Bab 65

Romance Series 14493

“Alhamdulillah, Tengku. Puan Syasya mengandung, kandungan baru berusia lima minggu,” ucap Doktor Rina, doktor peribadi keluarga Tengku Ismail.

“Ya Allah...alhamdulillah, syukur,” Ammar menadah tangan bersyukur. Segera dipeluk isterinya bagi melahirkan perasaan gembira yang tak terhingga. Syasya juga turut merasakan perasaan yang sama, tangannya diusap perlahan perut yang kini sudah berisi.

“Walau apapun kandungan ni masih baru, puan kena jaga baik-baik. Tak boleh tertekan atau buat kerja berat-berat,” nasihat Doktor Rina sambil mengemas peralatan yang ada.

“Saya akan pastikan isteri saya ni berehat saja, doktor jangan risau,” ujar Ammar sambil memandang Syasya. Nampaknya tanda amaran kecil sudah dikeluarkan suaminya.

“Tengku kena jaga baik-baik isteri Tengku. Awal-awal kehamilan ini biasanya Puan Syasya akan hadapi simptom mual-mual, pening, emosi pun tidak stabil. Jadi suami kenalah faham semua itu. Pastikan Puan Syasya tidak memikirkan hal berat-berat kerana itu akan membahayakan kandungan,” Ammar mengangguk. Segala nasihat Doktor Rina akan diingati.

“Kalau tak ada apa-apa, saya pulang dulu Tengku. Oh ya satu lagi, setiap bulan Puan kena buat check up kandungan ya, nanti Tengku dan Puan datang klinik saya,” Setelah itu, Doktor Rina meminta diri untuk pulang.

Ammar melabuhkan diri di sebelah isterinya. Kelihatan muka Syasya masih lagi pucat disebabkan muntah yang entah berapa kali dari pagi tadi. mungkin inilah yang dikatakan morning sickness.

“Sayang okey tak ni? Nak makan apa-apa?” soal Ammar risau.

Syasya menggeleng kepala. Tiada selera untuk makan.

“No....you have to eat. Sayang tak makan apa-apa lagi, perut tu kosong. Ingat Sayang dah kena makan untuk dua orang tau,” pujuk Ammar.

“Tapi Sya tak tau nak makan apa.”

“Ha....abang masak bubur okey, bubur abang buat sedap tau.” Puji Ammar sambil menaikkan keningnya. Syasya tersenyum sambil mengangguk perlahan. Sebelum Ammar membuka pintu ingin keluar, namanya dipanggil.

“Abang dah beritahu ke belum dekat parents kita?” soal Syasya.

Ammar sudah menepuk dahinya.

“Allah.....lupalah yang. Okey kejap lagi abang call diorang,” segera Ammar berlalu untuk menelefon keluarga.
**
“Sya......!!!” Syasya terpaksa menjauhkan diri dari telefonnya. Hai minah ni tak pernah nak slowkan volume betullah.

“Mira, boleh tak jangan nak menjerit. Boleh pekak telinga saya ni tau,” sindir Syasya.

“Hee...sorry tau. Excited pulak. Betul ke awak mengandung Sya? Sampai hati tak beritahu.” Rajuk Amira. Syasya tergelak. Hai kalau ada kat depan mata ni mesti dah panjang muncungnya.

“Maaflah, saya tak sempat nak cakap. Semua Am yang uruskan. Alahan saya ni kuat sangat sampaikan tak boleh nak makan apa-apa langsung.”

“Teruk juga ya, saya dulu tak adalah macam tu sekali. Ni awak langsung tak makan apa-apa ke?”

“Makan bubur yang Am buat je yang mampu setakat ni, yang lain pasti akan muntah balik.”

“Wah...Am masak ke? Sweetnya laki awak tu,” Syasya tergelak mendenger pujian Amira.

“Hai laki awak tu tak sweet ke?” usik Syasya.

“Sweet tapi Danial tak pernah sampai masakkan untuk saya,”

“Am yang nak masak, bukan saya mintak pun. Dah tak payah nak bandingkan sangatlah, awak patut bersyukur dan terima Danial tu seadanya,” Sentap! Amira termalu sendiri. Ha...tulah tak bersyukur sangat kan dah kena ceramah free.

“Hee....yelah. Sya, saya dengar hotel Am ada Family Day tiga minggu lagi. Awak pergi ke?” soal Amira ingin tahu.

“Pergilah kut.”

“Pergi? Dengan keadaan awak yang lemah tu?”

“Tak ada apa dah rasanya. Awak tak nak ikut?”

“Awak rasa si Danial akan bagi ke?”

“Humm tak?” teka Syasya.

“Tau tak apa.....faham-faham ajelah cik abang saya tu, protective sangat.” Luah Amira sebal. Terpaksalah dia lupakan angan-angannya nak pergi makan angin.

“He’s care about you sebab tu protective. Lagi pun awak tu dah beberapa bulan lagi nak bersalin, mestilah dia pentingkan keselamatan awak,” nasihat Syasya.

“Yalah. Sya, saya ada hal kat butik ni nak selesaikan. Nanti kita borak lagi,”

“Eh, awak still pergi butik lagi ke? Danial tak marah?”

“Ha...berani dia nak larang. Penat-penat saya belajar sampai dah buka butik sendiri. Mula-mula tu adalah juga dia bising tapi saya kena turun juga, takkan nak harapkan staff aje semua, kan lingkup pulak bisnes saya ni. Tapi sekarang dia dah okey, syukurlah.”

“Oh, baguslah kalau macam tu. Ini pun saya harap Am tak control kerja saya. Mana boleh saya berpisah dengan kerja saya tu,”

“Saya rasa Am mesti faham, awak bincang baik-baik dengan dia. Okey Sya, nanti kita borak lain kali. Bye, take care,” Setelah mematikan telefon, Ammar masuk ke bilik sambil membawa segelas susu.

“Nah, minum susu ni.” Hulur Ammar. Segera Syasya menyambutnya. Syasya meneguknya hampir separuh.

“So, how do you feel sayang? Still mual lagi?” tanya Ammar.

“Tak sangat dah, feel better than last day. Abang cuti lagi ke?”

“Abang dah kena masuk kerja dah esok, sayang tak apa, kan?”

“Sya okey. Tapi boleh tak Sya pun nak masuk kerja juga esok?” pinta Syasya. Ammar terdiam. Cuba memikirkan permintaan isterinya.

“But doktor cakap Sya kena banyak rehat, why should you....”

“Abang, kalau abang nak Sya berhenti kerja, Sya tak nak berhenti,” potong Syasya tegas.

“Okey...okey, abang tak minta Sya berhenti tapi Sya rehat seketika sampai keadaan Sya dah baik,”

“Sya dah okeylah abang,”

“Sya....dengar cakap abang. Memanglah sekarang ni Sya dah okey, tapi mana tau tengah kerja tu Sya mual ke pening ke apa. Macam mana...” balas Ammar. Syasya mula terasa, entah kenapa perasaannya sedih, seolah-olah Ammar langsung tak memikirkan perasaannya. Ammar yang perasan perubahan riak wajah Syasya mula mengenggam erat tangan isterinya.

“Okay, fine abang benarkan. Tapi ingat jangan buat kerja berat-berat. Kalau ada apa-apa terus call abang,” Setelah mendapat kebenaran, wajah Syasya bertukar ceria.

“Betul ni abang?” Ammar mengangguk. Segera dipeluk suaminya. Hai ni yang tambah sayang. Ammar membalas pelukan isterinya.

“Sayang tadi ada orang kirim salam dekat sayang,”

“Siapa?” soal Syasya lantas menghabiskan minuman susunya.

“Alya.” Hampir tersedak Syasya. Alya?

“Dia call abang?”

“Haah, dia ucapkan tahniah atas kandungan sayang. Dia happy untuk kita,” cerita Ammar. Syasya hanya mendiamkan diri. Hatinya rasa sakit bila mendengar suaminya asyik bercerita tentang perempuan lain. Syasya kembali teringat perbualan si Tania dan rakannya itu, cemburu ke aku?

“Sayang....dengar tak abang cakap ni,” sergahan Ammar menyedarkan Syasya ke alam realiti.

“Dengar.” Jawab Syasya sepatah. Berkerut dahi Ammar melihat sikap Syasya yang mula berubah dingin.

“Kenapa ni?”

“Abang, boleh Sya tanya sesuatu?”

“Sure, tanyalah.” Ucap Ammar lalu membetulkan dirinya mengadap Syasya.

“Sebelum kita berjumpa, abang bercinta dengan Alya ke?” soal Syasya hati-hati. Tersembur ketawa Ammar mendengar pertanyaan isterinya. Lucu!

“Abang....Sya tak buat lawak ni,” Syasya sudah menarik muka.

“Maaf....maaf. Tak adalah, soalan Sya tu lawak sangat. Ni siapa yang buat cerita abang bercinta dengan Alya pulak ni.”

“Tak ada siapa-siapa.” Syasya cuba menyembunyikan hal yang sebenar.

“Bohonglah, kalau tak mesti sayang tak akan tanya macam ni. Sya, abang dan Alya tak pernah ada apa-apa dan tak akan ada apa-apa. Sya jangan dengar cakap orang, just percaya dekat abang. Hati abang dari dulu sampai sekarang hanya untuk Sya, tak pernah berubah.”

“Kenapa abang macam rapat semacam dengan dia,” soal Syasya lagi.

“Sebab abang terhutang budi dengan dia,” balas Ammar selamba.

“Hutang budi? Maksudnya?”

“Waktu sekolah dulu, abang pernah hampir nak kena langgar tapi nasib abang baik sebab Alya yang selamatkan abang. Kalau tak, abang tak tau abang masih berdiri di hadapan sayang lagi atau tak.” Jawab Ammar.

Syasya terdiam. Kenangan dulu muncul kembali. Ya Allah kenapa aku boleh lupa, akulah punca pada kejadian itu. Aku punca nyawa Ammar dalam bahaya dulu. Sepatutnya aku berterima kasih pada Alya kerana selamatkan Ammar.

Syasya mula rasa serba salah kerana merampas Ammar dari Alya. Alya lebih layak untuk Ammar berbanding aku yang banyak menyusahkan Ammar.

“Kalau Sya tak muncul dalam hidup abang, mesti abang dah bahagia dengan Alya, kan,”

“Sayang.....kenapa cakap macam tu? Walau Sya tak muncul pun abang tetap tak akan kahwin dengan Alya, because i love you so much. Please sayang jangan cerita lagi soal ni, abang tak suka,” pujuk Ammar sambil mengenggam tangan Syasya.

“Baby, jangan dengar cakap ibu ya. Papa sayangkan ibu dan baby saja kerana kamu berdua ialah cinta terakhir papa,” bisik Ammar sambil mengusap perlahan perut Syasya.

“Sya percayakan abang, kan?”

Syasya terharu melihat tingkah laku Ammar. Syasya mengangguk.

“Sya percayakan abang,” balas Syasya. Ammar tersenyum manis.

“Terima kasih sayang, abang janji abang tak akan lukakan hati Sya.”

“Abang janji,”

“Ya sayang abang janji.” Ammar terus mencium dahi isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience