Bab 52

Romance Series 14495

Syasya mengacau minumannya. Amira yang sedang enak menjamu selera terbantut melihat temannya. Muka cemberut semacam aje tengok. Kata baru balik bercuti. Tak nampak muka orang balik bercuti pun.

“Sya...” panggil Amira. Syasya yang mengelamun tersentak.

“Awak ada masalah apa lagi ni?” soal Amira perlahan.

“Tak ada apa-apa masalah,” jawab Syasya. Amira menggeleng kepala.

“Kita bukan baru kenal tau, Sya. Kalau ada masalah kongsi ajelah.” Pujuk Amira. Syasya tersenyum nipis.

“Pasal Am ke?” tebak Amira. Syasya terkejut. Sebut sahaja nama Ammar pasti akan buat hatinya sayu. Sejak malam itu berlalu dia langsung tidak berjumpa Ammar sampailah sekarang. Langsung khabar berita darinya tidak diketahui. Ammar betul-betul mengelak dari berjumpa dengannya. Tapi bukan ini ke yang kau nak?

Percutian selama seminggu itu pun tidak langsung menyenangkan dirinya setelah apa yang berlaku malam itu. Untunglah ada Farish untuk kuatkan hatinya terus bertahan di situ. Kalau tak, pasti malam tu dia dah berangkat pulang kerana mood bercutinya sudah hancur.

“Ha....mengelamun lagi.” Sergah Amira.

“Amira, awak ada dengar apa-apa khabar tentang Am?” Syasya cuba mengorek rahsia dari Amira.

Amira mengerutkan dahi. “Entahlah, lama juga saya tak dengar khabar dari Am. Danial pula tak ada cerita apa-apa tentang Am. Mungkin dia sibuk uruskan hotel. Kenapa Sya?”

“Tak, saja tanya. Hotel? Am ada hotel?”

“La....awak tak tau ke? Hotel Grand Star tu kan hotel Ammar.” Syasya hampir ternganga. Jadi patutlah majlis kakaknya dibuat dekat situ ternyata pemiliknya, adiknya sendiri.

Jadi betullah keputusan yang aku buat. Aku dengan Ammar memang tak layak bersama. Tak akan pernah layak!

“Sya, awak pergi tak majlis akikah anak Fasha dan Afiq nanti?”

“Humm....tak pasti. Bila majlis tu?” Syasya menyemak jadual hariannya. Takut juga kalau tertindih dengan apa-apa hal berkaitan kerja.

“Hujung minggu ni. La tak payahlah nak tengok jadual tu. Hari minggu tak kerja, kan....” Bebel Amira. Syasya tersedar. Hampir sahaja dia terlupa majlis tu.

“Saya bukan apa, tak naklah bertindih dengan mana-mana program,” bela Syasya.

“Hish....awak ni workaholic sangatlah. Cuba cari masa untuk diri sendiri pulak.” Nasihat Amira. Syasya hanya mampu tersengih.

“Masa nilah saya nak kerja keras, bila dah tua susah dah nak kerja kuat macam ni tau.”

“Kerja keras bagus tapi jodoh pun kena cari juga. Kahwin macam saya ni senang. Bahagia aje memanjang.” Amira memberi cadangan.

“Tak jumpa lagi nak buat macam mana,”

“Bukan tak jumpa, dah ada depan mata pergi tolak.” Syasya terdiam mendengar celotah Amira. Amira yang menyedari kesilapannya mula gelisah. Hish mulut ni!

“Sya, saya mintak maaf kalau saya ada buat awak terasa. Saya....”

“Betul kata awak tu.” Potong Syasya.

“Ha...apa yang betul?” ujar Amira blur. Syasya cuba mengumpul semangatnya.

“Saya tolak dia untuk kali kedua,” Amira pula yang terkejut mendengar cerita dari Syasya. Ternyata percutiaan Syasya di Pangkor tidak seindah yang disangka.
**
Danial merentap tali lehernya lalu segera direbahkan tubuhnya ke sofa. Fuh penatnya! Tetiba ada tangan yang lembut mengurut perlahan bahu dan lehernya. Danial hanya membiarkannya. Nak buat macam mana dah tugas isteri layan suami.

“Lewat abang balik hari ini?” soal Amira.

“Kerja banyak dekat office, tu yang balik lewat sikit tu.” Jawab Danial masih memejam mata kerana berasa enak diurut oleh isteri tercinta.

“Abang ada jumpa Am tak?” soal Amira hati-hati. Danial segera membuka matanya dan memandang ke arah Amira. Apahal tiba-tiba tanya soal Ammar ni? Ada apa-apa ke bini aku dengan si Am? Api cemburu mula menyerbu.

“Kenapa abang tengok sayang macam tu?” Amira mula gugut melihat pandangan suaminya.

“Sayang ada apa-apa dengan Am ke? Sayang curang ke?” Habis saja bicara Danial sebijik penampar selamat mendarat di bahunya. Aduh....bisa oii! Tulah mulut tak ada insuran sangat, padan muka!

“Abang ni dah kenapa? Sampai hati tuduh sayang macam tu.” Rajuk Amira. Sakit betul hati kalau suami sendiri tak percayakan kita. Kalau bukan suami, siapa lagi? Ni boleh pulak tuduh macam-macam, curang betul-betulkan baru tau! Bebel Amira dalam hati.

Danial yang menyedari kesilapannya mula memujuk isterinya.

“Ala....abang gurau aje. Jangan marah ya sayang, buah hati abang ni....” akhirnya Amira terpujuk bila Danial mula mencium tangannya tanda meminta maaf. Hish laki dia ni memang suami romantiklah!

“Ada apa sayang tanya tentang Am?” sambung Danial semula.

“Ammar tak ada cerita apa-apa kat abang ke pasal Syasya?” Amira cuba mengorek rahsia dari suaminya.

Danial mengerutkan dahinya. “Abang dah lama tak jumpa dia. Kitorang sama-sama buzy sampaikan nak call pun susah. Kenapa sayang?”

“Abang tak rasa ke yang diorang tu saling cinta antara satu sama lain?” Amira cuba menanyakan pendapat Danial.

“Entahlah, abang pun tak faham. Cinta diorang tu complicated sangat. Dari sekolah sampai dah besar panjang, abang pun tak faham kesudahannya macam mana.” Amira sekadar mengangguk.

“Abang apa kata kita cuba...”

“Cuba apa? Nak jodohkan mereka? Tak payahlah sayang. Mereka dah besar, dah boleh fikir baik buruk. Kita jangan masuk campur okey.” Nasihat Danial. Kalau boleh biarlah masalah tu diorang selesaikan sendiri.

“Tapi abang....”

“Amira Zulaikha....dah okey. Abang penat ni. Tak nak dengar dah cerita pasal ni. Jangan masuk campur ya,” tegas Danial memberi kata putus. Amira terdiam. Tetiba dia terasa apa yang dikatakan suaminya seolah-olah dia selalu masuk campur hal diorang.

Amira segera berlari memasuki bilik dan menutup dengan kuat. Hampir terlucut jantung Danial. Hai kenapa kuat sangat merajuk bini aku ni! Danial bangun dan bergerak ke bilik untuk memujuk bininya. Hai sabar ajelah hati ni....nasib bini tercinta!

“Sayang.....bukalah pintu ni. Janganlah sebab orang lain kita nak gaduh macam ni. Tak bestlah,” pujuk Danial.

“Abang yang mula dulu!” terdengar suara Amira dari dalam. Bunyi seakan menangis. Alahai janganlah buat abang macam ni.

“Sayang...okey abang mintak maaf. Janji tak buat lagi. Yang...bukalah pintu ni. Mana abang nak tidur malam ni.” rayu Danial.

“Tidur ajelah kat luar tu!” Bentak Amira dari dalam. Danial semakin pening melayan perangai bininya sejak akhir-akhir ini. Ada saja nak menguji kesabarannya.

“Sampai hati sayang biarkan abang tidur luar....tak kesiankan abang ke?” Danial cuba membuat suara sedih. Biasanya taktik ini selalu berhasil. Tap! Pintu dibuka dengan perlahan. Kan dah kata!

“Abang........” panjang panggilannya. Enam harakat tu!

Danial hanya mendiamkan diri. Tanda protes! Tadi dia yang buat hal, sekarang aku pun nak buat juga!

“Sayang nak mintak maaf. Maafkan sayang ya....sayang pun tak tau kenapa sayang terasa kalau abang naikkan suara macam tu.” Balas Amira manja. Hai kalau macam ni...tak bolehlah nak merajuk lama-lama.

“Sayang janganlah buat abang macam ni, susah hati abang tau. Nak sangat abang tidur luar ke?”

Amira menggeleng. “Tak nak, abangkan batal golek sayang. Mana lena kalau abang tak ada dekat sebelah.”

“Tau pun, dah meh bantal golek ni nak dodoikan sayang, ala bucuk-bucuk....” Danial segera menarik Amira memasuki bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience