Bab 7

Romance Series 14493

Hari ini seperti biasa setelah sampai ke sekolah dan meletakkan beg, Syasya perasan akan sesuatu di dalam laci mejanya. Syasya cuba menariknya perlahan dan dia terkesima kerana mendapati ada sekuntum bunga mawar di dalam laci mejanya. Di celah bunga itu terselit satu kad lalu Syasya menarik keluar dan membacanya.

Kalau nak tau siapa saya, jumpa di bangku belakang sekolah selepas waktu pulang.
-SECRET-


Apa...?! Biar betul mamat ni, dia nak jumpa aku? Kenapa ya tapi bukan selama ini aku juga yang selalu bertanya siapa dia dan sekarang dia sendiri yang ingin kenalkan diri. Jadi kenapa aku harus kalut macam ni. Jumpa aje kan bukan buat apa-apa pun lagipun Amira akan temankan aku! Tapi kenapa dalam banyak tempat dia mesti pilih tempat favourite aku, macam tau-tau aje yang aku selalu lepak kat situ. Mungkin kebetulan aje kut...setelah puas berfikir Syasya menyimpan kembali bunga dan kad itu ke dalam laci mejanya.

Untung sahaja masih belum ramai pelajar lagi yang hadir kerana jam baru menginjak ke pukul 6.45 pagi. Sementara menunggu kawan baiknya, Syasya menggunakan masa itu untuk mengulangkaji pelajaran.
**
“Biar betul Syasya dia nak jumpa awak? Siap kasi bunga lagi tu?” tanya Amira yang masih lagi kaget kerana mendengar khabar ini. Datang-datang aje dah dapat story menarik. Akhirnya nak juga si ‘Secret’ tu dedahkan identiti dia, bisik Amira.

“Betul la...saya pun terkejut,” jawab Syasya sambil menunjukkan bunga yang berada di dalam laci mejanya.

“Saya rasa dia syok kat awaklah,” serkap Amira.

“Mana ada. Dia nak berkenalan ajelah,” nafi Syasya.

“Siapa tau dia seorang yang handsome dan baik, lebih baik daripada Hai...,” Amira terhenti kerana menyedari akan kesilapannya menyebut nama yang membuat hidup Syasya menderita.

“Sya, sorry. Saya tak sengaja nak sebut nama dia,” Amira meminta maaf atas ketelanjurannya. Syasya hanya tersenyum walaupun begitu Amira tahu itu hanyalah senyuman palsu.

“Tak apalah, lagipun saya dah tak ada kena-mengena lagi dengan lelaki yang bernama Alif Haikal,” kata Syasya dengan tegas. Amira mengerti akan perasaan Syasya kerana bukan mudah untuk melupakan cinta pandang pertamanya. Tambahan lagi kini Haikal sudah berani ingin mendekati dan menambat hati temannya semula.

“Okey, so kita tutup cerita pasal tu. Kita berbalik pulak pada topik asal kita, pasal ‘secret’. So, awak nak jumpa tak dia lepas balik nanti?” tanya Amira dengan beria-ria.

“Saya akan pergi kalau awak temankan saya,”

“Kenapa pulak saya kena teman. Cik Syasya ooii dia nak jumpa awak seorang bukannya dengan saya,” kata Amira sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kalau awak tak teman, saya pun tak akan pergi,” jawab Syasya dengan tegas.

“Eh, janganlah macam tu. Emm yalah saya temankan tapi just teman sahaja yang lain awak buat sendiri okey, deal?” tanya Amira setelah puas berfikir. Kalau aku temankan boleh juga aku tengok tuan empunya badan dengan mata kepala aku sendiri, handsome ke dia adakah handsome macam Tengku Ammar? Hehehe...mengarut aje aku ni, desis hati Amira.

“Deal,” jawab Syasya sambil tersenyum senang. Perbualan mereka terhenti kerana guru kelas mereka, Cikgu Waniey masuk ke kelas.

Disisinya berdiri seorang pelajar perempuan. Setelah selesai memberi salam dan berdoa, Cikgu Waniey memperkenalkan pelajar baru yang bernama Alya Nadira itu ke seisi kelas.

Ada segelintir pelajar berbisik-bisik mengatakan Alya kelihatan sedikit sombong kerana tiada secalit senyuman pun di wajahnya yang bersih itu. Tetapi tidak bagi Syasya kerana dia percaya yang pelajar itu pasti mempunyai masalah jadi dia tidak akan berburuk sangka hanya sekali pandang saja.

Setelah menyuruh pelajar baru itu duduk di meja yang disediakan, Cikgu Waniey terpaksa keluar sebentar untuk menghantar borang peribadi pelajar itu ke pejabat sekolah. Kesempatan ini diambil oleh pelajar-pelajar yang ingin berkenalan dengan pelajar baru tersebut, tetapi kedinginan Alya itu membuatkan ramai pelajar tidak berani untuk bertanya dengan lebih lanjut. Ini membuatkan Syasya teruja untuk berkenalan dengan pelajar baru yang dikenali sebagai Alya Nadira itu!
**
“Hai Alya, tak pergi rehat ke?” tegur Syasya dengan lembut. Alya hanya menggelengkan kepala. Perbuatannya itu membuatkan Amira berasa kurang senang dengan sikap yang ditunjukkan Alya kepada Syasya tetapi tidak pada Syasya kerana dia tahu Alya tidak bermaksud apa-apa.

“Oh lupa nak kenalkan diri. Saya Syasya Ilyana ni kawan baik saya Amira Zulaikha,” kata Syasya sambil menghulurkan tangan tetapi tidak disambut oleh Alya.

“Sombongnya awak....” kata Amira sambil mencebik. Syasya menyiku lengan Amira dan menyuruh Amira meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya tetapi Amira hanya buat tidak endah saja.

“Eh, maafkan kawan saya, dia tak sengaja cakap macam tu. Tak apa saya faham mungkin awak tak biasa lagi dengan persekitaran baru. Emm tak apalah saya pergi dulu, sekali lagi minta maaf,” kata Syasya lalu menarik Amira keluar dari kelas itu.

Setelah keluar daripada kelas, Amira terus menyerang Syasya dengan pertanyaan.

“Kenapa awak perlu minta maaf dengan dia. Memang patut pun saya cakap macam tu kat dia,” kata Amira dengan perasaan tidak puas hati.

“Tak baiklah awak cakap macam tu. Saya tau mesti dia ada alasannya. Mungkin dia tak suka pindah ke sini atau dia ada masalah peribadi ke, kita mana tahu, kan. Jadi kita kenalah bersabar sedikit dengan sikapnya tu,” jawab Syasya dengan tenang.

“Yalah, saya tau saya salah. Tapi dia tak patut juga buat awak macam tu seolah-olah kita ni tunggul kayu pulak. Baik cakap dengan tunggul kayu terus aje senang sikit, tak menyakitkan hati, kan?” kata Amira.

“Tak apalah Mira, saya okeylah. Saya tak simpan dalam hati pun apa yang dia buat tu, saya faham. Dahlah kita lupakan ajelah masalah ni. Jom kita pergi kantin. Perut dah berbunyi lagu rock dah ni,” ajak Syasya cuba menghentikan topik tersebut.

“Emm okey, ” kata Amira sambil berjalan beriringan ke kantin sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience