Bab 17

Romance Series 14495

Syasya duduk bersendirian di bangku berdekatan Taman Sains. Matanya melilau mencari kelibat Amira. Mana pula dia pergi ni, tadi kata kejap aje nak hantar barangnya. Ni dah dekat setengah jam, batang hidung pun tak nampak.

Kini pesta kokurikulum sudah berakhir dengan gemilangnya. Pertandingan gerai terlaris dimenangi oleh wakil kelas Ammar. Walaupun mereka tidak menjuarai pertandingan tersebut tetapi usaha mereka tidak mengecewakan kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam acara tersebut. Cikgu Siti juga tidak kecewa kerana merasakan ia adalah kejayaan yang agak membanggakan. Mungkin bukan rezeki mereka.

Sekolah kelihatan sunyi kerana hampir semua penghuni sekolah telah pulang ke rumah masing-masing kecuali beberapa orang yang masih menyelesaikan tugas. Tangan Syasya menggengam erat sebuah kotak yang dihias cantik dengan reben. Isinya pasti akan mengejutkan si penerima kerana dia ikhlas membuatnya. Tentunya khas untuk si penerima! Syasya melihat kelibat yang ingin sekali ditemuinya.

“Am...!” jerit Syasya. Panggilan itu menghentikan langkah Ammar. Dia tersenyum gembira apabila melihat gerangan yang memanggilnya. Sejak dari tadi lagi dia mencari kelibat Syasya. Akhirnya ketemu juga buah hatinya. Erk buah hati ke...? Entah-entah aku aje yang perasan sendiri.

“Awak pergi mana seharian? Puas saya cari awak tau. Tadi kenapa pergi tiba-tiba aje, tak cakap pun....” rajuk Ammar. Entah kenapa kali ini hatinya sedikit terasa dengan tindakan Syasya. Syasya yang mendengar hanya ketawa perlahan. Cuba menutup sedalam-dalam perasaannya.

“Maaflah saya tinggalkan awak tadi. Saya ada kerja sikit tu yang tak sempat nak cakap kat awak. Maaf Am.” Pujuk Syasya. Suara Syasya yang manja itu mampu membuat mana-mana lelaki tergoda tidak terkecuali Ammar yang sudah mula mencair itu. Ammar hanya tersenyum kegembiraan. Sungguh hatinya bahagia!

“Saya dengar sekolah kita menang dalam acara bola keranjang. Betul ke?” soal Syasya perlahan.

“Alhamdulilah, rezeki sekolah kita. Walaupun saingannya cukup kuat tapi berkat kerjasama kami semua, kitorang dapat kalahkan mereka.” Balas Ammar bangga. Benar hatinya gembira atas kemenangan ini. Malah permainan rakannya juga semakin meningkat begitu juga Danial yang bersungguh-sungguh bermain seolah-olah melepaskan geram kepada sesuatu tetapi untung sahaja hasilnya lumayan.

“Maaf saya tak dapat nak tengok perlawanan awak. Saya sibuk sikit.” Bohong Syasya. Dia terpaksa menjauhkan dirinya sebantar untuk menenangkan jiwanya yang kusut bila melihat adegan mesra Ammar dan Alya. Bila memikirkan peristiwa itu hatinya sakit dan dia cuba untuk melupakannya.

“Awak okey Syasya? Muka awak pucat,” soal Ammar bimbang.

“Saya okey cuma saya penat sikit kut...” ujar Syasya sambil mengesat peluh di dahinya.

“Janganlah kerja kuat sangat, saya takut jadi apa-apa pulak kat awak. Pasal tadi tu saya maafkan. Memanglah kalau boleh, saya nak awak datang tapi saya faham, awak mesti sibuk uruskan gerai tu.” Kata-kata Ammar sedikit melegakan hati Syasya dan membuatkan hati Syasya sedikit tersentuh dengan keprihatinan Ammar terhadap dirinya.

“Nah sebagai hadiah kemenangan.” Syasya menghulurkan sebuah kotak. Ammar terkejut dan teragak-agak hendak mengambilnya.

“Janganlah malu...ambil aje. Saya ikhlas tau!” Ujar Syasya sedikit tegas. Ammar hanya tersenyum dan mengambil huluran tersebut.

“Terima kasih...”

“Sama-sama. Buka kat rumah tau. Saya balik dululah.” Setelah mengucapkan salam, Syasya segera beredar ke tempat Amira yang sedang menunggunya tidak berapa jauh dari tempat itu.

Ammar hanya menjawab salam dalam hati. Sungguh dia terpaku kerana menerima sebuah hadiah dari ratu hatinya. Dia terasa ingin melompat setinggi mungkin namun segera dikawalnya, nanti dikatakan gila pula melompat seorang diri di kawasan taman itu. Dia segera pulang ke rumahnya. Tak sabar nak buka....!
**
“Awak pergi mana tadi? Lama tau saya tunggu,” soal Syasya runsing. Pelik melihat sikap rakannya yang tiba-tiba berdiam diri. Selalunya dia yang paling banyak mulut. Ni muka dah macam muka ayam berak kapur je tengoknya. Tiba-tiba Syasya menarik lengan Amira. Tindakan drastik Syasya itu membuatkan Amira terkejut.

“Awak ni kenapa? Sampaikan berjalan pun tak tengok depan, nasib baik saya tarik awak. Kalau tak awak dah terpeluk cium dah pokok tu...” Soal Syasya perlahan. Amira memandang sepi pokok tersebut. Agaknya kalau aku cium pokok tu pun belum tentu Danial maafkan aku...keluh Amira.

“Amira...kenapa ni?” soal Syasya sekali lagi. Pening dirinya memikirkan tentang perangai rakannya yang seperti separuh angau ni. Angau kat siapa..? Takkan kat Danial kut.

Syasya mengatur langkah ke arah bangku yang berdekatan garaj basikal sambil mengheret Amira. Amira hanya mengikut. Dah macam heret kayu balak pula, keras semacam aje. Hiissh kalau macam ni sikap Amira dia tak boleh biarkan Amira menunggang basikal. Bahaya!

“Kalau ada apa-apa masalah boleh tak awak cerita dekat saya. Dulu awak sendiri yang cakap tiada rahsia antara kita. So please luahkan dekat saya...” pinta Syasya sambil memegang bahu rakannya untuk menyalurkan sedikit kekuatan untuk Amira.

“Saya yang bersalah Sya...saya yang bodoh sebab cakap macam tu dekat dia,” luah Amira sebak. Ini kali pertama dia hampir menitiskan air mata kerana seorang lelaki. Dan lelaki itu pula seorang playboy! Hampir jatuh egonya kerana Danial.

“Apa maksud awak...?” Amira terus menceritakan tentang hal yang berlaku. Tentang dia terserempak dengan Haikal dan kejadian yang dia maki Danial. Syasya lebih tersentak apabila mengetahui yang Haikal hampir memukul Amira. Api kemarahannya memuncak. Syasya berdiri. Amira mula gelabah.

“Nak ke mana ni?” soal Amira pelik.

“Saya nak buat perhitungan dengan Haikal.” Balas Syasya geram lalu segera ingin mencari Haikal tetapi langkahnya dihalang oleh Amira.

“Tak payahlah lagipun saya tak apa-apa.” Gerun juga melihat wajah garang Syasya. Inilah kali pertama dia melihat kemarahan Syasya kerana Syasya yang dikenalinya merupakan seorang yang tenang dan jarang mempamerkan perasaan marah.

“Ya awak tak apa-apa sebab ada Danial yang tolong. Tapi kalau tak ada sorang pun kat sana, mesti awak dah kena pukul dah....” Amira terdiam dan terpukul akan kata-kata yang dilemparkan Syasya. Betul kata Syasya, untung sahaja ada Danial. Kalau tak, dia tak tahu apa nasib dirinya nanti.

Syasya yang menyedari perubahan itu terus bergerak menghampiri Amira. Bukan niatnya untuk berkata demikian tetapi dia betul-betul marah bila mengenangkan sikap Haikal yang sudah keterlaluan.

“Saya minta maaf bukan niat saya untuk buat awak rasa lebih bersalah.”

“Tak, saya tau Sya. Memang salah saya. Sya, tak payahlah cari Haikal. Saya tak nak awak yang jadi mangsanya nanti. Haikal tu gila...! Dia sanggup buat apa aje untuk dapatkan awak,” ujar Amira bimbang.

Syasya hanya mengeluh. Sungguh dirinya langsung tidak faham tentang sikap Haikal. Dulu dirinya dibuang sekarang ingin dikutip kembali. Dia bukan barang yang boleh Haikal lakukan sesuka hatinya. Dia perlu berjumpa dengan Haikal. Walau apa cara sekalipun dia harus menyelesaikan segala masalahnya.

“Sya, saya harap awak tak payah jumpa Haikal.” Usul Amira. Dia takut terjadi sesuatu jika Syasya bertindak untuk berjumpa dengan Haikal.

“Awak dengan Danial macam mana?” soal Syasya setelah lama berdiam diri. Dia cuba untuk alihkan topik supaya Amira tidak mengetahui niatnya yang sememangnya untuk berhadapan dengan Haikal.

“Humm entahlah. Mungkin dia bencikan saya,” ujar Amira perlahan.

“Taklah. Jangan fikir macam tu. Saya yakin Danial akan maafkan awak dan awak cubalah cakap baik-baik dengan dia,” Syasya cuba memberi nasihat.

“Saya cuba. Jom dah lewat ni.” Ajak Amira yang sudah sedikit tenang.

“Awak yakin dah boleh bawak basikal ni?”

“Yes, i’m sure. Boleh lumba lagi tau,” balas Amira yang mula bersemangat.

“Amboi, jangan langgar pokok sudah...” gurau Syasya. Amira hanya ketawa. Mereka berdua segera bergerak ke basikal masing-masing. Tak sangka hanya gara-gara lelaki sahaja boleh buat aku nak tercium pokok. Hai..Danial, mr playboy!
**
Hai mimpi apalah aku semalam agaknya sampai nak dapat hadiah macam ni. Waduh senangnya hati ini bila dapat hadiah...amboi Ammar over betul! Macamlah tak pernah dapat hadiah, besar dari ni pun kau pernah dapat. Eh kau apa tahu yang penting orang yang kasi hadiah ni orang yang istimewa tau...Ammar terus berbalas kata dengan hatinya.

Setelah usai menunaikan solat Zohor, Ammar segera membuka hadiah tersebut. Dia terpaku apabila melihat isi kandungannya. Dia langsung tidak menyangka yang Syasya menerima permintaan darinya. Akhirnya, Syasya memberi kesempatannya untuk merasa cupcake hasil dari air tangannya. Dia mencapai kad yang terselit dalam kotak tersebut.

Saya harap awak suka sebab cupcake ni tak sesedap cupcake yang Alya punya! I hope you liked! -Syasya


Emm bunyi macam cemburu aje. Ammar mula teringat perbualannya siang tadi, bukan niatnya untuk membuat Syasya merendah diri tetapi entah kenapa mulutnya manis memuji cupcake Alya. Mungkin Syasya terasa dengan sikap aku dan sebab tulah dia menghilang begitu saja! Ahhh tak mungkinlah....Ammar mula mengusir perasaan itu.

Ammar segera membawa kotak tersebut turun ke bawah dan menuju ke dapur. Dia meletakkan satu persatu cupcake tersebut ke dalam pinggan. Tak apalah biar aku rasa dahulu....belum sempat Ammar mengambil satu cupcake. Ada satu tangan telah mencapai cupcake tersebut dan memasukkan dalam mulutnya. Ammar terpana!

“Uuummm sedap! Mana Am dapat cupcake selembut ni?” soal Tengku Sofia. Ammar menggelabah. Ingatkan dia orang pertama yang rasmi alih-alih ibunya yang rasmi terlebih dahulu. Aduh lewat seminit aje.

“Am...” panggil Tengku Sofia. Dah kenapa anak aku sorang ni, asyik mengelamun aje. Ammar tersentak.

“Ada kawan kasi,” jawab Ammar. Mungkin belum masanya untuk berterus-terang soal Syasya kerana dia masih lagi remaja.

“Baiknya....pandai betul dia buat. Cara adunannya memang sekata, keknya pun lembut sangat.” Puji Tengku Sofia. Ammar hanya tersengih. Macam dia pulak yang dipuji....

“Kalau orang yang buat ni jadi menantu ibu, okey tak?” soal Ammar bergurau.

“Ish kamu ni..! SPM tak habis lagi dah fikir pasal kahwin. Gatal betul...” ujar Tengku Sofia sambil menampar lembut bahu satu-satu anak lelakinya. Ammar hanya ketawa. Meskipun dia hanya bergurau tetapi niatnya memang ada. Kalau ada jodoh antara mereka pasti dia akan mengahwini Syasya.

“Ingat Am habiskan pelajaran dahulu baru fikirkan jodoh. Kalau seandainya hati Am dah merasakan perasaan sayang, ibu tak dapat halang. Tapi ibu harap Am dapat asingkan perasaan hati dengan pelajaran. Jangan sampai ia menganggu pelajaran Am.” Nasihat Tengku Sofia lembut.

Tengku Sofia tahu waktu remaja ini pasti anaknya akan terdedah juga dengan perasaan hati. Dia tidak kisah asal anaknya pandai jaga batasnya sebagai seorang muslim dan pelajar, dia pasti tidak akan menghalang. Ammar memeluk erat ibunya. Sungguh hatinya terharu mendengar nasihat ibunya. Ibunya memang sempoi, selalu memahami dirinya.

“Ehem....ni kenapa berpeluk kasih bagai kat dapur ni. Buat rancangan jejak kasih ke?” soal Amylia tiba-tiba. Ammar mencebik.

“Eleh cakaplah kak Amy jealous, kan? Eeii tak malu dengan adik sendiri pun nak berebut kasih,” acah Ammar. Amylia mula memuncungkan mulutnya.

“Memanglah. Am ingat Am sorang je ke anak ibu. Kak Amy pun anak ibu jugalah. Tepi-tepi....ibu nak peluk.” Amylia terus menolak Ammar dan memeluk Tengku Sofia. Tengku Sofia hanya tergelak kecil melihat karenah anak-anaknya.

“Ibu....tengok kak Amy ni,” adu Ammar manja. Amylia hanya menjelirkan lidah.

“Dah...dah. Ibu sayang semua anak ibu. Meh ibu peluk dua-dua.” Tengku Sofia terus memeluk kedua-dua permata hatinya dan hadiahkan satu ciuman ke pipi anak-anaknya.

“Amboi! Anak-anak je dapat ciuman...abang tak dapat ke?” tegur Tengku Ismail. Spontan ketiga-tiga beranak alihkan tumpuan kepada Tengku Ismail yang masih lagi lengkap berpakaian kerja.

“Ala, baba punya turn malam nantilah. Bagilah peluang untuk kitorang mesra dengan ibu,” ujar Amylia sambil memegang erat lengan ibunya. Tengku Sofia tersenyum.

“Abang malam nanti okey,” balas Tengku Sofia sambil mengenyitkan mata. Tengku Ismail hanya tertawa. Ammar dan Amylia hanya ternganga melihat aksi romantik ibu dan babanya.

“Ni kenapa tenganga semua ni. Dah mari makan cupcake ni. Kawan Ammar yang kasi,” ujar Tengku Sofia sambil segera memanaskan air untuk membuat minuman pada petang itu. Amylia berpaling ke arah Ammar, dia mengangkat kening tanda isyarat bertanyakan siapa yang kasi. Ammar yang memahaminya hanya tersenyum penuh makna.

Kini fahamlah dia kawan Ammar yang dimaksudkan ibunya. Pasti gadis itu. Segera tangannya mencapai satu cupcake tersebut. Ala...baru je nak rasmi untuk kali kedua tapi kakaknya pula merasa. Untuk kali ketiga...humm nampak gayanya lupakan aje apabila melihat cupcake tu selamat mendarat dalam mulut babanya. Dan akhirnya dialah orang terakhir yang merasmi cupcake itu. Sungguh menyedihkan tapi cupcake ni memang sedap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience