Bab 28

Romance Series 14717

“Ermmm penatnya rasa badan ni. Bayangkanlah satu hari suntuk kita berhadapan dengan
kerja sekolah yang menimbun tu,” keluh Amira sambil membetulkan uratnya. Hujung minggu
ini dia menghabiskan masanya dengan mengerjakan tugasan sekolah di rumah Syasya.

“Biasalah tu, nama juga pelajar sekolah mestilah terikat dengan buku. Eh, jom duduk
kat luar, saya nak siram pokok ni,” ajak Syasya. Amira hanya menurut dari belakang.

“Papa awak pergi mana?” soal Amira.

“Dia ada kerja kat ofis, tu yang balik lewat sikit.” Syasya mengambil penyiram
bunga dan menyiram perlahan-lahan bunga yang ditinggalkan oleh arwah mamanya.

“So, how your plan untuk jodohkan papa awak dengan orang sebelah tu?” tanya
Amira perlahan sambil matanya melirik ke rumah sebelah. Khuatir perbualan mereka
didengari oleh Puan Fina.

Syasya sudah menceritakan semuanya termasuk rancangannya untuk jodohkan Puan
Fina dengan papanya. Bagi Amira itu rancangan baik kerana Encik Aziz sudah lama
menduda. Lagipun Encik Aziz masih kelihatan tampan lagi.

“Setakat ni perfect! Awak tak payahlah nak jeling-jeling kat rumah sebelah. Aunty
Fina tak ada, dia pergi outstation.” Balas Syasya tersenyum. Amira hanya mengangguk
perlahan. Setelah selesai menyiram bunga Syasya segera bergerak ke gazebo dan melabuhkan
diri di sebelah Amira.

“Sya, boleh saya tanya awak sesuatu?” soal Amira tiba-tiba. Syasya terus
memandang tepat ke arah Amira tanda dia bersedia dengan soalan Amira.

“Sampai bila awak nak pendam perasaan awak terhadap Am?” Soalan itu langsung
tidak mengejutkan Syasya kerana sudah kerap kali Amira menanyakan tapi dia hanya berdiam
diri.

“Belum sampai masanya. Lagipun dia sekarang tengah sibuk belajar. SPM kan dah
dekat.” Jawapan itu sahaja yang mampu syasya fikirkan buat masa ni. Amira hanya mampu
menggelengkan kepala.

“Tapi tu bukan alasannya, tak semestinya awak luah ia akan menganggu pelajaran
Am. Saya tau Am tu seorang yang matang, dia tak akan campur adukkan soal pelajaran
dengan soal hati,” pujuk Amira.

Pelbagai cara dia dan Danial lakukan untuk pasangan ini mengungkapkan perasaan
suka masing-masing tapi malangnya dua-dua masih berdegil dan lebih suka pendam di hati.
Entah apa yang susah sangat, mereka sendiri tidak faham.

“Tapi saya....”

“Saya apa? Saya tau mesti ni semua sebab Alya, kan? Awak takut dia kecewa
begitu....” potong Amira. Macamlah dia tak kenal perangai Syasya yang selalu memikirkan
perasaan orang berbanding diri sendiri.

“Bukan macam tu tapi....”

“Sya, saya tau awak memang seorang yang baik tapi sebagai kawan, Alya juga kena
faham yang soal hati tak boleh dipaksa. Lagipun saya tengok dia okey aje macam biasa, awak
nak risaukan apa lagi?” sekali lagi bicara Syasya dipotong oleh Amira.

“Mira, boleh tak kalau saya cakap tu jangan lekas nak potong. Ni kalau naik kereta
bahaya ni, asyik nak potong kereta orang aje kerjanya. Biar saya jelaskan dulu.” Ujar Syasya
perlahan.

“Ops hehehe....sorry ya. Okey ceritalah saya dengar ni....” balas Amira sambil
membetulkan kedudukan dan memberi fokus terhadap Syasya.

“Awak kena ingat yang si Am tu siapa. Dia ada pangkat tengku tau. Jadi awak rasa
saya layak ke dengan dia. Saya tau keluarga Am pasti tak suka anaknya berkawan dengan
orang yang tarafnya rendah macam saya ni. Saya tak nak dihina seperti apa yang berlaku
terhadap hubungan saya dan Haikal dulu.” Jelas Syasya perlahan sambil menundukkan
kepalanya.

“Tapi sampai bila awak nak pendam? Sampai Am dah tiada dalam hidup awak macam
tu ke?” soal Amira lagi. Syasya terus berpaling ke arah Amira. Dahinya berkerut.

“Maksud awak?” soal Syasya blur. Alahai kawan aku sorang ni kalau bab pelajaran
laju aje dia kalau bab hati lembap pulak. Ops termengata awak...sorry ya! Amira tertawa
kecil.

“Sya, maksud saya Am tu kan exam SPM tahun ni. Maknanya tahun ni tahun
terakhir dia sekolah kat sini. That’s mean dia akan sambung pelajaran kat tempat lain maybe
luar negara soalnya pasti family Am nak dia sambung kat sana.” Jawapan Amira sedikit
membuatkan Syasya tersentak. Kenapa aku tak pernah terfikirkan hal ni....

Panggilan telefon bimbit Syasya menghentikan perbualan mereka. Syasya segera
mengambil dan melihat ke skrin. Syasya mengeluh. Keluhan Syasya menarik perhatian Amira
untuk sama-sama melihat nama si pemanggil. Tiada nama. Beberapa minit kemudian
panggilan itu terhenti.

“Kenapa tak angkat? Siapa yang call? Kenapa awak macam takut je?” pelbagai soalan
yang keluar dari mulut kecil Amira.
Syasya tersenyum cuba menyembunyikan kegelisahannya. Sejak akhir-akhir, nombor
ini selalu menganggu hidupnya. Dia langsung tidak ada keberanian untuk mengangkat, jadi dia tidak tahu siapa sebenarnya si pemanggil.

“Nombor ni selalu kacau saya,” luah Syasya.

“Humm pelik tu. Tapi kenapa tak angkat, mungkin panggilan dari Am,” Amira cuba
meneka.

“Awak bukan tak tau yang saya memang tak suka angkat kalau nombor yang saya tak
kenal. Saya pasti ni bukan nombor Am. Kalau tak mesti Am beritahu yang dia dah tukar
nombor.” Jelas Syasya. Entah kenapa dia berasa takut dengan panggilan tersebut, seolah-olah
ia satu panggilan yang menyeramkan. Tak mungkin Haikal!

“Haikal?”

“Tak mungkin dia,” tempis Syasya.

“Kenapa awak nampak yakin?” soal Amira kembali.

“Sebab saya tau, dia tak akan mungkir janji.” Balas Syasya yakin.

“Habis tu siapa? Kita kasi tahu Am ajelah.....”

“Jangan! Awak jangan kasi tau sesiapa pun tentang hal ni walapun dengan Danial,
lagi-lagi dengan Am.” Rayu Syasya.

“Tapi kenapa? Kalau Am tau mesti dia dapat tolong kita.” Tegur Amira .

“Saya tak nak ganggu fokus dia. Lagipun minggu depan dah trial SPM. Mesti dia
pun buzy sekarang. Please Mira janji dengan saya yang awak tak akan kasi tahu sesiapa pun.”
Amira hanya mampu mengangguk. Lagi pun ada betulnya juga apa yang Syasya beritahu,
Ammar dan Danial sekarang mungkin sibuk study.

“Macam ni ajelah, apa kata awak jawab aje kalau orang tu call. Baru kita tau siapa dan
apa yang sebenarnya yang dia nak.” Cadang Amira.

“Tapi saya takut.”

“Awak tak payah takutlah, sayakan ada. Oh ya lagipun esok cuti, apa kata saya teman
dan tidur rumah awak malam ni. Mana tau orang tu call awak pulak malam ni.”

Cadangan Amira membuatkan Syasya tersenyum lebar. Sudah lama Amira tidak
menginap di rumahnya. Kalau zaman awal remaja dulu mereka selalu bergilir menginap
di rumah masing-masing. Keluarga mereka berdua pun langsung tidak kisah dan faham
tentang keakraban persahabatan mereka.

“Terima kasih Mira.” Syasya terus memeluk erat rakannya. Amira hanya
tergelak dan membalas pelukan tersebut.

“Saya balik dulu untuk ambil barang nanti saya datang lepas maghrib. Okey?”

“Okey!” Amira terus beredar ke rumahnya. Syasya tersenyum riang. Perasaan gelisah
yang menguasai hati mula hilang.
**
“Am termenung apa tu?” tegur Tengku Sofia sambil melabuhkan diri di sisi anak terunanya.
Am yang sedar akan kehadiran ibunya terus melemparkan senyuman manis. Dia harus
kelihatan tenang ketika berhadapan Puan Sofia, Ammar tidak mahu ibunya mengetahui
permasalahan yang dihadapinya.

“Mana ada Am termenung. Am cuma ambil angin aje kat luar ni.” Balas Ammar
sambil memandang sepi persekitaran taman yang hanya diterangi cahaya lampu. Entah
kenapa malam ini dia teringat kembali perbualannya bersama Danial beberapa hari yang lalu.
‘Kalau kau tak luahkan aku takut kau yang makin kecewa’ kata-kata Danial selalu
menganggu pemikirannya. Patut ke aku berterus terang? Dalam diam Ammar mengeluh
kesal. Keluhan Ammar didengari Tengku Sofia. Tengku Sofia memerhati riak wajah Ammar
yang berkerut seolah-olah memikirkan masalah besar.

Tengku Sofia mengusap perlahan bahu Ammar. “Am, ibu tau Am ada masalah. Tak
nak kongsi dengan ibu?” soal Tengku Sofia lembut.

Di antara Tengku Ismail dan Tengku Sofia, Amylia dan Ammar lebih rapat dengan
ibunya berbanding babanya. Ini kerana Tengku Ismail agak sibuk bekerja jadi anak-anak
mereka lebih manja bersama Tengku Sofia memandangkan ibunya tidak bekerja.

“Am tak ada apa-apa masalah ibu. Am cuma fikirkan soal exam saja.” Bohong
Ammar. Bukan niatnya untuk berbohong tapi dia masih segan untuk bercerita soal
perasaan dengan ibunya. Buat masa ini hanya kakaknya sahaja yang mengetahui
perhubungannya bersama Syasya.

“Ibu yakin, Am boleh buat yang terbaik dalam exam SPM nanti. Ibu akan sentiasa
doakan kejayaan anak-anak ibu.” Tengku Sofia cuba menyalurkan semangat buat anaknya.
Ammar segera memeluk ibunya. Tengku Sofia hanya tersenyum melihat kemanjaan Ammar.

“Dah besar pun masih nak manja dengan ibu,” usik Tengku Sofia. Ammar hanya
tersengih.

“Biarlah ibu. Bila lagi Am nak manja dengan ibu? Kalau time kak Amy ada, Am tak
dapat nak manja-manja dengan ibu. Yalah asyik dia aje nak berkepit dengan ibu.” Rajuk
Ammar. Tengku Sofia tertawa mendengar celoteh anak terunanya.

“Ala dengan kakak sendiri pun nak cemburu ke?”

“Mestilah, Am pun nak manja-manja juga.” Tengku Sofia hanya menggelang kepala
melihat telatah Ammar. Hari ini Amylia tidak dapat pulang kerana ada tugasan kolej yang
dia perlu siapkan.

Ramai temannya tertanya-tanya kenapa Amylia tidak dihantar belajar ke luar
negara sedangkan keputusan SPM Amylia bukanlah teruk malah agak cemerlang. Bukan dia
dan suaminya tidak mahu hantar cuma Amylia sendiri yang tidak mahu pergi. Dia ingin
belajar di negara sendiri supaya sentiasa dekat dengan family.

Meskipun Amylia anak sulung tetapi perangai manjanya itu mengalahkan anak
bongsu. Oleh kerana itulah dia tidak mahu dihantar belajar jauh dari keluarga. Mereka suami
isteri terpaksa mengikuti karenah satu-satunya anak perempuan mereka. Jadi mereka berharap
agar biarlah Ammar yang melanjutkan hasrat mereka untuk belajar di luar negara
nanti. Mereka tahu Ammar lebih kuat dan matang berbanding kakaknya.

“Ibu bila Am dah habis SPM nanti, Am kena study kat oversea ke?” soal Ammar ragu-
ragu. Tengku Sofia mengerutkan dahinya.

“Kenapa? Am tak nak?” soal Tengku Sofia perlahan. Runsing jika Ammar tidak
mahu memenuhi hasrat dia dan suami.

“Bukan itu maksud Am tapi kenapa nak kena study luar negara. Kenapa tak study
dalam negara je? Bagi Am sama saja belajar kat mana pun.”

“Am, sebenarnya ibu dan baba nak hantar kamu ke luar negara bukan sahaja
untuk belajar malah kami berdua nak kamu kenal negara luar dengan lebih mendalam.” Jelas
Tengku Sofia tenang. Berkerut dahi Ammar untuk memahami maksud ibunya.

“Baba nak kamu belajar macam mana nak urus perniagaan hotel dengan uncle
kamu di luar negara nanti dan kenal budaya orang kat sana uruskan perniagaan mereka,”
sampuk Tengku Ismail. Tengku Ismail bergerak mendekati mereka. Sudah lama dia
mendengar perbicaraan dua beranak tersebut.

“Maksud baba, Uncle Sam yang tinggal dekat Korea tu ke?” soal Ammar. Tengku
Ismail hanya mengangguk.

“Kalau Am nak tau, business perhotelan dekat korea tu memang terbaik. Jadi baba nak
bila kamu dah sambung belajar dekat sana nanti, kamu boleh selalu pantau dan buat practical dekat hotel Uncle Sam.”

“Tapi kenapa Am? Bukan Kak Amy...” Tengku Ismail dan Tengku Sofia hanya
tersenyum bila mendengar pertanyaan anaknya.

“Am anak lelaki dalam keluarga ini jadi secara automatiknya Am lah yang akan
menggantikan tempat baba nanti. Amylia akan bantu Am dari segi pengurusan kewangan
sebab tu dia tak nak study jauh-jauh. Cukuplah hanya Am yang pergi sana kerana Am yang
akan pantau segala pengurusan hotel nanti.” Jelas Tengku Ismail panjang lebar. Ammar
terdiam seketika.

Tengku Ismail mengusap perlahan belakang anaknya. “Baba yakin Am mampu
lakukan yang terbaik.”

“Okey baba. Am akan buat yang terbaik untuk keluarga kita,” Ammar telah membuat
keputusan. Tengku Ismail dan Tengku Sofia tersenyum senang. Akhirnya harapan mereka
terlaksana jua.

Ammar segera meminta diri untuk naik ke biliknya. Sambil berjalan menuju ke
karmanya, fikirannya menerawang teringatkan kata-kata Danial. Masa aku semakin
suntuk, aku harus cepat-cepat luahkan sebelum terlambat.

“Abang rasa Am boleh lakukan ke?” soal Tengku Sofia sambil merenung suaminya.

“Abang yakin Am boleh lakukan sebab Am seorang anak yang baik,” balas Tengku
Ismail sambil memeluk bahu isterinya. Tengku Sofia tersenyum manja.
**
“Awak yakin ke yang dia akan call masa ni?” soal Amira sambil menguap. Jam sudah
menunjukkan pukul sebelas malam. Sudah lama mereka menanti panggilan misteri itu
namun masih belum ada tanda-tanda yang orang itu akan menelefon.

Syasya mengeluh perlahan. “Entahlah tapi selalunya time macam ni lah dia akan
call.”

Mereka berdua menatap penuh minat telefon itu. Hati berdebar-debar menunggu
panggilan tersebut. Beberapa minit kemudian, deringan lagu ‘ku pilih hatimu’
kedengaran. Syasya berpaling ke arah Amira. Amira memberi isyarat supaya Syasya segera
mengangkatnya. Syasya mengangguk. Dengan lafaz bismillah, Syasya mengangkatnya dan
menekan pembesar suara supaya Amira turut mendengar perbualan tersebut.

“Assalamualaikum,”

“Kau Syasya, kan?” soal suara tersebut. Syasya mengangkat keningnya. Aik salam tak
jawab terus tanya nama dia. Huish apalah....kutuk Syasya dalam hati.

“Ya saya.” Jawab Syasya perlahan. Amira cuba mengenal pasti suara tersebut tetapi
sukar untuk dia meneka sama ada suara perempuan atau lelaki. Seolah-olah orang itu cuba
menyembunyikan identitinya.

“Mesti kau tertanya-tanya, siapa aku sebenarnya?”

“Apa yang awak nak dari saya?” soal Syasya berani.

“Tak ada apa, aku cuma nak kasi tau yang ada orang tak suka hubungan kau
dengan Ammar.”

“Maksud awak?”

“Hahaha kau ni bodoh juga, kan. Masih lagi tak faham. Kau ingat semua kejadian
yang menimpa kau tu semua kebetulan? Asal kau tahu, tu semua dah dirancang.” Kenyataan
orang misteri itu membuatkan Syasya dan Amira terkejut. Ternyata dugaan mereka selama ini
tepat. Ada sesuatu di sebalik ini semua. Amira menyuruh Syasya meneruskan perbualan
tersebut.

“Kenapa awak baik sangat nak beritahu saya tentang semua ni?”

“Aku cuma kasihan tengok nasib kau. Mesti kau tertanya-tanya, siapalah orang
yang jahat sangat tu? Aku akan kasi tahu kau tapi kau kena jumpa aku seorang diri.” Syasya
resah. Berani ke dia? Syasya berpaling ke arah Amira. Ternyata Amira juga kerisauan.

“Macam mana Sya?” bisik Amira. Suaranya sengaja diperlahankan supaya orang
tersebut tidak mengetahui bahawa dia juga berada di situ.

“Saya rasa saya kena jumpa dia untuk tahu tentang perkara sebenar.” Jawab Syasya
juga perlahan.

“Awak dah gila ke apa? Mana tau ni satu perangkap.” Amira melarang.

“Tapi ini sahaja cara untuk saya tahu siapa orang itu dan apa niatnya yang sebenar,”

“Macam mana?” Tegur orang misteri tersebut secara automatiknya menghentikan
perbualan Amira dan Syasya.

“Saya setuju.”

“Hahaha okey! Kau jumpa aku di sini.....” setelah orang tersebut menjelaskan tempat
dan masa pertemuan, panggilan itu segera dimatikan. Amira hanya menggelangkan
kepala. Dia agak keberatan dengan keputusan yang dibuat oleh Syasya. Tapi apalah yang dia
mampu lakukan, dia cuma mampu doakan agar keselamatan Syasya terjamin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience