Bab 77

Romance Series 14495

Setahun berlalu tanpa disedari. Kini umur Tengku Syamirul menginjak lima bulan. Ammar dan Syasya bertambah bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka. Kedua belah keluarga mereka juga gembira bila menyambut cucu sulung mereka. Masing-masing berebut nak dukung Syamirul.

“Sayang betulkan butang baju abang ni,” panggil Ammar. Syasya segera bergerak ke arah suaminya.

“Amboi abang, beria aje dia. Macam dia pula yang nak kahwin,” ujar Syasya sambil membetulkan butang baju Ammar.

“Hish ke situ pulak. Even kita dah ada anak, kenalah tetap bergaya, sayang,” Syasya mengeleng mendengar jawapan Ammar.

“Handsome tak abang?” soal Ammar sambil mengenyit mata.

“Handsome biar di mata sayang je. Jangan di mata anak dara orang lain pulak,” balas Syasya. Ammar tergelak lalu dicuit hidung isterinya.

“Hati abang, jiwa abang, seluruhnya hanya milik sayang sorang saja. Tiada yang lain,” ujar Ammar romantik. Syasya tersenyum manis. Suaminya sangat segak sekali. Muka anaknya juga ada iras suaminya. Hai ke mana tak tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi jua.

“Pukul berapa mereka akad nikah, sayang?” soal Ammar.

“Tak silap hari tu Intan ada cakap, pukul sebelas pagi.”

“Dekat masjid, kan?”

“Haah masjid dekat rumah Intan tu aje.” Ammar terangguk-angguk.

“Tak sangka kahwin juga Intan dengan Saiful, kan,” ujar Syasya sambil membetulkan tudungnya. Ammar sekadar tersenyum.

“Sudah jodoh sayang. Kita cuma doakan yang baik-baik saja.”

“Semoga mereka dikurniakan anak-anak yang comel kan, abang”

“Insya-Allah. Tak apa itu urusan mereka bila mereka dah sah nanti. Sekarang urusan kita,” bisik Ammar ke telinga Syasya.

“Maksud abang?” Syasya kurang faham maksud suaminya.

“Bila Syamirul nak dapat adik?” usik Ammar. Membulat mata Syasya mendengar pertanyaan Ammar.

“Hish abang ni, Mirul baru lima bulan. Ingat Sya ni kilang ke?” Syasya mencubit perlahan tangan suaminya. Gatal!

“Alaaaa.....abang gurau aje. Janganlah marah sayang, tapi kalau betul pun apa salahnya. Rezeki, kan?” Ammar tidak habis lagi mengusik.

“Dahlah, Sya nak ambil Mirul dulu. Kita dah lewat dah ni,” Syasya segera beredar dari situ. Ammar tersengih. Eleh nak larilah tu. Tak apa sabar itu indah Am, desis Ammar. Ammar mengikut langkah isterinya.
**

“Congratulation, bro,” ucap Ammar pada Saiful.

“Terima kasih kerana sudi datang ya korang semua,” balas Saiful pada rakan-rakannya. Akhirnya majlis pernikahannya bersama Intan selesai. Majlis itu hanya dijalankan ringkas sahaja tapi penuh meriah.

“Tak sangka korang ni pandai simpan rahsia, tut tut terus kahwin,” usik Amira. Intan tersipu malu.

“Jaga Intan baik-baik ya Saiful,” pesan Syasya. Saiful mengangguk. Hatinya kini milik gadis hitam manis yang kini sudah sah menjadi isterinya.

“Lepas korang balik dari honeymoon nanti, bolehlah kita buat reunion...” cadang Danial.

“Not bad idea, boleh tu. Lagipun dah lama kita tak kumpul macam ni,” tambah Afiq. Fasha juga sokong dengan idea Danial.

“Okey juga tu, nanti aku cuba cari tempat yang bagus untuk kita gathering,” ujar Ammar.

“Insya-Allah, apa salahnya,” balas Saiful.

Syamirul mula merengek dalam dukungan Syasya. Lapar susulah tu. Syasya memberi isyarat pada Ammar.

“Eh tak apalah, nanti kita bincang. Kitorang dah nak kena balik, anak aku dah merengek dah ni,” Ammar mengundur diri.

“Intan, Saiful kami balik dulu ya.” Pinta Syasya.

“Terima kasih bos,” balas Intan sambil tersenyum manis.

“Eh kami pun kena balik juga. Si kembar tu kami tinggal dekat rumah atuk dia. Tak boleh lama-lama nanti kesian dekat atuk dan neneknya puas nak mengejar. Maklumlah baru dapat kaki.” Amira juga meminta diri.

“Haah....apa-apa pun selamat pengantin baru ya,” ucap Danial. Afiq dan Fasha juga terpaksa meminta diri kerana ada lagi kenduri yang mereka perlu hadiri. Kini tinggalah pasangan pengantin tersebut.

Saiful memegang erat tangan Intan.

“Terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang,”

“Sama-sama. Nak buat macam mana abang inspektor ni cute sangat,” usik Intan. Saiful tersengih mendengar ayat Intan. Dulu dia ingatkan Syasya merupakan jodohnya tapi ternyata jodohnya bersama setiusaha Syasya sendiri. Kadang-kadang apa yang kita rasa tak sama apa yang Allah berikan kerana Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya.
**
“Abang nak bawak Sya pergi mana ni?” soal Syasya. Matanya masih tertutup. Entah surprise apalah laki dia nak buat ni sampaikan Syamirul terpaksa ditinggalkan di rumah toknya.

“Adalah. Sayang jangan buka tau!” Ammar memegang tangan isterinya erat. Langkah perlahan diatur. Syasya hanya menurut.

“Okey dah sampai. Abang kira sampai tiga sayang baru buka. Satu, dua, tiga......taddaa!” Syasya membuka matanya dan seakan tak percaya. Sejambak bunga ros serta kek berada di depan matanya. Syasya juga terkejut bila melihat tempat itu. Inikan tempat Syasya selalu lepak waktu dia sekolah dulu. Bangku itu masih sama. Syasya memandang Ammar.

“Happy Anniversary sayang,” ucap Ammar lalu mengucup perlahan dahi isterinya. Setitik air mata bahagia menitik.

“Hei janganlah nangis.” Ammar menyeka perlahan air mata Syasya.

“Terima kasih abang!” ucap Syasya. Sungguh hatinya terharu dengan kejutan ini.

“Sama-sama sayang. Maaf ini anniversary kita yang kedua. Yang first dulu kita tak mampu sambut sama-sama,” Syasya mengerti maksud Ammar, waktu anniversary pertama mereka masih dalam krisis rumah tangga.

“Tapi abang janji, yang seterusnya dan seterusnya kita akan sambut sama-sama, okey?” Syasya mengangguk. Ammar mengusap perlahan pipi mulus Syasya.

Mereka melabuhkan diri di bangku tersebut.

“Kenapa abang pilih tempat ni?” soal Syasya ingin tahu.

“Sebab tempat ni special untuk kita berdua. Kat sinilah tempat di mana kita bertemu. Sayang ingat kan, Mr Secret?” Syasya ketawa perlahan.

“Ingat. Mr secret yang selalu kirim surat yang pelbagai warna hanya semata-mata nak berkawan dengan Sya,” balas Syasya.

“Sweetkan Mr Secret tu, dahlah hensem, romantik pulak tu,” Ammar memuji diri sendiri.

“Tak malu, angkat bakul sendiri.”

“Sebab tak malulah abang sanggup kirim surat tu tau. Tak sangka penerima surat tu kini menjadi isteri dan ibu buat anak abang,” ucap Ammar. Syasya merebahkan kepalanya di dada Ammar lantas Ammar memautnya erat.

“Terima kasih abang untuk segalanya. Terima kasih kerana sudi menjadi pelengkap hidup Sya,”

“Sama-sama sayang. Abang tak sangka cinta monyet abang menjadi cinta sejati untuk abang. Terima kasih kerana sudi menerima abang,” ucap Ammar.

“Sya....” panggil Ammar

“Humm....”

“Awak, cinta monyet saya!” balas Ammar lalu mengeratkan lagi pelukannya.

Syasya tersenyum bahagia. Dulu dia pernah tertanya-tanya, adakah cinta monyet boleh kekal selamanya. Dan kini soalannya telah terjawab. Jodoh itu sungguh tidak terduga. Unik. Bermulanya cinta monyet zaman sekolah akhirnya kekal menjadi cinta terakhinya. Alhamdulillah! Terima kasih Allah!


TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience