Bab 70

Romance Series 14493

Syasya tersedar bila air dipercik ke mukanya. Syasya membuka perlahan matanya dan melihat seseorang lelaki sasa tersengih di depannya. Ingin digerakkan badan tapi ikatan yang kemas di tubuh membataskannya.

“Bos, dia dah sedar!” laung lelaki tersebut. Muncul seketika seseorang yang berpakaian hitam dan berjalan ke arahnya. Makin dekat, makin Syasya rasa tidak percaya. Apa maksud semua ni?

“Al...Alya?” sebut Syasya. Alya tersenyum sinis. Segera dicapai kerusi lalu duduk mengadap di hadapan musuh lamanya.

“Hai, Sya. Apa khabar? Lama kita tak jumpa, kan?” soal Alya sinis sambil menggosok kukunya.

“Alya....apa yang awak buat ni?” soal Syasya. Sungguh dia tak sangka Alya yang dulunya nampak baik, manis boleh bertindak sebegini.

“Hah kau boleh tanya lagi, aku buat apa? Culik kaulah!” ujar Alya sambil tergelak besar. Lucu melihat wajah Syasya yang pucat itu.

“Apa yang awak nak dari saya?! Mana Haikal?” soal Syasya. Mengelilingi matanya mencari kelibat Haikal. Seingatnya kali terakhir dia bersama Haikal.

“Oh, cari kekasih gelap kau. Humm tunggu kejap ya. Tony bawak dia datang sini,” arah Alya. Tony segera memanggil rakannya agar membawa Haikal masuk.

Dua orang lelaki yang tidak dikenali mengheret Haikal yang kelihatan lemah. Segera dicampaknya di depan Syasya. Syasya tergaman. Kelihatan muka Haikal penuh lebam dan Haikal langsung tak bermaya.

“Apa yang korang buat pada Haikal?” soal lantang Syasya. Alya tergelak.

“Tak ada apa, tumbuk-tumbuk manja sikit,” balas Alya selamba. Anak buah Alya tergelak mendengar gurauan bosnya.

“Tapi Sya, kau nak tau sesuatu. Aku nak berterima kasih sangat dekat mamat psiko ni sebab memudahkan lagi kerja aku.” Alya bergerak ke arah Haikal dan mencengkam pipinya.

“Haikal....Haikal. Bodohnya kau ni. Kau ingat aku nak bekerjasama dengan orang bodoh macam kau. Ada hati nak rosakkan plan yang aku atur baik-baik. Kau tu cuma sekadar pelengkap saja!” bentak Alya. Segera ditolaknya pipi Haikal.

“Kau....kau jangan apa-apakan Syasya!” Alya tersenyum sinis.

“Eii takutnya amaran kau tu,” Alya mengajuk. Makin galak anak buahnya ketawa. Segera ditendangnya keras tubuh Haikal. Haikal mengerang kesakitan. Syasya tergamam.

“Dah kena pukul separuh mati pun, ada hati nak bagi amaran. Eh aku tak takutlah dengan amaran kau Haikal!” Alya bergerak ke arah Syasya.

“Kesian kekasih gelap kau tu. Cinta tak berbalas tapi masih nak lindung lagi. Huh! Menyampah aku dengan cinta korang ni! Tapi tak apa, nanti aku akan semadikan korang bersama. Bercintalah korang berdua di alam seterusnya.”

“Apa salah saya pada awak? Kenapa awak buat macam ni?”

Alya merenung tajam. Telinganya sakit bila Syasya mempersoalkan apa yang dia lakukan. Segera dia menarik tudung Syasya dari belakang.

“Kau boleh tanya aku kenapa? Ni semua salah kau tau tak?! Aku benci dengan kau sejak zaman sekolah lagi. Kau rampas apa yang sepatutnya jadi hak aku. Dasar perempuan tak sedar diri, patut dari dulu kau mati dalam gaung tu!”

“Apa? Jadi dulu tu semua kerja kau?” marah Syasya. Alya ketawa bila melihat kemarahan Syasya.

“Yes tu semua kerja aku, segala perkara buruk yang berlaku dekat kau. Aku yang buat. Tapi sayangnya kau tak pernah perasan. Sebab apa? Sebab kau ingat akulah orang yang paling baik, naif yang kau kenal. Haha bodohnya kau ni! Fasha tu hanya kambing hitam supaya korang akan syak dia. Tapi sebenarnya musuh kau dekat sangat dengan kau,” Alya membetulkan rambutnya.

“Tapi aku langsung tak ada salah dengan kau?!”

“Tak ada salah? Hei kau rampas Am dari aku tau tak. Bukan sekali tapi dua kali...!!” tengking Alya. Lalu Alya mencengkam pipi Syasya.

“Kalau kau tak muncul dari hidup dia, mesti aku dan Am bahagia. Tapi apa, kau muncul dan hancurkan semua! Segala penat lelah aku untuk mendekati dia selama lapan tahun, semuanya jadi sia-sia dan ini semua sebab kau tau tak?!” bentak Alya lalu menampar Syasya. Bibirnya berdarah akibat tamparan itu. Syasya menahan kesakitan.

Haikal mendengus geram. Sakit hati bila melihat insan yang disayangi disakiti sedangkan dia tidak mampu untuk buat apa-apa. Kakinya masih sakit akibat pukulan dari konco-konco Alya. Bodohnya dirinya kerana termakan dengan pujukan Alya, ternyata Alya sudah mempunyai rancangan yang lain. Tak guna!

“Kau rampas apa yang sepatutnya jadi hak aku. Aku terima kalau kau selalu disayangi oleh rakan sekelas, selalu dipuji cikgu, kira antara pelajar yang paling terbaiklah. Tapi aku tak boleh terima bila orang yang aku sayang pun kau nak rampas! Aku tak tahu apa yang Am nampak dekat kau, selalu sebut-sebut nama kau. Hampir bernanah telinga aku ni tau tak!” Tengking Alya.

“Bos, suami dia call,” ujar Tony si pembantu Alya. Alya mengambil telefon bimbit milik Syasya lalu ditayang di depan Syasya.

“Tengok, sayang aku telefon kau. Tapi aku hairanlah gambar yang aku bagi tu tak berkesan ke? Humm lantaklah yang penting kau akan mati malam ni,” ujar sinis Alya.

Alya mencampak hingga terberai telefon bimbit itu. Alya tergelak bila hatinya puas melihat air mata Syasya yang berlinangan. Kau akan mati malam ni, Sya!
**

Tut!Tut!Tut! Talian seperti dimatikan. Puas Ammar mendail nombor isterinya. Pada panggilan pertama masuk tapi untuk kali kedua talian tidak dapat disambung. Kemungkinan isterinya benar-benar marah akan dirinya sampai dimatikan telefonnya.

Ammar meramas rambutnya. Hatinya mula menyesali atas apa yang dia lakukan pada isterinya. Ya Allah ampunkan aku!

Amylia yang melihat kondisi adiknya yang tak terurus cuba menenangkan Ammar. Dia tahu Ammar sudah menyesal atas segala apa yang berlaku.

“Macam mana kalau Alya menyakiti Syasya kat luar sana tu,” Amira mula berfikiran bukan-bukan.

“Insya-Allah tak ada apa-apa yang berlaku. Sayang janganlah fikir pelik-pelik,” pujuk Danial.

“Kenapa abang tak cakap awal-awal soal ni?” tanya Fasha pada suaminya. Afiq mengeluh. Kalau saja dia tahu selama ini, Syasya diugut pasti dia akan bertindak.

“Abang tak tahu yang selama ini Syasya diugut. Abang fikir Alya sudah berubah sebab tengok dia layan Syasya dengan elok. Tapi abang tak sangka ternyata dia cuma berlakon di depan kita semua.” Balas Afiq.

“Ni semua salah aku! Aku yang buat Alya berdendam pada Syasya. Aku tolak cinta dia dan sebab tu dia bencikan Syasya kerana di fikir Syasya punca ini semua,” keluh Ammar.

“Alya memang seorang perahsia. Sebelum dia pindah ke sekolah kita, keluarga dia dah porak peranda. Ayah dia kahwin dua dan ibunya pula langsung tidak pedulikan dia. Alya anak tunggal jadi dia tiada orang nak luahkan perasaan. Mungkin dia rasa Ammar mampu memberikan kasih sayang yang diingini sebab tu dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan Ammar,” jelas Saiful. Mereka yang lain mengangguk kecil. Patutlah...

“Mana awak tahu?” soal Intan ingin tahu.

“Family dia rapat dengan family saya, tapi awak jangan risau saya tak sukakan dia,” bisik Saiful. Intan mencebik. Ish mamat ni, orang tanya lain. Lain yang difikirkannya.

Telefon Ammar berbunyi. Ammar menatap nama si pemanggil. Alya! Setelah didorong oleh Amylia dan rakan-rakannya, Ammar mengangkat.

“Hai Am. Buat apa tu,” soal Alya. Alya tersengih melihat Syasya yang cuba berbicara meskipun mulutnya ditutup dengan kain.

“Ada apa awak call ni?” dingin suara Ammar.

“Kenapa ni? Macam tak suka aje dengar suara saya,”

“Sudahlah Alya, jangan berlakon lagi. Ni semua rancangan awak kan. Awak yang hantar gambar tu pada saya!” bentak Ammar. Sungguh hatinya panas bila teringat segala perbuatan Alya.

Alya terkedu. Tapi dia tergelak kuat. Rahsia dia dah pecah.

“Oh...dah pecahlah ni. Humm tak payah saya nak jadi hipokrit lagi. Okey, apa yang saya nak beritahu ni, isteri kesayangan awak ada dengan saya sekarang,”

“What?!” Suara teriakan Ammar mengejutkan semua yang berada di situ.

“Eh kau jangan apa-apakan isteri aku!” marah Ammar.

Amira sudah mengenggem erat tangan Danial. Betullah firasatnya yang menyatakan Syasya dalam keadaan bahaya sekarang. Danial juga risau memikirkan nasib isteri temannya.

“Woo....relax Am. Kalau kau nak jumpa isteri kau ni, datang pada alamat yang aku akan send nanti. Tapi ingat jangan sesekali kau bawak polis tu pun kalau kau sayang nyawa bini kau. Kalau berani belot, kau hanya mampu jumpa mayatnya saja!” Tut! Talian diputuskan.

Ammar terduduk lemah. Hatinya risau memikirkan nasib anak dan isterinya. Ya Allah lindungi mereka.

“Apa dah jadi Am?” soal Amylia risau.

“Alya da culik Syasya kak. Ni semua salah Am! Salah Am...kalau saja Am tak halau isteri Am. Pasti ini semua tak akan berlaku!” raung Ammar. Amylia segera memeluk adiknya.

“Sabar Am, ini semua ujian. Kita kena kuat. Kuat untuk Syasya! Am kena kuat untuk tebus segala salah Am pada Syasya!” pujuk Amylia.

“Kita report polis.” Ujar Izham.

“Tak abang. Alya kata jangan report polis. Am tak nak apa-apa jadi pada Syasya. Dia kata, dia akan bunuh Syasya kalau kita laporkan pada polis.” Balas Ammar lemah.

“Habis kau nak buat apa ni?” soal Danial.

“Aku akan jumpa dia.”

“Kau gila ke? Bahayalah,” larang Danial. Dia takut terjadi apa-apa pula pada sahabatnya.

“Aku rela buat apa saja untuk isteri aku! Meskipun aku sanggup mati untuk dia.” Balas Ammar.

“Kau nak pergi sorang. Apa kata kalau kitorang teman,” cadang Afiq. Ammar menggeleng.

“No, korang tak boleh ikut. Aku pergi sorang,”

“Sorry bro, aku tak akan benarkan! Ini sudah jadi kerja polis. Kenalkan, aku Inspektor Saiful,” halang Saiful lalu mengeluarkan permit polisnya. Semua terkejut tidak percaya akan status Saiful kecuali Intan yang sudah tau tugas teman lelakinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience