Bab 34

Romance Series 14493

Syasya bersiap ala kadar sahaja. Sekadar menyapu solekan yang nipis, mengenakan wide shawl dengan lilitan simple dan hanya memakai dress yang sudah lama terperuk di almari. Baginya buat apa nak melebih, ini sekadar pertemuan kecilnya bersama rakan-rakan sekolahnya sahaja.

Lagipun bukan kehendak dirinya ingin pergi tetapi setelah dipaksa dan diugut oleh teman baiknya, akhirnya Syasya turuti sahaja. Untung sahaja awal-awal Amira sudah menjelaskan yang Ammar tidak dapat join reunion ini kerana masih belum pulang. Kalau tak, memang tak adalah dia nak jejak kaki ke majlis itu.

“Dah nak pergi ke?” soal Puan Fina setelah melihat anaknya yang turun tangga. Tersenyum seketika melihat penampilan Syasya, sangat simple tapi tetap cantik. Itulah anugarah yang tak ternilai yang diberi Allah buat anaknya.

“Haah mama. Sya janji tak balik lambat,” beritahu Syasya sambil terus menyalami mamanya. Puan Fina tersenyum dengan kesopanan anak tirinya.

“Ala tak apa, Sya enjoylah puas-puas. Dah lama Sya tak keluar macam ni, kan,” ulas Puan Fina. Syasya hanya tersenyum dan segera meminta diri.

Dua puluh minit perjalanannya, akhirnya Syasya sampai di sebuah hotel yang agak terkemuka. Hotel Grand Star, lihat namanya saja sudah gah! Fuhh hebat betul reunion ni, buat kat hotel besar macam ni kut. Siapa punya idea ni...

Syasya dibawa oleh pelayan hotel ke majlis tersebut. Syasya terpegun dengan kecantikan susun atur dan hiasan dalaman hotel tersebut. Mesti tuan hotel ni suka keindahan alam. Melihatkan keadaan dalaman hotel yang banyak berkaitan flora dan fauna membuatkan Syasya dapat meneka perwatakan pemilik hotel tersebut. Wah bestnya kalau dapat kahwin dengan orang macam tuan hotel ni. Aisshh apalah yang kau melalut ni, Syasya!

Syasya tersedar bila pelayan tersebut menunjukkan ruang yang telah disewa untuk majlis reunion tersebut. Syasya melangkah dengan tenang. Ketika dia memasuki ruang tersebut, hampir semua mata terpegun memandangnya. Syasya gugup! Hai, kenapa semua pandang aku ni, lawak sangat ke pemakaian aku ni. Tiba-tiba dia dikerumungi.

“Are you Syasya Ilyana?” soal wanita yang bertudung manis di depannya. Syasya cuba mengingati wanita tersebut. Syasya mengangguk perlahan.

“Hei this is me, Anita.” jawab Anita sambil memeluk diri Syasya. Syasya baru dapat mengecam rakannya itu lalu segera membalas pelukannya. Syasya gembira dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan sekelasnya.

“You looks totally different, kitorang sampai tak kenal,” ujar jujur Anita. Rakannya yang lain lekas mengiyakan. Syasya sekadar tersenyum. Lain sangat ke mukanya!

“Yeah, you like totally our Miss Korea. Kitorang sampai tergoda tau,” ujar Rosli, rakan lelakinya yang lain cepat-cepat mengangguk. Syasya tergelak. Adui tak habis lagi gelaran diorang ni. Syasya dah masak sangat dengan mulut manis si Rosli ni dari kecil sampai dah besar tak habis-habis bergurau.

“Eleh kau tu dah nak jadi bapa orang dah, balik nanti nak kena hempup dengan bini ke?” cebik Anita.

“Hai Cik Ta, janganlah cakap macam tu. Tau lah dulu aku tak kahwin dengan kau, janganlah doakan bukan-bukan pulak kat aku,” balas Rosli. Yang lain hanya mengeleng melihat mereka.

“Ish tak malu, siapa pulak nak kahwin dengan kau. Aku ada tunang lagi hensem dari kaulah,” jawab Anita geram. Syasya tersenyum. Dia pasti mereka hanya sekadar bergurau dan tiada niat apa pun.

Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri melihatkan Anita sudah bergelar doktor dan sudah bertunang. Laila pula bekerja sebagai ketua chef di salah satu restoran terkemuka dan sudah berkeluarga. Manakala si Rosli, seorang arkitek dan bakal bergelar seorang bapa. Hampir semua rakan sekelasnya sudah berkeluarga tapi ada juga setengah yang masih mencari dan tak lupa yang sedang bercinta.

Baru Syasya perasaan, Saiful hanya mendiamkan diri sahaja. Matanya tak lepas memandang ke arah Syasya membuatkan Syasya tak senang duduk. Hendak ditegur dia malu, maklumlah apa yang dia tahu, Saiful seorang ketua kelas yang tegas.

“So how’s your life? Dah ada yang punya ke?” soal Laila cuba mengorek rahsia. Yang lain juga kelihatan berminat ingin tau termasuk Saiful yang memberi reaksi atas pertanyaan Laila.

“I’m fine, dah ada hak milik pun,” jawab Syasya ringkas. Semua rakannya teruja.

“Siapa?” soal mereka serentak. Alahai kenapa semua busybody sangat ni.

“Keluarga sayalah,” Syasya tergelak melihat reaksi mereka yang kecewa tapi entah kenapa Syasya memerhati muka Saiful berubah ceria kembali.

“Eh dah...dah giliran saya pulak nak temu ramah Miss Korea ni!” Amira mula memasuki kumpulan tersebut dan menarik Syasya ke mejanya. Kalau tunggu Syasya datang ke mejanya, alamak mereputlah dia kat sana. Syasya hanya menggeleng melihat sikap Amira yang aktif ni, kesian Danial nak kena jaga minah ni sorang.

“Lama tau saya tunggu awak kat sini, awak pulak seronok aje layan diorang tu,” rajuk Amira. Syasya menggeleng pening. Hai takkan itu pun nak cemburu.

“La itukan rakan sekelas kita lagipun lama dah saya tak jumpa dan tak dengar cerita pasal diorang,” jelas Syasya. Muncung Amira makin panjang.

“Habis saya ni, awak hari-hari jumpa ke?” rajuk Amira masih berpanjangan. Syasya mengeluh. Ni mana si Danial ni, nak suruh pujuk buah hati dia.

“Mira dahlah tarik muncung tu, yalah saya minta maaf ya,” pujuk Syasya. Amira masih cemberut. Humm dah macam air asam dah muka.

“Okeylah sebagai tanda minta maaf saya sudi jadi pengapit awak,” ujar Syasya mengalah. Amira menarik senyumannya. Amboi senyum sampai ke telinga.

“Betul ke ni, Sya?” soal Amira meminta kepastian.

“Betullah,” angguk Syasya lemah. Terpaksalah!

“Hai ni yang buat saya sayang awak ni,” ujar Amira sambil memeluk Syasya. Syasya membalas pelukannya. Tak apalah asal awak bahagia, bisik Syasya perlahan.

“Mana Danial?” soal Syasya. Amira mula masam kembali.

“Dia dah balik, katanya ada hal penting,” ujar Amira malas. Hai bunyi macam orang patah hati aje.

“Adalah tu kerjanya,” Syasya cuba memberi semangat. Amira hanya mencebik.

“Orang lain pun ada kerja juga, tak adalah sibuk memanjang macam dia,” luah Amira.

“Mira, awak kena sabar. Jangan cepat merungut, nanti bila dah kahwin mesti dia tak abaikan awak punya. Lagipun tak elok juga asyik berkepit waktu tunang-tunang ni, orang kata apa, ha....darah tengah manis. Sabar ya ada 3 bulan aje lagi,” amboi sejak bila pulak aku jadi consultant perkahwinan ni.

“Betul ke Sya?” soal Amira blurr.

“Betul kata Syasya tu, Mira,” sahut satu suara. Syasya dan Amira berpaling ke arah suara tersebut. Syasya terpegun.

“Hai takkan dah tak kenal saya, Sya?” soal suara tersebut. Syasya terus meluru dan memeluk wanita itu.

“Ya Allah, Alya ke ni?” soal Syasya. Alya mengangguk.

“Takkan dah lupa kut?” rajuk Alya. Syasya lekas menggeleng. Mana mungkin dia lupa sahabat seperti Alya, dia cuma terpegun dengan kecantikan Alya. Dengan rambutnya yang ikal mayang melepasi bahu dan berkulit cerah serta tinggi orangnya ibarat seorang pramugari. Cantik! Itulah perkataan yang Syasya dapat gambarkan tentang Alya.

“Awak makin cantik sekarang Alya,” puji Syasya ikhlas. Alya hanya tersenyum.

“Awak lagi cantik, waktu saya masuk tadi semua orang memuji kecantikan awak,” ujar Alya. Amira yang hanya sekadar memerhati turut menyampuk.

“Macam orang korea, kan?” Syasya memandang tajam ke arah Amira. Minah ni tak habis-habis orang korea. Amira hanya membuat muka tak tahu. Alya sekadar tertawa melihat telatah mereka.

Setelah beberapa minit berbual, bunyi mesej masuk menganggu tumpuan mereka untuk berbual. Alya membaca mesej tersebut dan tersenyum.

“Humm Sya, Mira saya nak minta diri dululah. Saya ada hal yang perlu dilakukan,” pamit Alya.

“Hal apa? Macam benda bahagia aje?” soal Amira sibuk. Syasya berpaling ke arah Alya. Alya tersenyum manis.

“Saya kena sambut orang istimewa nak balik. Okeylah saya pergi dulu. Bye, jumpa nanti,” Alya terus melangkah pergi. Syasya terfikir, orang istimewa? Syasya ingin bertanyakan soal itu pada Amira tapi hampeh, minah tu dah meluncur laju ke arah makanan yang berderet. Nak melantaklah tu....

Syasya melangkah ke arah deretan makanan. Lapar pula perutnya bila melihat pelbagai makanan yang terhidang. Ketika Syasya ingin mencapai pinggan, tiba-tiba sepasang tangan menghulurkan bantuan.

“Terima kasih,” ucap Syasya dan dia terkejut apabila melihat insan yang membantunya. Syasya meneguk air liurnya. Insan di depannya tersenyum. Wanita itu segera membawanya ke tempat yang sedikit tersorok.

“Saya nak minta maaf atas segala perbuatan saya dan Anis selama ini, kami tau kami tak patut buat awak macam tu. Kami betul-betul menyesal,” ujar Fasha sesal. Hatinya betul-betul kesal atas segala tindakan yang dilakukan pada Syasya dulu. Langsung tak tenang hatinya bila mengenangkan dosa silamnya. Akhirnya Allah mendengar doanya dan diberi kesempatan untuk meminta maaf pada Syasya.

“Saya...saya...” tak ada kata yang mampu Syasya utarakan. Dia masih terkejut. Tak sangka orang yang bertudung labuh di depannya kini ialah Fasha orang yang begitu membenci dirinya dulu.

“Saya tau saya tak layak untuk menerima maaf awak, tapi jika awak tak dapat maafkan saya tolong maafkan kawan saya, Anis. Supaya dia tenang di alam sana,” esak Fasha. Sedih rasanya bila memikirkan nasib rakannya itu. Syasya kaget.

“Apa maksud awak?”

“Anis dah meninggal dunia tujuh tahun dulu,” ungkap Fasha. Air matanya yang merembes segera dikesat. Syasya terduduk di bangku.

“Dia kemalangan sewaktu dia hendak melintas. Katanya langgar lari dan orang yang langgarnya masih belum dijumpai. Tapi kes tu sudah ditutup kerana tiada perkembangan apa-apa,” sambung Fasha. Syasya masih berdiam diri. Kelu.

“Saya tak nak dia terseksa di sana akibat perbuatan kami dulu terhadap awak. Jadi saya mohon jika awak tak mampu maafkan saya tapi tolong maafkanlah rakan saya,” Fasha kembali teresak-esak. Syasya melangkah perlahan ke arah Fasha.

“Saya dah lama maafkan awak berdua,” ujar Syasya sambil mengenggam erat tangan Fasha. Sungguh dia sudah lama maafkan perbuatan mereka. Tiada sebab untuknya berdendam.

“Betul ke? Awak tak berdendam dekat kitorang?” soal Fasha perlahan. Syasya menggeleng.

“Tak ada sekelumit pun niat saya untuk berdendam, saya dah lupakan semua itu. Biarlah itu menjadi kenangan silam kita,” ujar Syasya lembut. Fasha segera memeluk insan yang di depannya. Awak memang baik Syasya!

Amira yang menyorok di belakang turut mengesat air matanya. Betapa mulianya hatimu Sya, semoga kebahagiaan selalu buatmu....bisik Amira lalu segera beredar dari situ.

Setelah Fasha reda, Syasya mengajak Fasha masuk ke dalam dewan semula. Tak elok pula membiarkan perempuan mengandung kena angin malam.

“Sayang pergi mana? Puas abang cari,” tegur seorang lelaki. Fasha tersenyum melihat telatah suaminya.

“Afiq?” tegur Syasya. Afiq berpaling bila namanya diseru. Tak sangka Afiq ialah suami kepada Fasha.

“Syasya Ilyana?” soal Afiq tidak percaya. Syasya hanya tersenyum. Reunion ini banyak betul memberi kejutan buatnya. Benar kita tak tahu siapa jodoh kita, bila maut datang menjemput...itu semua ketentuanNya. Selama lapan tahun dia meninggalkan zaman silamnya, bila ia kembali memang banyak yang berubah. Sangat banyak!
**
Setelah meminta diri, Syasya meninggalkan Fasha dan Afiq lalu kembali ke bahagian makanan. Tadi belum sempat dia menjamah apa-apa makanan pun. Kali ini dia akan pastikan dia penuhi hasrat perutnya terlebih dahulu.

Hampir penuh pinggannya dengan pelbagai makanan, Syasya segera menuju ke meja kosong. Kerusi ditarik lalu segera melabuhkan punggung. Seseorang telah meletakkan air di sisinya.

“Thanks Mi....,” kata-kata Syasya terhenti. Orang tersebut menarik kerusi di sebelahnya. Sangkaan Syasya meleset, fikirnya Amira tapi dia tersilap.

“Saya takut awak tercekik aje sebab tu saya ambilkan air,” jelas Saiful tanpa dipinta. Syasya tersenyum malu. Mesti dia perli aku ni, yalah tengok saja pinggan aku ni macam tak makan 10 hari.

“Erk....terima kasih,” ucap Syasya gugup. Maklumlah tak pernah lagi duduk berduaan dengan si ketua kelas. Segan pula!

“Awak dah makan?” soal Syasya.

“Tak apa saya dah kenyang tengok awak.” ucap Saiful jujur. Syasya terkebil.

“Ha....,” rasanya aku tak salah dengar.

“Saya gurau je,” jelas Saiful. Syasya sekadar tertawa bagi menghilangkan perasaan gemuruhnya. Adui gurau pun janganlah macam ni.

“Saya buat awak tak selesa ke?” Saiful terasa keberadaannya di situ membuatkan Syasya tidak selesa. Syasya rasa serba salah. Nampak sangat ke?

“Eh tak adalah, saya okey jangan risau. Awak kerja kat mana sekarang?” soal Syasya sekadar cuba mententeramkan keadaan kembali. Saiful tersenyum dengan penerimaan Syasya.

“Saya kerja dekat Bukit Aman,” jawab Saiful perlahan.

“Awak polis ke?” Syasya sedikit kagum.

“Jangan cakap kuat-kuat, saya tak nak orang tau. Biarlah ni rahsia kita sahaja,” Syasya mengangguk. Dia harus faham prinsip anggota polis. Mana ada anggota polis war-warkan yang dia tu polis. Demi menjaga keselamatan dia harus rahsiakan pekerjaannya itu.

Syasya tersenyum secara tidak langsung dan Syasya mula merasa selesa dengan Saiful. Saiful bukanlah orang yang sentiasa tegas, pandai juga buat lawak. Persepsi Syasya terhadap Saiful mula berubah. Mereka berbual rancak tanpa rasa yang masa berlalu dengan cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience