Bab 71

Romance Series 14495

“Mana laki kau ni? Jangan dia buat benda bodoh sudahlah. Memang menyesal tak sudah!” Marah Alya.

Syasya seperti nak bercakap sesuatu tapi kain yang menutupi mulutnya menghalang. Alya segera mencabut kain tersebut.

“Kenapa kau panggil Am datang sini? Kau kata nak bunuh aku, ha bunuhlah!” hembur Syasya. Dia tidak ingin apa-apa hal terjadi pada suaminya. Walau marah sekalipun atas apa yang Ammar lakukan padanya tapi dia tetap tidak mahu terjadi hal tidak elok pada suaminya.

“Sebab aku nak tengok kau mati depan mata dia! Baru puas hati aku!” bentak Alya. Syasya merengus.

“Kenapa? Kau dah tak sabar nak mati ke? Hai tak apa aku bagi masa lebih untuk kau hirup udara segar ni. Lepas ni kau tak boleh dah,” ujar Alya sambil menolak pipi Syasya.

“Kau jangan nak apa-apakan Am!” ugut Syasya. Alya tergelak.

“Kau bagi amaran dekat aku? Kau jangan risaulah, tak akan aku nak cederakan orang yang aku sayang. Aku panggil untuk dia tengok isteri dan anak dalam kandungan kau ni mati depan dia!” Alya terus mengusap perlahan perut Syasya.

“Jangan kau sentuh anak aku!” marah Syasya.

“Oh, makin banyak kau larang, makin tambah aku buat,” Alya terus mencengkam kuat perut Syasya.

“Ahh sakit Alya....sakit. Tolong jangan buat aku macam ni, Alya! Kal tolong Sya, Kal tolong anak Sya...ahhh” jerit Syasya. Tapi langsung tangisan Syasya tidak melembutkan hati Alya yang penuh api dendam.

“Arghhhh....!!!” Haikal meluru ke arah Alya dan menolak Alya hingga jatuh. Segera Haikal meleraikan ikatan tali Syasya.

Bunyi tembakan kedengaran. Satu das tembakan mengena tepat pada dada Haikal. Haikal jatuh tersungkur di sebelah kerusi Syasya. Syasya terpana.

“Haikal!” jerit Syasya. Haikal mengerang kesakitan yang amat. Terasa nafasnya mula semput. Haikal memandang sayu Syasya yang sudah berlinangan air mata.

“Maa....maafkan Kal, Sya.”

“No...no awak jangan banyak cakap. Please bertahan,” rayu Syasya.

“Maafkan semua kesalahan saya pada awak, beritahu Am saya mintak maaf. Beritahu family saya, saya mintak ampun dan halalkan semua.”

“Saya dah maafkan awak. Awak akan selamat, percayalah,” Haikal kelihatan sangat nazak. Syasya mengajarkan dua kalimah syahadah. Haikal mengikutinya perlahan.

“Sya...saya sayangkan awak!” Lafaz terakhir sebelum Haikal menghembuskan nafasnya.

“Haikal....haikal!” panggil Syasya namun tiada respon. Alya menepuk tangannya seakan-akan baru menikmati telemovie yang mengayat hati.

“Perghh...dramatik sungguh cerita tragik korang berdua ni!” Alya tersenyum sinis.

“Kau dah jadi pembunuh Alya!”

“Yes, i know. Pembunuh kepada dia dan kau! Tapi ini bukan kali pertama aku membunuh orang,” bisik Alya di telinga Syasya.

“Apa maksud kau?”

“Untuk pengetahuan kau, kejadian langgar lari Anis tujuh tahun dulu, kau rasa siapa yang buat?” Alya berteka-teki.

Syasya terdiam. Cuba mencerna maksud kata-kata Alya. Syasya terpana!

“Kau?” Alya tergelak mendengarkan jawapan Syasya.

“BINGO!” balas Alya sepatah.

“Tapi apa salah dia pada kau?”

“Salah dia sebab dia tahu semua rahsia aku. Perempuan tu intip aku. Jadi hukuman bagi dia ialah mati!” Alya tersenyum sinis.

“Kau kejam Alya!” laung Syasya. Alya sekadar ketawa.

“Aku tak kejam cuma aku pertahankan hak aku!” Pistol dimainkan pada wajah Syasya.

“Kau jangan main-main dengan aku. Sekali aku tekan picu ni di kepala kau, kau tak akan pernah jumpa dengan lelaki kesayangan kau lagi. So kau duduk sini diam-diam!” arah Alya.

“Bos, dia dah sampai,” Alya tersenyum sinis. Permainan akan tamat sebentar lagi.

Syasya cuba menggerakkan perlahan-lahan badannya. Tali yang membelit dirinya menjadi longgar. Syasya berjaya melepaskan diri dari tali itu tanpa disedari Alya dan konco-konconya. Tapi Syasya masih berpura-pura yang dirinya masih diikat.

“Bawak dia masuk,” arah Alya. Konco-konconya segera menjalankan arahan yang diberi. Beberapa saat kemudian, muncul Ammar yang dipegang erat oleh dua orang konconya Alya.

“Welcome Tengku Ammar!” sambut Alya.

Ammar pantas melihat keadaan isterinya yang dalam keadaan terikat. Sungguh hatinya sedih melihat isterinya diperlakukan sebegitu. Syasya hanya memandang sepi kelibat suaminya. Jujur hatinya masih perit dengan penghinaan Ammar.

Ammar terpana bila melihat sekujur tubuh yang berlumuran darah terbaring di tepi kerusi Syasya. Haikal! Rasa tak percaya bila melihat tubuh itu tidak lagi bernyawa.

“Apa yang kau buat ni Alya?” pekik Ammar.

“Apa? Oh pasal mayat tu,” tunjuk Alya tanpa rasa bersalah.

“Kau memang dah gila!” Alya tergelak bila perkataan itu keluar dari mulut Ammar.

“Yes i’am. Gilakan kau! Am, kau tak tengok ke? Apa yang aku buat ni semua untuk kau!” bentak Alya.

“Tapi aku tak nak semua ni, aku hanya nak isteri aku!”

Makin kuat Alya ketawa. Jangan mimpi! Itu tak mungkin akan berlaku.

“Eh, kau ingat aku suruh kau datang sini, nak bagi isteri kau macam tu aje. No Am, itu tak akan berlaku!”

“Apa maksud kau?!” Hatinya makin risau bila Alya mendekati isterinya. Ammar meronta minta dilepaskan tapi genggaman konco Alya sangat kuat.

“Aku nak kau tengok bini kau mati depan kau!” Alya memainkan muncung pistol di muka Syasya. Syasya jelas ketakutan. Syasya hanya mampu menutup matanya. Andai ini takdir dariNya, Syasya pasrah.

“Alya no....please aku rayu. Tolong jangan apa-apakan Syasya. Tolong!” rayu Ammar.

“Cuba kalau kau bayangkan jika aku tembak dekat sini, okey tak?” soal Alya lalu mengacukan pistol itu tepat pada dahi Syasya.

“Alya! Please....aku sanggup buat apa saja untuk kau, asalkan kau lepaskan isteri aku,” Ammar membuat perhitungan. Alya berpaling ke arah Ammar.

“Betul kau sanggup buat apa saja?” soal Alya terpedaya.

“Betul, aku janji.” Ketika Alya leka, Syasya terus bertindak menyerang Alya. Alya dan Syasya bergelut manakala Ammar mengambil kesempatan menumbuk dan menyerang konco-konco Alya.

Syasya menolak Alya hingga terjatuh. Pistol yang dipegang Alya tercampak jauh. Alya dan Syasya bergegas untuk dapatkan pistol tersebut tapi sayangnya pistol itu berjaya Alya capai terlebih dahulu.

Alya mengesat luka di bibirnya. Segera diacunya pistol itu ke arah Syasya. Syasya terkedu.

“Selamat tinggal Syasya!” ucap Alya. Ammar terpana. Syasya menutup matanya.

“Sayang!”

Satu das tembakan dilepaskan. Syasya tergaman. Dirinya jatuh di pelukan suaminya. Syasya melihat darah banyak di tangannya.

“Abang!” seru Syasya. Ammar mengerang kesakitan. Syasya melihat luka pada belakang suaminya.

“Abang....” seru Syasya sekali lagi. Tak sangka Ammar yang melindungi dirinya dari tembakan itu.

“Kami polis! Jangan lari! Tempat ini sudah dikepung!” laung Saiful. Konco-konco Alya termasuk Tony cuba melarikan diri tapi nasib mereka tidak baik bila pihak polis berjaya menangkap mereka.

Alya terkedu dan memandang pistol yang dipegangnya. Segera dia mencampak pistol itu. Aku tak bunuh Am! Aku tak bunuh! Alya memegang kepalanya. Seorang polis wanita segera menggari Alya.

“Sya....” sebut Ammar perit.

“Tolong medic please....!!” laung Syasya.

“Maa....maafkan abang.”

“Am, jangan banyak cakap, bertahan please,” ucap Syasya bersama tangisan yang tiada henti. Ammar tersenyum lalu menyapu perlahan air mata isterinya. Perlahan-lahan Ammar menutup matanya.

“Am...Am! Abang!” panggil Syasya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience