Bab 29

Romance Series 14495

“Syasya tak nak balik lagi ke?” tegur Alya tiba-tiba membuatkan Syasya tersentak lalu
segera mengurut dadanya. Alya memohon maaf atas keterlajurannya.

“Dah waktu balik ke?” soal Syasya blur. Terhembur ketawa Alya. Syasya hanya
menggaru-garu kepalanya tidak gatal.

“Ada yang lucu ke?” tanya Syasya.

“Sorry....bukan apa saya tak tahanlah tengok muka awak bila tengah blur ni. Orang
lain bila balik bersorak tau, awak waktu balik pun tak tau. Tengoklah dalam kelas ni hanya
tinggal kita berdua aje, orang lain dah balik lama dah.” Jelas Alya.

Syasya memandang sepi sekeliling kelasnya. Betul hanya tinggal mereka berdua saja. Macam manalah dia boleh tak sedar yang loceng sekolah dah berbunyi. Mana nak sedar kalau fikirannya tidak tenteram. Sejak perjanjiannya bersama pemanggil misteri itu, Syasya jadi kurang fokus dalam sesuatu perkara.

“Sya, awak okey ke? Kalau ada masalah ceritalah dekat saya,” ujar Alya sambil menepuk perlahan bahu rakannya itu. Syasya tersenyum lalu menggelangkan kepala. Buat masa ini biarlah ia hanya menjadi rahsia antara dia dan Amira saja.

“Emm tak apa, saya faham. Oh ya, hari ni Amira ada kursus, kan? Program tu tamat bila?” Alya cuba mengalih topik.

“Mungkin habis petang kut.” Jawab Syasya perlahan. Teringat tentang rakannya yang hari ini terpaksa menghadiri kursus pustakawan di luar sekolah. Walaupun Amira kelihatan tenang tetapi dia tahu Amira risaukan tentang keselamatan dirinya. Tapi ini juga keputusan yang berat untuk Syasya ambil....

“Jomlah....masih tak nak balik lagi ke?” sindir Alya. Syasya hanya tersengih. Mereka segera keluar dari kelas. Masing-masing menuju ke destinasi yang dituju.
**
Semasa Syasya sedang mengeluarkan basikalnya dari garaj dia tersentak apabila tayar basikalnya ditendang seseorang. Syasya berpaling untuk melihat gerangan orang yang melakukan hal itu. Syasya mengeluh. Entah kenapa dia penat untuk hadap situasi seperti ini.

Kelihatan Fasha sedang tersenyum kepuasan atas tindakannya itu. Dia sengaja mengambil kesempatan ini untuk menyerang Syasya sewaktu ketiadaan Amira. Bukan apa bila dengar cerita dari Anis tentang tindakan kasar Amira terhadap Anis dulu, membantutkan niatnya untuk bertindak jika mereka berdua bersama. Kali ini nasib menyebelahinya, semasa ternampak kelibat Syasya yang bersendirian.

“Kak Fasha nak apa?” soal Syasya malas. Fasha menaikkan sebelah keningnya. Sebijik macam bawang merah dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah. Aik dah kenapa aku rasa macam bawang putih dalam sinetron tu pulak.

“Hello tak payah nak panggil aku kakaklah, aku bukan kakak kau pun!” sindir Fasha. Tajam. Syasya hanya terdiam.

“Aku rasa kau ada hutang dengan aku!” Ujar Fasha sinis. Syasya mengerutkan dahinya. Hutang?

“Hutang apa?” soal Syasya perlahan. Fasha ketawa mengilai. Ya Allah sebiji macam pontianak! Sudahlah kawasan tu sunyi, boleh pulak dia ketawa macam tu. Jin mana yang sampuk dia ni? Syasya menelan air liurnya. Terasa bulu romanya menegak.

“Hei, kau boleh tanya lagi hutang apa? Bukan dulu aku dah warning ke yang kau jangan nak dekat-dekat dengan Ammar. Tak reti bahasa ke?” pekik Fasha.

“Tapi Am bukan boyfriend akak.” Ujar Syasya berani. Fasha menjegilkan matanya. Kurang ajar punya budak!

Fasha bergerak perlahan-lahan mendekati Syasya. Syasya mula cuak. Syasya juga berundur perlahan ke belakang tapi belum sempat dia mahu melangkah jauh, Fasha segera menolaknya dengan kuat. Syasya terdorong ke belakang dan hampir jatuh namun ada tangan yang menyambutnya dari belakang.

Terpana seketika melihat orang yang menyelamatkannya. Ammar! Mata mereka berdua saling menatapi. Dup!Dap!Dup!Dap! Denyutan jantung kian berdetak laju. Melayan perasaan suka yang makin mendalam di dalam dua jiwa ini. Fasha yang berapi melihat telatah mereka segera meninggalkan kawasan tersebut dengan penuh dendam!

Syasya dan Ammar segera menyedari perlakuan mereka. Untung sahaja kawasan sekolah sudah mula sunyi. Kalau tidak, pasti mereka menjadi buah mulut pelajar dan guru. Syasya membetulkan kedudukannya. Ammar hanya menggaru-garu kepalanya. Masing-masing terdiam dan terkaku dengan kejadian yang berlaku seketika.

“Erk....awak okey?” soal Ammar memecah kesunyian. Syasya hanya mengangguk perlahan.

“Lain kali awak jangan layan sangat si Fasha tu. Tambah-tambah bila bersendirian ni. Bahaya tau!” nasihat Ammar. Mujur sahaja tergerak hatinya untuk melalui kawasan tersebut. Kalau tidak, entahlah dia tidak dapat bayangkan apa yang terjadi. Orang terdesak seperti Fasha itu memang boleh lakukan macam-macam perkara yang berbahaya untuk menyakiti Syasya. Untung dia sempat menghalang.

“Saya tak faham, kenapa kak Fasha sanggup serang saya sampai macam ni sekali,” ujar Syasya perlahan. Ammar hanya mengeluh kesal. Dia sendiri juga tidak faham kenapa Fasha sanggup melakukan hal tersebut sedangkan banyak lagi lelaki yang sesuai di luar sana, kenapa hanya dirinya sahaja yang dikejar?

“Saya lagi tak faham. Orang terdesak ni macam-macam boleh dia lakukan. Awak kena hati-hati tau...”

Syasya hanya terdiam. Terfikir sejenak akan kata-kata Ammar. Terdesak?
Mungkin ke apa yang orang misteri itu maksudkan kak Fasha. Orang yang berdendam dan merancang segala benda untuk mencelakakan dia? Ish...takkanlah. Jangan fikir bukan-bukan! Syasya mengeleng-gelengkan kepalanya. Perlakuannya itu menarik perhatian Ammar.

“Awak kenapa?” soal Ammar. Syasya tersedar dari perlakuan lalu tersengih.

“Tak ada apa. Emm....awak buat apa tak balik lagi ni, kan dah lewat?” Syasya cuba mengalih topik. Ammar hanya tersenyum.

“Sepatutnya saya yang tanyakan soalan itu pada awak. Saya study dekat libary tadi, tu yang terleka sikit. Awak pula kenapa tak balik lagi?” soal Ammar kembali.

Syasya termengu. Jawapan apa yang sesuai untuk dia jawab. Takkanlah nak cakap sebab dia tak sedar waktu balik. Tak masuk akal pulak alasan itu malah meleret pula soalan yang dilempar Am nanti.

“Saya ada kerja sikit yang perlu disiapkan,” Syasya terpaksa berbohong. Ammar hanya tersenyum. Adoi...senyum pulak mamat ni, kalau hari-hari macam ni boleh jadi aiskrim aku. Cair punya pasal!

“Lain kali hati-hati tau. Janganlah jalan sendirian macam ni lagi. Walaupun tak ada teman, awak call aje saya sepantas kilat saya temankan awak.” Ucap Ammar jujur. Sesungguhnya dia sanggup lakukan apa sahaja untuk puteri kesayangannya. Syasya hanya tergelak kecil kerana dia memikirkan itu hanyalah sekadar gurauan.

“Thanks Am, okeylah saya balik dulu.”

“Nak saya hantarkan?”

“Eh...tak payah susahkan diri. Kalau saya balik dengan awak, basikal saya nak tinggal dekat mana?” Ammar mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Betul juga tu...aduhai kenapalah kalau bab ni aku ibarat budak yang baru nak bercinta!

“Saya balik dulu ya....” Ammar hanya mengangguk kecil walaupun entah kenapa kali ini hatinya berat untuk melepaskan Syasya pergi. Seolah-olah bakal ada sesuatu yang terjadi nanti.

**
“Awak pasti ke nak pergi?” sudah berpuluh kali Amira menanyakan soalan yang sama. Syasya tersenyum. Dia tahu Amira risau memikirkan keselamatannya. Dia juga khuatir sebenarnya tapi apakah daya janji sudah diukir jadi terpaksalah dia teruskan juga.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam ketika dia sampai ke tempat yang telah dijanjikan. Syasya menarik nafas untuk menghilangkan perasaan debarnya. Betul ke apa yang aku buat ni? Syasya sendiri keliru kenapa dia setuju untuk lakukan hal ini.

Syasya merenung jam di tangannya, masa bergerak detik demi detik tetapi orang yang ingin ditemuinya masih belum menunjukkan muka. Syasya mula gelisah dan mata mula meliar memandang kawasan yang dijanjikan. Baru dia perasan bahawa kawasan ini agak sunyi dan tiada seorang manusia pun yang berkeliaran di situ. Syasya mula rasa tidak sedap hati dan dia segera ingin melangkah pergi tetapi tiba-tiba seseorang menengkup wajahnya dengan tuala. Syasya cuba melawan tetapi akhirnya dia lemah dan pandangannya mula gelap! Tubuh Syasya diangkat dan dimasukkan dalam van. Van itu bergerak ke destinasi yang dituju.

“Bos, apa yang kita nak buat dekat budak ni?” soal Hamdan. Matanya meliar melihat segenak inci tubuh di hadapannya. Tidak sia-sia dia mengambil kerja ini, selain dapat wang yang lumayan dan kini disisinya pula terlentok gadis yang cantik ibarat bidadari. Terasa dia memperolehi sesuatu yang lumayan hari ini.

“Aku ada satu lagi kerja yang aku nak kau bereskan.” Ujar gadis tersebut sambil mencebik melihat perempuan yang dibencinya kini terlantar elok di atas katil.

“Apa?” soal si Hamdan tidak sabar menanti tugas selanjutnya. Matanya tidak lepas memandang Syasya dan hatinya ada sedikit rasa bersalah kerana melakukan hal ini kepada perempuan yang langsung tak ada salah pun padanya. Hamdan segera mengusir perasaannya kerana apa yang penting sekarang ini hanyalah duit. Walau dia kerja sekeras mana pun belum tentu dia mendapat wang sebanyak yang ditawarkan kepadanya kini, hanya untuk lakukan kerja senang seperti ini.

“Kerja ni sangat senang...” ucap gadis tu sinis. Di matanya kini penuh dendam yang membara. Akhirnya orang yang dibencinya kini tumpas di tangannya dengan mudah. Dasar perempuan bodoh! Kau ingat kau boleh rampas Am dari aku? Kau belum tahu lagi siapa aku... Gadis itu segera memberi arahan kepada Hamdan dan tangannya memegang erat kamera yang bakal menyaksikan segalanya.

**
Amira segera bergegas ke tempat yang dimaklumkan. Baru sekejap tadi dia menerima panggilan dari Syasya yang mengatakan dia dalam kesusahan. Patutlah perasaan dia tidak sedap sejak pemergiaan Syasya, rupanya ada sesuatu perkara yang tak elok menimpa rakannya itu. Untung sahaja keluarganya tidak ada di rumah, jadi bolehlah dia pinjam sementara si Kenari ibunya untuk ke tempat Syasya ketika itu. Akibat terlalu cemas sampai terlupa yang dia masih pelajar bawah umur yang belum punya lesen kereta, nasib tiada polis peronda yang bertugas ketika itu.

Amira menghentikan kereta di hadapan rumahnya dengan selamat. Amira berpaling ke arah Syasya yang hanya sepi di sebelah. Amira mengeluh. Amira terus menarik tangan Syasya untuk masuk ke rumahnya. Syasya hanya mengikut tanpa bantahan.

Amira meletakkan air milo di atas meja sambil merebahkan diri di sebelah Syasya. Tangannya pantas mengenggam erat tangan rakannya. Sejuk!

“Sya, apa yang terjadi sebenarnya?” soal Amira perlahan. Dia tidak ingin terlalu mendesak tapi dia juga perlu tahu apa yang berlaku. Syasya menarik nafas panjang.

“Awak jangan risau, awak boleh tidur dekat rumah saya. Saya dah call papa awak cakap yang awak akan tidur dekat sini. Dia setuju. Jadi awak jangan fikir apa-apa lagi.” Syasya berpaling ke arah Amira. Entah kenapa hatinya sebak. Syasya terus memeluk Amira dengan rapat. Amira membalas pelukan sambil cuba menenangkan Syasya.

“Saya....saya minta maaf kerana banyak membebankan awak.” Ujar Syasya sebak. Air mata mengalir laju membasahi pipinya. Dia rasa bersalah kerana banyak menyusahkan Amira. Dia juga berasa bersalah kerana telah membohongi papanya. Maafkan Syasya papa....

“Tak Sya, awak langsung tak bebankan saya. Awak tenang dulu ya....” Amira cuba memberi peluang untuk Syasya melepaskan semuanya. Dia pasti bila keadaannya
kembali tenang, pasti Syasya dapat ceritakan hal yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience