau nak layan sangat,” Sindiran Kak Siti membuatkan merah padam muka Tania menahan malu. Dengan tidak puas hati terpaksalah Tania mengikut langkah Kak Siti.

“Sayang....kenapa ni muram je?” soal Ammar.

“Tak ada apa, Sya penat kut,” dalih Syasya.

“Kalau nak rehat, jom kita balik,”

“Eh tak apalah, Sya okey,”

“No, its okay. Abang pun dah penat, kita balik bilik ya,” Syasya sekadar mengangguk dan mengikut pegangan tangan Ammar.

Tania yang melihat, mencebik dari jauh. Riak wajah tidak puas hati Tania menarik perhatian Kak Siti.

“Eh Tania, akak nak nasihat dekat kau sikit ni,”

“Apa?” jawab Tania acuh tak acuh.

“Bos tu dah ada bini, sudah-sudahlah tu. Tak payah nak gatal dengan laki orang boleh tak?” Tegur Kak Siti.

“Akak, saya tak kacau hidup akak. Jadi akak tak payah nak kacau hidup saya,” balas Tania sinis lalu segere beredar. Kak Siti mencebik. Eleh ingat nak sangat aku kacau hidup kau? Huh....kurang ajar betul!
**
Petang esoknya, Syasya dan Ammar berjalan mengambil angin sebelum bertolak balik keesokkan paginya. Aktiviti petang ini bebas, jadi semua staff bebas lakukan aktiviti bersama keluarga masing-masing.

“Sayang nak mandi tak?” tanya Ammar sambil memegang erat bahu isterinya.

“Tak naklah, sejuk.” Tolak Syasya.

“Mestilah sejuk, air terjun, kan,” Ammar segera memercikkan air ke muka isterinya. Terjerit kecil Syasya mengelak.

“Basahlah nanti abang....” rengek Syasya. Ammar tergelak, lagi kuat dipercik air ke arah isterinya.

Makin sakit hatinya bila melihat aksi romantik pasangan tersebut. Hatinya hancur sehingga tidak perasan batu yang dipijak licin.

Gedebush! Bunyi seseorang jatuh ke dalam sungai dan terkapai-kapai meminta tolong.

“Wei.....tolong Tania lemas!” Riuh rendah suasana tersebut menarik perhatian Syasya dan Ammar.

Ketika melihat Tania yang sedang terkapai-kapai meminta tolong, Ammar segera terjun tanpa lengah. Terkejut Syasya melihat tindakan suaminya.

Ammar menyambar tubuh langsing Tania dan segera bergerak ke tebing. Di tebing orang ramai memberi bantuan menarik mereka berdua untuk naik. Tania terbatuk-batuk mengeluarkan air dari salur penafasannya.

“Tania, are you okay?” soal Ammar. Tania memandang Ammar. Tanpa segan silu terus dipeluknya erat. Ammar terkejut melihat tindakan Tania. Apalagi Syasya yang melihat dari jauh, hampir saja lututnya lemah.

Ammar pantas menolak pelukan itu, segera dia mencari keberadaan isterinya. Ya Allah! Syasya sudah merah matanya. Syasya yang tak tahan terus berlari dari situ. Ammar yang menyedari isterinya melarikan diri terus mengejarnya.

“Sayang....!” Panggil Ammar. Syasya hanya membiarkan panggilan itu. Hatinya sakit menjadi penonton bagi aksi demikian.

Syasya berlari masuk ke bilik lantas dicapai begnya. Dia tidak perlu berlama-lama di situ lagi. Ammar yang melihat Syasya mengemas barang, mula cemas.

“Sayang, nak pergi mana ni?” soal Ammar panik.

“Sya nak balik!” bentak Syasya. Tangannya laju memasukkan baju ke dalam beg.

“Sayang but why?”

“You just ask me why?” Syasya memandang tajam Ammar. Ammar termangu seketika.

“Kalau abang tak nak balik, Sya boleh balik sorang,” sambung Syasya.

“Okey...okey kita balik, sayang tunggu kat sini. Abang bersihkan diri kejap. Then kita terus balik,” pujuk Ammar. Syasya hanya mendiamkan diri.

Ammar segera masuk ke bilik air. Syasya terduduk lemah. Setitik air mata disekanya pantas. Dia tidak mahu Ammar melihatnya. Ya Allah kuatkanlah hati ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience