Bab 27

Romance Series 14495

Pejam celik, pejam celik. Masa semakin cepat berlalu tanpa disedari. Peperiksaan
terbesar yang bakal dihadapi oleh pelajar tingkatan lima iaitu SPM semakin
menghampiri. Tidak kurang hanya empat bulan sahaja lagi mereka semua akan
bertempur di medan pertempuran.Persiapan rapi pelajar tingkatan lima termasuk
Ammar dan Danial telah dilakukan. Walau begitu mereka masih perlu kuatkan lagi
aspek pembelajaran mereka supaya dapat membuat yang terbaik dalam exam itu
nanti.

Suasana kelas 5 sains 1 kelihatan sunyi. Semua pelajar sibuk menelaah buku
masing-masing tidak terkecuali juga Ammar dan Danial. Buat masa sekarang, guru semakin jarang masuk ke kelas kerana ingin memberi peluang pelajar untuk berbincang sesama sendiri.

“Bro dari tadi aku tengok kau lain macam aje. Nampak gelisah. Kau ada masalah apa
lagi dengan si Amira tu?” soal Ammar sambil berpaling ke arah Danial yang macam kucing
kehilangan anak itu. Tak duduk diam langsung!

“Masalah apa pulak? Kau macam tak tau aje sejak aku selesaikan masalah karipap
dulu tu, aku dengan si Amira dah makin rapat tau.” Balas Danial.

Masih dia ingat lagi betapa susahnya dia ingin memujuk Amira. Untung sahaja idea
yang bernas itu muncul saat-saat akhir. Akhirnya dengan sebakul karipap yang dihadiahkan
kepada Amira tanda minta maaf akhirnya berjaya membuatkan hubungannya bersama Amira
semakin bertambah erat. Tak sangka kuih karipap rupanya kuih kegemaran Amira. Hantu
karipap rupanya!

“Eleh bukan korang berdua ni sama-sama keras kepala ke....”

“Tu dulu tau tapi sekarang dah okey.”

“Dah tu yang kau tu gelisah semacam dah kenapa?” soal Ammar ingin tahu.

“Aku....aku...”

“Aku apa?” soal Ammar keras.

“Aku sakit perutlah....hihihi,” balas Danial tersengih. Ammar menepuk dahinya. Mati-
matian aku ingat ada masalah berat.

“Hampehlah kau ni. Aku ingatkan ada masalah negara ke apa...”

“Eh, ni masalah negaralah ni. Bahaya ni tau, kena segera dirunding.” Ujar Danial.

“Negara kepala otak kau! Dah....dah baik kau cepat-cepat pergi runding masalah
negara kau tu. Jangan nak runding kat sini nantikan habis satu kelas ni hancur dengan masalah
kau tu.” Ulas Ammar lalu segera menyambung latihan matematiknya.

“Yalah....yalah nak pergilah ni,” balas Danial lalu segera keluar untuk melepaskan
hajatnya di tempat yang sepatutnya.
**
“Fuhh....leganya rasa.” Ujar Danial mengusap perutnya sambil keluar dari tandas. Baru
beberapa langkah, tiba-tiba dia ternampak satu permandangan yang menarik perhatiannya.
Langkahnya terhenti. Danial bersembunyi di sebalik tiang sambil memerhatikan pasangan
yang kelihatan mesra tersebut.

“Emm Afiq saya rasa sampai sini ajelah awak tolong. Tak apa biar saya yang bawa
masuk buku ni dalam bilik guru.” Ujar Syasya tersenyum manis.

“Tak berat ke? Biar saya aje yang bawak masuk....” balas Afiq yang cuba ingin masuk
ke bilik guru namun sempat dihalang oleh Syasya.

“Eh...tak beratlah. Saya boleh bawak. Terima kasih ya sebab tolong saya. Buang
masa belajar awak pulak sebab tolong saya ni,” Syasya tertunduk malu. Segan!

“Tak adalah. Lagipun saya memang ada hal juga dekat bilik guru ni jadi apa
salahnya saya bantu awak. Lagipun kesian gadis secantik awak ni bawak buku sebanyak ni
sorang-sorang.”

“Terima kasih Afiq,” ucap Syasya sekali lagi.

“Saya bawak masuk ya. Tak apa awak pergilah masuk kelas dulu.” Syasya hanya
mengangguk dan berlalu pergi. Afiq hanya memandang hingga bayangan Syasya menghilang
di sebalik dinding. Aduh nasiblah Syasya ni milik Am, kalau tak dah lama aku kebas. Cantik
kut! Macam artis korea tu siapa tak nak...setelah puas bermonolog Afiq kembali
menyambung kerjanya.

“Emm lain macam aje pandangan Afiq dekat si Syasya ni. Patut ke aku kasi tau Am
tentang hal ni...” bisik Danial lalu segera berlalu menuju ke kelas sambil memikirkan tentang
hal tersebut.
**
“La kau ni kenapa? Sebelum masuk tandas gelisah, keluar pun gelisah lagi ke? Kenapa tak
cukup puas lagi?”

“Ish kau ni kalau tak kenakan aku memang tak sahkan hidup kau,” balas Danial
sambil menepuk belakang Ammar. Orang risau pasal dia, dia boleh pulak kenakan kita. Huh!

“Hahaha...okey...okey maaf bro. Aku cuma pelik aje.” Ujar Ammar sambil
mematikan ketawanya.

“Aku nak tanya something ni.”

“Apa dia?”

“Kau dah cakap ke belum dekat Syasya yang kau suka dia?”

“Belum.” Jawapan ringkas Ammar membuatkan Danial makin gelisah untuk berterus
terang tentang apa yang dia nampak sekejap tadi. Nak cakap ke tak? Tak cakapkan kesian
tapi kalau cakap takut lain pulak jadinya.

“Aku rasa kau ada sembunyikan sesuatu dari aku, kan?” soal Ammar curiga. Ni mesti
ada benda tak kena.

“Erk tak...tak adalah,” nafi Danial.

“Kau jangan nak tipu aku. Kita bukan baru kenal, dah bertahun kita kawan. Jadi cepat
cakap apa yang kau tahu?” desak Ammar.

“Sebenarnya tadi aku ternampak Syasya dengan Afiq. Nampak mesra sangat.”
Kenyataan Danial membuatkan Ammar terdiam seketika. Terasa macam sesuatu yang kuat
menghentak hatinya.

“Kau okey, Am?” soal Danial khuatir. Dia tahu Ammar berasa cemburu saat ini.

“Aku okey,”

“Kau kena cepat-cepat luahkan perasaan kau dekat dia sebab kalau tak...”

“Kalau tak, apa?” soal Ammar laju.

“Kalau tak, aku takut Syasya dikebas orang nanti. Aku tengok Afiq pun macam
sukakan Syasya. Kau kena cepat bro.” Danial cuba memberi semangat kepada Ammar.

“Tapi aku takut.”

“Kau nak takut apa? Syasya tu bukan macam Amira garang macam singa. Kalau
Amira memang patutlah kau takut sedangkan aku yang berani pun takut dengan si singa tu ni
kan pulak kau.” Sempat lagi Danial mengutuk Amira. Ni kalau singa tu tahu mampos aku
dibahamnya nanti.

“Kau ni boleh pulak bergurau macam tu. Dengar dek Amira kan mahu tak cukup tanah
kau lari.” Ujar Ammar sambil tertawa kecil.

“Bro ni bukan gurauan tapi kenyataan. Tapi kau jangan cakap dekat dia, nanti aku
kena baham hidup-hidup.”

“Yalah tapi aku bukan takutkan hal tu. Aku takut, aku cuma bertepuk sebelah tangan
saja. Kalau dia tolak aku, aku tak tau aku boleh terima ke tak...” jawapan Ammar
membuatkan Danial ketawa terbahak-bahak. Ketawa Danial yang kuat itu menarik
perhatian rakan sekelasnya lalu cepat-cepat Ammar menutup mulut temannya.

“Kau ni pun kalau nak gelak pun agak-agaklah kita duduk dalam kelas ni bukan dekat
pentas Maharaja Lawak.” Ujar Ammar tegas. Danial tersedar lalu meredakan ketawanya dan
meminta maaf kepada rakan sekelasnya. Dia segera membetulkan kedudukannya.

“Habis kau tu yang buat lawak.” Ujar Danial.

“Mana ada aku buat lawak pulak,” tempis Ammar. Dia ni tak korek telinga ke apa
sampaikan apa yang aku cakap tadi ada bunyi macam lawak ke?

“Yang kau cakap bertepuk sebelah tangan tu bukan lawak ke? Eh Am, kita bukan
hidup dalam drama or filem okey. Aku rasa tu bukan alasan yang sesuai untuk kau bagi.
Dengan apa yang kau lakukan selama ni untuk dia takkan tak mampu buat dia cair dengan
kau. Kau ada rupa, kaya, cemerlang dalam akademik lagi. Aku rasa kalau kau kena buang
kat wad gila pun orang gila akan jadi normal dan berebutkan kau tau.” Ulas Danial panjang
lebar.

Ammar terus mengetuk perlahan kepala Danial dengan pen.

“Yang kau ketuk kepala aku tu kenapa?” soal Danial sambil mengusap perlahan
kepalanya.

“Yang kau nak buang aku kat wad gila tu apa kes. Sebelum kau buang aku kat situ
baik aku ikat kau terus kat sana.”

“Okey....maaf aku bergurau aje tu. Lagipun takkan aku nak buat macam tu. Back
to the topic, kau ada segala-galanya yang semua perempuan inginkan. Jadi aku yakin yang dia
tak akan tolak kau punya.” Ujar Danial yakin.

“Tapi Syasya lain. Dia berbeza dari perempuan yang aku pernah jumpa sebab tulah
aku takut untuk luahkan. Aku takut untuk kehilangan dia.”

“Bro, kalau kau tak luahkan aku takut kau yang makin kecewa.” Ammar hanya
terdiam dengan kata-kata Danial.

“Macam ni lah kau fikirlah masak-masak dan buatlah keputusan yang tepat. Aku akan
sentiasa sokong kau dari belakang,” ujar Danial tulus sambil menepuk perlahan-lahan
belakang Ammar. Ammar hanya tersenyum nipis. Bersediakah aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience