Bab 16

Romance Series 14495

Pesta Kokurikulum sudah tiba. Ramai pelajar mula sibuk menjalankan tugas masing-masing. Tidak terkecuali juga dengan kumpulan Syasya yang ditugaskan untuk mengurus gerai jualan bagi mewakili kelas mereka. Pelbagai jenis gerai tersusun cantik dan pelbagai jenis makanan juga dijual. Mereka melakukan dengan bersungguh kerana gerai jualan ini akan dinilai oleh juri dan ada hadiah yang menanti bakal pemenangnya. Oleh itu, semua kelas yang terlibat cuba untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk pelanggannya.

Dalam kesibukan itu, kelihatan kumpulan Syasya sedang menyusun atur jualan mereka dengan kemas sambil diperhatikan oleh Cikgu Siti. Cikgu Siti cuba untuk memberi beberapa tips untuk menghias gerai supaya dapat menarik lebih banyak pelanggan untuk datang ke gerai mereka.

“Okey, siap. Emm cantik juga ya...saya rasa kita ada harapan untuk menang cuma saya nak awak semua buat yang terbaik semasa proses jual beli nanti. Saya tak boleh tolong yang itu sebab juri akan menilai cara awak semua melayan pelanggan. Ingat customer is always right! Harap kalian dapat buat yang terbaik,” ujar Cikgu Intan sambil memandang satu persatu wajah pelajarnya. Dia berharap sangat kumpulan mereka akan menangi pertandingan tersebut.

“Kitorang akan buat yang terbaik cikgu. Cikgu jangan risau...” balas Syasya selaku ketua. Dia tahu harapan Cikgu Siti untuk pertandingan ini sangat tinggi dan mereka akan cuba mencapainya.

“Bagus! Saya suka semangat awak Syasya. Dan saya nak yang lain juga bersemangat macam Syasya. Okey saya ada kerja sekarang jadi korang buatlah apa-apa yang patut. Nanti saya datang semula untuk pantau kerja awak semua,” arah Cikgu Siti. Mereka hanya mengangguk.

“Semua dah siap, kan?” soal Syasya sambil memerhati susunan di atas meja.

“Dah. Cuma kita perlu tunggu pelanggan aje,” jawab Amira.

“Saya rasa kita boleh menang sebab bila saya rasa cupcake yang Alya buat ni perghhh memang sedap sangat!” puji Anita sambil mengambil satu lagi cupcake. Alya hanya tersipu malu.

“Sedap tu memang sedap tapi janganlah awak pula yang habiskan semua.” Amira terus memukul tangan Anita apabila Anita cuba untuk mencapai sebiji cupcake lagi. Anita memuncungkan bibirnya. Syasya hanya ketawa melihat gelagat rakan-rakannya. Tiba-tiba ketawanya mati apabila mendengar suara sindiran seseorang.

“Tak ada maknanya sedap sekadar cupcake murah macam ni...kan Anis.” Fasha mencebik apabila melihat jualan gerai Syasya. Anis ketawa gedik.

“Betul tu Fasha tapi sesuailah dengan muka-muka diorang ni untuk jual makanan murah macam ni. Tak ada taste langsung...” Anis pula menambah perisa pedasnya. Fasha tersenyum sinis. Kumpulan Syasya hanya berdiam diri. Mereka tidak mahu berlaku sebarang pergaduhan jadi mereka hanya memekakkan telinga sahaja tetapi tidak bagi Amira yang sudah mula beremosi.

“Kalau korang tak nak beli, baik korang blah dari sini. Meluat aku tengok korang ni...” ujar Amira berani. Syasya cuba untuk menyabarkan Amira. Dia tahu Amira seorang yang tegas dan pantang dihina. Alya dan Anita hanya terkaku. Mereka tidak mampu melawan kerana tidak ingin jualan mereka terjejas.

“Woii perempuan kau ingat kitorang kebulur sangat nak beli makanan korang. Tak hingin langsung dan tak terpikir pun untuk rasa makanan murah macam ni...!” sergah Anis. Dia sudah lama geram dengan Amira kerana Amira kini sudah mula mencuri tumpuan Danial. Baginya ia bukanlah perkara buruk kerana sememangnya Danial seorang playboy tetapi dia merasakan pandangan Danial terhadap Amira berbeza dengan pandangannya terhadap gadis-gadis yang pernah digodanya.

“Kau apasal...nak cari gaduh! Eh kau ingat makanan ni teringin ke nak masuk dalam mulut longkang macam korang. Aku rasa kalau makanan ni boleh bercakap dah lama dah makanan ni akan cakap yang mereka tak sudi untuk dibeli dengan orang macam korang.” Amira membalas sindiran itu sambil tersenyum sinis. Syasya cuba menyembunyikan senyumannya kerana merasakan kata-kata Amira sedikit lucu. Makanan bercakap pulak dah, sejak bila si Amira ni faham bahasa makanan. Alya dan Anita sudah tergelak kecil.

Fasha dan Anis merasakan seolah-olah mereka diejek oleh kumpulan Syasya. Fasha cuba untuk membela tetapi kehadiran seseorang telah menghentikan bicaranya. Orang tersebut mengambil sebiji cupcake lalu terus memakannya tanpa mempedulikan pandangan mereka yang terkejut dengan perbuatannya itu.

“Emm marvellous..! Cupcake ni sedap sangat. Walaupun orang kata makanan ni murah tetapi rasanya ibarat cupcake dari hotel lima bintang,” ujar Ammar sambil memandang sinis terhadap Fasha dan Anis. Ammar cuba merasa cupcake yang berperisa vanila.

“Yang ni pun sedap sangat. Siapalah yang tak rasa makanan murah macam ni memang rugi.” Ammar hanya menghabiskan sisa cupcakenya tanpa mempedulikan wajah merah kedua-dua gadis yang sedang terbakar akibat sindirannya. Fasha dan Anis terus berlalu tanpa berbicara apa-apa. Ammar hanya tersenyum.

“Thanks Am sebab selamatkan keadaan,” ucap Syasya. Langsung tidak menyangka yang kehadiran Ammar terus mematahkan serangan Fasha dan Anis dengan kata-katanya sahaja.

“Tak ada apanya. Diorang tu langsung tak patut buat macam tu. Macamlah diorang tu bagus sangat. By the way, cupcake ni memang sedap. Siapa yang buat, awak ke?” soal Ammar. Syasya terus menggelang. Jawapan Syasya membuatkan Ammar sedikit kecewa. Mati-matian aku ingat dia yang buat. Melepas aku nak rasa air tangannya...

“Bukan saya tapi kawan saya Alya Nadira.” Syasya memperkenalkan pembuat cupcake itu. Alya hanya mampu tersenyum. Hatinya sedikit berbunga apabila Ammar memuji cupcakenya.

“Awak ni budak baru yang saya terlanggar hari itu, kan?” soal Ammar.

“Ya saya,” jawab Alya perlahan.

“Awak kenal Alya?” soal Syasya curiga.

“Ya, saya ada terlanggar dia hari itu. Tak sangka betul yang awak seorang yang berbakat dalam memasak...” puji Ammar ikhlas. Alya tersipu malu.

Syasya mula berubah wajah. Entah kenapa pujian Ammar kepada Alya membuatkan hatinya seperti tertusuk sesuatu yang tajam. Amira mula menyedari perubahan sikap Syasya yang mula mendiamkan diri. Amira cuba menghentikan perbualan mesra Ammar dan Alya.

“Ehem, hai rancak betul berbual. Duitnya mana....” ujar Amira sambil menghulurkan tangannya tanpa segan meminta. Ammar hanya ketawa. Terlupa pula bayaran cupcake yang dimakannya. Ammar menghulurkan sejumlah wang besar.

“Ala...tak ada bakilah. Nanti saya kasi bakinya kejap-kejap lagi, boleh?” pinta Anita apabila melihat wang yang dibayar agak besar nilainya untuk membayar harga cupcake itu. Lagipun mereka baru memulakan operasi jual beli, jadi wang yang ada tidak cukup untuk membayar baki.

“Tak apalah. Just keep the changes.” Ujar Ammar. Anita hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

“Amira, awak ada nampak Syasya? Tadi bukan dia ada kat sini ke...?” soal Ammar sambil tercari-cari kelibat Syasya yang tiba-tiba menghilang. Dia langsung tidak menyedari kerana ralit berbual dengan Alya.

“Oh mungkin dia ke tandas,” jawab Amira perlahan. Dia tahu perasaan Syasya, mungkin dia tak sanggup untuk berlama-lama di sini. Ammar hanya mengangguk dan meminta diri untuk beredar.

“Alya...Anita, saya nak pergi cari Syasya kejap. Awak berdua okeykan jaga kejap gerai ni?” soal Amira sambil membuka apronnya. Mereka berdua hanya mengangguk. Apron tersebut dihulurkan kepada Alya.

Amira terus berjalan ke tempat yang tersembunyi itu. Dia tahu Syasya berada dekat sana. Sengaja dia berbohong kepada Ammar supaya Ammar tidak mencari Syasya. Dia tidak mahu Syasya tertekan dengan perasaannya sendiri.
**
Syasya merenung ke bawah sambil menguis daun kering dengan kakinya. Dia mendengar derapan kaki seseorang dan menoleh ke arah tersebut. Syasya tersenyum apabila melihat Amira berjalan ke arahnya sambil membawa dua cawan air. Satu air tersebut dihulurkan kepada Syasya. Syasya hanya menyambut. Amira duduk di tepi Syasya.

“Macam mana awak tau saya kat sini?” soal Syasya perlahan.

“Saya kenal awak dah lama, saya tau awak mesti akan datang sini. Ni dah macam tempat lepak kita aje. Lagipun tempat ni sunyi dan tak ada sesiapa pun tau kewujudan tempat ni kecuali Danial dan Ammar.” Apabila Amira menyebut nama Ammar sahaja, wajah Syasya terus kelihatan sedih. Amira menyedarinya.

“Sya, awak ada masalah ke?” soal Amira hati-hati. Syasya cuba mencari kekuatan untuk menceritakannya.

“Entahlah saya kadang-kadang tak faham dengan keadaan saya sekarang ni,” Syasya mula membuka bicaranya.

“Maksud awak?”

“Bila Ammar puji Alya, saya rasa hati saya pedih sangat. Macam tertusuk sesuatu. Saya jadi sedih dan sebab tulah saya pergi dari situ. Awak ingat tak masa latihan bola keranjang, ramai pelajar perempuan sebut-sebut nama Am. Saya pelik sebab saya merasakan sesuatu dalam diri saya. Saya tak pernah lagi rasa perasaan macam ni Amira...” ulas Syasya panjang lebar.

“Walaupun dengan Haikal dulu...awak tak pernah rasa ke?” soal Amira kembali. Dia yakin dan dia tahu apa perasaan yang berada dalam jiwa Syasya sekarang.

“Yes. Saya tak pernah rasa pun perasaan macam ni seumur hidup saya. You know what Amira, perasaan ni betul-betul menyakitkan.” Luahan hati Syasya mengukuhkan lagi tekaan Amira.

“Saya rasa, saya tau apa yang ada dalam hati awak sekarang,” ujar Amira tersengih.

“Apa?”

“Sayang...”

“Haa...apa maksud awak. Saya tak fahamlah,” ujar Syasya sambil mengerutkan dahinya tanda dia betul-betul tak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Amira.

“Awak dah mula sukakan si Am tu. Awak dah mula sayangkan dia lebih dari seorang kawan. Awak dah jatuh cinta dengan Mr Secret,” Amira tersenyum kegembiraan. Sudah lama dia menantikan berita gembira ini. Syasya masih terpinga-pinga.

“Apa yang awak merepek ni? Saya takkan jatuh cinta dengan Am sebab kitorang hanya kawan dan tak lebih dari tu,” ujar Syasya.

“Saya tak merepeklah. Walaupun saya tak ada pengalaman tapi saya tahu yang mana orang jatuh cinta ke tak. Buktinya, awak jealous bila Am disukai pelajar perempuan lain dan awak sedih bila tengok Am berbual mesra dengan mereka. Cemburu itukan tanda sayang so awak sayang dialah,” balas Amira panjang lebar.

“Saya..saya...”

“Saya apa? Mengakulah Syasya yang dia dah berjaya curi perhatian awak. That’s mean yang awak dah mula jatuh hati dengan si Am,” serkap Amira. Firasatnya dari dulu tidak pernah salah yang Syasya dah mula sukakan Ammar tetapi sikap Syasya yang rendah diri itu menutupi perasaannya.

“Tapi saya tak layak untuk dia. Awak pun kenal siapa dia, kan. Dia kerabat Tengku. Dia ibarat raja dan saya hanyalah orang gaji di istana tersebut. Awak rasa sesuai ke raja dan si kuli bersama?” soal Syasya lirih. Terasa hendak ketawa apabila mendengar perumpamaan tersebut. Jauh benar dia berfikir sampai raja dan kuli pun terlibat...

“Awak ni janganlah fikir sampai macam tu sekali. Saya yakin yang Ammar tak pandang tu semua. Dia lelaki yang baik.” Pujuk Amira.

“Awak yakin ke yang dia mempunyai perasaan yang sama macam saya. Entah-entah saya hanya bertepuk sebelah tangan.”

“Saya yakin seratus peratus yang dia pun ada perasaan dekat awak. Awak tak ingat ke yang dia bersungguh-sungguh nak jadi kawan awak sampai hantar surat bagai. So awak dah tengok kesungguhan dia. Masa dia gaduh dengan awak, dia sanggup jumpa saya dan minta saya untuk pujuk awak. Saya tengok masa tu dia sangat kecewa bila mendengar keputusan awak hendak putuskan persahabatan. Lepas tu dia lindung awak dari kena bola hari tu. Nampak sangat yang dia betul-betul sayangkan awak.” Ulas Amira.

“Saya tak nak pisang berbuah dua kali Amira. Saya dah serik dihina. Saya tau pasti keluarga Ammar akan menentang hubungan kitorang macam saya dan Haikal dulu. Saya harus sedar yang saya hanya orang bawahan dan Am orang atasan. Walaupun saya dan Am saling cinta tapi restu keluarga itu penting. Saya tak akan dapat memiliki Am. Kitorang berbeza taraf hidup so saya harap awak faham. Biarlah perasaan ni kekal dalam hati ini dan saya tak nak Am tau tentang hal ni. Saya harap awak berjanji dengan saya?” tanya Syasya sambil menahan sebak. Amira yang turut sedih mendengar terus memeluk rakannya.

“Saya janji,” ucap Amira sambil menenangkan Syasya yang sudah teresak.
**
Selepas keluar dari tandas, Amira terus bergerak menuruni tangga untuk ke gerainya. Dia teringat janjinya kepada Syasya sekejap tadi. Dia harus merahsiakan hal itu daripada Ammar walaupun niatnya ingin terus memberitahu Ammar tentang khabar tersebut. Tapi dia harus menghormati keputusan Syasya kali ini. Dia bergegas turun untuk cepat-cepat ke gerai tetapi langkahnya dihalang oleh seseorang. Amira hanya mencebik apabila melihat gerangan yang menghalang jalannya itu.

“Sejak bila pula kau jadi pengawal keselamatan ni Haikal. Siap nak halang jalan orang lagi ni,” kata Amira sinis. Haikal hanya tersenyum, baginya sindiran Amira sudah biasa didengarinya. Sejak hubungannya putus dengan Syasya, waktu itulah Amira mula membencinya.

“Aku cuma nak tanya soal Syasya,” ujar Haikal perlahan. Dia yakin Amira mengetahui segalanya tentang Syasya.

“Eh, kau tak puas lagi ke nak sakitkan hati dia. Tak cukup lagi?!” Amira mula menyinga. Haikal sedikit terkejut apabila dijerkah sebegitu.

“Aku cuma nak tahu perasaannya dekat aku tu aje yang kau nak memekik apahal!” Haikal mula berangin. Amira hanya tersenyum sinis.

“Ha...aku tak salah dengar ke ni? Bukan ke Alif Haikal dah tak ada apa-apa hubungan dengan Syasya Ilyana. Kau nak tahu apa lagi? Kalau dah tak ada hubungan tu maknanya dia dah tak ada perasaanlah dekat kau.” Ucap Amira sinis. Saat ini hatinya betul-betul membara bila mengenangkan sikap Haikal dulu.

“Aku tahu yang dia masih sayangkan aku,” balas Haikal yakin.

“Yakin betul kau ya. Dalam mimpi ajelah kalau Syasya nak balik dengan kau. Aku rasa baik kau lupakan dia sebab hati dia dah ada orang lain.” Amira ketawa mengejek.

“Siapa?” soal Haikal. Hatinya mula panas.

“Kau siapa nak tahu hal Syasya. Nak kata kawan tak....kau cuma ex dye aje!” balas Amira meluat.

“Kau.....” Haikal mula menaikkan tangannya untuk menampar Amira.

“Berhenti..!” Pekik satu suara menghentikan perbuatan Haikal. Amira yang terkejut dengan tindakan Haikal berlari ke arah suara itu dan berlindung di belakangnya.

“Kau siapa nak lindung dia?” tanya Haikal tegas. Jelas hatinya masih sakit bila mendengar kenyataan Amira sekejap tadi.

“Aku yang patut tanya, kau siapa nak pukul dia? Aku boyfriend dia...ada masalah ke?” soal Danial sambil memandang tajam ke arah Haikal. Ternyata pengakuan Danial membuatkan Amira terkejut. Aikk sejak bila pulak dia jadi pakwe aku ni...soal Amira pada hatinya.

“Ini urusan aku dengan dia, kau jangan masuk campur!” balas Haikal.

“Urusan dia, urusan aku juga. Kalau kau cuba buat apa-apa dekat dia, siap kau...aku kerjakan!!” ujar Danial keras. Hatinya sakit bila Haikal cuba memukul Amira, untung sahaja dia mempunyai kesabaran yang tinggi. Kalau tak, sudah pasti muka Haikal yang handsome tu hancur dibuatnya. Haikal hanya ketawa kecil lalu segera beredar dari situ. Takutlah tu...desis Danial. Danial berpaling ke belakang untuk menanyakan keadaan Amira.

“Awak tak apa-apa?” soal Danial risau. Soalannya dibiar sepi. Danial menatap muka Amira yang mula cemberut. Kenapa garang semacam pulak ni, salah ke aku cuba nak selamatkan dia. Aduh....seriusnya muka!

“Sejak bila pula saya jadi girlfriend awak ni?” soal Amira serius.

“Sekarang.” jawab Danial main-main. Laa...masalah ni rupanya. Ingatkan apa.

“Awak jangan main-main Danial. Saya bukan macam perempuan yang pernah awak mainkan. Awak ingat awak dah cukup bagus sangat dah selamatkan saya. Kalau dah playboy tu...playboy jugalah!” balas Amira tegas.

“Eh, ni kenapa nak sabitkan hal tu pulak. Awak ni memang tak tahu berterima kasih ya? Saya dah tolong awak dari kena pukul pun awak masih nak salah faham lagi dengan saya. Saya cakap macam tu sebab saya tak nak dia ganggu awak lagi. Faham cik Amira Zulaikha!” tengking Danial. Amira terdiam. Alamak...apa kau dah buat ni Amira!!

“Rasanya baik saya biarkan saja tadi awak kena pukul, buat apalah tolong orang yang keras kepala macam ni. Buat sakit hati aje...,” setelah berkata demikian Danial terus berlalu. Orang dah tolong dia, dia boleh kutuk kita lagi. Ni betul-betul dah melebih, bukannya ucap terima kasih ni nak marah-marah orang lagi. Isshhh geramnya....! Omelnya dalam hati.

Amira hanya memerhatikan langkah Danial. Dirinya betul-betul menyesal kerana telah berkata begitu. Betullah kata orang kalau terlajak perahu boleh diundur, kalau dah terlajak kata tanggunglah akibatnya. Aduh...kenapalah mulut ni. Kalau dia tak tolong kau mesti dah lebam tau muka kau sekarang. Nampaknya dia betul-betul marah kali ni, apa aku nak buat? Minta maaf ke? Tapi nak ke dia maafkan aku...Amira mula buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience