Bab 21

Romance Series 14495

Syasya memeluk tubuhnya erat. Nampaknya sweater yang dipakainya tidak dapat menahan angin dingin malam ini. Syasya mengambil tempat yang sedikit jauh dari rakannya yang lain. Amira pula sedang ralit berbual dengan Danial. Dah berbaiklah tu...

Syasya duduk di sebuah tunggul kayu sambil memerhati rakannya yang sedang seronok bermain permainan yang disediakan. Dia tidak berminat untuk menyertai. Lebih-lebih lagi bila melihat gelagat Ammar yang semakin rapat dengan Alya. Jiwanya sakit!

Ahh sakitnya hati! Macam ni ke rasanya cemburu? Kenapalah aku perlu jatuh cinta dengan dia? Aku ni cuma bertepuk sebelah tangan aje...janganlah perasan yang dia pun ada hati kat kau, Sya. Dia tu anak Tengku dan kau siapa? Hanya anak orang biasa. Tak sepadan...getus hatinya.

“Sejuknya...” Syasya menggosok tangannya. Tiba-tiba dia tersentak bila seseorang menyelimutkannya dengan jaket. Syasya sedikit terkejut.

“Lain kali bawaklah pakaian tebal sikit. Kat sini memanglah sejuk. Apa pun jagalah kesihatan diri juga.” Ammar terus berlalu. Syasya terkedu dengan tindakan Ammar.

Syasya memegang jaket Ammar lalu tersenyum. Walaupun kata-kata Ammar sedikit tegas namun dia tahu yang Ammar masih lagi peduli tentang dirinya. Entah kenapa dirinya mula bersemangat untuk meneruskan aktiviti di kem ini. Hanya kerana Ammar....
**
Hari demi hari, akhirnya kem itu telah sampai ke penghujungnya. Para pelajar mula bersiap untuk pulang. Walaupun sekejap tapi sudah cukup membuatkan semua pelajar berasa seronok dengan aktiviti yang disediakan. Tidak terkecuali juga dengan Syasya yang sudah mula ceria.

Amira berasa lega dengan perubahan rakannya. Walaupun rancangannya gagal untuk merapatkan hubungan Syasya dan Ammar kerana kehadiran Fasha tapi setidaknya Syasya sudah kembali tersenyum. Sebelum pulang, para pelajar diberi masa selama sejam untuk melakukan aktiviti masing-masing

“Amira, saya nak pergi jalan-jalan kejap. Rasa rindu pulak nak tinggal tempat ni....” ujar Syasya.

“Yalah tapi jangan jauh-jauh tau. Kejap lagi kita nak bertolak balik dah.” Syasya hanya mengangguk lalu menghayun langkahnya. Dia ingin menikmati keindahan ciptaan Allah sekejap. Entah bilalah dia dapat berpeluang datang semula ke sini.

Ketika Syasya sedang berjalan, dia ternampak kelibat Ammar dan Alya yang sedang berbual. Syasya mula tidak sedap hati. Apa mereka buat kat tempat macam ni....getus Syasya. Dia berselindung di sebalik pokok besar dan cuba mendengar perbualan mereka.

“Ammar, saya ada something nak cakap kat awak.” Ujar Alya perlahan. Malu-malu. Kini hasrat hatinya ingin diluah.

“Ada apa, Alya? Sampai kena jumpa jauh dari tapak khemah ni.” Soal Ammar bersahaja.

“Sebenarnya...saya dah lama sukakan awak.” Pengakuan Alya membuatkan Ammar terkedu tidak terkecuali juga Syasya yang sudah terlopong.

“Apa yang Alya cakap ni...” Ammar cuba bersikap biasa meskipun hatinya masih terkejut. Tenang bro...kau boleh selesaikan hal ni.

“Saya sukakan awak masa kita first meet dulu. Saya dah lama pendam perasaan ni. Saya harap awak dapat balasnya.” Alya mula menagih jawapan. Ammar tergaru-garu kepalanya. Ammar hanya mampu tersengih.

Syasya berpaling dan segera berlalu dari situ tanpa disedari mereka. Hatinya terlalu sakit bila melihat senyuman Ammar. Sudah pasti, Ammar akan terima Alya sebagai buah hatinya. Siapa tak mahu gadis secantik Alya. Baik lagi. Setitis air mata gugur. Syasya segera berlari tanpa arah tujuan.

Dia berhenti di kawasan yang agak jauh. Syasya menangis semahunya di situ. Dia sudah lelah untuk memendam perasaannya lagi. Dia langsung tidak menyedari bahawa rakannya sendiri sudah jatuh hati dekat lelaki yang sudah mula mencuri hatinya. Syasya memeluk erat jaket Ammar yang dipakainya. Mungkin aku sudah terlambat...

Syasya berdiri hampir dengan curang. Tiba-tiba, dia merasakan seseorang telah menolaknya dari belakang. Tanpa sempat berpaut pada apa-apa, dia terus tergelincir dan jatuh ke dalam juram yang agak dalam. Syasya terus berguling dan tersandar di sebatang pokok. Syasya merasakan dunianya mula gelap. Gelap gelita!
**

“Okey semua, dah siap packing barang? Kita nak bertolak dah ni...” ujar Cikgu Waniey. Amira mula gelisah. Sampai sekarang batang hidung temannya masih belum kelihatan. Dia mula risau. Amira memanggil Danial.

“Ada apa?” soal Danial. Pelik melihat gelagat Amira yang serba tak kena.

“Syasya hilang!”

“Apa..! Hilang?” Danial mula pucat. Amira terus menceritakan semuanya. Suara riuh rendah di bawah menarik perhatian Ammar untuk turun dari bas. Dia melihat wajah kekalutan Amira, Danial serta gurunya.

“Kenapa ni?” soal Ammar. Danial terdiam seketika.

“Kau ni kenapa? Aku tanya ada apa ni?” soal Ammar kembali tegas.

“Syasya hilang.” Kenyataan Amira membuatkan Ammar tersentak. Hatinya seakan luruh. Langsung tidak percaya.

“Macam mana boleh hilang? Dia pergi mana? Kan dia ada dengan awak tadi?”

“Sabar Ammar. Cikgu Khalid dah call pihak keselamatan untuk mencari Syasya.” Pujuk Cikgu Waniey. Ammar meraup mukanya. Kelu.

“Tadi Syasya cakap nak jalan-jalan kat sekitar kawasan ni. Dia cakap kejap aje tapi sampai sekarang dia tak muncul-muncul.” Amira mula teresak-esak. Dia takut terjadi sesuatu terhadap temannya itu. Alya dan Anita cuba menenangkannya. Ammar terduduk. Danial juga sudah kelihatan gelabah. Para pelajar yang lain juga mula kerisauan.

“Entah-entah dia dah jatuh gaung tak...” Fasha bersuara. Kata-kata Fasha mengejutkan semua orang. Amira mula menyinga.

“Hei kau diamlah! Kau jangan nak mereka-reka cerita.” Sembur Amira.

“Hello, aku tak reka okay. Tu hanya kemungkinanlah. Lagipun ni hutan. Banyak curam kat sana sini dan tak mustahillah kawan kau tu boleh jatuh kat dalam tu.” Fasha cuba membela dirinya.

“Kau ni...” Amira cuba menyerang Fasha tapi segera ditahan Cikgu Waniey.

“Tenang Mira! Jangan kusutkan keadaan. Sepatutnya kita semua kena doakan keselamatan Syasya bukan bertekak kat sini.” Nasihat Cikgu Waniey. Entah macam manalah dia hendak mengadap keluarga Syasya nanti. Dia kurang cekap menjaga pelajarnya.

Ammar mula terfikirkan sesuatu. Kata-kata Fasha melekat di fikirannya. Kalau Syasya pergi jalan-jalan, mungkin ke dia terdengar .....Ya Allah! Aku harus bertindak. Ammar segera bangun dan bergerak ke hutan.

“Ammar....awak nak pergi mana tu? Awak tak boleh ke sana. Nanti pihak berkuasa akan sampai kejap lagi.” halang Cikgu Khalid. Ammar berpaling.

“Saya nak pergi cari Syasya sendiri. Lama sangat tunggu pihak berkuasa sampai. Saya tak nak jadi apa-apa kat Syasya. Saya pergi dulu, cikgu.” Ammar segera berlari tanpa menghiraukan panggilan mereka. Dia harus mencari Syasya. Walau bagaimanapun caranya!
**
Syasya tersedar. Dia cuba untuk bangun dan bersandar di sebatang pokok. Syasya mengeram kesakitan sambil memegang kepalanya. Darah mula mengalir di pipinya. Syasya melihat luka di tangan dan kakinya. Tidak begitu teruk tetapi luka di dahinya agak serius.

Syasya cuba untuk bangun tapi kesakitan di kepala menghalangnya. Tiba-tiba sayup-sayup, dia terdengar namanya dipanggil. Syasya cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya.

“Tolong...saya kat sini!” rintih Syasya lemah.

“Tolong!!” Jerit Syasya sedikit kuat. Syasya mendengar derap kaki melangkah ke arahnya. Matanya mula berpinar saat seseorang sedang berdiri di hadapannya. Syasya cuba bangun dan hampir sahaja berdiri tetapi kakinya mula lemah. Syasya rebah kembali.

“Syasya...!!” jerit Ammar lalu segera menyambut tubuh Syasya yang sudah lembik. Ammar memangku kepala Syasya.

“Sya...bangunlah! Ni saya Ammar...tolong buka mata!” Ammar menepuk perlahan pipi Syasya. Tapi mata gadis itu tertutup rapat. Ammar melihat darah di dahi Syasya. Dia mula cemas. Hari sudah mendung tanda ingin hujan. Dia perlu segera membawa Syasya keluar dari sini sebelum hujan turun.

Ammar mendukung Syasya dengan perlahan lalu menyusuri hutan mencari jalan keluar. Hujan turun renyai dan mula lebat. Ammar terus meredah hutan tanpa memikirkan luka-luka kecil di tangannya yang terkena duri tajam pokok. Di fikirannya kini hanyalah keselamatan orang yang disayangnya!

Ammar berhenti sekejap melepaskan lelah. Ammar menatap Syasya yang kelihatan pucat dan dibasahi hujan itu. Mulut Syasya sedikit terkumat-kamit. Ammar cuba mendengar.

“Am...maafkan...saya! Jangan tinggalkan saya....” Hanya itu yang keluar dari bibir pucatnya berulang-ulang kali. Ammar sebak melihat keadaan Syasya yang semakin lemah dan mengigil. Ammar memeluk tubuh Syasya seeratnya untuk kurangkan kesejukannya.

“Saya tak akan tinggalkan awak! Saya janji...” Ammar terus mengangkat Syasya dan kembali meredah. Kali ini Ammar semakin kuat dan azamnya cuma satu. Dia akan sentiasa melindungi Syasya lebih dari nyawanya sendiri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience