Bab 67

Romance Series 14493

Ammar termenung seketika. Kerja yang berteburan di atas meja langsung tidak disentuhnya. Hatinya masih resah memikirkan konfliknya bersama Syasya. Sudah seminggu berlalu tapi isterinya masih lagi tiada tanda-tanda nak berbaik dengannya. Besar sangat ke salah aku?

“Sayang, dengarlah abang nak cakap dulu,” pujuk Ammar sambil matanya masih lagi memandang jalan.

“Tak payah nak jelaskan apa-apa, Sya dah faham!” bentak Syasya. Ammar memutarkan sterengnya ke kanan untuk berhenti lalu beralih menatap Syasya.

“Cakap apa yang sayang faham?” soal Ammar ingin tahu.

Syasya masih mendiamkan diri. Ammar mula pening memikirkan emosi isterinya.

“Sya cakaplah, kalau tak macam mana abang nak tau salah abang apa?”

“Abang tanya Sya salah abang apa?”

“Yes....please Sya jangan buat abang macam ni. Jangan marah-marah nanti tak elok untuk kandungan tu. Abang tak nak apa-apa berlaku dekat baby dan sayang,”

“Oh.....baru teringat dekat isteri dan anak. Sya ingat abang fikirkan soal perempuan tu aje,” sindir Syasya.

“Apa yang sayang merepek ni. Okey abang faham kalau Sya terkejut atas tindakan Tania tapi tu di luar kemampuan abang. Abang tak tau yang dia akan buat macam tu,”

“Habis kenapa abang beria nak selamatkan dia? Oh tu pun di luar kemampuan abang juga ke?” Sarkastik bunyinya. Ammar mengeluh.

“Because she is my staff. Kalau siapa pun yang jatuh tadi even staff lelaki pun, abang tetap akan selamatkan dia.”

Syasya terdiam. Benar apa yang dikatakan suaminya. Tapi hatinya masih sakit bila mengenangkan pelukan Tania pada Ammar. Mungkin Ammar tak tau apa motif Tania tapi Syasya tau. Itu taktik dia nak menggoda Ammar. Tapi buat apa nak beritahu Ammar kalau saat ni pun dia masih nak membela perempuan tu.

“Sayang marah dekat abang lagi?”

“Dahlah, jom balik. Sya penat. Sya tak nak bahas lagi soal ni,” ujar Syasya lalu berpaling mengadap ke tingkap. Ammar mengeluh seketika dan meneruskan perjalanan.

Bunyi mesej mengejutkan Ammar. Hilang semua lamunannya. Segera diperiksa nama si pengirim. Ammar menepuk dahinya, hampir saja dia terlupa temujanjinya bersama Danial petang ni. Segera dikemas meja pejabat.

“Tania, saya terus tak masuk office petang ni. Kalau ada apa-apa inform esok hari,” Setelah mengucapkan hal itu Ammar terus beredar. Tania hanya memandang sepi langkah bosnya. Sejak kejadian itu, Ammar sudah jarang memberikan senyuman, bahkan hanya menunjukkan muka seriusnya sepanjang masa. Bergaduh dengan isterinya ke? Tania mula rasa serba salah.
**
“Bro, kau kenalah faham perangai orang yang berbadan dua ni memang macam tu, diorang punya emosi tak stabil,” nasihat Danial.

“Aku tau tapi melampaulah kalau macam ni, tak akan semua aku nak kena mengalah,” keluh Ammar.

“Tapi Am kalau aku jadi si Syasya pun aku akan marah juga. Silap hari bulan setiausaha kau tu dah lama kena lempang tau,” provok Danial. Ammar mencebik. Tu kau! Bukan Syasya.

“Habis salah akulah?”

“Aku tak kata salah kau, tapi kau kena prihatinlah sikit. Ha cuba kau bayangkan kalau Syasya pun dipeluk laki lain, apa kau buat?”

“Berani dia peluk isteri aku, memang tempah mautlah!” ujar Ammar emosi.

“Look! Kalau kau, pandai pula nak marah. Habis kau tak fikir perasaan bini kau pulak. Tulah Am, kau kena fikir dulu kenapa isteri kau buat macam ni sebab dia tu sayangkan kau. Cemburukan tanda sayang. Dah tau dia merajuk, marah....apalagi pujuklah bro! Tu pun nak suruh aku ajar ke?”

Ammar terdiam. Memikirkan kebenaran yang cuba disampaikan rakannya.

“Pandai-pandailah kau settle baik-baik dengan dia. Alah perempuan ni marahnya tak lama. Kalau usaha kau lebih sikit....cairlah dia.” Ammar terangguk-angguk.

“Thanks bro.”

“Welcome.” Ammar tersenyum. Dalam kepalanya sudah rencanakan sesuatu untuk isterinya.
**
“Sya....tolong dengar dulu apa yang Kal nak cakap ni,” halang Haikal. Syasya mengeluh berat. Keluar saja dari pejabat sudah ada masalah yang diterimanya. Masalahnya dengan Ammar pun masih belum selesai ditambah pula masalah Haikal yang sering mengacaunya.

“Awak nak cakap apa? Please Haikal jangan ganggu saya lagi,” rayu Syasya.

“Saya hanya nak awak,” selamba bicara Haikal.

“Awak dah gila ke apa? Saya ni isteri orang. Saya masih ada suami, faham!”

“Kalau awak tak ada suami maksudnya saya boleh ganti tempat dia,”

“What?! Awak jangan berani nak apa-apakan Am,” Haikal tergelak mendengar amaran dari Syasya.

“Sya....saya dah pernah bagi amaran dekat awak dulu, kan.”

“Listen here Haikal, jangan pernah berangan okey. Saya tak akan pernah balik dengan awak sampai bila-bila!” Setelah memperkatakan hal itu, Syasya ingin segera pergi dari situ tapi lengannya dipegang erat Haikal. Syasya meronta minta dilepaskan.

“Kurang ajar kau!” Satu tumbukan singgah pada pipi Haikal. Haikal jatuh terduduk.

“Jangan pernah kau berani sentuh isteri aku!” Herdik Ammar.

Haikal mengesat bibirnya yang berdarah dek tumbukan Ammar.

“Huh, ni kali kedua kau tumbuk aku bro. Dulu waktu zaman sekolah. Tak apa, aku harap kau akan menyesal atas apa yang kau lakukan ni,” sinis Haikal berkata.

Ammar ingin menerkam sekali lagi pada Haikal tapi segera dihalang Syasya. Tidak ingin perkara buruk berlaku, Syasya segera mengheret Ammar pergi dari situ.

“Kau jangan tunjuk muka depan aku dan Syasya lagi!” Ammar memberi amaran pada Haikal sebelum berlalu bersama Syasya.

“Kau tunggu je nasib kau!” desis Haikal.
**
Suasana sepi dalam kereta. Masing-masing mendiamkan diri. Memberi peluang menenangkan perasaan. Syasya bermain dengan tangannya. Gerun melihat wajah serius Ammar. Nampaknya Ammar betul-betul marah.

“Sya mintak maaf,” Syasya mengerling melihat riak suaminya. Masih sama. Tiada reaksi.

Sekali lagi Syasya meneguk air liurnya. Okey cuba sekali lagi.

“Sya.....”

“Abang mintak maaf,” Syasya berpaling mengadap Ammar. Rasa telinganya masih berfungsi.

“Apa maksud abang?”

Ammar menghentikan kereta dan mengadap isterinya.

“Okey abang tau ni semua salah abang. Abang yang tak faham perasaan sayang. Abang tau sayang cemburu atas apa yang Tania buat tapi abang tak ambil peduli perasaan sayang saat itu. Tapi bila hal ni berlaku pada abang sendiri, abang marah, cemburu bila Haikal pegang tangan sayang tadi. Dan abang tahu sayang tak ingin pun benda tu berlaku same goes with me, abang tak nak pun kena peluk. I’m so sorry sayang,” panjang lebar Ammar meluahkan perasaan bersalahnya. Kena batang hidung sendiri baru tau perasaannya macam mana.

“Salah Sya juga sebab ikutkan perasaan, Sya pun nak mintak maaf,”

Ammar mencapai tangan Syasya. Digenggamnya erat.

“Kita berdamai ya sayang. Abang tak sanggup dah lama-lama tak bercakap dengan sayang. Boleh mati tau rasanya,” Syasya tergelak lalu segera ditarik hidung mancung suaminya.

“Sakitlah yang....”

“Melampaulah ayat abang tu, rasa nak mati konon,” Ammar tersengih.

“Okay now, kita balik rumah. Tak payah nak fikir lagi pasal hal ni semua,” Ammar segera meneruskan perjalanan yang tertunda.

“Abang...”

“Humm,”

“Sebenarnya ada benda Sya nak beritahu abang tapi abang jangan marah ya,”

“Apa dia?”

“Haikal obses dengan Sya,”

“What?!” Brek ditekan secara mengejut. Untung sahaja tiada kereta di belakang.

“Abang, bahaya tau tak!” bentak Syasya. Kurus semangat. Nasib tak jadi apa-apa.

“Sayang cakap apa tadi? Obses?”

Syasya menarik nafas sebelum menceritakan perkara yang sebenar, apa yang dirahsiakan selama ini pada suaminya.

“Kenapa sekarang baru sayang cerita?” keluh Ammar.

“Sya takut abang tak percaya,”

“Its not about i’m beliave or not. Abang tau yang Haikal tu nekad. He can do whatever he want. Walau apapun Sya kena beritahu abang benda penting macam ni,”

“Sya mintak maaf,” ujar Syasya. Setitik air mata jatuh.

Ammar mengesat air mata di pipi isterinya. Dipegang elok pipi Syasya agar memandang dirinya.

“Abang tak marahkan sayang, maaf kalau sayang terasa. I’m just worry about you. Keselamatan Sya, anak kita....everything. Kita kena report polis,” Syasya menggeleng-geleng kepala tanda tidak setuju.

“No...no, please abang jangan report polis. Lagipun dia tak buat apa-apa dekat Sya.”

“Yeah now...but we don’t ever know when he got the right time to do something.”

“Tapi please kesiankan mummy Haikal. Sya tau aunty Hanum runsing fikirkan hal anak dia. Kita jangan tambah beban dia lagi. Sya yakin abang dapat lindung Sya dari dia, kan?” soal Syasya.

“Of course sayang, i will.” Ucap Ammar lalu memeluk erat isterinya. Jika ada apa-apa yang berlaku pada isteri dan anaknya pasti dia tidak dapat maafkan dirinya sendiri. Abang akan sentiasa lindungi Sya....abang janji!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience