Bab 35

Romance Series 14495

“Cik Syasya, Tengku Sofia ada call. Dia minta cik Syasya datang ke rumah anaknya untuk appointment seterusnya,” ujar Intan, setiausahanya.

“Okey, awak dah uruskan ke dengan pembekal bunga tu?” soal Syasya.

“Sudah cik, saya dah tanya tentang bunga yang cik suruh carikan itu. Nasib kita baik sebab bunga tu baru sampai stok. Masih lagi dengan kuantiti yang segar.”

Syasya tersenyum. “Okey, thanks. Awak boleh keluar.”

Segera Syasya mengemas mejanya dan membawa apa yang patut untuk menemui clientnya. Syasya memandu keretanya dengan cermat dan akhirnya perjalanan yang tak makan masa panjang telah sampai ke destinasi.

“Ha dah sampai pun, masuk Yana,” jemput Tengku Sofia. Syasya hanya mengikut dari belakang.

“Yana tengok-tengoklah dulu kawasan ni. Aunty nak masuk kejap.”

Syasya sekadar mengangguk. Hatinya tetiba rasa tak selesa bila ditinggalkan bersendirian begitu. Bukan dia tak biasa kena tinggal macam tu tapi hari ni perasaannya lain macam aje rasa.

Syasya mengambil telahan itu sebagai mainan perasaannya sahaja lalu Syasya mengeluarkan buka nota kecilnya. Dia melihat sekeliling taman yang bakal diubah suai nanti. Idea yang di dalam fikirannya mula bermain. Segera Syasya melakar sesuatu dalam bukunya.

“Who are you?”

Suara itu membantut pergerakan Syasya. Syasya segera berpusing untuk melihat insan yang menegurnya. Matanya tidak berkelip melihat orang di depannya. Susah untuk menelan air liurnya.

“I’m asking, who are you?” soalnya lagi tanpa jemu. Kelu lidah Syasya untuk menuturkannya. Gugup bila berdiri di depan insan yang sudah lama tidak dijumpainya.

“Dah bangun dah anak ibu,” sampuk Tengku Sofia dari belakang. Ammar terus berpaling dan tersenyum bila melihat ibu kesayangannya. Syasya menghela nafas lega, hampir separuh rasanya oksigen tidak dapat disedut. Untung Tengku Sofia menyelamatkannya.

“Ibu....apa ibu buat kat sini?” soal Ammar lembut. Insan yang sedang disoalkannya terus dilupakan, fokusnya hanya untuk ibu tersayang.

“Hai, ibu nak jumpa anak ibulah. Semalam tak sempat nak borak sangat, Am dah nak balik sini. Ibu ajak tidur rumah tak nak...nak juga balik sini,” rajuk Tengku Sofia. Ammar segera memeluk ibunya.

“Maaflah ibu, Am malas nak susahkan ibu dan baba. Ala lagipun nanti hari-hari Am balik jenguk ibu kat rumah ya,” pujuk Ammar. Tengku Sofia tergelak melihat telatah Ammar. Rindunya terubat melihat manja Ammar yang masih tak berubah.

Syasya sekadar menjadi penonton bagi tayangan live di depan matanya kini. Dalam hati kagum dengan sikap Ammar yang lembut dengan ibunya walaupun sudah lama menetap di negara orang. Hubungan mereka masih kekal mesra.

“By the way ibu, who is she?” Ammar baru tersedar semula kehadiran wanita kecil di hadapannya ini. Syasya kembali berdebar. Alamak.....dia tanya lagi!

Tengku Sofia tersenyum. “Am juga nak ibu carikan orang untuk hias taman rumah Am ni kan, ni ibu dah jumpa orangnya. Kenalkan pereka landskap Beauty Garden Sy.....” belum sempat Tengku Sofia menyebut nama penuhnya, Syasya segera menyampuk.

“Yana! Call me Yana....” Syasya tersenyum nipis bagi menyembunyikan perasaan cemasnya. Tengku Sofia sekadar mengangguk.

“I thought you are korean, but i’m wrong. By the way my name is Ammar...Tengku Ammar!” ujar Ammar sedikit tegas berserta mukanya yang serius.

Niatnya ingin bersalam tapi nampak pada perwatakan gadis bertudung di depannya ini, terus dilupakan niatnya. Rasanya gadis itu betul-betul menjaga batas pergaulannya, lihat saja caranya banyak tunduk daripada memandang mukanya yang handsome. Bukan nak angkat bakul sendiri, memang dari dulu lagi dia digilai ramai perempuan sejak zaman sekolah hinggalah sekarang tak putus-putus perempuan cuba mendekatinya.

“Humm macam pernah nampaklah muka awak ni tapi kat mana ya,” ujar Ammar tiba-tiba. Dia cuba meneliti muka putih didepannya. Memang tak dinafikan gadis di depannya sedikit sebanyak membuatkan hatinya berdebar, bukan sebab mukanya yang comel tapi ada sesuatu yang lain. Dia sendiri tak tahu.

“Am pernah jumpa ke dengan Yana?” soal Tengku Sofia pula. Pertanyaan itu membuatkan Syasya makin pucat. Rasa berdebar di hatinya tak tertanggung. Kalau hatinya boleh terlocat keluar, dah lama keluar.

“Do we have meet before?” Soalan Ammar membuatkan Syasya mengangkat wajahnya memandang empat pasang mata di hadapan yang mungkin sedang menunggu jawapannya.

“Saya tak rasa macam tu Tengku. Kita tak pernah jumpa pun. Rasanya Tengku salah orang,” jawab Syasya. Tengku Sofia sekadar mengangguk dengan jawapannya manakala Ammar seperti tak berapa puas hati. Belum sempat dia melontarkan pertanyaan kedua, Tengku Sofia mematikan perbualan tersebut.

“Dahlah Am, kesian Yana nak buat kerja dia pun tak senang. Dah jangan kacau, mari pergi dapur ibu ada bawakkan sarapan untuk Am. Yana teruskan kerja awak ya, kalau ada apa-apa panggil aunty tak pun Am kat dalam.”

Sejurus itu Tengku Sofia menarik tangan anaknya masuk ke dalam. Walaupun muka Ammar nampak tak puas hati tapi dituruti jua langkah ibunya. Syasya dapat menarik nafas semula. Lega. Terima kasih aunty sebab selamatkan Syasya buat kali kedua, tapi selamatkah dia untuk lain kalinya! Syasya mengeluh.
**
“Ammar dah balik?” soal Amira entah kali yang ke berapa. Sudah puas Syasya mengangguk, rasa nak tercabut kepala dibuatnya. Amira sekadar tersengih, baru sedar kesilapannya.

“Maaflah Sya, saya terkejut. Danial tak cakap pula yang Am dah balik,” keluh Amira. Syasya hanya berdiam. Minuman depannya dipandang sepi. Hilang dahaganya bila bercakap tentang Ammar.

Amira mula merasakan aneh dengan rakannya. “Awak okey ke?” soal Amira prihatin. Syasya tersenyum tawar.

“Entahlah Mira. Saya pun tak tahu kenapa saya jadi begini.” Amira mengenggam erat tangan temannya.

“Kenapa? Awak masih tak dapat lupakan dia?” Syasya mengeluh. Betulkah begitu hatinya rasa?

“Saya tau ni semua kisah lama. Saya patut teruskan hidup saya yang baru.” Syasya cuba meredakan perasaannya.

“Kalau awak masih sukakan dia, apa kata awak terus terang aje dekat dia siapa awak. Mesti dia terima awak semula,” Amira cuba memberi cadangan bernasnya. Syasya segera menggeleng. Cari maut kalau dia ikut cadangan itu. Mana mungkin dia sanggup rampas tunang orang semata-mata kerana memikirkan hatinya sahaja.

Lagipun ini hanya sekadar sisa-sisa perasaan lama. Syasya tau dia harus melupakan dan mulakan ruang yang baru untuk hidupnya.

“Why not?” soal Amira.

“No Mira, dia dah ada tunang.” Kenyataan Syasya membuatkan Amira terkedu.

“Tunang? Are you serious?” Amira rasa tak percaya. Bila Am tunang?

“Muka saya ni ada nampak bergurau ke? Tengku Sofia sendiri yang kasi tau. Saya ada nampak gambar majlis tu,” ucap Syasya jujur. Amira termangu.

“Siapa tunang dia?” soal Amira ingin tahu. Syasya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Siapalah dia nak ambil tahu soal itu.

“Tapi takkan Am tunang dia tak info Danial? Bukan mereka sahabat rapat ke....” fikir Amira.

“Takkanlah semuanya nak kasi tau. Mungkin sebab keluarga mereka tak nak heboh. Siapa tau kan....lagipun diorang buat majlis tu pun dekat Korea sana nuh. Kata Tengku Sofia private majlis, so sebab tu kut Danial tak tau.” Teka Syasya. Amira hanya sekadar mengangguk.

“Awak okey ke tentang hal tu?” Amira cuba mengorek perasaan Syasya.

“Awak ingat bila saya tau benda tu, saya akan menangis sambil meraung-raung ke....?” Syasya cuba menyoal rakannya.

“Tak adalah macam tu tapi awakkan....”

“Tu kisah lama Mira. Lagipun saya dah tak ada apa-apa perasaan dekat dia. Apa yang saya nak sekarang just focus on my work. Saya malas nak ungkit kisah lama lagipun saya ni dah besar panjang bukan Syasya yang cengeng waktu kecil dulu. Saya dah kuat untuk atasi segalanya,” ulas Syasya.

“Humm kalau awak dah cakap macam tu, baguslah. Sya, saya yakin awak akan dapat kebahagiaan awak. Walau dengan siapa pilihan awak, saya akan terus support awak,” Amira memberi semangat. Syasya tersenyum senang.

Benar usia mematangkan diri. Sekarang Syasya lebih berkeyakinan dan kuat untuk hadapi segalanya. Tipulah kalau dia cakap dia tak sedih dengan pertunangan tersebut tapi dia tahu apa haknya untuk menghalang. Walau macam mana sekali pun life must go on. Dia tidak akan terperuk selamanya dengan kisah silam. Lapan tahun dia hidup tanpa Ammar, hidupnya baik sahaja tapi kenapa sekarang dia tak boleh nak lakukan. Syasya yakin dia boleh!
**
Seperti malam-malam kebiasaannya, Amira pasti bergayut dengan tunangnya dulu sebelum melelapkan mata. Biar mimpi indah-indah kata Danial. Tidak sangka musuh ketatnya masa kecil dulu kini sudah bergelar tunangnya. Tak lama lagi bakal menjadi suaminya. Tak sabar menantikan hari tersebut. Alahai gatal kau ya Mira.....

“Ha termenung lagi...!” sergah suara di sana. Amira tersedar. Telefon di tangan diperkemaskan.

“Mana ada termenung, saya cuma ingatkan seseorang ajelah,” jelas Amira.

“Ha ni ingat kat siapa pulak ni? Tunang awak nak letak mana. Siapa jantan tu cakap...siapa?” Danial mula berangin. Pantang orang kacau hak dia tau.

Amira tergelak di hujung corong. Danial makin berapi, dia boleh gelak pulak. Ni yang buat dia nak terbang ke rumah Amira terus ni. Dia perlukan penjelasan.

“Mira, saya datang ke rumah sekarang ya,” ungkap Danial. Amira terkejut. Hish gila ke apa nak datang rumah anak dara pagi-pagi buta ni. Dia sedar tak dah pukul berapa ni!

“Ish jangan nak mengarutlah, nanti apa kata orang pulak. Lagipun walid mesti marah.” larang Amira. Apa kena mamat ni...

“So jelaskanlah siapa mamat tu?”

“Mamat mana pula?”

“Mamat yang awak teringat tulah. Awak jangan nak buat hal kita lagi dua bulan nak kahwin ni,” Danial mula tak senang duduk. Adakah ini semua karma? Karma atas perbuatannya yang dulu kerana memainkan perasaan perempuan. Tapi tu dulu, dia dah lama tak buat kerja tu. Sekarang hatinya cuma milik Amira Zulaikha seorang aje. Tak lengkap hidupnya tanpa wanita ini di sisi.

“Danial Asraf, apa awak yang mengarut ni. Bila masa pula saya cakap orang yang saya teringat tu lelaki. Janganlah fikir bukan-bukan, hanya awak aje dalam hati saya ni.” jelas Amira. Adoi mamat ni dah kenapa tiba-tiba angin cemburu dia melampau sikit malam ni.

Amira tau sejak mereka bercinta dulu sampai nak ke jinjang pelamin ni, Danial dah lama tak buat perangai kasanovanya. Kata Danial cintanya hanya satu dan itu hanya milik dia. Betapa bertuah dirinya kerana mampu miliki cinta itu.

“Betul ni?” soal Danial lagi tak puas hati. Untung dia tak buat drama air mata kat sini. Kalau tak banjirlah rumah Amira tu.

“Betul....” jawab Amira manja. Danial menarik nafas lega.

“Kalau awak tak ingatkan lelaki mesti awak ingatkan perempuan kan...yalah takkan awak ingatkan pondan pulak.” Kata-kata Danial membuatkan Amira ingin hempuk aje telefon atas kepala tunangnya.

“Danial....!!” tarik Amira. Danial ketawa. Faham akan maksud panggilan itu.

“Hihihi saya gurau ajelah, saya tau mesti awak ingatkan Syasya, kan?” Amira tersenyum. Danial betul-betul memahami dirinya.

“Ya...saya risaulah. Awakkan tau yang Ammar dah balik. Saya takut rahsia Syasya akan terbongkar,” Danial diam. Dia faham akan maksud rahsia terbongkar yang diutarakan oleh tunangnya. Segala perkara yang berkenaan Syasya mereka berkongsi, dia juga tahu yang Syasya kini menjadi pereka landskap rumah Ammar. Tapi identitinya dirahsiakan.

Ingin sekali Danial memberitahu Ammar tentang hal itu tapi dia sudah ditegah awal-awal oleh tunangnya supaya merahsiakan hal ini. Demi tunangnya dia terpaksa! Lagi pula dia masih belum sempat menemui rakannya itu sejak Ammar tiba di Malaysia.

Baginya hubungan Ammar dan Syasya sangat konflik. Dia sendiri belum tau atas alasan apa Syasya meninggalkan Ammar dulu. Puas Danial cuba mengorek hal itu dari tunangnya, tapi Amira tetap tidak bagi kerjasama. Danial yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka berdua.

Panggilan Amira mematikan lamunannya. “Hai tadi cakap orang yang termenung...ni siapa pulak yang jadi ikan tenung ni?” soal Amira. Danial tergelak, alahai macam-macamlah perangai tunangnya ini.

“Mana ada jadi ikan tenung...jadi ikan paus adalah, nanti saya nak ngap awak,” balas Danial. Gatal!

“Dah, tak payah nak gatal. Tak sah lagi tau....” balas Amira selamba. Padahal dalam hati dah kembang kucup je rasa.

“Yalah....yalah. Dah tak payah fikir apa-apa. Saya yakin Syasya tau apa yang dia buat.” Tegas Danial memberi arahan. Dia tak mahu tunangnya memikirkan apa-apa kemungkinan yang berlaku.

“Saya tak nak awak sakit pula sebab fikirkan hal ni. Nanti kalau awak sakit saya nak kahwin dengan siapa?”

“Kahwin ajelah dengan mak cik cleaner dekat pejabat awak tu,” ujar Amira lagak.

“Hai betul ke ni? Mak cik cleaner dekat pejabat saya hot tau, single lagi. Body mantap plus cantik gebu lagi. Tak menyesal ke?” ujar Danial pura-pura serius. Dia sekadar bergurau, mana mahu dia dekat mak cik cleaner pejabatnya yang rata-rata dah boleh jadi neneknya saja. Mau pengsan papa dengan mama kat rumah kalau bawak balik ni.

Amira mula menyesal atas kata-katanya. Tulah cakap lagi macam tu dah tau yang si Danial tu bekas kasanova melaya, buat hal lagi. Mau dia tinggalnya kau dekat majlis kahwin, baru padan muka. Nanti tersebar dekat muka depan akhbar, tajuk ‘Pengantin Perempuan Ditinggal Pengantin Lelaki Kerana Mak Cik Cleaner.’

Amira mula melalut. “Okey maafkan saya sebab cakap macam tu, janji tak buat lagi.” Amira mengaku salah. Danial tersenyum galak. Tau pun takut....

“Lain kali jangan cakap macam ni, ingat kita dah nak kahwin ni. Macam-macam boleh jadi tau.” Amira mengangguk, macamlah Danial boleh nampak.

“Danial, boleh tanya sesuatu?” Amira cuba mengalih topik.

“Ya sayang, tanyalah...”

“Betul ke Ammar dah bertunang?” soal Amira. Danial sedikit terkejut. Setahunya Ammar masih single, datang dari mana pulak gosip dia dah tunang ni. Lagipun kalau Ammar betul dah bertunang mesti dia orang yang pertama dikongsi hal itu.

“Mana awak dengar soal ni?” tanya Danial kembali. Amira terdiam.

“Saya dengar gosip-gosip aje,” tipu Amira. Maaflah cik tunang....terpaksa! Mana mungkin dia babitkan Syasya, nanti makin berpanjangan pula pertanyaan Danial.

“Ish sejak bila pulak awak concern tentang gosip-gosip luar ni. Dahlah tak payah percaya. Saya kawan baik dia, saya tau yang Ammar masih single sampai sekarang,” jelas Danial. Amira mengeluh. Dia pasti Danial tahu semua tentang Ammar.

Patut ke dia beritahu Syasya tentang hal sebenar. Tapi kalau dia cakap, Syasya mungkin tak selesa bila bekerja nanti. Lagi pula Syasya sendiri mengaku yang dia tak ada apa-apa perasaan lagi terhadap Ammar. Rasanya biarlah dia merahsiakan perkara ini, itu lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience