Bab 5

Romance Series 14493

"Hei tadi aku tengok kau termenung sekarang ketawa pulak. Kau ni nak kena daftar dah agaknya,” tegur Danial yang dari tadi melihat gelagat pelik kawannya itu.

“Daftar pergi mana?” tanya Ammar memerhati ke luar sambil tersenyum. Ish dah teruk benar dah kawan aku ni, bisik Danial.

“Daftar masuk Tanjung Rambutan, kalau kau nak aku boleh tolong daftarkan. Aku dengar banyak tempat kosong dekat sana,” setelah mendengar penjelasan kawannya, terus Ammar berpaling ke arah Danial dengan pandangan tajam.

Ada ke patut aku yang handsome ni nak dicampakkan ke tempat orang yang bahagia, walaupun aku tengah bahagia sekarang ini, aku tak lah terlalu bahagia macam diorang. Hish sampai hati betul punya kawan, desis hati Ammar.

“Okey aku minta maaf. Habis aku tengok kau hari ini pelik sangat,” kata Danial. Gerun pulak aku tengok mata Ammar ni.

“Aku terlalu bahagia hari ini, rasa macam nak buat kenduri kesyukuran aje,” kata Ammar dengan penuh perasaan.

“Ya Allah! Kau sembuhkanlah rakanku ini, kembalikan dia kepada asalnya,” ucap Danial sambil menadah tangan.

“Kau ni kenapa?” kata Ammar lalu menepuk belakang Danial.

“Kau tu yang kenapa, cuba story sikit kat aku,” jawab Danial sambil menggosok belakangnya itu. Ish macam nak patah belakang aku.

“Kau ingat tak benda yang aku nak cerita tadi?”

“Emm pasal gadis yang langgar kau tu,” jawab Danial.

“Ha...ingat pun kau, ingatkan dah nyanyuk,” kata Ammar sambil ketawa. Danial hanya mencebik. Setelah ketawanya reda, dia terus menceritakan detik perkenalannya dengan Syasya hinggalah cerita yang membuatkan dia tersenyum sendirian itu.

“Apa...?! Kau tulis surat hanya untuk berkawan dengan gadis tu?” tanya Danial tidak percaya.

“Yelah, apa salahnya?”

“Tak adalah salah, cuma sekarangkan zaman teknologi. Orang dah tak gunalah surat ni, orang guna WhatsApp, Fac, Wechat ke. Kau masih lagi guna ya, harap aje pandai tapi cetek pulak kau dalam bab macam ni,” sindir Danial.

“Woi, kasar betul lawak kau ya. Aku bukan macam kaulah. Ni first time tau aku rasa macam ni. Kau mana tahu, yang kau tahu tukar-tukar pasangan aje. Lagipun gara-gara surat tulah dia tertunggu-tunggu tau balasan aku. Ha...kau apa tau,” kata Ammar dengan bangga. Tidak salah dia terdengar perbualan antara Syasya dan Amira tadi. Gara-gara berita itu jugalah yang buatkan dia terlebih bahagia hari ini.

“Eleh macam tu pun nak bangga, ada aku kisah! Oh ya, sapa dah nama gadis tu?” tanya Danial.

“Syasya llyana, dia kelas 4 Sains 1,”

“Wah lengkap kau tahu pasal dia,” kata Danial.

“Tengok oranglah....hehehe,” jawab Ammar. Tanpa disedari perbualan mereka telah didengari oleh seseorang.
**
“What..!!! Kau pasti tak salah dengar Anis?” tanya Fasha dengan penuh emosi. Dia fikir Anis mengajaknya ke tandas cuma hendak larikan diri daripada subjek Add Math, subjek yang paling tidak diminati rupanya indah khabar dari rupa.

“Betul, aku tak salah dengar. Aku masih belum pekak lagilah,” jawab Anis tidak puas hati kerana Fasha seolah-olah tidak percaya akan ceritanya.

“Cis, kurang ajar punya perempuan! Berani betul dia, ya. Tak apa. Kau belum kenal lagi siapa Fasha Suraya Binti Dato Nordin! Kau tunggu jelah apa yang akan aku lakukan,” kata Fasha dengan penuh dendam.

“Apa yang kau nak buat Fasha?” tanya Anis dengan penuh berminat.

“Aku akan buat budak perempuan itu berambus dari sini. Aku akan lakukan apa sahaja sampaikan Ammar melupakan perempuan sial itu,” jawab Fasha sambil ketawa, Anis juga turut ketawa bersama-sama. Mereka mula merancang sesuatu.
**
Setelah selesai mengemas barang, Syasya dan Amira bergegas ke tempat letak basikal. Hari ini Syasya tidak ke tempat kegemarannya kerana dia tiada mood hendak ke sana. Baginya, hari ini dia langsung tiada semangat gara-gara sepucuk surat. Puas Amira memujuk mengatakan ‘Secret’ ada hal dan tidak dapat menulis surat seperti biasa tetapi ia bagaikan masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja.

Semasa dalam perjalanan ke garaj basikal, dia terdengar namanya dipanggil oleh seseorang. Dia berpaling dan melihat seseorang yang sengaja dia elakkan diri dari bertembung kini muncul di depannya. Dia hanya mampu berdiri kaku.

“Hai Sya, awak dah nak balik ke?” tanya Haikal.

“Yalah, kan waktu balik ni,” jawab Syasya dengan mendatar.

“Emm jom balik sama-sama,” ajak Haikal. Pelawaan Haikal mengejutkan Syasya begitu juga Amira yang tadi hanya berdiam diri sahaja.

“Haikal, kita dah tak ada apa-apa. Saya harap awak berhentilah mengejar saya. Anggap saja kita tidak kenal antara satu sama lain. Kisah kita dah tamat. Saya harap awak faham. Jom Amira,” kata Syasya lalu menarik tangan Amira untuk beredar dari situ.

Tapi...saya masih sukakan awak, ayat itu hanya tersekat di kerongkong Haikal sahaja. Dia hanya mampu memandang Syasya hingga bayangannya hilang dari pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience