Bab 49

Romance Series 14493

Haikal mengatur langkahnya ke bilik kecil tapi dihalang ibunya, Datin Hanum.

“Mummy nak apa? Kal malas nak bincang kalau berkaitan hal Fifi.” Keluh Haikal.

“Kenapa buat Fifi macam tu? Dia dah tunggu kamu lama tau. Sejak kamu berdua kecil sampai sekarang. Lagipun keluarga dia dan keluarga kita pun dah saling kenal. Mummy malu tau tak. Mana mummy nak letak muka bila jumpa Dato Hanif sekeluarga.” Bebel Datin Hanum.

Haikal hanya membisu. Malas dia nak menyampuk cakap mummynya. Yang penting Fifi sudah tidak ganggu lagi hubungan dia dan Syasya.

“Kal dengar tak mummy cakap apa ni?” Datin Hanum mula menaikkan suaranya. Sakit hatinya bila melihat kebisuan anaknya. Macam aku cakap dengan dinding pulak!

“Kal dengar dan Kal malas nak ambil tau tentang diorang sekeluarga. Lagipun buat apa nak malu. Dato Hanif bukan ada kaitan business apa-apa sangat dengan kita. Jumpa pun jarang-jarang, jadi mummy tak payah runsing kalau nak terserempak dengan diorang. Okeylah Kal ada kerja nak siapkan,”

“Kal jangan ingat mummy tak tau.” Langkah Haikal terhenti.

“Apa maksud mummy?” Haikal berpaling mengadap mummynya.

“Kal jumpa balik dengan perempuan tu, kan? Kal jangan nak sorok dengan mummy.”

Haikal tersenyum. Baguslah kalau mummynya sudah tau. Dia sudah malas nak sorok apa-apa. Lagipun apa sangat yang mummynya boleh lakukan kalau sudah tiada pembantu peribadinya yang penyibuk tu, si Fifi!

“Yes. Kal jumpa Syasya Ilyana. Perempuan yang mummy pernah serang dulu,” jawab Haikal tanpa berselindung.

“Haikal! Kenapa mesti dia? Banyak lagi perempuan lain. Kalau Kal tak nak Fifi tak apa, mummy ada banyak lagi calon yang sesuai dengan Kal,” pujuk Datin Hanum. Haikal menggeleng kepala. Ternyata mummynya masih belum berubah niat untuk jodohkan dirinya.

“Kal tak nak! Cukuplah mummy! Kal dah besar dan Kal boleh buat keputusan sendiri. Dari kecik sampai besar, Kal ikut aje cakap mummy sampai Kal terpaksa korbankan perasaan Kal semata-mata nak penuhi hasrat mummy. Tapi please....Kal dah jumpa dia balik dan Kal tak akan lepaskan dia lagi!” Tegas Haikal.

“Mummy tetap tak restu hubungan Kal dengan perempuan tu. Kal jangan nak memandai-mandai. Kalau mummy tau Kal masih berhubung dengan perempuan tu, mummy akan.....”

“Mummy nak buat apa....? Nak jumpa Syasya dan hina dia lagi! Jangan mummy berani sentuh dan hina perempuan yang Kal sayang!” Haikal meninggikan suaranya. Tetiba emosinya sudah tidak stabil.

Datin Hanum terkejut melihat perubahan mendadak anaknya. Ya Allah, apa yang merasuk anak aku ni! Waktu macam ni baru nak ingat Allah.

“Mummy ingat amaran Kal ni baik-baik, jangan rosakkan plan yang Kal dah susun elok-elok,” Haikal merendahkan sedikit suaranya bila melihat muka mummynya yang pucat. Haikal berlalu dan memasuki bilik rahsianya. Segera dikuncinya dari dalam.

Datin Hanum masih terpana. Jadi benarlah selama ini yang diceritakan Fifi padanya. Mulanya sukar untuk dia percaya kerana dia kenal anaknya, tapi bila melihat dengan mata kepala sendiri, dia mula percaya yang Haikal betul-betul gilakan perempuan tersebut. Datin Hanum mula risau.
**
Syasya menyusun atur mejanya. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Waktu untuk balik dan rehatkan badan. Fuh penatnya, dah naik sengal tubuh badannya asyik mengadap kertas lakaran landskapnya.

“Intan, esok saya nak awak letak report untuk projek Encik Bahar di atas meja saya ya,” pesan Syasya. Intan yang juga sedang bersiap untuk pulang mengangguk perlahan mendengar perintah bosnya.

“Cik Syasya....” panggil Intan. Hampir sahaja dia terlupa untuk serahkan kad kecil kepada empunya diri. Entah siapa pengirimnya, tidak diketahui lagi.

“Macam biasa cik.” Hulur Intan. Syasya hanya tersenyum nipis. Sudah lali betul dia dengan kad-kad kecil yang diterimanya. Syasya mengambil kad yang dihulurkan.

“Intan, awak masih tak tahu siapa pengirimnya?” soal Syasya tiba-tiba.

“Belum cik, tau-tau aje dah ada atas meja saya. Misterikan cik....”

Syasya sekadar tersengih. Misteri sangat. “Okeylah saya balik dulu.”

“Hati-hati Cik Syasya.” Ujar Intan. Syasya sekadar mengangguk.

Syasya memasuki keretanya. Setelah menghidupkan enjin, Syasya melepaskan lelah. Syasya segera membelek kad yang diterimanya.
Awak sangat special untuk saya, tolong maafkan saya.

Syasya terpana dengan ayat tersebut. Entah kenapa dia mula rasakan sesuatu yang aneh. Takkan Haikal? Syasya mula merasakan yang pengirimnya bukanlah Haikal yang difikirkan selama ini. Takkanlah dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience