Bab 6

Romance Series 14493

Syasya sedang termenung di gazebo berdekatan taman kesayangan arwah mamanya. Walaupun Puan Aini sudah meninggal tetapi taman itu dijaga elok oleh Syasya kerana baginya taman itu pengganti arwah mamanya. Jika Puan Aini masih hidup pasti dia berbangga kerana mempunyai anak sebaik Syasya.

“Kenapa termenung ni princess? Anak dara tak manis tau termenung di luar waktu petang macam ni,” tegur Encik Aziz sambil melabuhkan punggung di sebelah anaknya.

“Ya ke papa?” tanya Syasya sambil memandang papanya.

“Yalah sayang. Ada masalah dekat sekolah ke atau anak papa ni sudah jatuh hati pada seseorang?” serkap Encik Aziz.

“Papa ni....mana adalah,” jawab Syasya malu-malu. Betul ke aku sudah jatuh hati tapi pada siapa. Secret? Mana mungkin. Akukan tak kenal siapa dia sebenarnya...bisik hati kecil Syasya.

“Ha...tengok tu berangan lagi, kan betul papa cakap yang anak kesayangan papa ni sudah jatuh hati,” tegur Encik Aziz. Kenyataan Encik Aziz membuatkan muka Syasya merah padam menahan malu.

“Papa! Janganlah usik Sya lagi,” jawab Syasya sambil menarik muncungnya itu.

“Hahaha....papa gurau ajelah sayang. Ala comelnya anak papa ni, geramnya papa...” kata Encik Aziz sambil mencubit pipi Syasya.

“Oouucchh! Sakit la papa,” jawab Syasya sambil cuba menarik tangan papanya dari mencubit pipinya.

“Habis anak papa ni comel sangat macam mama....” jawab Encik Aziz lirih. Mungkin teringat akan arwah isterinya yang kini sudah tiada. Aini....tengoklah anak kita, kecantikannya menurun dari Aini. Abang rindukan sayang, desis hatinya.

“Papa, Syasya minta maaf,” jawab Syasya dengan perasaan serba salah kerana perasan akan perubahan papanya. Bukan niatnya untuk membuat Encik Aziz sedih.

“Eh, kenapa Syasya nak minta maaf pulak ni? Bukan salah sayang tetapi itulah ketentuanNya. Kita sebagai hamba tidak mampu melawan akan takdir yang ditentukan untuk kita,” nasihat Encik Aziz sambil mendongak memandang ke langit. Syasya juga turut memandang ke langit.

“Mama akan tunggu kita, kan?” jawab Syasya dengan polos.

“Mestilah sayang,” jawab Encik Aziz sambil menahan sebak yang datang tiba-tiba. Dia tidak akan menitiskan air mata di depan anaknya lagi cukuplah dia menangis pada hari yang meragut nyawa isterinya. Dia tidak mahu kelihatan lemah di depan anaknya.
**
Setelah selesai menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah bersama keluarga, Ammar mengambil kesempatan untuk mengambil angin di beranda dalam biliknya. Walaupun Ammar sekeluarga orang yang berpangkat, tetapi mereka tidak pernah lupa akan nikmat yang dikurniakan kepada mereka.

Mereka juga tidak lupa untuk selalu menunaikan ibadat kerana harta benda tidak mampu membawa kita ke syurga kecuali amalan yang dilakukan. Malah harta benda jugalah yang akan selalu membawa kita untuk mendekati neraka. Jadi kita sebagai manusia janganlah sombong akan kekayaan dunia.

Malam ini sungguh indah, seindah hatiku. Wah puitisnya ayat aku ni, Kalau masuk pertandingan syair mesti aku juara. Mungkinkah Syasya ada menaruh harapan juga pada aku? Kalau betul bermakna akulah insan yang paling bertuah dalam hidup ini. Patut ke aku tulis surat untuknya dan memberitahunya siapa ‘Secret’ sebenarnya tetapi mahukah dia berkawan dengan aku setelah tau siapa aku? Setelah puas bermonolog dalam hati Ammar melangkah ke meja belajarnya.

Setelah selesai melakukan tugasnya dia berlalu ke katil untuk menganyam mimpi indah. Niatnya terbantut apabila mendengar ketukan pintu.

“Boleh kakak masuk?” tanya Amylia setelah Ammar membuka pintu kamarnya.

“Masuklah tapi selalunya tak kira Am benar atau tak, kak Amy akan redah aje...ni kenapa tiba-tiba sopan ketuk pintu bagai ni. Mesti ada apa-apa, kan?” tanya Ammar dengan penuh curiga. Amylia hanya tersengih.

“Biasa la manusiakan boleh berubah. Lagipun saja kak Amy nak kacau tidur Am.” jawab Amylia selamba sambil membelek buku di atas meja belajar adiknya.

“Tengku Amylia binti Tengku Ismail, berani awak menceroboh kamar beta ya,” kata Ammar sambil mencekak pinggang berpura-pura serius.

“Tengku Ammar bin Tengku Ismail boleh tak awak jangan perasan hendak jadi raja. Piiirraahhhh....! Raja kapur bolehlah,” jawab Amylia sambil mencebik. Tengku Ismail dan Tengku Sofia hanya mempunyai dua orang anak sahaja iaitu Tengku Amylia dan Tengku Ammar. Oleh itu mereka berdua sangat rapat dan selalu mencari pasal antara satu sama lain.

“Biarlah, itu Am punya suka. Kak Amy nak apa malam-malam ni ganggu Am nak tidur aje,” kata Ammar sambil memandang kakak kesayangannya itu.

“Wahai adikku yang tersayang, tidak sukakah kau jika kakakmu ini melawat dirimu,” tanya Amylia dengan nada yang sengaja dilunakkan. Ish dia dah buat drama dia dah....desis Ammar.

“Kak Amy ni kalau nak buat drama pun janganlah nak persembahkan dekat Am....kan bagus kalau persembahkan dekat teater ke atau Am cadangkan kak Amy masuk rancangan tv tu apa nama rancangan tu erk, ha...rancangan Anak wayang. Am yakin mesti kak Amy awal-awal lagi dah kena tendang keluar...” jawab Ammar sambil ketawa terbahak-bahak. Amylia yang dari tadi masam mencuka akhirnya turut ketawa bersama-sama. Begitulah perangai mereka sentiasa saling mengusik.

“Yalah, kak Amy tak kacau dah. Okeylah adikku, selamat malam semoga bertemu puteri raja ya..,” usik Amylia sambil berlalu pergi meninggalkan Ammar keseorangan di kamarnya.

Ammar tersenyum sendiri setelah mendengar kata-kata terakhir kakaknya itu. Aku pasti akan bermimpi bertemu puteri raja. Puteri Syasya tunggulah kehadiran Putera Ammar dalam hidupmu, bisik Ammar sebelum melelapkan mata. Ammar betul-betul tidak sabar untuk menghadapi hari esok kerana esok bakal menentukan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience