Bab 50

Romance Series 14495

“Sya, papa ada benda nak bincang sekejap,” arah Encik Aziz. Syasya melabuhkan diri di sebelah papanya. Segera direbahkan kepala di bahu papanya. Lama tidak bermanja dengan papanya. Bukan apa, Syasya sedikit sibuk dengan kerja sehingga jarang ada masa bersama dengan keluarga.

Encik Aziz hanya tersenyum melihat kemanjaan anak yang disayanginya. Walaupun sudah berkahwin lain tapi kasih sayang yang diberikan terhadap puterinya masih sama dan tidak pernah berkurang malah bertambah. Dia bersyukur kerana isterinya, Puan Fina dapat menerima dan menjaga Syasya seperti anaknya sendiri.

“Ada apa yang papa nak bincangkan?” soal Syasya sambil memberi tumpuan pada papanya.

“Papa nak Sya bercuti.”

“Ha.....cuti? Mana boleh pa, kerja Sya banyak tak siap lagi. Takkan Sya nak pergi bercuti pulak time macam ni.” Encik Aziz hanya menggeleng mendengar jawapan anaknya.

“Sya, kerja tu kerja juga tapi untuk diri sendiri pun kena rehat,” nasihat Encik Aziz.

“Tapi pa....”

“Dah tak payah nak tapi-tapi. Papa sebagai bos dah bagi cuti selama seminggu. Jadi Sya jangan nak kompelin lagi.” Potong Encik Aziz.

“Seminggu? Lama tu...habis kerja Sya macam mana?” rungut Syasya. Adui lama tu seminggu, bukan satu hari tau!

“Ish tak habis-habis kerja juga yang difikirkannnya. Syarikat kita ramai pekerjalah sayang, dah memang kerja diorang pun. Papa tak nak dengar alasan apa-apa lagi.”

Syasya termangu. Hai nak buat macam mana kalau dah bos a.k.a papanya sudah menggunakan kuasa vetonya.

“Pergilah sayang, ni untuk kebaikan Sya juga,” sampuk Puan Fina sambil membawa minuman untuk mereka.

“Sayang, boleh tolong ambilkan sampul dekat meja kerja abang,” arah Encik Aziz. Puan Fina hanya menurut.

Syasya masih mendiamkan diri. Masih memikirkan kerja-kerja yang bakal ditinggalkan kepada pekerjanya. Bukan dia tidak percaya pekerjanya membuat kerja tapi dia lebih suka turun padang sendiri untuk menyiapkan projek tersebut.

Puan Fina menghulurkan sampul yang dipinta suaminya. Encik Aziz segera menyerahkan sampul itu kepada Syasya.

“Apa ni pa?”

“Pakej percutian di Pulau Pangkor.”

“Pulau Pangkor? Kenapa susah-susah tempahkan pakej percutian segala ni.” La...dah tempah ke? Aku baru ingat nak cuti dekat-dekat ni, ingat bolehlah pantau kerja dari jauh. Tapi ni jauh sangat dah ni! Keluh Syasya.

“Sya ingat papa tak tau apa yang dalam fikiran Sya tu. Jadi baik papa tempah yang jauh sikit dari sini, senang. Sya tak payah nak fikir apa lagi dekat sini, just have fun kat sana,” balas Encik Aziz.

Syasya hanya mampu tersengih. Aduh kantoi!

“Tapi pa, bosanlah cuti sorang-sorang ni.” Syasya masih mencuba nasib.

“Kalau Sya bawak Farish boleh pa?” soal Syasya. Yalah bosan kut cuti sorang ni. Kalau ada Farish mesti seronok sebab dapat melayan keranah adik bongsunya.

Kali ini Encik Aziz pula terdiam. Agak keberatan pula dia ingin mengizinkan Farish ke Pulau Pangkor. Ini kerana Farish masih kecil.

“Boleh, bawak ajelah.” Puan Fina memberi izin. Encik Aziz berpaling ke arah Puan Fina.

“Farish tak meragam ke kalau jauh-jauh dari awak?” soal Encik Aziz. Puan Fina sekadar tersenyum.

“Tak, saya yakin Farish mesti seronok bila keluar dengan kakaknya. Lagipun nak ajak Fisya, bukan cuti sekolah. Tak apa Farish tak akan buat perkara yang menyusahkan Syasya.” Jawab Puan Fina. Syasya tersenyum kegirangan. Dah dapat green light dari mama.

“Macam mana papa?” soal Syasya. Walau apapun keizinan papa mesti dituruti.

“Baiklah, Sya boleh bawak. Tapi ingat jaga Farish kat sana elok-elok tau, dia masih kecil lagi.” Nasihat Encik Aziz.

“Baik bos!” sahut Syasya.
**
“Baik Cik Syasya. Okey selamat bercuti ya....” balas Intan sebelum mematikan talian.

Intan segera mencatat segala benda yang perlu dia selesaikan semasa ketiadaan bosnya. Tiba-tiba seseorang menghampirinya.

“Eh, Encik Haikal. Nak jumpa Cik Syasya ke?” soal Intan sambil melihat Haikal yang tercegat di hadapan mejanya.

“Dia ada?” soal Haikal.

“Maaf Encik Haikal, Cik Syasya sedang bercuti sekarang.”

“Bercuti? Kat mana?” Haikal sedikit terkejut. Yalah tetiba cuti mengejut macam ni.

“Saya pun tak tau, Cik Syasya tak ada pulak beritahu saya. Dia cuma cakap kalau ada siapa-siapa cari dia just ambil pesanan. Nanti bila Cik Syasya balik sini dia akan hubungi orang tersebut. So ada apa-apa pesanan untuk dia Encik Haikal” soal Intan sambil bersiap dengan pen di tangannya.

Haikal terdiam seketika. “Tak apalah saya hubungi dia sendiri.”

“Saya rasa Cik Syasya tutup telefon Encik Haikal.”

“Maksud awak?”

“Cik Syasya ada beritahu saya yang dia akan off phone kerana tidak ingin diganggu oleh siapa-siapa. Saya rasa kalau Encik Haikal call mesti tak dapat,” jelas Intan.

Haikal termangu. Aneh. “Oh tak apalah. Saya tunggu sampai dia balik. Nanti cakap dekat dia yang saya cari dia ya.” Setelah menyampaikan pesanan tersebut Haikal segera meminta diri.

Intan hanya memerhati sehinggalah kelibat Haikal menghilang. Untunglah bos aku kalau dapat lelaki setampan Encik Haikal tu, dahlah baik. Tapi handsome lagi anak Tengku tu. Kenapa sekarang dia jarang datang ke sini ya. Dulu kerap juga dia datang menanyakan hal bosnya.

Sengaja dirahsiakan agar Syasya tidak tahu kehadiran Tengku Ammar ke syarikat itu semata-mata hendak bertanyakan khabar Syasya. Tu pun atas permintaan Tengku Ammar sendiri. Agak-agak kenapa Cik Syasya benci sangat dengan Encik Tengku tu....ish dahlah Intan baik kau siapkan kerja kau ni. Marah Intan dengan dirinya yang menyibuk tentang orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience