Bab 63

Romance Series 14495

“Hai Sya, apa khabar.” Soal satu suara mengejutkan Syasya yang sedang membelek sayur. Segera ditoleh melihat insan yang menyapanya.

“Haikal.” Kelihatan Haikal yang tersenyum dihadapannya. Entah kenapa Syasya mula takut untuk berhadapan dengan Haikal.

“Awak buat apa dekat sini Haikal?” soal Syasya.

“Ikut awak.” Jawapan Haikal membuatkan Syasya terdiam.

Haikal tergelak kecil bila melihat muka cuak Syasya.

“Saya datang beli barang dapurlah, buat apa lagi,” jawab Haikal tenang. Syasya meneguk air liurnya. Tak lawak okey, kalau kau nak buat lawak pun. Desis Syasya.

“Oh, tak apalah saya kena pergi dah ni,”

“Awak nak pergi mana? Nak saya hantarkan?” soal Haikal.

“Eh...tak apa. Saya datang dengan kereta saya. Awak sambunglah beli barang tu...saya pergi dulu,” ujar jawab Syasya lalu segera beredar dari situ. Haikal hanya mampu memandang dari jauh kelibat Syasya yang mula menghilang. Tak apa Sya....masa itu akan tiba. Bisik Haikal perlahan.
**
“Beb! Awak dengar tak ni?” Amira sedikit terpekik memanggil sahabatnya yang sedang berkhayal ke hujung dunia tu. Syasya tersentak.

“Ha...awak cakap apa?” soal Syasya blur. Amira memandang tajam rakannya. Pasti ada sesuatu yang menganggu pemikiran temannya itu.

“Saya cakap dari tadi awak langsung tak dengar ke?” soal Amira.

Syasya hanya mampu tersengih menjawab pertanyaan Amira.

“Awak ada masalah ke Sya?”

“Tak ada.” Jawab Syasya sepatah sambil mengacau minuman.

“Tak payah sembunyikanlah. Saya kenal awak dari kecik lagi. Saya tau awak ada masalah,”

“Saya bukan nak sembunyikan dari awak tapi saya rasa benda ni tak penting untuk dibicarakan,”

“Tak penting ke sampai awak termenung macam ni sekali?” soal Amira lagi. Syasya termengu.

“Entahlah Mira, saya tak tau nak mula dari mana. Saya buntu.”

“Okey Sya, relax. Cuba cerita slow-slow.” Amira cuba menenangkan Syasya.

“Haikal.”

“Kenapa dengan dia?”

Syasya mengeluh dan terus menceritakan semua kepada Amira termasuklah pertemuannya dengan Haikal di pasaraya tadi. Amira seperti tidak percaya mendengar cerita itu semua. Menakutkan pun ada.

“Awak dah beritahu Am?” soal Amira.

“Mira, saya rasa tak perlulah kut nak beritahu Am.”

“No Sya, you have to tell him. He’s you husband now.”

“Tapi Mira kalau saya beritahu dia, dia mampu ke terima semua ni.”

“Sya, dia cintakan awak sangat. Saya yakin Am boleh terima. Lagipun bukan salah awak kalau Haikal boleh jadi obses macam tu sekali. Awak cuba bincang elok-elok dengan Am. Saya takut kalau awak rahsiakan hal ni, makin bertambah buruk jadinya.” Nasihat Amira. Kali ini Syasya terdiam, patut ke aku beritahu Am?

“Walau apapun, awak dan Am kena hati-hati ya. Kita tak tau apa yang Haikal akan buat nanti. Saya harap dia tak buat benda yang bukan-bukan.”

Syasya mengangguk perlahan. Harapannya juga begitu.

Telefon berdering menandakan ada panggilan masuk.

“Assalamualaikum abang,” jawab Syasya. Amira tersengih bila sudah tahu gerangan si penelefon. Yalah abang mana lagi kalau bukan cik abang sayang tu.

“Kejap lagi Sya sampai.” Setelah mematikan panggilan, Syasya terus menghabiskan minuman yang tersisa.

“Mira, saya kena gerak ni. Am nak saya singgah hotel kejap, katanya kereta dia rosak. So, kena ambil dia dululah ni. Awak tak apa ke balik sorang-sorang.” Risau pula meninggalkan rakannya yang sedang berbadan dua balik bersendirian.

“Eh tak apa, saya pun tengah tunggu Danial ni. Ingatnya nak balik dengan teksi aje tapi awak faham-faham ajelah si Danial tu. Mana nak lepas kalau saya jalan sorang. Tak apalah awak baliklah dulu, Danial pun nak sampai dah kejap lagi,” balas Amira.

“Yalah, siapa tak sayang bini kan...sorry tau Mira tak dapat teman awak sampai Danial datang.”

“Tak apa. Sya, ingat tau pesanan saya. Cari masa yang sesuai untuk ceritakan pada Am. Saya yakin Am pasti dapat terima.” Nasihat Amira.

“Baiklah, saya cuba. Saya pergi dulu ya Mira.” Syasya bergegas ke keretanya yang tidak jauh dari restoran tersebut.
**
Syasya bergerak ke kaunter pendaftaran. Dua orang gadis penyambut tetamu memberi senyuman manis kepada isteri pemilik hotel tersebut.

“Selamat datang puan. Puan nak jumpa Tengku Ammar ke?” soal salah seorang dari mereka menyapa.

“Haah. Pejabat dia tingkat berapa?”

“Tingkat 17 puan. Nak saya tunjukkan?” Ramah gadis itu bertanya.

“No, it’s okay. Saya boleh pergi sendiri.” Tolak Syasya lembut.

“Baik puan. Nak saya inform kehadiran puan pada setiausaha Tengku Ammar?”

“Oh...tak apa. Sebab suami saya dah sedia maklum yang saya akan datang sini.” Setelah mengucapkan terima kasih, Syasya segera menaiki lif ke pejabat suaminya.

Ini kali pertama Syasya menjejakkan kaki ke pejabat Ammar. Nampak kemas dan cantik susun atur dalaman pejabat tersebut. Kelihatan beberapa staff pejabat yang Syasya sempat kenal pada majlis pernikahannya. Dan ada juga staff yang tak dikenalinya, mungkin ada yang tak sempat hadir ke majlis mereka.

“Puan Syasya, kan?” soal wanita yang sedikit berusia di depannya.

“Ya saya. Humm ni Puan....” Syasya cuba mengingat nama orang yang menegurnya itu.

“Siti, panggil aje Kak Siti .” Ucap Kak siti. Kak Siti antara staff senior yang bekerja di bawah Tengku Ammar. Kiranya orang yang paling Ammar percaya di dalam syarikat ini.

“Ha...Kak Siti. Maaflah saya masih tak berapa nak ingat lagi nama staff Am.” Kak Siti hanya tersenyum.

“Tak apalah puan, akak faham lagipun kita jumpa pun sekali dulu dekat majlis puan. Puan nak jumpa bos ke?” soal Kak Siti.

Syasya mengangguk.

“Mari akak tunjukkan bilik bos,” pelawa Kak Siti. Syasya hanya mengikut dari belakang. Di setiap perjalanan ada juga beberapa staff Ammar menegurnya dan memberikan senyuman.

“Tania, boleh beritahu bos tentang kehadiran isterinya.” Ucap Kak Siti.

Seorang perempuan yang sedang menaip sesuatu pada komputernya memandang sedikit tidak puas hati pada mereka. Mungkin merasa terganggu.

“Tunggu kejap, bos ada discussion dalam bilik dengan client. Kalau nak tunggu, boleh tunggu dekat kerusi depan tu,” jawab Tania sedikit angkuh sambil menunjukkan kerusi yang tak berapa jauh dari bilik Ammar. Kak Siti mencebik melihat tingkah laku Tania yang agak sombong tu.

“Mari puan akak temankan puan.” Ujar Kak Siti. Syasya hanya tersenyum tawar. Entah kenapa perasaannya tidak tenang melihat panahan mata Tania, seperti tidak puas hati akan dirinya. Tapi atas salah apa? Rasanya ini kali pertama dirinya berjumpa dengan setiusaha Ammar.

“Puan tak payah ambil peduli sangat dengan si Tania tu. Dia memang orang yang macam tu. Sombong sikit,” ucap Kak Siti cuba meredakan hati Syasya.

“Akak tak payah nak berpuan sangat dengan saya, panggil saya Sya.” Rasa tak selesa pula kalau perlu berformal begini. Kak Siti agak kekok tapi cuba mengikuti permintaan Syasya.

“Sya dan bos dah lama kenal ke?” korek Kak Siti. Syasya sedikit keliru dengan pertanyaan Kak Siti.

“Humm...maaflah kalau akak macam menyibuk hal Sya.” Kak Siti mula rasa tindakannya agak keterlaluan jika menanyakan hal sebegitu, seolah mereka sudah lama mengenali.

“Eh tak apa akak, lama tak lama jugalah. Kitorang satu sekolah dulu,” jawab Syasya.

“Oh, cinta monyetlah dulu ni,” usik Kak Siti. Syasya sekadar tersenyum malu.

“Akak mati-matian dulu ingat Cik Alya tu makwe bos. Yalah hari-hari asyik berkepit aje tapi tut tut waktu dapat kad undangan nama orang lain. Tu yang kecoh satu pejabat. Semua macam tak percaya. Yalah diorang tak pernah tengok bos keluar dengan mana-mana perempuan selain Cik Alya.” Cerita Kak Siti. Riak wajah Syasya sedikit berubah tapi segera dikawal agar Kak Siti tidak menyedarinya.

“Tapi apa orang cakap kan, jodoh itu rahsia Allah. Apa pun Sya dan bos pasangan yang secocok sangat. Sama padan, sama lawa....” sambung Kak Siti. Belum sempat Syasya membalas, Ammar memanggil namanya.

“Sayang....kenapa tak masuk?” soal Ammar. Di sampingnya berdiri seorang lelaki yang agak berusia, mungkin inilah client yang dimaksudkan Tania tadi.

Syasya bergerak ke arah suaminya. Manakala Kak Siti meminta diri untuk menyambung tugasnya.

“Sya tak nak ganggu abang. Tu yang tunggu kat luar,” Ammar tersenyum mendengar jawapan isterinya.

“Oh, kenalkan Dato, ini isteri tercinta saya, Syasya Ilyana. Sya kenalkan ni Dato Shahrul pemilik Hotel Setia Maju.” Syasya hanya membalas salam perkenalan dengan senyuman.

“Woah, you have a beautiful wife. Untung you Am, jaga baik-baik isteri you ni....maklumlah orang cantik ni ramai peminat,” usik Dato Shahrul.

Ammar tergelak mendengar usikan tersebut. Syasya hanya mendiamkan diri. Dari tadi matanya perasan yang Tania yang berada di meja menjeling dan membuat muka bila Dato Shahrul memujinya. Apa masalah perempuan ni ya?

Setelah Dato Shahrul meminta diri, Ammar segera memimpin tangan Syasya untuk masuk ke biliknya. Sebelum itu, sempat lagi Ammar singgah ke meja setiausahanya.

“Tania, appointment petang nanti cancel ya. Saya nak balik awal hari ini,” ujar Ammar

“Baik bos,” ucap Tania lembut sambil tersenyum manis. Amboi bila time laki aku cakap, lembut aje kau balas siap belanja senyum manis lagi. Tapi bila pandang muka aku ni, masam macam katak kau bagi. Ke dia ni minat laki aku? Bisik Syasya.

Syasya melabuhkan punggung di sofa yang disediakan dalam bilik Ammar, fikirannya masih lagi terfikir soal sikap Tania. Ammar yang menyedari sikap Syasya seperti memikirkan sesuatu menghampiri isterinya.

“Sayang, ada masalah ke?” Syasya sedikit terkejut dengan pertanyaan suaminya.

“Tak ada apalah, Sya okey,” nafi Syasya.

“Betul ni?” Ammar masih ragu-ragu. Syasya segera mengangguk.

“Sya tunggu kejap, abang nak siapkan sikit lagi kerja. Lepas tu kita balik.”

“Orait.” Ammar segera meneruskan kerja.

“Abang....” panggil Syasya tiba-tiba. Ammar berpaling mengadap isterinya.

“Sya nak pergi toilet kejap.”

“Oh sayang belok kiri then pergi straight aje, kat situ toilet,” Ammar memberi panduan. Syasya segera berlalu.

Syasya memandang papan tanda tandas perempuan, langkahnya terhenti bila terdengar namanya disebut-sebut dari dalam.

“Eh Loly kau kenal ke bini bos tu?” soal Tania sambil mencalitkan lipstik di bibirnya yang mungil itu.

“Tak kenal sangat, apa yang aku tau diorang satu sekolah dulu,” jawab teman sepejabatnya yang digelar Loly itu.

“Ya ke... huh tak berkenan aku tengok. Apalah taste bos kita ni. Dulu aku masih boleh terima lagi tau kalau si Alya tu jadi saingan aku tapi ni kau tengoklah, oh my god, serious aku cakap langsung tak sesuai.” Balas Tania sombong.

Syasya yang mencuri dengar mengetap bibir geram. Jadi betullah sangkaannya yang Tania memang tidak sukakan dia. Rupanya ada menyimpan perasaan pada suaminya. Hish sabar Sya....

“Wei, kot ya pun slowkan sikit volume kau tu. Nak bagi satu pejabat dengar ke?” Loly memberi amaran pada temannya.

“Lantaklah.....peduli apa aku. Aku memang tak puas hati dengan pilihan bos kali ni. Kenapalah dia tak nampak aku? Kenapa mesti pilih gadis macam tu jadi pendampingnya.”

“Kau mana ada puas hati dengan pilihan bos selama ni pun. Dulu waktu bos rapat dengan Cik Alya tu pun kau kutuk kaw-kaw. Tapi bagi aku, bini bos ni tak adalah teruk, cantik apa...macam korea mukanya.” Balas Loly selamba. Hal itu makin membuatkan Tania menyampah dengan rakannya.

“Kau ni bukan nak support aku, bela pulak bini bos tu apahal?” bentak Tania.

“Aku bukan bela, tu kenyataan beb.” Tania mencebik mendengar balasan rakannya.

“Wei, kau tau tak si Alya tu pergi mana? Waktu majlis bos, aku tak ada nampak pun.” soal Tania tiba-tiba.

“Aku dengar cerita dia sambung belajar dekat oversea. Patah hatilah tu kut,”

“Gila tak patah hati, bayangkan si Alya tu dah lama dengan bos sejak di Korea lagi. Tut tut bos kahwin dengan orang lain, kau rasa? Aku yang sekadar crush ni pun sakit hati, ni kan pulak yang dah terang-terang bercinta macam tu,” ujar Tania.

“Tapi orang cakap tak bercinta pun, kawan rapat saja,” Tania tersengih sinis.

“Tu orang cakap, aku yang setiausaha bos lebih tau. Kawan rapat apa benda kalau asyik berkepit dua puluh empat jam. Sampai menyampah aku tengok. Aku tak taulah kenapa bos boleh pilih orang lain untuk jadi isteri dia, sebab mati-mati aku ingat bos akan kahwin dengan Alya tu,” Balas Tania.

“Bukan kau sorang aje pelik, satu pejabat ni hairan. Dahlah mungkin inilah orang kata jodoh. Tak semestinya kita rapat dengan orang itu, itu jodoh kita. Boleh jadi orang yang kita tak kenal langsung akan jadi jodoh kita,” nasihat Loly.

“Humm apa-apa ajelah. Menyampah pulak aku dengar kau berceramah ni. Dahlah jom, sambung kerja.” Tania dan Loly keluar dari tandas. Syasya segera menyembunyikan diri. Untung mereka tidak perasaan kehadiran Syasya di situ.

Syasya masuk ke tandas. Cermin tandas dipandang sepi. Entah kenapa hatinya menjadi sayu. Apa sebenarnya hubungan Ammar dan Alya, betul ke mereke bercinta? Selama ini aku ke orang ketiga di antara hubungan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience