Bab 46

Romance Series 14493

Haikal menggenggam erat telefonnya. “Kau pasti?” soal Haikal kepada si pemanggil. Setelah mendapat info yang kuat, Haikal mematikan talian. Tak guna!

Pintu diketuk sebelum sempat Haikal menyahut, Fifi tanpa tahu malu terpancul di depan pintu pejabatnya. Haikal merenung tajam ke arah insan yang menganggu harinya.

“I datang sini bukan nak bertekak dengan you tapi I nak bincang pasal kita,” ujar Fifi tegas.

Haikal tersenyum sinis. “Pasal kita? Rasanya tak ada apa-apa yang nak dibincangkan pun,” jawab Haikal dingin.

“You jangan nak main-main Haikal. I datang sini pun atas kehendak mummy you! You ingat I hingin sangat nak datang sini,” balas Fifi selamba.

“Habis tu kenapa datang?”

“I cuma...”

“Cuma apa?!” herdik Haikal tiba-tiba. Fifi tergaman mendengar herdikan Haikal. Haikal mendekatinya perlahan-lahan. Muka Haikal yang bengis membuatkan Fifi sedikit gementar.

“You ni dah kenapa?” soal Fifi berani. Haikal berdiri di hadapannya. Tangannya memegang erat tangan Fifi. Kemasan pegangan Haikal membuatkan tangannya pedih.

“You ingat I tak tau apa yang you dah buat?” soal Haikal kasar. Matanya tajam menatap wanita di depannya. Ibarat semut sahaja perempuan ini!

“You...you cakap apa ni? Lepaskan I....sakitlah,” Fifi mula ketakutan. Entah kenapa perwatakan Haikal berubah sama sekali. Haikal ketawa.

“You ingat senang ke I nak lepaskan orang yang hampir bunuh orang yang I sayang!” jerit Haikal agak lantang. Untung sahaja pejabatnya kalis bunyi jadi jeritan ini tidak akan didengar oleh orang luar. Fifi tercengang.

“Apa maksud you, Haikal? I tak faham.”

“You cuba langgar Syasya, kan?” marah Haikal masih belum surut selagi dia belum dengar dari mulut perempuan itu.

“I tak buatlah!” nafi Fifi. Fifi cuba meronta namun Haikal makin mengemaskan pegangannya. Tangannya yang putih mula kelihatan merah.

“You ingat I nak percaya?”

“Tapi I takkan buat kerja gila macam tu!”

“Habis kenapa kereta yang hampir langgar Syasya tu sama colour macam kereta you! You ingat I bodoh ha....” ujar Haikal bengis. Muka Fifi pucat tidak berdarah.

“Kal...lepaskan I. I janji tak akan ganggu hidup you dengan Syasya. I janji,” rayu Fifi. Hampir saja air matanya mengalir kerana takut yang amat.

Haikal melepaskan tangan Fifi, “Dengar sini, I tak nak tengok you dekat dengan Syasya. Walau seinci sekalipun. Kalau I tau benda ni berlaku lagi, I tak akan lepaskan you! Faham?!” herdik Haikal. Fifi terangguk-angguk. Fifi segera keluar dari pejabat itu.

Setelah memastikan dirinya jauh dari pejabat. Fifi menarik nafas lega. Untung nyawanya masih selamat. Haikal memang sudah gila! Nasib baik aku tak kahwin dengan dia kalau tak nyawa aku pasti melayang. Huh! Kau ingat kau siapa, banyak lagi lelaki lain yang tergilakan aku. Jahanam betul! Fifi segera melangkah pergi meninggalkan tempat puaka itu.
**
Syasya menguis nasi di pinggannya. Tiada selera dia melihat lauk pauk kegemarannya yang terhidang di depan. Fikirannya asyik menerawang memikirkan kejadian yang menimpanya itu.

“Sya, sampai bila kamu nak kuis nasi tu?” tegur Encik Aziz. Syasya tersentak. Dia terkejut bila mendapati dirinya menjadi tumpuan ahli keluarganya.

“Sayang, kamu ada masalah ke?” soal Puan Fina bila melihat Syasya hanya mendiamkan diri sahaja.

“Tak adalah, mama. Sya okey. Mungkin penat sikit,” nafi Syasya. Encik Aziz masih teragak-agak untuk mempercayainya. Sejak akhir-akhir ini, sikap Syasya sedikit berubah. Kuat termenung, tak ceria dan suka sibukkan diri dengan pekerjaannya di pejabat. Masalah apa yang anaknya fikirkan.

“Kamu ada masalah dekat pejabat ke?” soal Encik Aziz sekali lagi. Syasya pantas menggeleng. Encik Aziz ingin bertanyakan soalan lagi tapi segera dibantah oleh Puan Fina.

“Dahlah abang, mungkin Syasya penatlah tu. Sya, makan cepat. Lepas tu masuk bilik rehat ya,” Syasya segera mengangguk. Fuh! Untung mamanya ada untuk selamatkan keadaan. Sayang mama!

Encik Aziz mendiamkan diri setelah mendengar ayat isterinya. Sedang dia ralit menghabiskan nasinya, baru dia teringatkan sesuatu untuk dibincangkan dengan anaknya.

“Sebelum masuk bilik, papa ada benda nak bincangkan dengan kamu sekejap,” arah Encik Aziz. Syasya hanya mampu menurut. Nasi yang hanya tinggal separuh itu terpaksa disuapnya perlahan ke dalam mulut meskipun tekaknya perit untuk menerima. Alahai!
**
“Papa nak bincang pasal apa?” soal Syasya lalu melabuhkan punggungnya di depan Encik Aziz. Selepas Puan Fina menghidang air kopi di hadapan mereka, Encik Aziz mengambil sampul kecil di dalam laci lalu segera dihulurkan kepada anaknya.

“Apa ni papa?” soal Syasya lalu membelek sampul tersebut. Macam kad kahwin aje? Siapa nak kahwin, desis Syasya.

“Tu kad undangan ke majlis resepsi anak Tengku Sofia. Sya masih ingat lagi client kita?” Syasya mengangguk lemah. Tak mungkin dia akan lupa kerana Tengku Sofia yang menemukannya dan terpaksa berkerjasama bersama dengan Ammar.

“Tengku Sofia mengajak kita sekeluarga ke majlis tu. Papa dan mama tak dapat pergi kerana ada majlis penting yang kami kena pergi. Papa wakilkan Sya ya...” ujar Encik Aziz. Syasya kelu. Kenapa dia?

“Tapi pa.....kenapa Sya? Seganlah lagipun Sya tak kenal sangat dengan keluarga mereka.” Syasya cuba memberi alasan. Cari maut kalau dia hadir ke sana. Sudah tentu dia terpaksa berhadapan sekali lagi dengan Ammar.

“Tengku Sofia ada cakap dekat papa yang dia nak sangat kamu pergi ke majlis tu. Papa rasa Tengku Sofia sangat mengharapkan kehadiran kamu. Apa salahnya kamu pergi sekadar memenuhi jemputan.” Syasya menunduk. Apa lagi alasan yang dia perlu ucapkan untuk menolak hal itu jika Tengku Sofia sendiri seolah-olah memberitahu papanya bahawa kehadirannya wajib di majlis itu.

“Kamu keberatan ke Syasya?” soal Encik Aziz. Syasya memandang kedua ibu bapanya. Syasya tahu papanya juga berharap dia untuk pergi kerana Tengku Sofia merupakan client terpenting syarikat.

Syasya menarik nafas panjang. “Okey, Sya akan pergi.” Kata putus Syasya membuahkan senyuman kelegaan bagi Encik Aziz dan Puan Fina. Syasya tersenyum tawar melindungi perasaannya.

Syasya membuka perlahan kad undangan yang bercorak cantik. Mewahnya! Syasya melirik ke arah nama pengantin ‘Tengku Izham dan Tengku Amylia’. Oh inilah anak Tengku Sofia yang bertunang di korea yang disangkanya Ammar itu. Rupanya kakak kepada Ammar. Itulah lain kali bertanya jangan nak fikir bukan-bukan, kutuk Syasya.

Mata Syasya meleret pula ke tempat yang diadakan majlis resepsi tersebut. Hotel Grand Star! Syasya berkerut. Nama hotel itu sangat familiar pada pendangannya. Oh patutlah, ini hotel yang diadakan reunion dulu. Patutlah aku rasa macam pernah dengar aje nama hotel ni....bisik Syasya. Kini sekali lagi dia menjejakkan kakinya ke hotel mewah itu dengan tujuan yang berbeza!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience