Bab 4

Romance Series 14495

Pagi itu seperti biasa setelah siap bersarapan, Ammar bergegas ke sekolah dengan menaiki motor kesayangannya. Untung sahaja dia tidak terlambat gara-gara tidur lewat semalam kalau tidak pasti telinganya bernanah mendengar leteran daripada ibunya, Tengku Sofia. Walaupun begitu dia jarang bangun lewat kerana sejak kecil lagi dia telah diajar untuk bangun awal cuma kadang-kadang saja dia terbabas.

Setelah meletakkan motor di garaj motorsikal, Ammar terus menuju ke kelas tetapi dia telah dilanggar oleh seorang gadis. Niat untuk memarahi gadis itu terbantut setelah melihat wajah si gadis

“Maaf awak, saya tak sengaja,” kata Syasya sambil menunduk meminta maaf kerana dia segan telah melanggar orang yang paling famous kat sekolah itu. Kalau fans dia tau ni mampus aku, bisik Syasya.

“Eh tak apa, salah saya juga tak jalan betul tadi. Awak tak apa-apa?” jawab Ammar dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.

“Saya okey. Saya masuk kelas dulu ya, sekali lagi minta maaf,” tanpa menunggu balasan Ammar, Syasya terus berjalan menuju ke kelasnya yang tidak berapa jauh.

Ammar hanya mampu melihat sahaja langkah si gadis pujaannya dalam diam-diam. Dalam hati penuh penyesalan kerana tidak meminta nombor telefon gadis itu atau email ke, fac ke...nombor tiang api pun boleh. Ish apa kena dengan aku ni, dah sasau ke? Sabar Ammar jangan gelojoh sangat, mulalah dengan perlahan dulu, bisik hati Ammar. Setelah dia tersedar yang dia berdiri di situ agak lama, Ammar melangkah menuju ke kelasnya yang berada di tingkat atas.
**

“Ooooiitt! Termenung apa tu?” tegur Danial, teman karib Ammar iaitu tempat berkongsi segala masalah.

“Hish kau ni, janganlah buat aku terperanjat. Kau nak aku mati cepat ke?” kata Ammar pura-pura serius.

“Hehehe, bagus jugak sebab kalau kau tak ada mesti semua perempuan akan suka dekat aku sorang aje,” jawab Danial dengan selamba.

Danial Asraf merupakan jejaka yang digilai oleh gadis di sekolah itu, boleh dikatakan dia ialah orang kedua yang popular di sekolah. Walaupun dia dan Ammar rakan karib tetapi perangai mereka sangat berbeza kerana Danial boleh dikatakan seorang yang kasanova tetapi walaupun begitu ia tidak memutuskan persahabatan mereka yang terjalin sejak kecil lagi.

“Kau ni ada masalah ke?” tanya Danial setelah melihat Ammar hanya berdiam diri sahaja.

“Kau ingat tak gadis yang aku cerita kat kau tu?” tanya Ammar tanpa menjawab soalan Danial.

“Gadis mana erk? Shila, Lisa atau Fasha?” jawab Danial sambil menyebut beberapa nama yang sering digosipkan dengan Ammar. Dia betul-betul lupa gadis mana yang diceritakan oleh Ammar.

“Apalah kau ni...bukan dioranglah. Ala gadis yang langgar aku dan tertumpahkan aiskrim tahun lepas, ingat tak?” tanya Ammar dengan harapan rakannya akan mengingatinya.

“Oh aku ingat. Gadis yang berjaya membuka pintu hati kawan aku tu ke. Kenapa dengan dia?” jawab Danial setelah mengambil masa beberapa minit untuk mengingatinya semula. Niat Ammar ingin bercerita terbantut apabila melihat seseorang yang membuatkan dia meluat datang menghampiri mereka.

“You all cerita pasal apa ni, nampak menarik aje...boleh Fasha join,” tegur Fasha dengan suara yang sengaja dilunakkan. Di sampingnya berdiri Anis yang selalu berkepit dengannya setiap saat macam belangkas.

Mereka berdua ini boleh dikatakan gadis yang paling hot di sekolah itu. Jelingan mata mereka mampu menggoda semua lelaki di sekolah itu kecuali Ammar. Tetapi mereka hanya ingin menggoda Ammar dan Danial kerana bagi mereka jejaka yang famous mestilah digandingkan dengan gadis yang hot.

Perangai mereka yang kegedikkan dan sombong itu membuatkan ramai pelajar di sekolah menyampah dengan mereka. Tidak terkecuali juga dengan Ammar yang tidak selesa dengan Fasha yang selalu sahaja ingin berkepit dengannya.

“Eh duduklah Fasha, tak ada cerita menarik pun,” pelawa Danial tanpa menghiraukan jelingan tajam daripada Ammar. Dia tahu rakannya tidak suka tetapi ini kesempatannya untuk menggoda si gadis yang ada iras-iras Nia Ramadhani itu.

“Fasha saja ke, Anis tak boleh duduk,” rajuk Anis kerana tidak dipelawa oleh Danial.

“Eh mestilah boleh, takkanlah gadis secantik Anis kena berdiri,” Danial mengeluarkan kata-kata manisnya itu sambil menunjukkan sikap gentlemannya dengan menarik kerusi untuk Anis.

“Thanks,” kata Anis sambil tersenyum kegedikkan kerana dipuji oleh si pujaan hati. Dia meminati Danial sudah lama tetapi gara-gara si Danial selalu bertukar pasangan membuatkan dia selalu makan hati. Jadi dia dan Fasha merancang untuk membuat Danial dan Ammar jatuh ke tangan mereka berdua sahaja. Hanya mereka berdua!

Ish dasar playboy! Kau ni memang sengaja tau. Macam mana nak larikan diri ni...idea cepatlah datang. Ha...aku tau, desis hati Ammar.

“Danial aku sakit perutlah. Aku pergi tandas dulu ya,” kata Ammar sambil memegang erat perutnya sambil bingkas bangun untuk ke tandas.

“Nak Fasha temankan?” kata Fasha turut bingkas bangun untuk mengikuti Ammar.

“Eh tak apa, saya okey. Lagipun awak tu perempuan takkan nak masuk tandas lelaki,” kata Ammar lalu terus menuju ke tandas tanpa menghiraukan muka Fasha yang merah menahan malu. Setelah sedar kesilapannya itu, Fasha duduk kembali sambil menarik muka masam.

Danial hanya mampu menahan ketawanya dalam hati kerana takut rancangannya rosak untuk menggoda Fasha. Walaupun dia tahu Fasha menyukai Ammar tetapi dia hanya ingin sekadar mencuba. Baginya walau apapun cabaran, kasanova melaya ini pasti dapat mengharunginya. Ish nasib kau la Fasha sebab sukakan Ammar, hati Ammar itu dah dimiliki orang. Aku sendiri pun masih belum kenal siapa yang telah mencuri hati kawan aku itu, bisik Danial.
**
Eeeii macam mana aku boleh terlanggar mamat tu, buat malu aje. Tapi kenapa hati aku ni berdebar-debar bila bertentangan mata dengan dia. Ish dahlah dari aku fikirkan pasal mamat tu baik aku pikir pasal ‘Secret’. Syasya segera mencari surat di bawah laci mejanya tetapi malangnya surat itu tidak dijumpanya.

Puas Syasya mengeledah laci mejanya tetapi langsung tidak ditemui. Dalam diam Syasya mengeluh, sejak akhir-akhir ini dia sering tertunggu surat dari ‘Secret’. Entah kenapa bila surat itu tiada di dalam laci meja seperti kebiasaannya, Syasya terasa kehilangan sesuatu.

“Kenapa Sya, nampak sedih ni?” tanya Amira semasa mereka sedang duduk bersantai di taman sambil menunggu masa rehat tamat.

“Tak ada apa-apalah, saya okey,” jawab Syasya sambil tersenyum untuk menutup kesedihannya.

“Awak tak payahlah nak tipu saya, kita bukan baru kenal. Kita sudah lama kenal bahkan saya dah anggap awak macam adik beradik saya sendiri. Just tell me apa yang awak sedihkan?”

“Secret tak hantar surat. Tak tau kenapa saya rasa sedih bila surat tu tak ada dalam laci meja saya,” cerita Syasya. Memang dia tidak dapat simpan apa-apa rahsia daripada Amira kerana di antara mereka memang tiada rahsia. Hampir kesemuanya mereka berkongsi bersama. Itulah gunanya sahabat.

“Dia terlupa kut. Dahlah tak payah sedih-sedih. Esok mesti ada,” jawab Amira dengan nada memujuk. Baginya dia kagum dengan ‘Secret’ kerana hanya sepucuk surat mampu membuatkan Syasya menjadi seperti sekarang. Bukan dia suka Syasya sedih tetapi baginya ‘Secret’ ialah seorang yang hebat kerana mampu membuat Syasya tertunggu-tunggu akan surat itu. Siapa dia agaknya ya....Amira masih berteka-teki.

“Jomlah masuk ke kelas” ajak Amira sambil menarik Syasya ke kelas yang tidak beberapa jauh dari mereka. Syasya hanya mengikut tanpa sepatah kata. Tanpa disedari, ada sepasang telinga yang mendengar perbualan mereka sambil tersenyum senang. Yes!!! Bisik orang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience