Bab 47

Romance Series 14495

Syasya mengeluh. Kini di hadapannya terpacak sebuah hotel mewah. Hotel Grand Star! Namanya saja sudah memukau ini pula isi dalaman dan keistimewaan hotel tersebut. Boleh dikatakan hotel ini antara hotel yang terkenal di Malaysia dan sering ditempah oleh orang-orang ternama.

Syasya membetulkan dressnya yang sedikit berkedut. Syasya melirik dressnya yang agak labuh. Hai ni terlebih bergaya ni....

“Mama, dress ni tak nampak keterlaluan sangat ke?” soal Syasya bila merenung dress yang dibeli Puan Sofia. Dia sedikit terkejut apabila Puan Fina menghulurkan dress cantik yang berwana ungu dan memintanya untuk memakai pada majlis resepsi tersebut.

“Apa yang keterlaluannya, cantik apa. Mama berkenan bila mama singgah kat butik tu. Tiba-tiba mama teringatkan Sya. Tu yang mama belikan untuk kamu. Lagipun Syasya tak ada baju lagikan untuk ke majlis tu?” Syasya mengangguk. Memanglah dia belum pasti nak pakai apa untuk majlis itu tapi rasanya baju kurungnya masih berlambak di ruang almari.

“Tapi mama, Sya bukan pengantin nak kena pakai cantik-cantik macam ni. Ala...setakat pakai buju kurung je apa salahnya,” Syasya cuba menolak.

“Ya tak salah tapi tak salah jugakan kalau Sya pakai baju ni. Tak semestinya pengantin aje kena cantik, tetamu pun kena bergaya juga, kan? Dah tak payah risau, Sya pakai aje baju ni. Mama nak Sya selasa kat sana tau,” Puan Fina mengusap lembut kepala Syasya lalu beredar dari bilik anaknya. Syasya hanya mampu melihat.

Syasya tersedar dari lamunannya. Terpaksa jugalah dia menyarung dress yang dibeli mamanya. Belum sempat Syasya melangkah ke dalam, namanya dilaung seseorang. Syasya lantas menoleh.

“Mira, awak pun ada kat sini,” Syasya sedikit terkejut bila terserampak dengan Amira dan suaminya, Danial.

“Saya nak ke majlis resepsi kakak Am. Awak pun nak ke sana juga, kan?” soal Amira. Syasya hampir menepuk dahinya. Sudah pastilah pasangan suami isteri ini dijemput, Danial kan kawan baik Ammar. Lainlah kalau dia, dia bukan orang penting bagi Ammar. Ini pun atas jemputan dari Tengku Sofia.

“Sya, jomlah apa awak buat kat situ lagi,” Syasya tersedar bila Amira menggamit ke arahnya. Syasya segera mengikut langkah pasangan tersebut.

Syasya terpegun bila memasuki dewan yang ditempah khas untuk majlis tersebut. Sepanjang sudut dihiasi bunga segar sesuai dengan tema flower garden yang dipilih oleh pasangan mempelai.

“Cantik, kan?” bisik Amira perlahan ke temannya. Syasya mengangguk perlahan. Kepalanya dipanjangkan mencari seseorang.

“Cari Am ke?” soal Amira tiba-tiba. Pelik melihat Syasya yang tertoleh-toleh.

Syasya mengerut dahi. Bila masa pula aku cari mamat tu.

“Buat apa saya cari dia. Saya cari Tengku Sofialah. Mira, cuba sekali ni jangan kaitkan saya dengan dia boleh,” Syasya menasihati rakannya. Amira hanya mengangguk. Danial pula tergelak kecil melihat muka cemberut isterinya. Tulah menyibuk sangat.

“Tengku Sofia dekat hujung sana nuh...” Danial menunjukkan keberadaan orang yang dicari Syasya. Syasya meminta diri untuk menemui Tengku Sofia.

Setelah Syasya beredar, Danial terjerit kesakitan lalu mengusap lengannya. Danial menjeling isterinya. Amira hanya membuat muka tidak tahu.

“Sayang, kenapa cubit abang,” bisik Danial sedikit kuat. Sakit woo kena sengat dia. Ingatkan bila Amira dah jadi isterinya, sikap gangster bini dia dah tak ada tapi rasanya ia akan kekal sampai bila-bila kut. Macam manalah anak aku nanti.....

“Yang abang gelakkan sayang tu kenapa?” Amira merenung tajam suaminya. Hai nak dicekik sayang, nampak gayanya cubit sahajalah hadiahnya.

“Yalah yang sayang sibuk hal Syasya tu kenapa?”

“Sayang bukan sibuk hal dia. Sayang ingatkan dia cari Am tak tahu pula dia cari ibu Am,” Amira cuba membela. Danial menggeleng.

“Dahlah, jom kita duduk sana,” ujar Danial lalu menarik isterinya ke meja yang disediakan. Malas ingin memanjangkan isu itu. Amira hanya mengikuti rentak langkah suaminya.
**
Syasya bergerak perlahan ke arah Tengku Sofia yang sedang berbual dengan seorang lelaki. Pasti suaminya! Makin segan dia ingin mendekati mereka.

Tengku Sofia yang tersedar akan kehadiran Syasya segera mendekati gadis itu. Dia sedikit tidak mengenali gadis itu kerana penampilannya sedikit berbeza. Syasya tersenyum lantas menyalami wanita anggun tersebut.

“Yana, you look so gorgeous tonight,” puji Tengku Sofia. Syasya tertunduk malu. Beza sangat ke penampilan dia malam ni, rasanya biasa aje.

“Mari aunty kenalkan Yana dengan husband aunty.” Tengku Sofia segera menarik tangan Syasya ke arah suaminya.

“Abang, kenalkan Syasya Ilyana anak Encik Aziz dari Beauty Garden tu. Dialah yang Sofi tempah untuk pereka landskap taman rumah Am,” jelas Tengku Sofia. Tengku Ismail tersenyum kepada Syasya. Syasya membalas senyuman itu. Gugup. Jujur inilah kali pertama dia berhadapan dengan ayahnya Ammar.

“Jadi inilah pereka taman Am tu ya. Cantik!” ujar Tengku Ismail. Syasya terkedu. Apa yang cantik?

“Maksud saya, cantik awak hias taman tu. Kami sangat kagum dengan hasil kerja awak. Perfect!” sambung Tengku Ismail. Syasya lega. Fuhh tak sangka pula Tengku Ismail ni suka buat orang sakit jantung sama macam anak dia juga. Apa orang cakap bapa borek anak rintiklah katakan.

Syasya tersenyum cuba menutup perasaannya. Malu kerana berfikiran bukan-bukan.

“Saya hanya melakukan kerja saya saja Tengku,” jawab Syasya perlahan.

“Tak payahlah nak bertengku dengan saya sedangkan dengan isteri saya awak boleh panggil aunty, takkan saya awak tak boleh panggil uncle.” Ungkap Tengku Ismail.

“Kalau abang nak tau, Yana ni profesional sangat orangnya,” sampuk Tengku Sofia. Syasya hanya tersengih. Bukan kehendaknya untuk bersikap begitu tapi itulah aturan yang diajar oleh papanya. Be a profesional person!

“Maaflah aunty, uncle. Saya memang sudah diajar begitu untuk hormat pada client,” bela Syasya.

“It’s okay dear. Kami faham. But now kami nak Syasya anggap kami sebagai kenalan rapat Syasya. Jangan segan dan malu untuk berbual dengan kami,” pujuk Tengku Ismail. Tengku Sofia mengangguk dengan bicara suaminya. Lagipun dia ingin mengenali anak ini dengan lebih rapat.

Syasya hanya mampu mengangguk. Apa lagi yang dia mampu bahaskan jika itu kehendak Tengku Ismail sendiri.

“Sebenarnya saya nak minta maaf juga sebab mama dan papa tak dapat datang kerana ada jemputan lain. Mereka kirim salam pada uncle dan aunty.” Syasya memberitahu hal sebenar dia mencari mereka. Tengku Ismail dan Tengku Sofia menjawab salam tersebut.

“Tak apa, kehadiran Yana pun dah cukup baik untuk kami,” balas Tengku Sofia. Setelah itu, Syasya meminta diri kerana majlis akan bermula beberapa minit sahaja lagi.

“Jadi inilah budak yang Sofi asyik ceritakan dekat abang tu ya?” soal Tengku Ismail sambil merenung isterinya. Pandangan isterinya terhadap Syasya mati bila mendengar persoalan suaminya.

“Haah, cantikkan dia. Apa pendapat abang tentang dia?” soal Tengku Sofia semula pada suaminya.

“Yes, she looks beautiful. Sopan bila berhadapan dengan orang tua. Kenapa tanya abang macam tu, nak jadikan bini kedua ke?” gurau Tengku Ismail. Membulat matanya memandang suaminya. Hai gatalnya....

“Amboi abang, nak tidur kat luar ke? Bukan untuk abanglah tapi untuk anak bujang kita.” Tengku Sofia segera berterus terang. Nantikan makin panjang pulak suaminya merepek.

“Abang gurau ajelah, takkan abang nak buat macam tu dekat sayang abang ni. Abang mana boleh duduk jauh dengan batal peluk abang ni.” Tengku Sofia tergelak bila mendengar luahan suaminya.

“Abang rasa Am suka tak dengan Yana?” soal Tengku Sofia. Tengku Ismail terdiam.

“Abang bukan tak suka dengan Syasya tapi abang rasa kalau soal jodoh ni biarlah kita serahkan saja pada Am. Biar dia yang tentukan. Lagipun sejak kecil dia ikut semua permintaan kita, jadi hal ini biar dia yang uruskan. Kita cuma mampu doakan semoga dia ditemukan dengan jodoh yang baik-baik,” nasihat Tengku Ismail panjang lebar.

Kini Tengku Sofia pula berdiam. Benar juga apa yang diucapkan oleh suaminya. Dia tahu Ammar sudah banyak mengikut rentak mereka suami isteri. Rasanya biarlah hal ini dia biarkan Ammar memilih sendiri. Adakah impiannya untuk bermenantukan Syasya hanyalah sekadar mimpinya sahaja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience