Adoii penatnya kena buat part time ni. Buat part time apanya, dah tugas pengawas pustakawan, kenalah tugas lebih masa. Ish sakit pulak pinggang aku ni.... Amira terus duduk di bangku luar perpustakaan. Akhirnya, waktu bertugasnya sudah tamat. Syasya sudah disuruhnya pulang dahulu.
“Ehem...” seseorang berdeham di sebelahnya. Amira mengangkat mukanya dan sedikit terkejut dengan kehadiran si dia.
“Boleh duduk sini?” soal Danial. Amira hanya mendiamkan diri.
“Emm kalau dah diam tu maknanya bolehlah tu...” ujar Danial lalu duduk di sebelah Amira dengan selamba. Amira sudah membulatkan matanya. Amboi...mamat ni, tak tahu malu betul!
“Saya tahu awak mesti cakap saya ni tak tahu malu, kan,” riak wajah Amira berubah. Hai, dia ni boleh baca hati orang ke? Danial mula ketawa melihat wajah Amira yang cuak. Mesti betullah tu apa yang aku cakap....desis Danial.
“Erk...awak tak balik lagi?” soal Amira gugup.
“Kalau saya dah balik mestilah saya tak duduk tercongok tepi awak ni. Mestilah saya tak balik lagi.” Ujar Danial tenang. Amira sudah mula gelabah. Apa punya soalanlah aku tanya. Mestilah dia tak balik lagi. Kalau tak, siapa pulak yang berbual tepi aku ni....takkanlah hantu siang-siang macam ni!
“Maksud saya, kenapa tak balik lagi?”
“Sebab saya tunggu awak....” Jawapan Danial membuat Amira kelu.
“Apa maksud awak? Jangan main-main, boleh tak...” ujar Amira tegas. Danial hanya tersenyum. Sudah faham benar dengan sikap Amira yang cepat saja melenting. Comel betul!
“Betullah saya cakap. Saya tunggu awak! Sebenarnya, saya nak minta maaf kat awak sebab dah marah awak hari tu.” Amira terkedu. Patutnya aku yang minta maaf....
“Eh, taklah. Saya yang patut minta maaf. Saya patut ucapkan terima kasih pada awak sebab dah tolong saya dan saya tau kata-kata awak hari tu cuma nak lindung saya saja, kan. Tapi saya pulak yang salah faham.”
“Tak apa, Syasya dah jelaskan semuanya...”
“Maksud awak, Syasya kawan saya ke?” soal Amira blur. Danial ketawa.
“Ramai ke kawan awak yang nama Syasya?” soal Danial kembali. Amira tersengih. Aduh...malunya aku!
“By the way, boleh kita jadi kawan?” Amira terdiam. Lambat laun, kepalanya diangguk perlahan. Danial tersenyum senang.
“Emm...saya balik dululah, dah lewat petang ni. Jumpa nanti.” Amira melangkah pergi. Danial hanya memandangnya.
Entah kenapa hatinya senang apabila Amira menerimanya meskipun hanya sebagai kawan. Kini, kata-kata Syasya mula mengubah segala rancangan jahatnya untuk kenakan Amira tapi kepada rancangan untuk memikat hati Amira. Dia kini sudah jatuh hati dengan gadis yang keras hati seperti Amira Zulaikha!
**
Sudah seminggu berlalu, namun hubungan Syasya dan Ammar masih belum berubah. Syasya kini lebih banyak berdiam diri dan lebih fokus pada pelajaran. Syasya juga menyedari bahawa hubungan Amira dan Danial makin erat dari semasa ke semasa. Dan itu yang buatkan dia sedikit lega.
“Mengelamun lagi!” sergah Amira. Syasya tersentak.
“Awak ni sejak baik dengan Danial asyik nak menyakat saya aje...” Ujar Syasya sebal. Amira hanya ketawa. Lucu melihat muka Syasya yang sudah menarik muncungnya.
“Maaflah tapi awak tulah asyik mengelamun aje. Muka tu serius 24 jam! Bosanlah...” ujar Amira selamba. Syasya mencebik.
“Amboi mentang-mentang dah dapat kawan baru, kawan lama ni bosanlah...apalah. Dahlah, pergilah cari kawan awak tu!” rajuk Syasya tiba-tiba. Amira cuba memujuk. Sejak akhir-akhir ini temannya seorang ini cepat saja sensitif. Dulu tak macam ni pun...
“Ala....okey, saya minta maaf.” Pujuk Amira. Syasya hanya tersenyum
“Yalah. Saya mana boleh marah awak lama-lama.” Balas Syasya sambil mencuit dagu Amira. Amira sudah tersengih.
“Oh, saya lupa nak cakap kat awak.”
“Apa?”
“Lusa kita ada camping kat Hutan Simpang Ayer Hitam. Awak kena pergi okey, no excuses!” Ujar Amira tegas.
“Hah! Kenapa tiba-tiba ni? Saya tak tahu apa-apa pun.”
“Ini semua Danial yang rancang. Dia kata untuk release tension! So, dia akan tanggung semua biaya ni. Mereka dah bincang dengan pengetua untuk bawak semua budak kelas kita dan budak kelas dia camping kat tempat ni. Bestkan...! Free aje Sya, kita pergi ya. Budak-budak kelas kita semua nak pergi.” Pujuk Amira.
Sebenarnya ini salah satu rancangannya bersama Danial untuk rapatkan semula hubungan Ammar dan Syasya kembali. Jadi, dia harus pastikan Syasya sertai acara ini.
“Awak ni kalau bab free...cepat je. Maklumlah, cik abang yang tolong sponsor program ni!” perli Syasya. Amira membuntangkan biji matanya.
“Eh, bukan Danial sorang aje, Ammar pun tolong juga!” balas Amira ceria. Syasya mengeluh. Jika Ammar yang tanggung biayainya sudah tentu Ammar juga turut serta dalam program ini. Pasti kehadiran Ammar membuatkan dirinya tidak selesa!
“Saya tak naklah.” Tolak Syasya.
“Kenapa? Dekat Puchong ni aje. No...no...awak mesti ikut!”
“Saya tak minatlah, Mira. Awak pergilah dengan kawan-kawan yang lain. Kan ada Alya, Anita dan ramai lagi...” Syasya cuba memberi alasan.
“You are my bestfriend okay. Mestilah saya akan pergi jika awak pergi. Please...demi saya!” Amira langsung tidak putus asa untuk memujuk.
“Tapi...”
“Sya....tolonglah!” rayu Amira. Syasya yang tidak sampai hati melihat temannya hanya mengangguk perlahan.
“Yeeey...! Macam tulah!” Amira sudah bersorak. Syasya tersenyum nipis melihat gelagat Amira yang tak ubah seperti kanak-kanak ribena. Hai...harap aku dapat berhadapan dengan Ammar!
**
Akhirnya, hari yang dinantikan telah tiba. Rombongan SMK Baiduri telah sampai ke tapak perkhemahan, Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Hanya dua guru kelas saja yang mengiringi rombongan. Ini semua atas kemahuan pengetua sendiri kerana dia pasti pelajar dapat menjaga diri masing-masing.
Semua pelajar diarah turun dari bas dan berkumpul untuk diberi sedikit taklimat. Setelah selesai taklimat, mereka dibahagikan beberapa kumpulan oleh Ammar yang dilantik sebagai ketua bagi program ini. Para pelajar mula mencari tapak yang sesuai untuk membina khemah masing-masing.
“Dahlah tarik muncung tu...tak comellah.” Syasya tersenyum melihat muka Amira yang cemberut. Dari sekolah sampailah dah sampai ke kem, muka tidak puas hati rakannya masih lagi kelihatan.
“Eeii...saya menyampah betullah! Kenapa si Fasha dan Anis tu boleh join sekali. Mereka bukan sekelas dengan Danial dan Ammar. Ish, saya jadi tak ada mood bila tengok diorang tergedik-gedik kat kem ni. Nyamuklah...pacatlah, dah tau geli tak payahlah nak menyibuk program orang!” Amira melepaskan perasaan geramnya sambil merenung tajam ke arah Fasha dan Anis yang sibuk bermanja-manja dengan Danial dan Ammar.
“Apa salahnya diorang join sekali. Kita bukannya ada hak. Lagipun terserah pihak penajalah nak jemput siapa yang dia suka.” Ulas Syasya perlahan.
Bukan Syasya tak tahu, Ammar yang mengajak mereka berdua untuk join kem ni. Walaupun dia agak terkilan dengan layanan mesra Ammar terhadap Fasha tapi dia hanya mampu menelan sahaja perasaanya.
“Entah apalah yang difikirkan si Am tu sampai dia boleh ajak budak yang tak cukup kain tu.” Amira mula membebel lagi. Syasya hanya menggeleng mendengar kata-kata pedas rakannya.
“Tak baiklah cakap macam tu.”
“Biarlah. Hati saya masih belum puas lagi tau...”
“Mira, janganlah ikutkan perasaan sangat. Kita datang sini nak berseronok bukan nak tambah lagi serabut kat fikiran ni. Awak cemburu ya bila kak Anis dekat-dekat dengan Danial?” serkap Syasya. Muka Amira mula kelihatan merah.
“Tak ada maknanya nak jealouslah. Danial tu bukan pakwe saya. Lagipun saya tak ada hati pun kat dia. Yang awak ni nak panggil diorang kakak tu apa kes. Tua setahun aje kut, tak payahlah nak panggil macam tu. Diorang tu masih tak layak dapat gelaran kakak....perangai mengalahkan budak tadika.” Syasya hanya tersengih melihat temannya yang banyak sangat celotehnya.
“Betul ke tak ada hati, ni muka dah merah semacam ni....” Syasya masih mahu menyakat temannya.
“Mana ada! Yang awak ni tak cemburu bila si Am tu layan Fasha?” soal Amira tiba-tiba. Syasya terdiam.
“Saya bukan siapa-siapa dalam hati dia. Kenapa saya harus cemburu pulak. Dahlah, jom kita ambil peralatan khemah. Saya rasa kat sini sesuai untuk kita bina khemah.” Syasya terus berlalu pergi. Amira hanya menurut. Emm pandai pulak dia tukar topik, huh nak larilah tu! Janganlah seksa perasaan awak lagi, Syasya...
**
Syasya hanya mampu memandang sepi melihat Ammar yang sedang menolong Alya dan kumpulannya membina khemah. Meskipun Fasha masih berkepit bersama Ammar tetapi hati Syasya lebih sakit melihat layanan Ammar terhadap Alya berbanding layanan Ammar terhadap Fasha.
Entah kenapa emosinya mula tidak stabil. Syasya cuba mengawal dirinya supaya tidak menitiskan air mata. Dia cuba memberi tumpuan untuk menolong kumpulannya memasang khemah.
“Nak saya tolong?” Satu suara menegurnya. Syasya sedikit terkejut dengan suara garau itu.
“Ahh Afiq! Saya ingat siapalah tadi. Kumpulan awak dah siap ke pasang khemah?” Syasya cuba berlagak biasa. Dia dapat merasakan panahan mata milik Ammar dari jauh. Afiq tersenyum manis.
“Tak apa. Ahli group saya dah hampir semua mahir. Baik saya tolong group yang perlukan pertolongan.”
“Terima kasihlah sebab sudi tolong. Maklumlah group kitorang ni kurang mahir sikit bab pasang khemah ni.” Ujar Syasya malu-malu. Afiq hanya tersengih. Afiq terus membantu memasang khemah kumpulan Syasya dengan cekap. Dengan kepakaran Afiq, hampir tidak sampai setengah jam, khemah milik kumpulan Syasya sudah siap terbina!
“Wah...cepatnya awak buat kerja, Afiq.” Ujar Amira kagum. Afiq tersipu malu. Sebenarnya dia bertujuan baik untuk menolong Syasya demi menebus kesalahannya terhadap Syasya. Walaupun ia tidak seberapa tapi mampu menghilang sedikit rasa bersalah dalam dirinya.
“Terima kasih Afiq sebab bantu kitorang. Kalau tak, entah apalah jadi kat khemah ni....hancur lunyai mungkin.” Gurau Syasya. Afiq dan Amira tertawa.
“Tak apa benda kecil aje ni...” balas Afiq. Tiba-tiba Danial menyapa mereka.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu kat sini?” soal Danial. Amira mencebik.
“Dah siap baru nak tanya. Kenapa tak tanya esok aje terus.” Perli Amira. Danial sedikit tersentak. Hai minah ni dah kenapa, sinis je bunyinya.
“Erk saya balik khemah dululah ya...” Afiq mula meminta diri. Nampak gayanya gunung berapi nak meletus kejap lagi, baik berundur.
“Kenapa datang sini? Pergilah jaga khemah si buah hati awak tu, nantikan terbalik pulak.” Penuh makna kata-kata yang dilontarkan Amira. Gulp! Danial tertelan air liurnya. Apahal minah ni, bila masa pulak aku ada buah hati ni. Takkanlah si Anis tu kut...
“Ni tercegat lagi kat sini buat apa. Pergi jelah. Nantikan si buah hati awak tu nak minta ubat nyamuk, so baik sediakan cepat-cepat ya...” Amira terus meninggalkan Danial yang masih lagi tercengang. Danial memandang ke arah Syasya. Syasya hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu. Cemburu ke minah ni, detik hati Danial.
Share this novel