Bab 26

Romance Series 14717

“Mana awak pergi?” soal Syasya bimbang. Hampir sejam jugalah Amira keluar. Untung saja hari ini ramai cikgu tidak dapat masuk kerana ada mesyuarat. Kalau tak, pasti dah kena denda.

“Tandas! Sakit perut sangat...” balas Amira sambil mengusap perlahan perutnya. Dahinya sengaja dikerutkan supaya kelihatan dia benar-benar sakit. Terpaksa dia menipu kerana tidak ingin Syasya mengetahui hal yang sebenar. Lagipun dia tidak mahu temannya banyak berfikir.

“Awak nak ubat?” soal Syasya prihatin. Kesian dia melihat telatah Amira yang mengerang kesakitan.

“Eh tak apa. Saya dah makan ubat dah kat bilik sakit tadi.”

“Awak makan apa sampai sakit macam ni?”

“Ala biasalah perut saya ni. Kadang-kadang meragam sikit tapi jap lagi okeylah ni. Jangan risau ya.” Syasya hanya mengangguk.

“Mira, awak rasakan apa alasan Alya tak datang sekolah?” Pertanyaan Syasya menghentikan pergerakan Amira yang sedang menyambung latihan yang diberi oleh guru mereka.

“Entahlah, saya pun tak pasti. Tapi kenapa awak cari dia?” soal Amira ingin tahu. Perasaannya ada menyatakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan Syasya tentang Alya. Syasya memandang ke arah Amira. Mungkin ini masanya untuk berkongsi.

“Sebenarnya, Alya dah jatuh cinta dekat Am.” Cerita Syasya.

“What..?!” Syasya terus menekup mulut Amira. Ish dia ni nak bagi satu kelas tau ke? Nasib baik semua orang kusyuk buat kerja, kalau tak habislah...

“Janganlah jerit kuat-kuat. Nanti semua orang tau.” Ujar Syasya. Amira hanya mengangguk. Banyak persoalan yang ingin ditanya tetapi disabarkan dahulu hatinya.

“Tapi awakkan....”

“Ya...ya, saya tau apa yang awak nak cakap. Tapi tunggulah saya cerita sampai habis dulu.”

“Okey ceritalah....”

“Awak ingat lagi tak hari yang saya jatuh gaung hari tu. Sebelum tu, saya ada terdengar perbualan Am dengan Alya. Masa tu Alya luahkan perasaannya dekat Am. Saya terkejut sangat dan sebab tu saya lari. Then bila sampai kat gaung tu entah macam mana saya terjatuh.” Jelas Syasya. Amira hanya mendengar tanpa memotong sepatah pun.

“Tapi sayangnya saya tak dengar sampai habis, sampaikan saya fikir yang Am terima Alya sebagai buah hati dia. Saya kecewa sangat dan rasa yang saya cuma bertepuk sebelah tangan selama ni. Bila Alya datang rumah hari tu, dia ceritakan semua termasuklah hubungannya yang sebenar dengan Am.”

“Cerita apa?”

“Dia cakap yang dia tiada apa-apa hubungan pun dengan Am kecuali hanya sebagai kawan. Alya cakap juga yang Am tak terima cinta dia sebab dia sukakan saya. You know what Amira, saya tak bertepuk sebelah tangan selama ni!” Ujar Syasya gembira. Amira juga turut senang mendengarnya.

“So, tunggu apa lagi. Just go ahead...” saran Amira.

“Tapi saya kesiankan Alya.”

“Tak ada apalah, lagipun dia sendiri cakap yang dia hanya kawan saja dengan Am. Jadi awak tak rampas hak siapa-siapa pun. Am bukan hak Alya atau orang lain tapi dia akan jadi hak awak kalau awak luahkan perasaan awak ni dekat dia.”

“Should I? Mira even pun Alya boleh terima ni semua tapi saya tau yang dia masih susah untuk lupakan Am. Saya tau yang dia sangat sayangkan Am. Saya boleh nampak dalam mata dia.”

“Jadi awak nak lepaskan Am pada tangan Alya?” Soal Amira. Baginya ini bukan jalan penyelesaian yang terbaik.

“No choice...”

“Please Sya, awak jangan buat tindakan sesuka hati awak. Awak kena fikir soal hati Am, soal hati awak dan saya rasa Alya pun mungkin tak setuju dengan hal ni.”

“Tapi saya takut Alya cuba untuk jauhkan diri dari saya dan Am. Saya tak nak hubungan persahabatan Am dengan Alya hancur!” Syasya cuba membela. Amira mengeluh. Syasya terlalu baik!

“Now hear me! Awak bukan pemusnah hubungan orang. Jangan terlalu baik Syasya. Mungkin ni semua ada hikmahnya.” Nasihat Amira. Syasya termenung memikirkan kata-kata Amira. Mungkin ada benarnya juga. Lagipun dia juga tidak tahu apa perasaannya nanti seandainya dia lepaskan Ammar ke tangan orang lain.

“Awak janganlah fikir bukan-bukan ya.” Amira memegang erat tangan Syasya. Cuba menyalurkan semangat yang baru.

“Terima kasih...”

“Sama-sama. Jangan risau saya akan sentiasa ada di sisi awak.” Janji Amira. Syasya hanya tersenyum sambil membalas pegangan tangan Amira.

Amira cuba memikirkan kembali semua cerita yang disampaikan oleh Syasya. Ada sesuatu yang ganjil mengusik perasaannya. Mungkin ke dia! Tapi Amira segara mengusir perasaan yang mula bertapak di hatinya.
**
“Hai....tunggu siapa?” tegur Ammar tersenyum. Syasya sedikit tersentak dan sempat membalas senyuman Ammar. Ammar duduk di bangku kosong mengadap Syasya.

“Hai....tunggu Amira. Dia pergi kantin, katanya sekejap aje tapi dari tadi tak sampai-sampai lagi. Masa rehat pun dekat nak habis ni...” Keluh Syasya. Jam tangannya terus dijeling. Aduh mana pulak budak ni pergi dah naik kematu aku tunggu kat sini.

“Saya tengok dia tengah berebut makanan dengan Danial, tu yang lambat...”

“Haa....macam mana awak tau,”

“Sebab saya ada kat situ. Si Danial dengan Amira tu bergaduh berebutkan karipap mak cik kantin yang sedap tu. Tambah-tambah lagi karipap tu pulak tinggal satu aje tu yang berebut sakan tu. Sampaikan mak cik kantin pun dah pening kepala. Dua-dua keras kepala.” Ammar tersengih bila teringatkan kejadian sebentar tadi. Macam budak tadika.

“La...patutlah lambat. Diorang ni kalau jumpa mesti nak bergaduh. Sama-sama ego, tak reti nak mengalah.” Ujar Syasya sambil ketawa kecil. Ammar juga turut tergelak bila mengenangkan gelagat pasangan tersebut.

“Nah, awak makanlah kuih ni dulu.” Ammar menghulurkan bekas yang berisi kek lapis.

“Eh tak payahlah, lagipun saya dah kirim makanan kat Amira.” Syasya menolak. Segan pulak nak terima pemberian Ammar.

“Kalau awak nak tunggu Amira datang mesti awak tak sempat nak makan. So baik awak makan bekal ni sekarang.”

“Kejap lagi dia datanglah lagipun....”

“Makanlah...saya ikhlas kasi kat awak. Tak baik tau tolak rezeki,” pujuk Ammar lembut. Alahai lembutnya, ni yang buat aku cair kalau macam ni. So sweet....! Okey Syasya, fikir......kau nak terima ke tak, Syasya cuba mengawal emosinya.

“Tapi awak dah makan?” soal Syasya ragu-ragu.

“Dah sayang....” Erk! Kenapa aku rasa macam tercekik tulang aje atau mungkin telinga aku masuk air kut. Salah dengar ni...jangan perasan Syasya!

“Ha...apa awak cakap?” tanya Syasya ingin kepastian. Ammar hanya tersenyum.

“Saya cakap saya dah makan....” Ammar cuba menyembunyikan senyumannya. Fuhh...haa kan dah dengar, dia mana ada sebut perkataan sayang tu. Perasan! Syasya mengurut dadanya lega. Ammar tergelak melihat gelagat Syasya yang gelabah itu. Bukan dia tak tahu Syasya terkejut bila mendengar sebutan sayang keluar dari mulutnya.

Syasya memandang Ammar dengan raut yang sukar digambarkan. Aik dah kenapa gelak pulak ni, dah kena sampuk ke...

“Kenapa awak gelak?”

“Tak ada apalah. Lucu tengok muka awak ni. Dahlah, baik awak makan. Nantikan tak sempat pulak. Rehat dah nak habis ni.” Ammar membuka dan menghulurkan bekalan tersebut kepada Syasya. Dengan terpaksa Syasya menerima, tambah pula perutnya sudah berkeroncong dari tadi gara-gara menunggu Amira.

Syasya mengambil sekeping kek lapis lalu disuapkan ke dalam mulutnya. Umm enaknya, puji Syasya dalam hati. Belum pernah dia rasa kuih seenak ini. Syasya berpaling ke arah Ammar yang sedang merenungnya.

“Ahark....!” Syasya tersedak. Ammar menggelabah dan terus memberi air mineralnya yang masih tinggal separuh. Tanpa berfikir panjang Syasya terus mencapai botol itu dan segera meminumnya.

“Awak okey?” soal Ammar setelah melihat keadaan Syasya yang sudah tenang.

“Erk...saya okey, tapi kenapa awak tenung saya macam itu?”

“Maaf tapi awak yang tiba-tiba pandang saya tu?”

“Saya tengok awak sebab saya nak tanya tentang kuih ni?” ujar Syasya sambil menunjukkan kuih yang dimakannya. Dia tu dah kenapa pandang macam tu....mana tak tersedak aku.

“Kenapa dengan kuih, tu tak sedap ke?”

“Taklah, saya nak tanya mana awak dapat kuih ni? Sedap sangat...kalau boleh saya nak beli.” Ammar hanya tersenyum.

“Cakaplah awak beli kat mana?” soal Syasya kembali.

“Saya tak belilah...itu ibu saya yang buatkan. Kalau awak berminat, saya boleh minta dia tolong buatkan lagi.”

“Eh tak payahlah....” ujar Syasya sambil menutup botol mineral. Wait the minute! Ini botol air siapa ya? Syasya merenung botol itu sambil memandang ke arah Ammar. Hanya satu sahaja perkara yang sedang bermain dalam pemikirannya. Tak mungkin!

“Tu air saya.” Ujar Ammar seolah-olah menjawab pertanyaan lirikan mata
Syasya.

“Ai..air...awak?” Ammar hanya mengangguk perlahan.

Muka Syasya sudah memerah. Tak silap aku air tadi dah tinggal separuh. Maksudnya
Aku minum air mineral bekas mulut dia. What...! Orang cakap bila kita minum air bekas
orang itu tandanya kita dan orang itu dah kiss?!

“Awak...! Awak okey? Kenapa muka merah ni? Awak sakit ke?” soal Ammar
prihatin.

“Tak, saya tak apa-apa,” Syasya cuba menyembunyikan perasaan malunya. Fuhhh
nasib baik si Am tak fikir macam apa yang aku fikir sekarang. Nonsense! Sejak bila pulak aku
percaya benda karut marut ni. Dah....cool Syasya.

“Sya!” panggil Amira yang makin menghampiri. Di sebelahnya berdiri Danial.

“Mira, awak pergi beli makanan ke buat makanan?” perli Syasya. Amira hanya
tersengih. Danial sudah tergelak tapi bila memandang jelingan maut Amira terus
berubah kaku.

“Ni semua salah awak okey. Orang nak beli karipap, dia pun nak juga. Huh!” Marah
Amira.

Danial mengerut dahi. Bukan dia sengaja nak cari gaduh tapi entah kenapa dia
teringin sangat nak makan karipap hari ni. Jadi walau apapun cara dia mesti dapatkan karipap
tu walau terpaksa bertumpah darah dengan si Amira. Dia tak boleh mengalah hanya kerana
dia sukakan Amira. Ini soal perut okey...tak boleh dirunding!

“Ala....esok lusa awak boleh beli lagi.” Ujar Danial selamba. Amira membulatkan
matanya. Mentang-mentang dia yang terpaksa mengalah. Ni tak boleh jadi ni.

“Ish mamat ni....” Amira cuba meluru ke arah Danial. Belum sempat dia menarik
kolar baju Danial, Syasya sudah memegang tengannya. Danial pula sudah berlari menyorok di
belakang Ammar.

“Mira, sudahlah...kita dah lambat nak masuk kelas ni. Jom! Jumpa nanti ya
Am, Danial. Am terima kasih untuk kuih dan air,” ucap Syasya lalu menarik tangan
Amira. Sebelum jadi apa-apa, baik aku bawa gangster kecik ni pergi dari sini.

Amira hanya menurut walaupun hatinya rasa nak potong-potong aje badan si
mamat playboy tu buat isi karipap baru padan muka. Sebelum pergi sempat lagi dia
menunjukkan penumbuknya ke arah Danial yang menyorok di belakang Ammar.

Setelah merasakan Amira sudah pergi agak jauh baru Danial menarik nafas lega.

“Eleh minah ni siap tunjuk penumbuk dia lagi. Dia ingat penumbuk dia besar
dari penumbuk aku.” Ujar Danial sambil mengempal penumbuknya.

“Amboi seenaknya bicara kau. Tapi seingat akulah ada seorang mamat ni tadi tiba-
tiba lari menyorok belakang aku sebab kena serang dengan budak perempuan. Kau rasa siapa
mamat tu ya?” perli Ammar.

“Tapi mamat tu menyorok belakang kau bukan sebab dia takut tapi dia cuma tak
nak cari gaduh aje tambah-tambah dengan budak perempuan. Tak macholah kan orang
cakap....” balas Danial masih belum mengaku. Ish malunya, aku bukan takut cuma gerun!

“Ada aku cakap dia takut ke? Aku cuma tanya siapa aje...hai terasa?” soal Ammar
tiba-tiba.

“Tak adalah...” ujar Danial gugut.

“Dahlah, dari aku layan kau baik aku masuk kelas. Suka hati kaulah Danial nak buat
apa.” Ammar terus berlalu sambil meninggalkan Danial yang masih terkulat-kulat sendirian.
Ish entah kenapa rasa bersalah pulak ni. Bila tengok reaksi Amira tadi nampaknya dia
betul-betul marahkan aku. Aduh, kena pujuk ke ni? Ni susah ni...ingat senang ke nak pujuk
budak gangster. Bukan dia termakan pun dengan kata-kata manis aku ni. Nampaknya aku
kena buat plan yang terbaik ni! Go Danial...you can do it!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience