Bab 57

Romance Series 14493

Para tetamu semakin berkurang, akhirnya majlis kini berakhir. Syasya mengeluh bosan. Niatnya lepas selesai majlis, ingin terus pulang tapi segera Amira mengheretnya menyertai Ammar, Alya dan Danial berbual. Katanya ada hal yang nak diumumkan. Syasya terpaksa bersetuju.

“Memandangkan semua dah ada ni, mintak perhatian sekejap ya,” umum Danial. Gaya macam nak umum tarikh hari raya sahaja. Masing-masing mula menumpukan perhatian ke arah Danial.

Danial tersengih bila semua mula menadah telinga mendengar pengumuman penting darinya.

“Dah...dahlah tersengih tu, cepat boleh tak,” keras suara Ammar. Amira sudah membulatkan mata pada Danial, memberi tanda agar dipercepatkan. Tak payah nak sengih-sengih bagai.

“Weh relax la bro, aku tengah ambil mood ni.” Balas Danial. Ammar mula menjeling tajam ke arahnya.

“Okey....sorry. Sebenarnya aku panggil korang kat sini just nak bagitahu yang aku bakal jadi bapa nanti,” sambung Danial. Hampir semua terdiam. Cuba mencerna maksud Danial.

“Awak pregnant ke Mira?” soal Syasya tidak percaya. Amira mengangguk malu.

“Tahniah....!” segera dipeluknya Amira. Syukur akhirnya mereka bakal dikurniakan cahaya mata yang memang dari dulu mereka inginkan.

“Tahniah bro, aku tumpang gembira,” ucap Ammar lalu memeluk sahabatnya. Tak sangka berita ini dapat mengembalikan moodnya. Alya juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Kegembiraan mereka menarik Tengku Sofia dan Tengku Ismail ke arah mereka.

“Ada apa gembira sangat ni,” tegur Tengku Sofia.

“Inilah ibu, ada orang bakal nak jadi bapa dah,” balas Ammar sambil mengenyit mata pada Danial.

“Ya ke, alhamdulillah tahniah buat Amira dan Danial. Berapa bulan dah?” soal Tengku Sofia.

“Baru masuk lapan minggu, aunty,” jawab Amira. Syasya tersenyum melihat sinar cahaya keibuan dalam diri Amira.

“Masih baru ni kena jaga elok-elok kandungan tu. Makan dan minum pun tak boleh sembarangan dah,” nasihat Tengku Sofia. Amira dan Danial mengangguk tanda mengerti.

“Ha, dengar tu Danial. Kau kena jaga elok-elok tau bini kau,” sampuk Ammar. Danial mengangkat keningnya. Hek eleh mamat ni kahwin pun belum dah bajet-bajet nak nasihat dekat orang.

“Kamu tu Ammar bila lagi? Beria betul nasihatkan orang,” tegur Tengku Ismail mengusik anaknya. Semua mata tertumpu pada Ammar. Danial sudah tersenyum sinis mendengar soalan panas yang keluar dari mulut Tengku Ismail. Ha amik kau!

“Erk...not now baba,” balas Ammar acuh tak acuh.

“Kalau bukan sekarang bila lagi Am, kamu tu makin tua bukan makin muda. Tengok Danial dah nak jadi bapa dah, kamu bila lagi?” Kali ini Tengku Sofia pula yang menyoal. Makin buntu Ammar mencari jawapan untuk mengelak. Syasya hanya sekadar berdiam diri.

“Nanti kita bincang dekat rumah ya ibu, baba.” Ammar cuba menutup isu tersebut.

“Kenapa nak bincang dekat rumah, kalau orang yang Ammar suka dah ada dekat sini,” jawapan Tengku Sofia membuatkan Ammar tersentak.

Mereka yang lain juga terkejut. Tengku Sofia tahu ke berkenaan hubungan Syasya dan Ammar sebelum ini? Syasya dan Ammar saling berpandangan.

“Maksud ibu siapa?” soal Ammar hati-hati.

“Eh dia punya kekasih hati, dia tanya kita pulak abang,” jawab Tengku Sofia tarik tali. Ammar memandang babanya meminta penjelasan.

“Bila kamu nak bawak Alya datang rumah jumpa baba dan ibu?” akhirnya Tengku Ismail memberikan jawapan yang diminta.

Hampir semua orang di situ terngangga mendengar soalan Tengku Ismail. Syasya terdiam. Kini fahamlah dia siapa kekasih hati Ammar. Alya memandang Ammar meminta jawapan.

“Erk..” tiada perkataan yang keluar dari mulut Ammar. Kelu.

Tengku Sofia dan Tengku Ismail mula memandang pelik ke arah Ammar.

“Kenapa, kami salah sebut ke nama kekasih Am?” soal Tengku Sofia. Ammar memandang Syasya. Penuh harapan agar Syasya menyatakan sesuatu. Syasya menunduk bila melihat pandangan mata Ammar ke arahnya. Segera digenggam tangannya untuk menutup debaran pada hatinya.

Ammar kecewa bila melihat Syasya yang tiada reaksi. Mungkin ini pilihan yang terbaik untuknya. “Tak adalah ibu, betullah Alya kekasih Am,” Ammar membuat pengakuan.

Alya seperti ingin berkata sesuatu tapi segera dihalang Ammar. Alya mengalah bila melihat Ammar seakan-akan berharap dia mengiakan pengakuan itu.

“Ya, aunty. Kami memang bercinta.” Ujar Alya. Syasya hanya mampu menahan air matanya yang mula ingin bertakung. Sya...kau kena kuat!

Tengku Sofia dan Tengku Ismail tersenyum mendengar pengakuan dari mereka.

“Nanti kita bincang bila Am dah bawak balik Alya ke rumah. Ibu tak sabar nak tengok Am naik pelamin,” Tengku Sofia adalah orang yang paling bahagia mendengar khabar baik tersebut. Meskipun hasratnya tidak tercapai untuk memilih Syasya sebagai menantunya tapi pilihan Ammar tidak mengecewakannya.

“Aunty, rasanya dah lewat sangat ni. Yana mintak diri dulu ya,” Syasya meminta diri. Tengku Sofia terpaksa membenarkan meskipun masih banyak hal yang ingin dibualkan dengan Syasya.

Danial mencuit isterinya dan berbisik agar menemani Syasya. Mungkin Syasya terkejut mendengar pengakuan Ammar yang mendadak begini.

Amira mengangguk dan segera meminta diri untuk pulang ke bilik dengan alasan tidak berapa sihat. Amira segera menuruti langkah Syasya yang sudah laju bergerak ke depan.
**
Syasya menghentikan langkahnya. Matanya tak lepas memandang pantai yang berderu di depan matanya. Satu tangan menyapa bahunya. Syasya menoleh. Segera syasya memeluk Amira melepaskan perasaan kecewanya.

Amira membiarkannya. Segera diurut belakang rakannya bagi menenangkan perasaan Syasya.

“Mira, saya tak sanggup nak tahan lagi. Hati saya sakit,” ujar Syasya sambil mengesat air matanya yang seakan tidak mahu berhenti. Hatinya tak rela bila melihat orang yang dicintai sepenuh hatinya bakal berkahwin dengan orang lain.

“Sya cuba jujur dengan saya, awak cintakan Am, kan?” Amira memegang bahu Syasya. Syasya menunduk.

“Sya please answer me!” ujar Amira geram. Kenapa Syasya masih ingin menahan egonya lagi. Jujur saja pada diri sendiri.

“Yes Mira, I love him!” luah Syasya. Akhirnya terjawab sudah persoalan Amira. Ego yang dibina Syasya akhirnya runtuh jua.

“Saya sangat cintakan dia sampaikan tiada ruang lagi untuk lelaki lain masuk dalam hati ini. Perasaan saya dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah, hanya dia yang ada dalam hati ini. Tapi apa yang saya boleh buat Mira, orang yang saya suka bakal berkahwin dengan orang lain dan saya harus terima itu,” Syasya meluahkan semua yang dipendam selama ini. Amira diam.

“Awak dah dengar semua kan Ammar? Saya rasa awak patut pertimbangkan balik keputusan awak,” permintaan Amira membuatkan Syasya terkedu. Lantas dipusingkan badan melihat gerangan yang berdiri di belakangnya.

Syasya terkebil-kebil melihat Ammar yang sedang merenung ke arahnya. Kelu lidah untuk berkata. Seolah-olah diikat oleh sesuatu. Berapa lama dia berdiri kat situ? Dia dengar ke aku cakap apa? Macam-macam soalan mula timbul dalam benaknya.

“Betul ke awak juga cintakan saya Sya?” soal Ammar tegas. Syasya meneguk air liurnya yang mula kering. Air matanya dikesat. Malu kerana menjatuhkan air mata di hadapan Ammar.

“Sya, saya rasa better korang bincang dari hati ke hati. Saya balik dulu tau,” segera Amira mengundurkan diri. Belum sempat Syasya menghalang Amira sudah berjalan laju ke depan. Eh mak buyung ni, boleh pulak tinggalkan aku berdua dengan dia.

“Sya, please answer my question,”Ammar semakin mendesak. Syasya mula resah. Ish dia dah dengar tadi, tak payahlah nak ulang banyak kali. Ni bukan siaran tv nak kena sebut banyak kali, ngomel Syasya dalam hati.

“Sya...”

“Ya...ya, betul saya cintakan awak,” belum sempat Ammar menghabiskan ayat, Syasya sudah memotong.

“Kalau awak betul cintakan saya, kenapa awak perlu buat saya macam ni? Awak nak mainkan saya ke?” soal Ammar bertalu. Dia perlukan penjelasan.

Syasya tertunduk. Sedar akan sikapnya selama ini yang terlalu ikutkan ego.

“Saya tiada niat nak mainkan awak. Saya cuma rasa kita tak layak untuk bersama. Cukup awak tau setakat itu alasan saya.”

“Awak tau yang saya sangat cintakan awak Sya, tapi kenapa awak perlu tipu perasaan awak? Apa saya tak layak untuk dapat cinta awak.”

“Tak, bukan awak tak layak dapat cinta saya tapi saya yang tak layak untuk dapat cinta awak. Cinta awak sangat suci Am, saya tak layak untuk itu. Mungkin Alya lebih layak untuk terima awak, anggap saja kita memang tak ada jodoh.”

“No...bukan dia tapi awak! Please jangan paksa saya lagi. Saya tak akan kahwin dengan Alya atau mana-mana perempuan. Titik!” Ammar sudah membuat keputusan. Syasya mula serba salah.

“Awak jangan nak buat keputusan mengarut Am, awak dah janji dengan ibu bapa awak kan....tolong jangan bertindak macam budak-budak. Jangan mainkan perasaan Alya, dia kan kekasih awak.” ujar Syasya geram. Dia tak nak menjadi penyebab putusnya hubungan Ammar dan Alya.

Ammar tersenyum. “Awak jangan risau, Alya tak akan marah. Soal ibu dan baba, saya dah jumpa solusinya.”

“Maksud awak?”

“Jom kahwin!” ajak Ammar. Syasya terkedu. Rasanya dia tak salah dengar. Ammar ajak dia kahwin kan? Gila ke apa mamat ni, ajak kahwin macam ajak pergi makan kedai mamat.

“Please Am, jangan main-main.” Marah Syasya. Ini bukannya masa nak bergurau.

“Nope. Ini bukan gurauan. I’m serious. Syasya Ilyana....will you marry me?”

Syasya ternganga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience