Bab 43

Romance Series 14493

“Awak okey ke nak balik sendiri ni? Saya boleh hantarkan awak dekat rumah terus,” soal Haikal bimbang. Risau kerana Syasya hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

“Eh tak apa, saya okey. Lagipun kereta saya nanti siapa nak ambil pula. Awak hantar aje kat kereta saya,” jawab Syasya lemah. Senyuman hambar dilontarkan pada Haikal.

“Humm awak jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa call saya terus.” Syasya mengangguk. Syasya keluar dari kereta Haikal setelah Haikal menghantarnya ke pejabatnya.

“Betul tak nak saya hantarkan ni?” soal Haikal sekali lagi melalui cermin. Syasya tersenyum sambil menggeleng. Dia tahu Haikal pelik dengan sikapnya yang tiba-tiba berubah senyap. Apa boleh buat dia tiada mood nak berbual apa-apa.

Setelah kereta Haikal menghilang, Syasya menapak perlahan ke keretanya. Syasya memasuki kereta lalu menyandarkan kepalanya. Tanpa disedari, setitik demi setitik air mata mengalir dari kolam matanya. Syasya menghembur tangisan yang disimpannya dari tadi.

Sungguh hatinya sebak. Bila mengenangkan kata-kata yang dilontarkan Ammar padanya sedikit sebanyak membuatkan Syasya sedar bahawa Ammar memang sudah berubah. Sampai hati awak cakap macam tu Am. Kenapa? Apa salah saya pada awak? Adakah sebab saya tinggalkan awak dulu, awak berdendam dengan saya? Namun persoalan demi soalan yang dilontarkan pada dirinya, tiada jawapan!
**
Ahhh....kusut fikiran Ammar memikarkan insiden tadi. Kenapa mulut aku ni celupar sangat? Ammar kesal atas tindakan yang dilakukannya. Bukan niatnya untuk menyakiti hati Syasya tetapi kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya tidak selaras dengan isi hatinya.

Dia tahu Syasya bengang dengan dia. Bahkan mungkin gadis tu sudah tidak ingin bertemu dengannya lagi. Ammar mengelus rambutnya. Rambutnya kusut sama seperti fikirannya yang tidak tenteram itu.

Tiba-tiba satu tin air dihulurkan kepadanya. Ammar menyambut lemah setelah melihat orang yang melabuhkan diri di sebelahnya.

“Ada apa awak nak jumpa saya kat sini?” soal Alya sambil melirik ke arah Ammar yang kelihatan tak terurus.

“Saya gaduh dengan dia lagi,” ujar Ammar lemah.

“Again?” soal Alya lagi. Rasanya baru beberapa hari yang lepas Ammar mengadu padanya yang dia bertengkar dengan Syasya. Ni bergaduh lagi...

“Awak jumpa dia dekat mana?” soal Alya ingin tahu.

“Saya jumpa dia dekat rumah Amira. Tak sangka pulak dia bawak Haikal ke situ,” ujar Ammar terus terang. Tiada apa yang hendak dirahsiakan pada Alya. Alya diibarat sebagai kaunselor peribadinya. Setiap masalah yang dihadapi pasti dirujuk pada Alya.

“Haikal? Siapa tu...” ujar Alya kurang kenal dengan nama yang disebut Ammar.

“Haikal tu ex-boyfriend Syasya waktu sekolah dulu.” Alya sedikit tergaman dengan kenyataan itu. Sangkanya Ammarlah orang pertama yang disukainya.

“Diorang couple sebelum Syasya kenal saya lagi. Lagipun selepas kami kenal dulu, diorang memang sudah tak ada apa-apa hubungan,” jelas Ammar melihatkan muka berkerut Alya. Alya mengangguk perlahan. Oh patutlah....

“So awak macam mana?”

“Entahlah saya pun tak tahu nak cakap apa,”

“Awak masih cintakan dia ke?” soal Alya. Ammar hanya terdiam. Tipulah kalau dia kata tiada perasaan apa-apa lagi terhadap Syasaya. Dia mencintai gadis itu sewaktu mereka masih di alam remaja lagi. Syasya merupakan cinta pandang pertamanya. Takkan semudah itu dia melupakan perasaan yang terpahat lama dalam hatinya.

“Kalau sayang....kejarlah dia,” ujar Alya terus terang. Ammar memandang Alya seakan tak percaya kata-kata yang keluar dari mulutnya. Alya tersengih. Faham akan maksud pandangan Ammar. Memang hatinya sakit saat melontarkan pandangan sedemikian, tapi dia akan lebih bahagia seandainya melihat Ammar bahagia.

“Awak rebut hati dia balik,” Alya cuba memberi semangat. Ammar terkebil melihat Alya yang lebih semangat darinya. Ammar tersenyum dalam diam. Baiknya hatimu Alya...seandainya aku mampu membalas cintamu, pasti kita bahagia sekarang. Tapi maaf hati aku memang untuk Syasya dari dulu sampai sekarang! Ammar mula bersemangat untuk merebut hati Syasya semula.
**
Haikal memasuki rumah tanpa melihat tetamu yang datang. “Haikal!” rengek Fifi lalu terus memeluk tangannya. Haikal rimas lalu merentap tangannya.

“Hish apa peluk-peluk ni....I rimaslah!” herdik Haikal. Fifi memuncungkan mulutnya.

“You ni kalau I datang asyik nak marah aje. You ni kenapa? You tau kan I sayangkan you sejak dari dulu lagi,” Haikal tersenyum sinis.

“Kal....jangan kurang ajar dengan Fifi. Dari tadi lagi dia tunggu Kal balik. Patutnya Kal layan dia elok-elok, bukan marah-marah. Kesian Fifi...” Datin Hanum menyampuk sambil meletakkan dulang air di meja. Haikal mengeluh, susah kalau pembela minah gedik ni dah bersuara. Kadang-kadang Haikal sendiri pelik, Fifi atau dia sebenarnya anak Datin Hanum. Bukan apa, Datin Hanum selalu tak memihak padanya. Semua salahnya, yang betul si gedik tu juga.

“Sorry mummy Kal penat,” ujar Haikal lemah lalu menapak satu persatu anak tangga tanpa mempedulikan laungan Fifi dan Datin Hanum. Haikal menuju ke dalam bilik kecil atau lebih dikenali bilik rahsianya.

Datin Hanum menggeleng melihat sikap keras kepala Haikal. Sudah puas dia memujuk supaya menerima Fifi tapi rancangannya selalu gagal. Entah apa yang difikirkannya, lagipun Fifi pakejnya sudah lengkap dengan cantik, pandai bergaya, kaya lagi cuma adalah juga sikit sikap mengadanya yang mengalahkan kucing siam nak beranak tapi itu lebih baik kerana Fifi tidak hipokrit. Dia lebih tak suka kalau orang yang baik di luar tapi di dalamnya kaki pengikis.

“Aunty, Fifi penatlah macam ni. Haikal still tak sukakan Fifi lagi.” Suara Fifi memecah lamunannya. Datin Hanum mengadap Fifi.

“Fifi sayang janganlah macam ni, aunty rasa mungkin Kal penat kut sebab tu dia tak layan Fifi. Biar aunty cakap dengan dia ya...” pujuk Datin Hanum. Fifi hanya mengangguk.

Datin Hanum merenung bilik kecil yang dimasuki oleh anaknya. Dia seolah-olah dapat merasa perubahan anaknya ada kena mengena dengan isi di dalam bilik itu. Bukan dia tak cuba untuk masuk dalam bilik itu tapi biliknya sentiasa berkunci. Tambah pula kunci bilik itu hanya ada satu dan ia hanya dipegang oleh Haikal. Datin Hanum tahu pasti ada rahsia yang Haikal sembunyikan darinya.
**
Haikal memandang kesemua gambar yang ditampal di dalam bilik tersebut. Segala reaksi Syasya di dalam foto itu sangat memukaukan walaupun diambil secara rahsia.

Haikal tersenyum. Langkah pertama yang disusun buat mendekati Syasya sudah berjaya. Kini dia harus mengggunakan langkah seterusnya untuk menambat hati si gadisnya itu.

Obses! Dia tak kisah jika orang mengatakan hal itu padanya. Sesungguhnya dia sangat mencintai gadis itu sejak dari mula lagi. Seandainya dulu jika mummynya tidak masuk campur dalam halnya pasti dia bahagia berada di samping gadis itu. Dia ingin miliki Syasya. Syasya hanya miliknya seorang!

Kali ini dia tidak mahu sesiapa sahaja menghalang jalannya termasuk Ammar. Tapi firasatnya mengatakan bahawa peluang Ammar tipis untuk mendekati Syasya kembali kerana saat ini Syasya sangat membencinya.

Ammar...Ammar tak perlu aku nak kotorkan tangan aku untuk hapuskan kau! Syasya sendiri yang sudah menghapuskan kau dalam hatinya. Jangan bermimpilah kau akan dapat Syasya kerana dia hak aku! Bisik Haikal.

Haikal segera keluar dari bilik itu. Haikal sedikit terkejut melihat Datin Hanum terpacak di depan pintu bilik. Haikal segera mengunci bilik tersebut.

“Mummy ada hal nak bincang dengan Kal,” ujar Datin Hanum lalu segera ke ruang rehat. Haikal hanya menurut malas.

“Ada apa?” soal Haikal acuh tak acuh.

“Kenapa Kal layan Fifi macam tu? Tak boleh layan elok-elok ke?” soal Datin Hanum. Haikal hanya berdiam diri.

“Haikal?!” naik satu oktaf suara Datin Hanum. Haikal mengeluh.

“Habis mummy nak suruh Kal buat apa? Kahwin dengan dia?”

“Kalau itu yang terbaik untuk Kal, apa salahnya. Kal sekarang dah 25 tahun. Kahwin ajelah dengan Fifi, senang cerita,” cadang Datin Hanum. Membulat mata Haikal memandang mummynya.

“Mummy, please jangan paksa Kal kahwin dengan dia. Kal tak cintakan dia,” bantah Haikal berharap Datin Hanum mengerti perasaannya yang sebenarnya.

“Cinta boleh datang selepas kahwin. Tak cukup lagi ke kamu kenal Fifi..... kamu dah kenal dia lama, family dia, apa lagi kamu tak puas? Tak cukup ke dengan masa perkenalan kamu bersama dia untuk kamu cintakan dia?” Haikal mengeleng-gelangkan kepalanya.

“Tak....Kal kenal dengan dia tu semua atas rancangan mummy. Kal tak pernah cintakan dia, mummy faham tak!” ujar Haikal lantang. Datin Hanum cuba menyabarkan dirinya. Dia harus memujuk Haikal untuk menerima Fifi.

“Kal tak kasihankan mummy ke? Mummy dah tua, mummy cuma nak Kal bahagia,” ujar lirih Datin Hanum. Datin Hanum cuba membuat muka sedih. Dia yakin Haikal akan terpujuk.

“Habis mummy tak kesiankan Kal? Mummy, kalau Kal kahwin dengan Fifi, mummy bukan buat Kal bahagia tapi buat Kal makin menderita. Cukuplah derita yang mummy buat dulu,” jawab Haikal lemah.

“Tapi Kal....”

“Kalau mummy masih berdegil nak teruskan rancangan gila mummy. Kal tak akan balik rumah lagi!” ugut Haikal. Datin Hanum terdiam. Dia tahu anaknya tidak bergurau. Nampak gayanya memang aku tak ada peluang untuk jodohkan Kal dengan Fifi.

“Satu lagi, Kal hanya akan kahwin dengan seorang perempuan ni sahaja. Kal rasa mummy tahu siapa, kan? Hanya dia, mummy!” sambung Haikal lalu beredar dari situ. Datin Hanum terkaku. Takkanlah Haikal bertemu kembali dengan perempuan tu! Datin Hanum mula gelisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience