Bab 75

Romance Series 14493

Syasya merenung kad yang diterima. Ini kad yang kelima dia terima dari suaminya, Ammar. Sedikit sebanyak hatinya mula terusik. Kad ini mengingatkan dia zaman sekolahnya dulu. Syasya tersenyum sendirian.

“Ha...senyum apa tu!” Sergah Amira. Syasya terkejut. Lantas kad itu disembunyikan dalam begnya.

“Mana ada apa-apa,” ucap Syasya selamba.

Amira tersengih. Eleh macamlah tak nampak apa yang ditenung rakannya itu. Hish Sya...Sya kalau suka tu cakap suka. Ni tak ego aje memanjang! Kutuk Amira.

“Yalah tu. Dahlah ni minum.” Pelawa Amira. Syasya mencapai minuman yang disediakan Amira.

“Alisya dan Darwish dah tidur ke?” soal Syasya tentang si kembar.

“Haah baru siap menyusu. Tu tengah tidur kat atas dengan bapak dia sekali,” sindir Amira. Syasya tergelak memahami maksud Syasya. Penatlah tu daddynya. Maklumlah nak jaga anak kembar ni bukan senang. Untungnya Amira, sepanjang waktu berpantang ni Danial menjaganya sepenuh kasih sayang. Adakah aku juga begitu bila anakku dilahirkan nanti?

Keluhan Syasya didengari Amira. Segera dicapai tangan rakannya.

“Sya, kita dah lama kawan. Segala masalah kita kongsi bersama. Untuk kali ni aje saya mintak dengan awak. Tolong rendahkan ego awak untuk Ammar. Ammar tu bukan siapa-siapa bagi awak. Dia suami awak dan ayah pada anak awak. Hal itu tidak akan pernah berubah sama sekali meskipun awak cuba nafikan.”

Syasya terdiam.

“Sya, awak patut....”

“Saya tau. Saya tau dosa saya tak terhitung sekarang ni dekat Am. Saya perlukan sedikit masa lagi Mira untuk betulkan keadaan.”

“Awak tak cintakan Am lagi ke?” Soalan Amira membuatkan Syasya terkedu. Dia tidak tahu apa masih ada lagi ke cinta untuk suaminya?

“Sya, Ammar tak putus-putus berusaha untuk pujuk awak balik. Dengan kad-kad yang awak dapat tu semua, langsung tak terkesan apa-apa ke untuk awak?”

“Ya, saya akui yang saya masih sayangkan Am. Tapi, saya....”

“Tapi apa?”

“Bagi saya masa. Segala perbuatan dia, saya masih tak dapat terima dan ia masih segar dalam fikiran saya ni. Its take times Mira to forget all this things,” Jujur Syasya. Kini Amira pula terdiam. Sudah putus ideanya untuk memujuk temannya itu.

“Okey saya tak akan paksa awak. Saya harap keputusan yang bakal awak buat ni ialah keputusan terbaik untuk awak.” Syasya tersenyum nipis. Panggilan dari telefon Syasya menghentikan perbualan mereka. Syasya terkedu bila melihat nama pemanggil.
**
Syasya perlahan memasuki rumah agam milik keluarga mertuanya. Panggilan dari Tengku Sofia membawa dirinya ke sini. Untung saja kenderaan Ammar tiada di luar. Sangkanya ini semua rancangan Ammar untuk menemui dirinya.

“Yana.....jom masuk. Buat apa tercegat dekat situ lagi tu,” ajak Tengku Sofia. Segera Syasya mengikut langkah mertuanya.

“Ibu apa khabar?” soal Syasya tertib. Tengku Sofia tersenyum lembut.

“Alhamdulillah sihat. Yana pula sihat? Kandungan okey?” soal Tengku Sofia ramah.

“Alhamdulillah semua okey ibu. Baba mana?” Syasya melabuhkan punggung di sofa.

“Baba kamu macam biasalah, busy tak bertempat. Ada aje kerja dia...malam baru nak melekat kat rumah,” bebel Tengku Sofia. Syasya hanya tersenyum..

“Humm ibu call Yana suruh datang sini, ada apa ya?” soal Syasya serba salah. Matanya tak lepas memerhati kalau-kalau ternampak kelibat Ammar.

“Ammar tak ada kat sini. Jadi jangan risau ya. Yana tak akan jumpa dia hari ni. Dia oustation dua hari. Ibu call Yana sebab ibu rindukan Yana. Yana tak suka ke datang sini?”

“Eh tak...bukan tu maksud Yana. Maafkan Yana, ibu. Yana suka datang sini dapat jumpa ibu, baba,” jelas Syasya.

“Ibu tau kalau ibu ajak waktu Am ada dekat sini, pasti Yana tak nak datang. Jadi ibu ajaklah waktu Am tak ada.”

“Maafkan Yana ibu,” pinta Syasya. Tengku Sofia memandang simpati terhadap menantunya. Sikit pun tidak merasa marah kerana dia tahu Syasya tersepit dengan perasaannya sendiri.

“Tak apa. Ibu tak marah. Hari ni Yana makan tengahari kat sini okey? Nanti ibu masak sedap-sedap untuk menantu ibu ni,” Tengku Sofia mengubah topik. Syasya mengangguk senang. Sudah lama dia tak merasa masakan Tengku Sofia.

“Yana duduk aje kat sini, biar ibu siapkan makan tengahari kejap,”

“Eh biarlah Yana bantu ibu sama,” Syasya sudah bangun untuk ke dapur. Tapi segera ditegah Tengku Sofia.

“Tak apa....tak apa. Mak Mona ada. Yana rehat aje, mesti Yana penatkan drive datang sini.”

“Tak penat pun ibu.”

“Tak apa. Yana kan mengandung. Kena banyak berehat. Okey, dah duduk aje kat sini,” Syasya mengalah. Segera dia kembali ke sofa. Waktu dia sedang membelek majalah yang berada di situ, seseorang menegurnya.

“Syasya!” Panggil Amylia. Syasya tersenyum lalu menyalami kakak iparnya.

Amylia memeluk Syasya erat. Tak sangka dia dapat jumpa Syasya di sini. Selama ini dia tidak berkesempatan hendak bertemu Syasya. Dia berasa lega bila mendengar khabar dari keluarganya yang mengatakan Syasya sudah kembali.

“Jadi selama ni, Sya tinggal di rumah keluarga arwah Haikal?” Syasya mengangguk.

“Sya yang minta uncle Harun dan aunty Hanum rahsiakan tentang Sya. Waktu tu Sya tak tau nak pergi mana, jadi Sya hanya terfikirkan untuk pergi ke tempat yang orang tak akan cari Sya. Lagipun Sya hanya nak balas budi atas pengorbanan arwah Haikal,” ujar Syasya sebak. Amylia menepuk perlahan bahu Syasya.

“Insya-Allah semoga rohnya tenang di sana. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup seperti biasa. Akak yakin arwah Haikal juga ingin melihat Sya bahagia seperti dulu,”

“Maksud kak Amy,” Syasya kurang faham.

“Kak Amy tau, Sya tak bahagia sekarang. Akak bukan nak masuk campur tentang hubungan Sya dengan Am. Tapi akak nak korang berdua bahagia seperti dulu. Sama seperti lapan tahun dahulu,”

Syasya termengu.

“Akak tau pasal kitorang waktu dulu?” Amylia tersenyum lalu mengangguk.

“Akak tau semuanya. Tentang surat Am, pasal Am selamatkan Sya dari gaung dulu, cupcake yang Sya beri dekat dia dan macam-macam lagi. Akak tak pernah tengok Am sebahagia itu. Jujur akak tertanya-tanya siapa Syasya Ilyana. Tapi lepas aje SPM, Am terus diamkan diri dan hanya fokus pada belajar. Waktu tu akak pelik sebab dia langsung tak nak balik Malaysia sehinggalah dia tamat pelajaran dia kat sana. Tapi tak sangka bila dia balik, dia jumpa semula dengan orang yang dia tak pernah lupakan selama ini. Itulah jodoh Sya, sejauh mana pun korang berpisah, akhirnya korang akan tetap bersama,” ulas Amylia panjang lebar.

Syasya mendiamkan diri.

“Akak tau Am ada kesilapan besar yang dia lakukan pada Sya. Bagi akak korang berdua tak salah tapi korang hanyalah mangsa terhadap dendam seseorang. Alya dah dikenakan hukuman yang setimpalnya atas kesalahan yang dia lakukan. Waktu dah berlalu, kenapa korang kena hukum diri korang sampai macam ni sekali?”

“Sya tak layak untuk Am, sangat tak layak. Sya banyak sakitkan Am. Dari dulu sampai sekarang.”

“Tak Sya....Sya silap,”

Wajah Syasya berubah. Syasya menatap Amylia meminta penjelasan. Apa yang dia silap?

“Am pernah cakap dengan akak yang dia akan lindungi Sya sampai hujung nyawa dia. Dan dia tak kisah walau terkorban asal Sya selamat dan itu membuatkan akak terfikir yang Am sangat cintakan Sya. Boleh tak Sya maafkan adik akak dan terima dia dalam hidup Sya sebab Sya orang yang paling layak untuk Am,”

Syasya terpana. Air mata mula mengalir perlahan ke pipi. Syasya teringat kembali sewaktu Ammar cuba melindungi dirinya dari ditembak Alya. Kalau Ammar tiada ketika itu, kau mungkin tak akan berada di sini sekarang ini dan jika waktu tu Allah mencabut nyawa suami kau, kau mungkin tak akan pernah jumpa dia lagi. Ya Allah! Betapa besarnya dosa aku pada suamiku! Ampunkan aku Ya Allah!

Perasaan serba salah menyerbu dirinya. Terasa ingin saja dia menemui Ammar waktu ini. Syasya bingkas bangun.

“Sya nak pergi mana?” soal Amylia kalut bila melihat Syasya ingin beredar dari situ.

“Sya nak jumpa Am. Sya nak mintak maaf dengan Am. Sya banyak salah dengan dia kak,”

“Tapi Am outstation sekarang.”

“Am pergi mana?”

“Am pergi Pangkor tak silap akak.”

“Pulau Pangkor?” Amylia mengangguk.

“Tak apa biar Sya jumpa Am kat sana,” nekad Syasya.

“Tapi jauh Sya. Akak tak izinkan kalau Sya nak drive sorang-sorang pergi sana dalam keadaan mengandung macam ni. Bahaya tau,” Syasya mengeluh lemah. Betul juga apa yang dikatakan Amylia. Keadaan dia sekarang ni tak mengizinkan dia untuk berjalan jauh.

“Okey macam ni, lepas makan Sya balik rumah simpan baju semua then esok pagi terus gerak. Nanti biar driver baba, Pak Mat hantarkan. Soal resort kat sana, Kak Amy uruskan. Tinggal Sya check in aje,” Kata-kata Amylia membuatkan Syasya kembali tersenyum.

“Terima kasih Kak Amy. Sya tak tau nak balas apa untuk jasa akak....”

“Hish...apalah Sya. Demi kebahagiaan adik akak, akak sanggup buat apa aje. Sya janji dengan akak yang Sya akan jaga Am baik-baik,”

“Insya-Allah akak. Sya janji,” balas Syasya. Amylia menghela nafas lega. Semoga semuanya berjalan lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience