Bab 60

Romance Series 14493

“Aku terima nikahnya Syasya Ilyana Binti Aziz dengan mas kahwin seratus ringgit dibayar tunai,”

“Sah?”

“Sah.”

Alhamdulillah dengan sekali lafaz Syasya Ilyana akhirnya telah selamat menjadi isteri yang sah kepada Tengku Ammar. Syasya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana majlis itu berjalan lancar. Syasya sedikit lega bila majlis pernikahan telah selesai. Hanya perlu tunggu majlis resepsi pada malam hari.

Nampak agak kalut bila hanya buat satu hari terus majlisnya tapi itu sendiri atas permintaan kedua belah pihak keluarga pengantin sendiri. Lebih jimat masa katanya. Syasya dan Ammar hanya sekadar mengikut.

Syasya sedang dihias rapi oleh pendandan pengantin di bilik yang disediakan khusus. Majlis resepsi ini juga diadakan di Hotel Grand Star, maklumlah kini pemiliknya pula yang berkahwin. Syasya tak sangka hajatnya ingin berkahwin dengan pemilik hotal ini menjadi kenyataan. Tak sangka masin pulak mulutnya, kalau diingatkan balik rasa nak tergelak pun ada.

Syasya tersenyum. “Ha...senyum apa tu sayang?” sergah Ammar. Pelik mungkin melihat bininya yang tetiba senyum seorang diri. Syasya berpaling mengadap lelaki yang kini sudah bergelar suaminya. Kacak!

Syasya mendekati Ammar. Untung saja hanya tinggal mereka berdua dalam bilik itu. Syasya memegang tangan Ammar dan menciumnya penuh hormat. Ammar tersenyum melihat telatah isterinya.

“Abang nak tau dulu waktu pertama kali Sya masuk hotel ni, Sya pernah terfikir nak kahwin dengan pemilik hotel ini. Tak sangka abang pemiliknya.” Jujur Syasya. Ammar segera mencuit hidung mancung milik isterinya. Nakal!

“Kalau bukan abang pemiliknya, agaknya dengan siapalah Sya kahwin sekarang ya?” tebak Ammar.

Kini Syasya terdiam. Tak pernah pula dia terfikir soal itu. Ammar hampir tergelak melihat muka cuak Syasya. Segera dirangkul pinggang isterinya.

“Janganlah fikir lebih sayang, abang gurau aje. Yang penting sekarang kita dah sah jadi suami isteri. Abang akan bahagiakan sayang, abang janji,” Ammar mengutarakan janji. Syasya tersenyum malu.

Pintu dibuka dari luar menyebabkan Ammar dan Syasya segera membetulkan kedudukan mereka. Terpancul muka Danial sambil tersengih nakal.

“Hai pengantin baru, sabar ya. Kut ya pun tunggu lepas habis majlis ni. Lagi lima minit korang keluar ek,” sakat Danial. Belum sempat Ammar ingin membaling bunga di atas meja, Danial sudah menutup pintu kembali.

Ammar dan Syasya memandang antara satu sama lain. Mereka tergelak. Segera mereka menyiapkan diri buat kali terakhir. Setelah puas dengan penampilan masing-masing, Ammar menghulurkan tangannya dan segera Syasya menyisipnya ke lengan Ammar. Langkah diatur keluar dari bilik dengan senyuman yang penuh kebahagiaan.
**
Ketika Syasya sedang ralit borak bersama staffnya, tanpa disedari seseorang berdeham di belakangnya cuba menarik perhatian. Syasya berpaling.

“Tahniah!” ucap insan tersebut dan menghulurkan sebuah hadiah.

Syasya terkaku. Tak percaya melihat lelaki yang berdiri di depannya. Haikal?

“Tak sudi nak terima hadiah dari saya ke?” soal Haikal sambil mengangkat hadiah itu. Syasya kelihatan teragak-agak tapi tangannya segera menyambut pemberian Haikal.

“Terima kasih,” balas Syasya. Haikal sekadar tersenyum nipis.

“Tak sangka awak kahwin juga dengan dia.”

“Sudah jodoh kami berdua.” Haikal mengangguk mendengar jawapan Syasya.

“Tapi Sya awak kena ingat satu benda, saya tak mungkin biarkan,” ucap Haikal tegas. Matanya tak lepas menetap Syasya. Syasya terkesima.

“Maksud awak?”

“Saya tau awak faham apa yang saya nak sampaikan. Saya pasti mummy saya sudah cerita semua pada awak soal saya, kan?” soal Haikal sambil tergelak kecil.

Syasya mula tidak senang melihat reaksi Haikal.

“Apa yang awak nak cakap ni Haikal?” soal Syasya. Meskipun perlahan tapi nadanya sedikit tegas. Geram dengan Haikal yang seakan-akan bermain tarik tali dengannya.

Haikal tersenyum sinis. Makin dalam pandangannya terhadap Syasya.

“I will do anything to get you. Walaupun terpaksa berdepan dengan suami kesayangan awak.”

“Ammar tak akan biarkan itu berlaku,” balas Syasya.

“I know! Jadi terpaksalah saya guna cara kasar.” Ugut Haikal.

“Awak nak buat apa?” Syasya mula berdebar. Hatinya tak senang melihat senyuman Haikal. Senyum itu seolah-olah bukan lagi milik Haikal yang dia kenal dulu.

“Tak mungkin saya akan biarkan orang yang saya sayang bahagia dengan orang lain. Meski dengan cara kotor saya akan dapatkan awak,”

“Awak jangan buat kerja gila Haikal!”

“Ya saya memang dah gila, gilakan awak!”

“Please Haikal, lupakan saya. Saya dah jadi isteri orang.” Rayu Syasya.

“Tak semudah itu Sya. Baik awak jaga suami awak baik-baik kerana dia telah mencuri sesuatu dari saya!” Setelah memperkatakan hal itu, Haikal segera berlalu.

Tangan Syasya mula menggigil ketakutan. Amaran yang diberikan Haikal membuatkan hatinya makin gelisah.

“Sya?” tegur Amira. Syasya sedikit terkejut dengan panggilan Amira.

“Kenapa muka pucat ni? Awak tak sedap badan ke? Nak masuk bilik rehat?” soal Amira bertubi-tubi.

“Saya okey, mungkin penat sikit.” Bohong Syasya. Buat masa ini dia tidak ingin siapa pun tau soal ugutan Haikal.

“Betul ke? Tak nak rehat? Lagipun tetamu dah tak ramai sangat dah pun.”

Syasya sekadar menggeleng. Fikirannya masih memikirkan hal tadi. Tiba-tiba Danial menghampiri mereka.

“Sya, awak ada nampak Am tak? Ada kenalan Am dari Korea nak jumpa dia.” Tanya Danial.

“Tak ada. Takkan dia tak cakap kat awak dia pergi mana?” soal Syasya semula.

“Tadi dia cakap nak pergi toilet kejap. Lama saya tunggu tapi tak muncul-muncul. Saya dah cari dah dekat toilet tapi tak ada. Saya ingat dia dengan awak.” Adu Danial.

Syasya mula tak sedap hati. “Awak dah cari betul-betul kat dalam dewan ni? Ha..try call dia,” cadang Syasya.

“Saya dah call, mesej, whatsapp...semua tak reply,”

“Abang cuba cari betul-betul dulu, mana tau Am keluar kejap ke?” Amira cuba meredakan suasana. Dia tidak ingin Syasya susah hati.

“Humm okey. Abang cuba cari lagi,” pamit Danial. Amira sekadar mengangguk.

“Saya nak pergi cari Am.” Syasya segera berlalu belum sempat Amira menghalang. Hai kenapa kalut sangat Syasya ni?

Syasya cuba mencari Ammar di kawasan dewan. Tiada hasilnya. Lalu Syasya keluar dan menanyakan pada pekerja hotel di kaunter soal keberadaan Ammar tapi mereka juga tidak tahu. Syasya mula panik. Dalam kepalanya terngiang-ngiang ugutan dari Haikal. Ya Allah tolong lindungi suamiku!

Syasya menuju ke bilik persalinan. Berharap di sana dia akan menemukan Am. Pintu dibuka, Syasya melangkah masuk. Sunyi. Tiada tanda-tanda Ammar berada di situ. Baru saja Syasya ingin keluar, pinggannya dipeluk oleh seseorang. Syasya menjerit dan segera menolak pelukan tersebut.

“Sya...ni abanglah!” panggil Ammar. Syasya berpaling mengadap Ammar yang berdiri di belakangnya. Syasya segera memeluk Ammar bila menyedari itu suaminya yang puas dicarinya dari tadi. Hatinya lega bila melihat Ammar dalam keadaan baik saja.

“Sayang...kenapa ni?” soal Ammar pelik melihat sikap Syasya yang berubah 180 darjah. Tadi ingin memukulnya, sekarang memeluknya pula.

Pelukan Syasya makin kuat. Ibarat tak ingin dilepaskan. Ammar bingung. Segera dia meleraikan pelukan tersebut dan memegang bahu Syasya agar memandangnya.

“Kenapa ni?” lembut pertanyaan Ammar.

“Abang pergi mana?” soalan dibalas soalan.

“Abang ambil barang dalam bilik ni aje sayang,” jawab Ammar.

“Kenapa lama sangat? Puas Sya cari abang,” Rajuk Syasya. Ammar tersenyum melihat sikap manja Syasya.

“Oh patutlah...cari abang dalam bilik ni ya. Ala abang jawab panggilan dari kawan abang tadi, tu yang lama.” Jelas Ammar.

“Yang sayang menjerit bila abang peluk tadi tu kenapa?” soal Ammar pula.

Syasya tertunduk malu. Mana tak menjerit fikirnya Haikal yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya. Pengalaman dirinya dipeluk belakang oleh Haikal waktu sekolah dulu masih segar dalam ingatannya.

“Syasya terkejutlah. Tetiba aje datang peluk mana tak terkejutnya.” ujar Syasya sebal. Ammar sekadar menggeleng.

“Yalah abang mintak maaf sebab kejutkan sayang.” Ammar cuba memujuk. Segera dipeluk isterinya. Orang kata petua rumah tangga nak kekal lama, kalau isteri merajuk atau marah dengan suami, si suami peluklah si isteri. Hal itu dapat kurangkan perasaan marah atau merajuk isteri.

Syasya tersenyum melihat cara pujukan Ammar. Sangat menyentuh hatinya.

“Abang...”

“Humm..” sahut Ammar. Pelukannya masih belum dilerai malah dieratkan lagi.

“Janji dengan Sya yang abang tak akan tinggalkan Sya,”

“Ya abang janji.”

“Walau apapun berlaku jangan tinggalkan sya,”

“Abang janji. Abang akan sentiasa dengan Sya sampai bila-bila,” Janji Ammar. Syasya tersenyum lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience