Bab 61

Romance Series 14495

Syasya menyandar kepenatan di sofa. Lenguh satu badan mengangkat hadiah-hadiah yang diterimanya sewaktu majlis perkahwinannya semalam. Rasa penat semalam pun masih belum hilang, ini pula ditambah dengan mengangkut kotak-kotak hadiah yang kebanyakkan agar besar dari tubuhnya.

Satu gelas air dihulur. Syasya menyambut perlahan. Ammar melabuhkan diri di sebelah isterinya.

“Banyak juga hadiah yang kita dapat,” ujar Ammar sambil menghirup airnya.

“Haah, tak sangka juga. Entah sempat tak kita buka semua hari ini.” Balas Syasya.

“Tak apa kalau tak sempat kita simpan dulu dalam stor bawah ni. Nanti kita buka lain hari,” cadang Ammar. Syasya hanya mengangguk.

“Sya, abang harap Sya selesa tinggal dekat rumah abang ni.” Tutur Ammar.

Syasya tersenyum. Tangan Ammar dicapai dan digenggam erat.

“Seorang isteri tempatnya di sisi suami. Sya akan ikut ke mana saja abang bawa. Lagipun Sya pun dah biasa dekat rumah ni, dulukan Sya selalu ke sini. Tak sangka hari ini Sya akan tinggal dekat sini,” ujar Syasya.

Ammar memperkemaskan lagi genggaman tangannya. Syukur sangat kerana akhirnya dia dapat memiliki gadis yang dicintai sejak dari zaman sekolah lagi.

“Abang, jom buka hadiah,” ajak Syasya lalu bergerak ke longgokan hadiah. Ammar sekadar mengikut dari belakang.

Syasya berfikir seketika untuk memilih hadiah mana yang harus dibuka terlebih dahulu. Kotak yang kecil sikit berbanding yang lain dicapainya. Balutannya yang cantik menarik Syasya untuk membukanya.

“Arrhhhh...........!!!” keras Syasya menjerit sambil melempar kotak tersebut. Ammar terperanjat mendengar jeritan isterinya.

“Kenapa sayang?” soal Ammar. Syasya menunjukkan dengan jarinya ke arah kotak itu. Mukanya pucat tidak berdarah. Segera Ammar mendekati untuk melihat isi kandungan kotak itu.

Ammar tergaman melihat isi kandungan kotak tersebut. Seekor katak yang terburai perutnya dengan lendir serta darahnya memenuhi kotak tersebut. Ngeri! Bau hanyir mula menusuk ke rongga hidung.

Ammar segera mengambil bungkusan tersebut lalu terus dibuang keluar dari rumah. Setelah membersihkan tangannya, segera dia berlari melihat keadaan isterinya yang masih terkejut. Segera dipeluknya untuk menenangkan Syasya yang masih dalam keadaan tidak stabil.

Syasya memeluk erat suaminya. Sungguh hatinya tak kuat melihat keadaan katak tadi, sungguh ngeri. Siapakah yang zalim melakukan hal seperti itu dan apa tujuan dia menghantar hadiah begitu kepada mereka? Apa niatnya? Syasya makin takut jika niat orang itu tidak berapa baik terhadap mereka suami isteri.

“Sayang okey?” soal lembut Ammar sambil mengurut perlahan belakang isterinya.

“Abang, Sya takut.” Jujur Syasya. Hatinya mula merasakan ada orang yang cuba merosakkan hubungan mereka. Tapi siapa? Haikal?

“Shhuuu.....tak ada apa sayang, abang ada dekat sini. Tak ada apa yang hendak ditakutkan.” Ammar cuba menenangkan Syasya.

Syasya sedikit tenang. Ammar terus menyuruh Syasya agar berehat sahaja di dalam bilik. Biar dia saja yang simpan barang-barang ini ke dalam stor. Syasya hanya mampu menurut memandangkan semangatnya mula menurun bila melihat hadiah ngeri tersebut.

“Sayang rehat aje dulu ya, dah jangan fikir lagi.” Arah Ammar. Syasya sekadar mengangguk dan bergerak ke kamar mereka.

Ammar duduk di sofa dan matanya memerhati dari jauh hadiah yang masih belum dibuka. Dalam fikirannya masih berfikir tentang kejadian itu. Siapa pula yang buat kerja gila macam ni? Bisik Ammar.
**
“Hadiah katak!” Serentak Danial dan Amira bersuara. Syasya dan Ammar sekadar mengangguk. Amira mengucap panjang bila mendengar cerita tersebut, tak sangka makan malam mereka dihidang dengan cerita tidak enak seperti ini.

“Kau rasa siapa yang buat kerja macam ni, bro?” soal Danial.

“Entahlah, aku tak tau nak syak siapa. Rasanya aku tak ada musuh.” Balas Ammar sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

“Takkan korang tak rasa pelik? Mesti orang yang kasi hadiah tu nak bagi amaran ke apa.” Teka Amira. Syasya yang sedang menjamu selera terbantut. Tekaan Amira ada betulnya juga.

“Hish awak, janganlah cakap macam tu. Mana kita tau niat orang tu apa, jangan tuduh bukan-bukan.” Tegur Danial. Tidak enak mendengar bicara isterinya.

“Sorry korang, tak sengaja. Maaf ya Sya,” Amira memohon maaf.

“Tak apa Mira. Saya tau awak risaukan kitorang.” Balas Ammar. Syasya mengangguk bersetuju dengan suaminya.

“Okey now tak payah nak fikir pasal hal tu. Anggap je orang tu nak buat prank dekat korang. Yang penting ni, bila korang nak pergi honeymoon?” Danial cuba menukar topik.

Syasya mengerling ke arah Ammar supaya menjawab pertanyaan Danial. Ammar mengesat mulutnya dengan tisu.

“Dalam tiga hari lagi, kitorang akan berangkat ke Paris.”

“Waaa.....Paris tu. Semoga honeymoon korang berjalan lancar. Mana tau ada yang melekat ke nanti,” usik Amira.

“Eh...awak ni Mira,” Syasya sudah malu bila diusik sebegitu. Ammar sekadar tersengih. Dalam hati segera diaminkan, mana tau masin mulut si Amira. Walau apapun dia berserah atas rezeki. Lagipun diorang baru berkahwin, masih terlalu awal untuk segera memiliki anak.

“Insya-Allah Mira, itu semua rezeki. Doa-doakan ya,” ujar Ammar.

“Yang penting awak tu jaga kandungan baik-baik. Jangan nak lasak-lasak macam dulu tau,” nasihat Syasya.

“Humm, Sya awak nak tau hari tu si sayang saya ni boleh pulak berzumba dekat rumah. Nasib baik saya nampak. Boleh pulak dia cakap tak ingat dia sedang mengandung sekarang, cuba awak nasihat sikit sayang saya ni,” rungut si Danial.

Syasya sudah mengeleng, Amira hanya sekadar tersengih. Segera dicubit suaminya. Haish tak boleh jaga rahsia langsung. Danial terus mengelat. Ketam bila nak merayap kena cepat-cepat sembunyi. Padah nanti!

Makan malam mereka diteruskan dengan diselangi gelak ketawa dan senda gurauan. Sejenak Syasya lupa seketika isu hadiah tersebut. Mungkin ada orang saja nak kenakan mereka, itu sahaja andaian yang mampu mereka fikirkan setakat ini. Tanpa mereka sedari, seseorang sedang memerhatikan mereka dari jauh dengan penuh perasaan benci dan dendam. Tunggu ajelah nasib korang nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience