Bab 30

Romance Series 14495

“Sya, awak yakin tak nak report polis?” soal Amira. Syasya yang ketika itu sedang membelek buku terhenti seketika. Syasya menggeleng lemah.

Amira memegang lengan rakannnya untuk menyalurkan sedikit kekuatan. Dia sedih memikirkan nasib yang menimpa teman baiknya. Tapi dia bangga kerana Syasya kuat untuk menghadapinya.

“Kita tak ada bukti Mira dan saya rasa kita tak payahlah hebohkan hal ini. Saya tak nak buat papa risau. Awak tahukan papa baru nak capai bahagia dan saya tak nak meruntuhkan kegembiraan papa dengan masalah saya.” Ujar Syasya lemah. Amira mengangguk.

Faham dengan kegembiraan yang diucapkan Syasya. Perhubungan Encik Aziz dan Puan Fina semakin rapat sekarang. Oleh itu, Syasya harus berfikir sepuluh kali untuk membuat laporan polis. Demi papanya, dia sanggup merahsiakan semuanya.

Bunyi mesej masuk menghentikan segala perbuatan Syasya untuk menghabiskan sedikit ulangkaji pelajarannya. Terus dicapai telefonnya dan terpana apabila melihat ke skrin. Telefon itu hampir terjatuh namun sempat disambut oleh Amira.

“Kenapa ni?” ucap Amira lalu menoleh ke arah Syasya yang sudah teresak-esak menangis.

Amira segera melihat mesej yang diterima. Terpampan seketika bila melihat gambar Syasya sedang dipeluk oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya di atas katil. Hampir jua telefon itu terlepas dari tangannya. Amira menghampiri Syasya yang sudah meraung dan segera dipeluknya untuk menenangkan temannya. Ya Allah... dugaan apakah ini?

“Mira.....saya masih suci! Mira tolonglah percaya, saya masih suci!! Gambar tu tipu....! Saya tak kenal siapa laki tu!” Syasya sudah menjerit. Amira menguatkan lagi pelukannya.

Dia tidak tahu lagi hendak berbuat apa sedangkan keluarganya masih belum pulang. Tidak mungkin juga untuk dia menghubungi Encik Aziz dalam keadaan Syasya seperti ini. Pasti lagi panjang ceritanya.

Akhirnya dia terpaksa menghadap semua ini sendirian. Dia tidak ingin hal seperti ini terbongkar kepada sesiapa kerana ini melibatkan maruah Syasya. Walaupun ketika itu dia terfikirkan untuk menghubungi Danial dan meminta pertolongan tapi dia tahu lambat laun pasti Ammar akan tahu jua. Amira yakin pasti Syasya tidak ingin Ammar tahu soal ini. Amira cuba menenangkan Syasya.

“Mira, awak percayakan yang saya masih suci?” soal Syasya lemah. Matanya mula membengkak akibat terlalu kuat menangis. Amira mengusap perlahan-lahan belakang temannya.

“Ya saya percaya. Dah, awak jangan risau. Awak selamat sekarang.”

“Tapi apa saya nak buat sekarang, Mira? Apa yang perlu saya buat?” sungguh Syasya sudah buntu memikirkan hal ini. Dia tidak kisah jika gambar itu tersebar sekalipun, dia sanggup menerima segala tohmahan masyarakat terhadapnya tapi dia tidak sanggup melihat papanya kecewa bila melihat gambar itu. Tambah-tambah lagi pasti dia akan dikeluarkan dari sekolah. Itu pasti akan buatkan papanya tambah sedih. Dia buntu!

“Jangan risau. Selain gambar tu, orang itu ada hantar apa-apa pesanan tak dekat awak macam ugutan nak duit ke?” soal Amira hati-hati. Syasya menggeleng. Setahu dia, hanya gambar itu sahaja yang dihantar.

“Humm saya rasa dia bukan nak buat sebagai ugutan. Mesti dia ada agenda lain ni. Mungkin dia hanya nak takut-takutkan awak aje,” ulas Amira yakin. Entah kenapa dia rasa orang yang buat angkara ini seperti inginkan sesuatu yang lebih selain daripada wang!

“Saya tak tahu! Saya buntu sekarang ni....” Amira genggam tangan Syasya. Sedaya upaya dia akan cuba untuk tolong sahabatnya.

“Macam ni, kita tunggu aje apa yang akan berlaku seterusnya. Kita tunggu apa yang orang tu nak sebenarnya. Saya tak yakin dia akan sebar benda macam ni sebab kalau dia nak buat macam tu dah lama dia buat, tak perlu dia hantar dekat kita dulu gambar tu.” Syasya mengangguk lemah. Kali ini dia langsung tidak ada tenaga untuk berfikir tentang jalan penyelesaiannya. Untunglah dia punya seorang sahabat yang setia dan baik seperti Amira.
**
“Sya, awak okey, kan?” soal Amira. Syasya pantas mengangguk. Kali ini dia sudah kuat. Dia
sudah tidak kisah seandainya gambar itu tersebar sekalipun, dia sudah bersedia untuk hadapinya. Dia tahu yang dia mangsa keadaan. Amira dan Syasya pantas bergerak ke kelas. Langkah mereka terhenti apabila Ammar memanggil nama Syasya.

“Saya pergi dulu ya,” ujar Amira sambil mengenyit mata ke arah Syasya. Syasya hanya tersenyum malu. Ammar mengajak Syasya ke tempat yang lebih tersembunyi.

“Awak sihat?”

“Alhamdulillah sihat. Ada benda yang awak nak cakap dekat saya ke?” soal Syasya sambil menatap mata Ammar tapi terus dilarikannya. Hish...mata ni pun tak duduk diamlah. Ammar hanya tersenyum melihat kelatah Syasya yang malu-malu itu.

“Saya cuma nak ambil semangat aje, tak boleh ke?”

“Semangat?” semangat apa pulak yang mamat ni merepek. Syasya mula keliru. Ammar hampir tergelak bila melihat kedutan seribu di dahi Syasya. Comel betul!

“Tak adalah. Sebenarnya saya nak cakap, saya mungkin susah dah nak jumpa dan berbual dengan awak lagi sebab awak tahukan yang exam SPM tinggal seminggu aje lagi. Awak tak kisah, kan?” Ammar memandang Syasya dengan penuh kasih. Syasya segera menunduk. Entah kenapa pandangan redup dan ayat yang keluar dari mulut Ammar membuatkan dia berasa sedih. Ish kenapa dengan aku ni?

“Awak jangan risau, selesai aje semua ni saya terus hubungi awak tau. Lagipun saya ada nak cakap benda penting dengan awak.” Ujar Ammar bersungguh. Syasya memandang Ammar lalu mengangguk.

“Okey, awak jangan risaulah pasal saya. Yang penting awak fokus sepenuhnya pada exam tu. Then buat yang terbaik. Saya sentiasa sokong awak dari belakang dan saya akan tunggu awak.” Ucap Syasya ikhlas. Ammar tersenyum senang. Saya akan buat yang terbaik demi keluarga dan demi awak Syasya!

Ammar segera meminta diri untuk kembali ke kelas. Sebelum tu, sempat lagi Ammar menghadiahkan senyuman yang paling manis pada Syasya. Selepas Ammar menghilang, Syasya terasa air matanya menitik. Syasya segera menyapu dan memegang erat dadanya. Kenapa aku sedih? Kenapa hati aku sakit? Kenapa aku rasa ini kali terakhir Ammar tersenyum manis pada aku? Apakah ini semua....

**
Syasya pulang ke rumah dengan perasaan berbelah bahagi. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati. Sejak pertemuannya dengan Ammar pagi tadi hinggalah waktu pulang kini hatinya masih belum tenteram. Sampai sahaja di hadapan rumahnya, Amira menghalang Syasya dari masuk.

“Awak ada masalah lagi ke?” soal Amira lembut. Syasya hanya memandang sepi pertanyaan itu. Dia sendiri belum tahu masalah apa yang sebenarnya dia hadapi. Belum sempat Amira ingin menyambung pertanyaannya, telefon Syasya memanggil-manggil minta diangkat.

Dengan segera tanpa melihat nama pemanggil Syasya terus mengangkat. Belum sempat Syasya mengucapkan salam, dia terus disembur oleh pemanggil. Syasya terkedu lalu dia tertekan butang load speaker. Amira yang kebetulan ingin meminta diri terlebih dahulu terhenti seketika apabila mendengar kata-kata si pemanggil.

“Woi perempuan kau ni memang tak tahu malu, kan? Tak cukup ke dengan satu jantan, jantan yang aku punya pun kau nak kebas!” tengking si pemanggil. Syasya tersentak dan terus berpaling ke arah Amira yang juga sudah terlopong. Amira ingin berbicara tetapi Syasya menghalang. Dia tidak ingin si pemanggil tahu bahawa Amira juga turut mendengar tohmahan itu.

“Awak...awak ni siapa?” soal Syasya gugut.

“Hei kau tak perlu tahulah siapa aku. Aku paling pantang bila orang sentuh hak aku. Kau faham tak...!!” amukan si pemanggil sedikit pun tidak mematahkan semangat Syasya untuk terus bertanya.

“Kenapa awak benci saya? Apa yang saya dah buat?”

“Apa yang kau dah buat? Kau boleh tanya lagi apa yang kau dah buat? Hei perempuan, kau dengar sini. Aku rasa kau ni tak serik kan....aku minta kali ni kau jangan ganggu Ammar lagi. Aku nak kau putuskan hubungan dengan dia. Dia hak aku!!!” kenyataan si pemanggil membuatkan hampir separuh nafas Syasya putus.

Amira segera memegang erat bahu Syasya untuk tenangkan rakannya. Dia tahu Syasya terkejut sedangkan dia sendiri masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan pemanggil. Syasya cuba untuk bertenang. Dia perlu kuat!

“Kenapa saya perlu buat macam tu? Lagipun awak bukan girlfriend Ammar.”

“Ewah....sedap mulut kau ya. Kau tak takut aku sebar gambar terkutuk kau ni? Dasar perempuan tak sedar diri!” Si pemanggil langsung tidak putus asa untuk mengapi-apikan keadaan.

“Saya tak takut! Saya tak perlu takut sebab saya tak buat kerja terkutuk macam tu, lagipun itu hanya sekadar gambar. Tiada bukti yang kukuh!” lantang Syasya bersuara. Benar kali ini dia tidak perlu takut jika diugut tentang hal itu kerana dia ada banyak cara untuk selesaikannya. Dia bersedia menerima pelbagai risiko. Amira hampir bersorak melihat kematangan Syasya.

“Jadi kau tak nak lepaskan Ammar?” soal si pemanggil setelah beberapa saat berdiam diri.

“Saya tak takut dengan orang.....”

“Jadi kau tak takutlah kalau aku bunuh Ammar!” belum sempat Syasya menghabiskan ayat, si pemanggil memotong. Ugutan kedua yang dilemparkan amat mengejutkan kedua gadis tersebut.

“Jangan main-main....”

“Eh, aku tak ada masa nak main-mainlah. Kau ingat aku tak berani? Dengar sini baik-baik perempuan, kalau kau masih berhubung dengan Ammar lagi, aku tak jamin kalau kau masih boleh jumpa dia lagi!” Tik! Talian terputus.

Tubuh Syasya menggeletar. Lemah. Amira segera memimpin Syasya ke gazebo. Amira mengusap perlahan belakang Syasya.

“Amira, awak rasa betul ke apa yang si pemanggil tu cakap yang dia akan bunuh Ammar?” Amira hanya mengeluh. Entah buat kali ini dia tiada jawapan untuk pertanyaan tersebut. Syasya memegang erat tangannya. Ya Allah apa perlu aku buat....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience