Bab 42

Romance Series 14493

Syasya berkemas seadanya sebelum keluar dari pejabat. Mira...Mira dah habis bulan madu baru nak call dia. Dahlah suruh datang rumah pula tu, terpaksalah tinggal kerjanya demi melawat sahabatnya yang sudah dua minggu tidak ditemuinya.

Syasya mencari kunci keretanya. Sebelum sempat membuka pintu, seseorang menegurnya.

“Hai Syasya, nak pergi mana kalut ni?”

“Oh hai Haikal. Buat apa kat sini?” soalan Haikal tak dibalas. Tak sangka mereka bertemu sekali lagi.

“Cari awak,” jawab Haikal pantas. Memang itu tujuan asalnya.

“Kenapa cari saya?” ujar Syasya. Entah kenapa rasa gugup bila berhadapan Haikal.

“Saja,” jawab Haikal sepatah. Syasya terdiam. Gelisah dengan perwatakan Haikal yang berlainan.

“Saya rasa awak bukan orang yang mungkir janji, kan?” sambung Haikal.

“Maksud awak?”

“Janji yang kita telah persetujui, bila kita bertemu kembali,” kini mengertilah Syasya janji yang dimaksudkan oleh Haikal.

“Okey....we are friend now.” Syasya terpaksa akur akan janji yang dibuatnya. Lagipun kawan sahaja tak lebih dari tu. Biarlah mereka memulakan semula persahabatan mereka.

Haikal tersenyum senang. Dia tahu Syasya bukan orang yang jenis mungkir janji. Tak apa ini langkah pertama, lagipun dia tak mahu tergesa-gesa. Nanti Syasya makin menjauh darinya. Dia perlu mula dengan perlahan-lahan.

“Awak nak pergi mana?” soal Haikal senang.
**
“What? Jadi hari tu kau pergi sembur dialah?” ujar Danial tak percaya akan cerita rakannya. Baru hari ini mereka sempat bertemu. Setelah siap majlis perkahwinannya, dia terus membawa isterinya berbulan madu di Australia selama dua minggu.

Fikirnya dia mengajak Ammar ke rumahnya untuk berkongsi cerita gembira. Tapi melihatkan wajah Ammar yang kusut itu, terus dia mengorek rahsia hati rakannya. Tak sangka pula berita panas ini yang diterima.

“Yalah dah dia tipu aku. Mana aku tak marah,” tungkas Ammar. Sakit hatinya bila mengenangkan soal itu. Danial menggeleng.

“Bro tapi tak patutlah kau sembur dia kat tempat awam macam tu. Benda boleh bincang kan. Lagi satu aku nak tanya, kenapa kau boleh tuduh dia dah ada suami, anak? Lagipun Afiq tu dah ada binilah, kau nak tahu siapa bini dia?” soal Danial.

“Siapa?”

“Fasha. Orang yang tergila-gilakan kau waktu kat sekolah dulu,” Ammar terkejut. Rasa tak percaya pun ada. Danial tersengih melihat wajah Ammar.

“Kenap? Kau rasa si Fasha tu masih setia mengejar kau ke?” gurau Danial.

“Ish mengarut! Bukan tulah yang aku fikir. Aku cuma rasa tak percaya aje lagipun kau tak ada cakap pun pasal hal ni,” terang Ammar. Banyak benda rupanya dia tertinggal setelah bertahun-tahun di negara orang.

“Buat apa aku nak kasi tau kau. Tak penting pun kan. Lainlah kau ni bekas pakwe si Fasha tu.” Ammar membulatkan matanya. Geram dengan jawapan Danial.

“Hahaha aku gurau ajelah. Aku pun baru tau waktu reunion hari tu. Mulanya aku tak percaya tapi syukurlah dia dah berubah sepenuhnya. Dia ada juga pesan kat aku suruh cakap kat kau yang dia mintak maaf sebab perangai dia dulu,” Ammar mengangguk-angguk. Tiada apa yang nak dimaafkan, lagi pun semua manusia akan buat silap. Haruslah diberi peluang kedua.

“Eh, kau tak jawab lagi soalan aku tau,” sambung Danial sambil merenung temannya. Ammar mengeluh berat. Entahlah susah dia nak jawab soalan itu.

“Aku....aku tak tahulah macam mana aku boleh fikir sampai macam tu tapi hari tu aku ada dengar perbualan dia dengan seseorang. Dia gelarkan diri dia ibu....kau rasa apa kalau macam tu. Mestilah dia dah ada anak, kan?” Hampir tersembur air yang diminum Danial.

Terhembur ketawa yang cuba disembunyikannya. Ammar bingung! Apa yang lucunya.

“Wei....kau dah kenapa ni, kena sampuk?” soal Ammar tapi Danial masih belum dapat hilangkan ketawanya. Ammar mula bengang! Kan ada yang mati tercekik cawan ni, tak pasal-pasal bini kau jadi balu...rungut Ammar.

“Okey....okey sorry, lawaklah weh,” Danial mengangkat tangan bagi menenangkan temannya. Nanti tak pasal-pasal cawan tu naik atas kepala aku pulak!

“Kau gila ke atau dah terkena jangkitan sawan dekat Australia sana tu?” sindir Ammar. Bila pulak aku jadi peserta lawak kat sini.

“Woi doa tu....” Danial memuncungkan mulutnya, ingat elok sangatlah tu!

“Dah kau tu apa hal.....”

“Chill lah bro. Kau ni menggelabahlah. Dengar sini aku nak cakap, budak yang bahasakan Syasya ibu tu adik dialah bukan anak dia.” Jelas Danial. Ammar masih kurang percaya.

“Kenapa?”

“Manalah aku tahu, kau ingat muka aku ni bodyguard Syasya ke? Takkanlah semua benda aku nak kena tau. Kau tanyalah dia sendiri.”

“Masalahnya dia mana nak jumpa dengan aku lagi,” keluh Ammar.

“Tulah, orang fikir guna otak. Jangan guna kepala lutut. Lain kali tanyalah aku dulu, ni tak main terjah aje,”sindir Danial. Ammar diam.

“Wei kau dengar tak aku cakap ni?” soal Danial. Pelik melihat kawannya khusyuk memandang ke arah lain. Danial melontarkan pandangan ke arah yang sama. Danial terbangun!
**
Syasya kelu. Salah waktu rupanya dia datang ke sini. Nak pusing balik nampak kurang ajar, nampaknya kena teruskan jugalah.

“Kenapa awak tak cakap mamat ni ada sini juga?” bisik Syasya perlahan ke arah Amira.

“Mana saya tau awak nak datang waktu ni. Dahlah datang tak call,” bela Amira. Sebenarnya memang dia sengaja ingin pertemukan mereka tetapi tak sangka pula Syasya bersama dengan dia. Macam tak percaya aje apa yang dilihatnya!

Mata Ammar merenung tajam ke arah Syasya terutama lelaki di sebelahnya. Macam pernah nampak muka lelaki ni. Danial bangun dan mendekati tetamunya.

“Oh Encik Aliff Haikal....silakan masuk. Tak sangka Encik boleh sampai ke sini,” ujar Danial selamba sambil menyambut tetamunya. Ammar terkejut. Aliff Haikal! Patutlah biasa tengok muka mamat ni, rupanya muka inilah yang pernah ditumbuknya dulu.

“Macam mana awak dan Danial boleh rapat?” soal Syasya pelik.

“Bisness partnert. Syarikat kami selalu berkerjasama,” ujar Haikal sebelum mendekati Danial dan berjabat tangan. Haikal bergerak ke arah Ammar. Haikal menghulurkan tangan, Ammar tidak menyambut. Tapi setelah diberi jelingan maut dari Danial barulah Ammar menyambut. Tanpa rela tau.

“Macam mana kau boleh baik dengan dia? Dulu bukan kau benci dia ke?” bisik Ammar ke telinga Danial. Matanya tak lepas melihat perbualan mesra Haikal bersama Syasya dan Amira. Ni sesi reunion ke apa?

“Haruslah....ni client terpenting syarikat aku tau. Kena layan baik-baik. Kalau projek ni tak jadi, rugi besar syarikat aku. Mampus aku kena pancung dengan papa aku. Jadi aku nak kau pun kena buat baik dengan dia,” balas Danial juga perlahan. Tak mahu mereka mendengar perbualan itu.

“Apa pulak, bukan syarikat aku. Syarikat kau kan....kau ajelah layan dia,” balas Ammar selamba. Tak ada masa aku nak baik dengan dia! Ammar merengus.

“Wei janganlah macam ni, taulah kau ada hotel mewah tapi janganlah nak lingkupkan syarikat aku.”

“Ada aku kisah,” jawab Ammar.

“Janganlah, ala tak luatnya kau buat baik dengan dia. Please kau kan kawan baik aku...”

“Abang!” Panggil Amira. Ammar dan Danial yang sedang berperang mulut berpaling. Tiga pasang mata memandang pelik ke arah mereka. Mana tak peliknya, Danial sedang memegang tangan Ammar macam merayukan sesuatu. Mengucap panjang Amira melihat tingkah laku suaminya. Suami aku ke yang aku bawa balik ni?

Danial dan Ammar yang sedar perbuatan mereka terus membetulkan posisi. Raut masing-masing mula merah.

“Abang kata nak tunjuk kertas kerja dekat Haikal. Pergilah, alang-alang Haikal ada kat sini.” Ungkapan Amira membuatkan Danial pelik. Bila masa aku ada cakap macam tu, okey tak bini aku ni?

“Bila masa ab....oh yelah, abang lupa. Terima kasihlah sayang sebab ingatkan. Marilah Encik Haikal ke bilik kerja saya kejap, ada benda nak kena bincang.” Tak tahan melihat isterinya asyik bulatkan mata, kan jadi burung hantu pulak. Baik turutkan saja...adalah tu plan yang dia nak buat.

Haikal hanya menurut. Kalau ikutkan memang dia nak duduk di ruang tamu bersama Syasya tapi nak buat macam mana ni hal kerja, dia kena selesaikan. Kini tinggallah mereka bertiga di ruangan tersebut.

“Ala...saya lupa nak buat airlah untuk awak dan Haikal. Saya pergi dapur dululah ya...” ujar Amira.

“Saya tolong awak kat dapur,” Syasya cuba melarikan diri dari duduk berduaan dengan Ammar.

“Eh tak payah. Awak tu tetamu, jangan nak mengada jadi tuan rumah.” Amira menolak semula Syasya ke kerusi. Amira segera beredar ke dapur tanpa mempeduli panggilan temannya. Memang itu misinya pun.

Syasya mengetap bibir. Memang nak kena si Amira ni. Ada ke patut dia tinggalkan aku dengan mamat ni, rengus Syasya. Ruang tamu kelihatan sunyi, masing-masing hanya mendiamkan diri. Syasya mula tak senang duduk bila mata Ammar tak lepas memandangnya. Aku cungkil juga biji mata mamat ni kan....

“Apa maksud awak bawak dia ke sini?” soal Ammar tiba-tiba memecah kesunyian. Syasya menoleh ke arahnya.

“Tak ada maksud apa-apa, lagipun Haikal datang hanya untuk ucapkan tahniah dekat Amira dan Danial,” jawab Syasya selamba. Dia tak tahu kenapa dia perlu jelaskan hal itu. Tapi memandangkan dia tak mahu salah faham timbul lagi baik dia berterus terang saja.

Lagi pula tak salah pun, Haikal juga kawan Amira. Meskipun mereka tak sebulu tapi Haikal sendiri mengatakan dia telah menyesal atas kesilapannya waktu dulu. Haikal yang Syasya kenal kini lebih matang berbanding dulu. Mungkin sebab itu Syasya tak kisah jika mereka menjalinkan semula persahabatan.

“Bukan awak nak tunjuk yang awak dah berbaik dengan kekasih lama?” Kali ini soalan berbaur sinis dari Ammar.

“Apa maksud awak?” soal Syasya mula bengang.

“Sudahlah Syasya, tak payah nak tunjuk sangat dekat saya yang awak dah berbaik dengan bekas awak tu. Saya tak kisah dan saya tak hingin nak tau pun,” jawab Ammar pantas. Egonya makin meninggi. Hampir terjelopok Syasya mendengarnya. Tak pernah terlintas langsung dia nak buat macam tu.

“Saya tak ada masa nak buat macam tu pun. Awak jangan nak tuduh bukan-bukan!” Syasya mula rasa nak baling handbag ke muka mamat ni, biar tahu rasa!

“Ala macam saya tak kenal awak tu....”

“No! Awak memang tak kenal saya, jadi jaga kata-kata awak tu. Jangan kata-kata awak tu makan diri awak sendiri!” Lantang Syasya bersuara.

Suara bising di ruang tamu menarik perhatian Amira, Danial dan Haikal. Segera mereka ke sana untuk memeriksa keadaan. Melihatkan suasana yang tegang dan muka masing-masing ibarat harimau yang kelaparan. Mereka mengagak pertengkaran besar telah berlaku.

“Jom Haikal, kita balik. Maaf Amira saya tak boleh lama-lama dekat sini. Panas hati!” ujar Syasya lagu segera meninggalkan rakannya. Haikal hanya menurut sahaja.

Amira tidak sempat menahan rakannya. Dia belum pernah melihat Syasya begitu, nampaknya dalam kelembutan Syasya terlindung sifat tegasnya. Boleh tahan garang Syasya ni!

Danial memandang Ammar untuk mencari penjelasan. Ammar mengeluh. Ammar bergerak ke arah Danial.

“Bro sorry, dah susahkan kau. Aku balik dulu,” jelas Ammar lalu turut beredar. Danial menggeleng kepalanya. Dia sendiri bingung dengan sikap mereka. Kenapa macam ni sekali hubungan mereka berbanding waktu dulu?

Amira dan Danial berpandangan. Mereka sama-sama mengeluh. Pening memikirkan masalah orang ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience