Bab 44

Romance Series 14493

“Akak, ada orang hantar kad kecil ni kat akak,” Fisha menghulurkan sekeping kad. Syasya mengerutkan dahi. Kad apa ni? Nak kata kad kahwin tapi kenapa kecil sangat.

“Siapa yang bagi?” soal Syasya pelik.

“Ada abang handsome yang bagi. Waktu tu Fisha ada kat luar tengah main dengan adik. Tiba-tiba abang tu datang dan hulur kad ni. Katanya suruh bagi kat akak,” jawab Fisha tanpa selindung.

“Fisha kenal tak abang tu?” soal Syasya curiga. Fisha menggeleng.

“Fisha kalau ada orang tak kenal tegur jangan layan sangat ya, bahaya! Dah main dengan Farish kat dalam bilik aje,” nasihat Syasya.

“Okey kak, Farish jom main dalam bilik!” laung Fisya dan menarik tangan adiknya. Farish terkedek-kedek mengikuti langkah kakaknya sambil itu sempat dia melambai tangan dekat ibunya. Syasya tergelak melihat telatah adik kecilnya.

Syasya bergerak ke bilik menyarung tudung sekilas lalu turun ke bawah untuk menjenguk orang yang mengirim kad tersebut. Syasya memanjangkan tengkuknya untuk melihat gerangan lelaki yang dikatakan hensem oleh Fisya. Namun hampa! Tiada siapa pun yang kelihatan di luar rumahnya.

Syasya bergerak ke ruang rehat di halaman rumah. Kad yang dibawa dibuka.
Hidup lebih indah jika ada senyuman kamu, jadi senyumlah selalu.

Syasya tersenyum membaca bait kata dalam kad tersebut. Entah kenapa bila mendapat kad itu, Syasya teringatkan tentang masa silamnya. Mungkinkah Ammar? Syasya segera menggeleng, tak mungkinlah dia! Mungkin saja Haikal yang sekadar ingin menceriakan dia.

Tanggapan Syasya bahawa Haikal yang mengirim kad ini makin kuat kerana melihatkan perwatakan Haikal yang mula berubah sedikit demi sedikit.

Haikal betul-betul serius ingin menjadi rakan baiknya. Syasya tersengih bila mengenang kembali sifat prihatin Haikal terhadapnya bila mereka bertemu. Syasya makin yakin bahawa kad itu dikirim Haikal kerana hanya Haikal sahaja yang mengetahui alamat rumahnya.

Ammar tak mungkin peduli akan dirinya. Sejak pertengkaran di rumah Amira tempoh hari, mereka sudah tidak bersua muka lagi. Jadi besar kemungkinan Ammar tidak tahu alamat rumahnya. Syasya melihat kad itu semula, anggap sahaja ini sebagai azimat buatnya untuk terus semangat.
**
“Intan, barang yang saya tempah untuk projek Dato Lukman tu dah siap ke?” soal Syasya sambil matanya masih setia menatap resit barang di depannya.

“Sudah cik. Nak saya suruh orang kita hantar ke rumah Dato ke?” soal Intan.

“Okey, suruh orang kita hantar terus ke rumah Dato then suruh mereka siapkan terus kat sana. Kalau dah tak ada apa-apa, esok saya pantau,” Intan mengangguk dan segera mencatat apa yang dirasakan penting. Sebelum keluar, Intan menghulurkan sekeping kad kecil ke arah Syasya.

“Apa ni?” soal Syasya namun huluran Intan diambilnya.

“Saya pun tak tahu, tiba-tiba aje dah ada dekat atas meja saya. Ada nama cik so saya rasa kad tu untuk cik,” jelas Intan. Syasya mengangguk. Intan segera keluar untuk menyambung kerjanya. Ada peminat rupanya cik Syasya ni....desis perlahan Intan.

Syasya membelek kad tersebut.
Hidup ini akan jadi tenang jika kita melupakan kenangan silam.

Syasya terpana. Maksud ayat ini amat menyentuh hatinya. Benar selama ini hidupnya sentiasa terpalit dengan kenangan lama. Dia seharusnya lebih bahagia jika dia melupakan kenangan silamnya.

Syasya mula menyenangi sikap Haikal. Walau apapun kenangan dia bersama Haikal dulu, dia harus lupakan kerana kini masa telah mengubah Haikal menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Bunyi interkom mengejutkan Syasya dari lamunan.

“Yes Intan,”

“Cik Syasya, Encik Haikal di luar ingin berjumpa cik,”

“Suruh dia masuk,” arah Syasya. Intan terus mempelawa Haikal masuk ke dalam bilik bosnya.

Syasya segera mempelawa Haikal duduk di sofa sudut biliknya.

“Saya datang nak ajak lunch, boleh?” pinta Haikal. Syasya mengangguk setelah memikirkan beberapa saat.

“Boleh tapi saya ada kerja sikit nak siapkan, boleh tunggu?”

“Sure, anything for you,” jawab Haikal. Syasya tersengih mendengar jawapan Haikal. Haikal memang pandai bergurau.

Sepanjang Syasya mangadap kerjanya, mata Haikal tak lepas memandangnya. Syasya perasan tapi dia malas nak ambil peduli kerana saat ini dia ingin menghabiskan kerjanya. Perut sudah berkeroncong minta diisi.

“Tak juling ke mata awak tu dari tadi asyik melirik ke sini aje?” soal Syasya tiba-tiba. Haikal terkejut. Aduh dia perasanlah pulak!

Haikal tertunduk malu. Syasya sekadar tersenyum. Soalannya masih tak terjawab. Malulah tu...

“Dah jom. Saya dah siap,” ujar Syasya lalu mengemas mejanya.

“Kita nak makan kat mana?” soal Haikal.

“Hai tadi kata anything for me so ikut sayalah nak makan mana,” gurau Syasya. Haikal tergelak.

“Okay....up to you, saya ikut.” Balas Haikal. Apapun saya sanggup buat hanya untuk awak, kata hatinya menyambung. Mereka berdua bergerak keluar dari pejabat sambil bergelak ketawa.

Ammar memandang jauh pasangan itu, dari mereka keluar pejabat hinggalah menghilang bersama kereta. Hatinya sakit bila melihat kemesraan yang kian terjalin di antara Syasya dan Haikal. Niatnya datang sini untuk meminta maaf kepada Syasya terpaksa dilupakan bila melihat adegan yang menyakitkan. Ammar segera memulas stereng keretanya keluar dari kawasan itu.
**
Restoran masakan Thailand dipilih oleh Syasya. Menu yang enak dihidangkan di atas meja. Syasya dan Haikal menjamu selera sambil berbual kosong.

“Kal, cukup-cukuplah kirim kad dekat saya,” kenyataan Syasya membuatkan suapan Haikal terhenti.

“Kad?”

“Haah kad yang awak kirimkan dekat saya tu. Bukan saya tak suka, saya suka tapi rasanya tak perlu kut kirim kad tu lagi,” ujar Syasya sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“Tapi Sya kad tu....” belum sempat Haikal menghabiskan ayatnya kedengaran namanya dijerit. Haikal dan Syasya berpaling ke arah suara tersebut.

Kelihatan seorang perempuan yang hanya memakai skirt pendek dan memakai baju yang agak ketat sedang berdiri di depan mereka. Syasya terlopong melihat penampilan seksi wanita itu.

Haikal hanya bersikap selamba bila melihat wajah yang memanggilnya. Baginya dia sudah nampak yang lebih teruk berbanding ini. Ini hanya sedikit sahaja seksinya. Haikal tak faham, entah apalah yang mummynya nampak pada Fifi. Macam ni ke nak jadi bini aku, sebelum kahwin dan dedahkan badan dekat lelaki lain.

“You buat apa dengan perempuan ni, Haikal?” marah Fifi. Muka tak payah cakaplah, dah macam gorila. Syasya hanya terdiam.

“Tak nampak ke kitorang makan ni. Ingat kitorang tengah main zero to point ke?” ungkapan Haikal membuatkan Syasya tergelak. Macam mana permainan zaman kanaknya dulu boleh masuk dalam perbualan ini. Ish Haikal ni....

Ketawa Syasya mati bila melihat renungan tajam Fifi. Kecut perut kut.

“Wait the minute, it is you Syasya Ilyana?” soal Fifi sambil menyilang tangannya. Syasya mengerutkan dahi. Hai dari mana dia tahu nama aku ni.

“Stop it Fifi!” Haikal cuba menghalang Fifi dari membuat kacau. Bukan dia tak tahu perangai perempuan ni macam mana. Dia takut Syasya diserangnya nanti.

“Fifi Syuhada?” soal Syasya kembali. Tak sangka perempuan di depannya ini ialah perempuan yang pernah menyerangnya dulu. Fifi tersenyum sinis bila Syasya masih mengingati wajahnya.

“Ingat lagi rupanya kau dekat aku ya....kenapa? Oh, aku tau mesti nama aku ni bagaikan nightmare dekat kau, kan?” ujar Fifi sambil tergelak sinis. Ketawa Fifi yang kuat itu menarik perhatian orang ramai.

“Maaflah ya cik Fifi, bukan saya nak ingat tapi rasanya nama cik ni ibarat daki dalam kisah silam saya. Tapi jangan risau saya akan padam juga daki-daki yang melekap di masa silam saya tu.” Terlopong Fifi mendengar jawapan Syasya. What! Daki? Melampau.....!

Manakala Haikal tergelak besar bila mendengar kata-kata Syasya. Fikirnya Syasya bakal berdiam diri tapi dirinya silap. Syasya berani melawan Fifi. Benar telahannya Syasya sudah banyak berubah!

“Hei perempuan, kau ni dari dulu tak berubah ya...asyik nak rampas hak orang saja!” Hembur Fifi. Hatinya terbakar saat Syasya berani melawan cakapnya.

“Fifi, you boleh diam tak! Tak malu dekat orang ramai ke?” larang Haikal.

“I tak akan malu bila berhadapan dengan orang yang perampas macam dia ni!” pekik Fifi sambil menunjuk ke arah Syasya.

“Dia bukan perampas. I bukan hak you pun!” Haikal mula naik angin. Fifi tergaman. Sanggup Haikal tinggi suara kerana nak bela perempuan di depannya ini. Fifi makin meluat bila melihat muka Syasya yang seakan-akan mengejek dirinya.

“Wei perempuan kau jangan ingat Haikal bela kau, kau dah menang. Meh sini aku nak ganyang muka kau yang tak tahu malu ni!” Fifi cuba menyerang Syasya tapi segera Haikal memegang tangannya.

“Sya, masuk kereta sekarang, biar saya uruskan dia,” ujar tegas Haikal. Meskipun Syasya masih lagi terkejut dengan keadaan Fifi yang cuba menyerangnya tapi kata-kata Haikal diturutinya. Lebih baik selamatkan diri kerana belum tentu Haikal mampu menahan lama Fifi dari menyerangnya.

“Lepaskan tangan I Kal! Biar I ajar perempuan tak guna tu!” Fifi meronta minta tangannya dilepaskan. Sakit hatinya melihat Syasya yang memasuki kereta Haikal. Huh kau ingat boleh lari? Aku tak akan lepaskan kau!

Setelah memastikan Syasya selamat memasuki keretanya. Haikal melepaskan tangan Fifi.

“Jangan ganggu Syasya lagi Fifi. Ini amaran I dekat you....” Haikal memandang tepat ke arah Fifi.

“Haikal, sampai hati you buat I macam ni. I tunggu you lama tau. Kenapa perempuan tu juga yang you pilih!” Fifi mula berbuat drama air mata di situ. Pandangan orang ramai yang melihat telatah mereka dari tadi tidak dipedulikan.

“Fifi, dari dulu sampai sekarang I tak pernah cintakan you. Ini semua rancangan mummy nak jodohkan I dengan you tapi hati I hanya ada Syasya seorang sahaja. Jadi please lupakan I. Ramai lagi lelaki yang sesuai untuk you,” ujar Haikal lembut berharap Fifi menerima dengan tenang.

“You ingat I akan berdiam diri? Tak, Haikal. Jika I tak dapat you, jangan harap orang lain akan dapat you. Dengar baik-baik, I tak main-main dengan kata-kata I!” Fifi mengugut. Haikal tersenyum sinis. Dia tahu Fifi hanya main-main sahaja. Macam dia tak tahu Fifi tu penakut.

“Buatlah apa yang you suka, I malas nak layan dah. Okeylah I harap penjelasan I tadi cukup buat you. So, please stay away from me and Syasya,” ujar Haikal lalu meninggalkan Fifi yang makin berasap. Tangannya digenggam erat. Tunggu nasib kau nanti, Syasya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience