Bab 10

Romance Series 14493

“Oitt lebar senyum,” tegur Danial sambil tersenyum nakal.

“Aku baru lepas jumpa bidadari la...bro,” jawab Ammar.

“Bidadari ya, so kiranya demam kau dah okey la lepas jumpa bidadari tu. Bidadari Syasya kau tu kasi apa kat kau sampai tersengih macam kerang busuk ni,”

“Dia kasi aku sebuah senyuman yang menawan, kata-kata yang manis dan itu yang membuat demam aku terus baik,” ucap Ammar sambil tersenyum.

“Sudah parah dah penyakit kau ni. Kalau bawak jumpa doktor pun belum tentu sembuh,” kata Danial.

“Penyakit apa?”

“Penyakit angau,” jawab Danial lalu melarikan diri. Sebelum aku kena tibai dengan mamat ni baik aku blah dulu, desis Danial. Ammar hanya memandang tajam kerana belum sempat dia nak belasah Danial sudah lesap. Si playboy tu memang nak kena!
**
“Hoi perempuan!” tegur Fasha sambil merenung tajam ke arah Syasya, di sampingnya berdiri Anis yang hanya tersenyum sinis. Inilah masanya untuk mereka menyerang Syasya. Sudah lama mereka menunggu saat ini. Bagi mereka ini peluang cerah saat melihat Syasya memasuki tandas seorang diri. Setelah Fasha meminta Anis menutup pintu tandas, dia terus menyerang Syasya.

“Ada apa ni kak, saya ada buat salah ke?” soal Syasya perlahan.

“Memang kau ada buat salah dengan aku! Salah kau ialah kau cuba hendak menjolok sarang tebuan, sedangkan kau tahu yang sarang tebuan itu hanya milik aku seorang!” tengking Fasha dengan mimik muka yang menakutkan.

“Maksud akak? Saya tak faham,” soal Syasya kebingungan.

“Kau tak faham atau kau buat-buat tak faham. Eh budak mentah, kau dengar sini baik-baik. Jangan kau terlintas dekat hati kau tu nak rampas boyfriend aku. Kalau kau masih lagi ada niat macam tu, aku akan pastikan yang kau tak akan hidup dengan tenang di sekolah ini! Ini amaran terakhir untuk kau....jangan pernah dekat-dekat atau menggatal dengan Tengku Ammar. Kalau tak, kau akan tahu nasib kau!” ucap Fasha dengan bengis.

“Saya dengan dia hanya kawan kak....tak lebih dari tu,”

“Kau ingat aku bodoh, tak nampak apa yang korang buat. Kau tak payah bagi alasanlah. Aku tahu jenis perempuan macam kau ni, pasti kau nak kikis harta dia, kan? Dasar perempuan mata duitan. Jangan haraplah orang macam kau, Am akan suka. Malas aku nak cakap lama-lama dengan kau, buat sakit hati aje. Ingat apa yang aku cakap tadi!” tegas Fasha melarang sambil berlalu pergi.

“Sedarlah diri tu sikit!” ucap Anis sinis sambil berlalu mengikut langkah Fasha yang jauh ketinggalan. Setelah kedua gadis itu berlalu pergi, tinggalah Syasya sendirian bersama linangan air mata.

Ya Allah, kalaulah aku tahu yang salam perkenalanku dengan Ammar akan jadi macam ni, aku pasti tak terima perkenalan itu. Kau kuatkan hambaMu ini.
**
Ddduusshhh, semua buku yang dibawa jatuh berselerakan. Aduh, habis semua buku aku jatuh. Siapalah langgar aku ni, rungut Alya sambil tunduk mengutip bukunya yang jatuh.

Tiba-tiba ada tangan yang membantu Alya mengutip bukunya. Setelah selesai mengambil buku, Alya berpaling kepada orang yang membantunya untuk mengucapkan terima kasih. Tiba-tiba dia terpaku dengan wajah ketampanan yang sedang berdiri di hadapannya kini. Handsomenya....desis Alya.

“Maaf ya, saya terlanggar awak. Awak tak apa-apa?” tanya si pemilik wajah tampan prihatin.

“Eh tak apa, saya okey,” jawab Alya malu-malu.

“Saya tak pernah nampak awak di sini, pelajar baru ke?”

“Emm ya saya,”

“Nama dan kelas apa?”

“Alya Nadira, panggil aje Alya. Saya kelas 4 Sains 1.”

“Saya Tengku Ammar, just call me Ammar. Saya dari 5 Sains 1. Selamat berkenalan. Oh, mesti awak sekelas dengan Syasya, kan?” soal Ammar.

“Emm ya, kenapa erk?” soal Alya curiga.

“Tak ada apa-apa. Okeylah saya kena pergi dulu, nice to meet you,” ujar Ammar sambil tersenyum manis. Wahh...nak gugur rasa jantung aku ni bila tengok dia senyum. Kenapa hati aku berdebar-debar bila berada dekat dia, adakah aku sudah.....aaahhh mengarut aje aku ni, desis hati Alya lalu segera beredar menuju ke pejabat.
**
“Sya, kenapa senyap aje ni? Ada masalah?” tanya Amira perlahan. Amira runsing kerana sejak pulang dari tandas, Syasya mula berubah perilaku menjadi pendiam dan tidak banyak cakap seperti selalu.

Lagipun semasa dia pulang ke kelas, matanya merah seperti baru lepas menangis. Pasti ada benda yang terjadi ketika dia bersendirian ke tandas. Jangan-jangan dia terjumpa Haikal. Soalnya hanya Haikal sahaja yang menjadi penyebab utama yang akan membuat Syasya menitiskan air mata. Tiba-tiba suara Syasya menghentikan lamunan Amira.

“Tadi masa saya pergi ke tandas, saya diserang oleh kakak senior. Dia mengaku sebagai girlfriend Ammar. Dia larang saya supaya jangan pernah dekat-dekat dengan Ammar lagi dan dia hina saya Amira. Kata-kata hinaan dia sama macam kata-kata yang pernah diucapkan oleh Fifi dulu. Saya takut benda yang lepas berulang lagi,” sebak suara Syasya ketika menyampaikan cerita itu.

Air mata yang mengalir segera disapu, Syasya tak nak kelihatan lemah kembali di hadapan Amira. Cukuplah dulu dia pernah menitiskan air mata di hadapan Amira. Segera Amira menarik Syasya ke dalam pelukannya dan akhirnya Syasya tewas akan kesedihannya di bahu teman baiknya. Setelah Syasya kembali reda, Amira cuba bertanya kisah yang sebenar.

“Siapa yang serang awak, Sya? Kakak senior yang mana?”

“Kak Fasha dan kak Anis, yang awek Ammar tu kak Fasha,” jawab Syasya perlahan.

“Oh, budak gedik tu. Awak yakin ke yang si Fasha tu girlfriend Ammar?” tanya Amira tegas. Hilang rasa hormatnya kepada kakak senior yang berlagak itu. Dari dulu lagi dia tidak menyukai perwatakan Fasha dan Anis yang baginya tidak ubah seperti ulat terkena belacan, tergedik-gedik sana sini. Amboi entah betul ke tak bahasa yang aku pakai, main masuk je. Apa boleh buat marah punya pasal..sempat lagi Amira mengumpat dalam hati.

“Entah, tapi takkanlah orang macam Ammar tak ada awek,”

“Betul juga. Emm Sya, saya minta maaf ya sebab tak dapat teman awak ke tandas sampai awak kena serang macam ni. Kalau saya ada sekali tadi mesti saya dah sumbat mulut Fasha tu dengan pam tandas, busuk macam longkang!” luah Amira dengan perasaan geram.

“Eh tak apalah lagipun awakkan ada kerja tadi. Mungkin semua ni ada hikmah di sebaliknya,” tenang Syasya menjawab. Sabarnya awak Syasya, kalau saya berada di tempat awak pasti saya tidak setabah ini. Dah lama aku tembak Fasha dengan senapang gajah atau sumbat dalam kandang harimau, biar dibaham dek harimau. Amboi ada hati aku nak sumbat Fasha dalam tu sebelum dia yang kena baham aku yang dibahamnya dulu.

“So, macam mana sekarang? Awak dan Ammar?”

“Buat masa ni saya tak nak fikirkan Ammar dah. Saya tak nak cari gaduh dengan kak Fasha,”

“Awak yakin ke dengan keputusan awak ni?” soal Amira kembali. Baginya hubungan dengan Ammar adalah suatu permulaan kehidupan Syasya yang baru.

“Ya saya yakin, dahlah tak payah cerita pasal ni lagi. Jom pulang,” ajak Syasya. Amira sekadar mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience