Bab 56

Romance Series 14493

Syasya menggeleng tidak percaya. Akhirnya kakinya sampai jua ke destinasi, Pulau Pangkor. Syasya mengheret begnya dan segera ke kaunter untuk check in. Tak sabar rasanya nak jumpa katil. Badannya penat kerana menghadap perjalanan yang jauh.

Syasya merebahkan diri ke atas katil melepaskan lelah. Matanya dipejam seketika. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

“Hello...” jawab Syasya malas.

“Sya..! Awak kat mana. Puas saya mesej dan call, satu habuk pun awak tak jawab. Ni awak kat mana? Tulah saya suruh pergi dengan saya tak nak. Degil betul.” Syasya terpaksa menjauhkan diri daripada telefon. Mak oii kalau perempuan ni dah membebel memang sejauh batu boleh dengar. Siap-siap boleh pekak terus.

“Saya kat bilik sekarang ni. Saya tak sempat nak jawab awak punya call dan mesej tu. Sorry tau.” Balas Syasya.

“Awak kat bilik nombor berapa?”

“331. Saya baru check in.”

“Oh, dekat dengan bilik saya. Selang dua bilik je pun. So sekarang ni awak tengah buat apa? Jom jalan-jalan dekat pantai nak tak, saya ada benda nak kongsi cerita dengan awak.” Ajak Amira. Syasya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Badannya masih penat.

“Humm...Mira, saya penat sangat ni. Nak rehat jap. Kita jumpa malam ni ajelah. Boleh tak?” Syasya cuba meminta simpati rakannya.

“Oh ya ke...okeylah. Awak rehat dulu. Malam ni kita jumpa dekat majlis tu. Awak tau tak dekat mana tempat tu, ke nak pergi sekali dengan kami?”

“Saya tau, tak apa. Saya pergi seorang nanti. Jumpa kat sana ajelah ya.” Balas Syasya. Mulutnya dari tadi tak henti menguap. Amira mengalah dengan keputusan temannya. Setelah menamatkan perbualan. Syasya merebahkan diri dan terlena.
**
Syasya mengemas pin yang tersemat di tudungnya. Syasya memerhati bayangan dirinya di cermin, memastikan pemakaian dirinya tidak terlalu over di majlis itu nanti. Okey siap!

Genggaman hadiah di tangan diperkemas. Syasya melangkah perlahan ke dewan yang ditempah khas untuk majlis tersebut. Kelihatan ramai yang hadir pada malam itu. Syasya mula berasa kekok kerana kurang mengenali tetamu yang lain.

Syasya mencari kelibat Amira di kalangan para tetamu. Akhirnya, orang yang dicarinya sedang melambai ke arahnya. Syasya melangkah dengan malas kerana melihat seseorang yang juga sedang berada bersama Amira dan Danial.

“Waa....awak nampak cantik Sya,” puji Amira. Danial mengangguk bersetuju.

“Awak pun sama cantik Mira. Danial kena jaga Mira elok-elok tau malam ni,” gurau Syasya.

“Eh mestilah Sya, saya akan ikat dia siap-siap biar melekat aje dengan saya,” jawab Danial nakal. Amira sudah membulatkan matanya. Geram dengan jawapan Danial.

Syasya sekadar tersenyum untuk menutupi perasaan gemuruh yang mula menapak dalam dirinya bila melihat pandangan tajam Ammar. Entah apa yang dia renungkan, Syasya pun tak tahu.

“Eh hai Syasya, dah lama sampai?” sapa Alya yang baru menyertai mereka.

“Haah baru je,” jawab Syasya. Syasya memerhati Alya yang kelihatan sangat cantik malam ni dan warna bajunya juga sedondon dengan Ammar. Kebetulan atau berjanji? Syasya cuba menepis persoalan itu.

“This is for you. Happy birthday.” Syasya menghulurkan hadiah kepada Ammar. Ammar tidak menyambut. Tetiba suasana menjadi sunyi. Masing-masing terdiam. Danial sudah membuat isyarat agar Ammar menyambut pemberian Syasya tetapi tidak diendahkan oleh Ammar.

“Thanks, Syasya,” Alya segera menyambut hadiah Syasya bagi menyelamatkan suasana yang mula tegang. Syasya sekadar tersenyum tawar bagi menutup perasaannya yang hancur bila melihat layanan yang diberi Ammar. Dingin!

“Eh, jom Sya kita pergi jumpa aunty Sofia dekat sana. Dari tadi lagi dia cari awak,” ajak Amira. Cuba untuk membawa Syasya jauh dari Ammar. Dia tahu pasti Syasya sangat kecewa sekarang. Tak sangka Ammar sanggup membuat kawannya begitu.

Syasya hanya mengikuti langkah temannya. Kini semangatnya mula menghilang untuk bertahan lama di majlis tersebut.

“Am, saya pergi letak hadiah dulu ya,” Alya meminta diri untuk meletakkan hadiah di tempat yang sepatutnya. Kini tinggalah Danial dan Ammar sahaja.

“Kau kenapa buat Syasya macam tu bro? Tak kesian ke tengok muka dia. Malu dia tau!” serang Danial geram. Ammar hanya mendiamkan diri. Danial makin geram melihat sikap Ammar yang berdiam diri.

“Kau dengar tak apa yang aku bebelkan dekat kau ni?” ujar Danial. Ammar mengeluh kasar.

“Dengar.” Jawab Ammar sepatah. Danial menggeleng kepalanya. Makin tak faham dengan perangai Ammar yang terlalu ikutkan perasaan.

“Dah tu, apa motif kau buat dia macam tu? Nak balas dendam sebab dia tolak kau buat kali kedua, macam tu ke Am?” soal Danial.

“Aku tak tahu. Hati aku rasa sakit bila aku ingat balik hal tu,” luah Ammar. Danial menepuk belakang rakannya bagi menyalurkan semangat.

“Bro, sebab tu aku suruh kau move on. Move on dari perasaan kau. Cuba untuk sekali ni kau buka hati kau dekat orang lain. Tapi tak semestinya kau mesti berdendam dengan dia. Kau kena terima hakikat tu.” Nasihat Danial.

“Salah ke apa yang aku buat tadi, aku cuba untuk bencikan dia.”

“Apa yang kau buat dekat dia tadi tu salah. Kau ingat bila kau benci dia, kau dapat lupakan dia. Benci tu yang akan makan diri kau sendiri tau tak.” Ammar terdiam. Cuba untuk menenangkan hatinya. Kenapa aku mesti jatuh cinta dengan kau, Sya?
**
“Awak tak apa-apa?” soal Amira sambil berjalan seiring Syasya menuju ke meja yang telah disediakan.

“Saya tak apa-apa, jangan risau,” jawab Syasya perlahan. Amira terdiam. Dia yakin Syasya cuba menyembunyikan perasaan kecewanya. Amira kesian dengan nasib Syasya. Dari kecil sampai besar, kebahagiaan seakan susah untuk melekat lama pada dirinya. Semoga ada keajaiban buat rakannya.

“Yana...” panggil satu suara yang menghentikan perbualan mereka berdua. Syasya tersenyum senang melihat Tengku Sofia. Segera disalamnya tangannya Tengku Sofia tanda hormat.

“Yana, you look totally different. Very beautiful..! Aunty sampai tak kenal Yana tadi,” puji Tengku Sofia.

“Eh aunty pun apa kurangnya, cantik bergaya. By the way Happy Anniversary for you and uncle,” ucap Syasya.

“Thank you, sayang. Thanks for coming. Eh dah jumpa Am ke?”

Syasya serba salah untuk menjawab.

“Dah aunty, baru aje lepas jumpa Ammar ni,” jawab Amira sebagai pengganti Syasya.

“Oh baguslah kalau macam tu. Kamu berdua pergilah makan dulu, aunty nak jumpa tetamu yang lain pulak. Jangan segan-segan ya Yana, Mira,” pelawa Tengku Sofia.

Syasya dan Amira sekadar mengangguk. Segera mereka mencari tempat kosong.

“Thanks Mira,”

“For what?”

“Sebab tolong jawabkan soalan ibu Ammar tadi,”

Amira tersenyum. “Eh, tak ada apalah, saya faham situasi awak sekarang,”

Syasya terdiam sambil merenung kosong sekeliling. Hilang mood! Sungguh dia bertahan di majlis ni pun kerana perasaan hormatnya pada Tengku Sofia. Hai hati....sabarlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience