Bab 11

Romance Series 14495

Ala...kenapa setiap kali aku jumpa dia, aku tak minta nombor dia, rugi betul la...tapi tak apalah asalkan aku boleh jumpa dan borak dengan dia hari-hari. Emmm cepatlah malam berlalu. Aku sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan dia esok. Wahai hati sabarlah engkau!
Akhirnya Ammar terlena dengan penuh kebahagiaan.

Kedinginan malam itu tidak dapat membuatkan Syasya tidur dengan lena kerana memikirkan permasalahan yang kini dihadapinya. Kalau betul kak Fasha awek Ammar, kenapa Ammar ingin berkenalan dengan aku lagi sedangkan kak Fasha sudah memenuhi kriteria seorang lelaki. Mungkin Ammar seorang playboy yang ingin mempermainkan hati perempuan seperti apa yang dilakukan oleh Haikal dulu. Ya Allah kenapa aku selalu dijadikan mangsa oleh lelaki seperti mereka ini! Kau berikanlah aku ketabahan agak aku dapat harungi dugaan ini.

Walaupun Syasya sedikit menyesal kerana telah menerima perkenalan dengan Ammar tetapi sedalam-dalam hatinya dia merasakan sesuatu perasaan bahagia yang dia tidak pernah rasa sebelum ini. Kenapa dengan aku ni?

**
Awal pagi lagi Ammar sudah sampai ke sekolah. Hari ini dia kelihatan lebih cergas. Demamnya kini sudah sembuh sepenuhnya dan dia makin bersemangat untuk ke sekolah. Ini pasti berkat seseorang yang kini mula bertakhta di hatinya. Matanya melorot ke arah sosok tubuh badan yang dikenalinya lalu Ammar bergerak untuk menegur.

“Hai...awak,” tegur Ammar tersenyum. Syasya berpaling dan hanya memandang sahaja tanpa membalas senyuman tersebut.

“Hai,” jawab Syasya mendatar.

“Kenapa macam tak ada mood aje, saya ada buat salah ke?” tanya Ammar pelik.

“Mulai sekarang jangan jumpa saya lagi dan lupakan hubangan kita ini. Saya harap awak faham. Jangan ganggu saya lagi!” ujar Syasya lalu beredar dari situ.

“Syasya tunggu!” jerit Ammar tanpa mempedulikan beberapa pasang mata yang memandang ke arahnya. Tapi kenapa....desis hati Ammar dengan lemah.

Syasya yang mendengar Ammar memanggil namanya hanya mempekakkan telinga sahaja. Sabar Syasya....jangan pedulikannya. Entah kenapa ayat yang diucapkan sebentar tadi telah melukakan hatinya sendiri. Dia meneruskan langkahnya dengan lemah.
**
“Kau kenapa pulak ni bro? Semalam bukan main ceria hari ni macam mati bini aje,” tegur Danial sambil memegang bahu rakannya yang sedang termenung. Teguran Danial hanya dibiar sepi. Danial mula pening dengan tingkah laku rakannya itu. Aik takkan angau sampai macam ni sekali, desis Danial.

“Aku tengok dinding tu dah tembus disebabkan panahan mata kau tu. Sampai kat mana dah kau duduk ni, agak-agak dah sampai luar negara ke? Ada nampak mana-mana minah saleh cun tak?” ucap Danial sambil ketawa perlahan.

Ketawa Danial kembali senyap setelah melihat wajah Ammar yang tidak berubah dengan kata-katanya. Ala...aku buat lawak pun tak ada respon, nampak macam aku pulak yang gila ketawa sendiri, lamunan Danial terhenti apabila Ammar mula bersuara.

“Dia dah tak nak jumpa aku lagi,”

“Siapa pulak Am?” tanya Danial pelik.

“Syasya,” jawab Ammar perlahan.

“La...kenapa pulak ni, tiba-tiba je. Kau ada buat apa-apa ke Am?”

“Mana ada, aku bukan macam kau. Aku pun tak tahu kenapa dia boleh cakap macam tu,” ujar Ammar. Sempat lagi kutuk aku...desis Danial.

“Amboi kasar bahasa. Habis kau nak buat apa ni?” tanya Danial kembali.

“Sorry bro, aku emosi sikit. Aku nak tahu juga kenapa dia boleh berubah macam ni dan aku nak kau teman aku jumpa seseorang,”

“Siapa?”

“Kau ikut ajelah,” jawab Ammar lalu menarik rakannya untuk berjumpa seseorang yang boleh menyelesaikan masalah ini.
**

“Amira ada orang nak jumpa awak, dia tunggu dekat Taman Sains,” ucap Anita sambil tersengih.

“Oh okey, thanks,” ujar Amira sambil bergerak ke tempat yang dituju. Siapa pulaklah yang nak jumpa aku ni...

Langkahnya terhenti apabila melihat gerangan manusia yang ingin berjumpa dengannya. Ammar yang sedar kehadiran teman rapat Syasya mengukirkan senyuman dan mengajaknya untuk duduk di bangku kosong bersebelahan Danial. Danial hanya memerhati langkah gadis tersebut. Cun jugak budak ni, bisik Danial. Ulat bulu dah naik daun dah....

“Maaf sebab saya tiba-tiba nak jumpa awak, by the way awak....” Ammar sambil cuba mengingati nama rakan baik Syasya itu.

“Amira Zulaikha...panggil Amira,” Amira yang faham mula memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis. Cantiknya nama dia macam tuan dia...kenapa aku tiba-tiba berdebar ni, desis Danial lalu terus memandang wajah Amira yang putih itu.

“Maaf saya terlupa, Syasya ada beritahu saya dulu. Kenalkan ini Danial Asraf kawan baik saya” ujar Ammar. Amira hanya sekadar mengangguk kepada Danial.

“Eh tak apa, saya tau dalam fikiran awak tu mesti dipenuhi nama Syasya saja, kan,” teka Amira. Kata yang dilemparkan oleh Amira membuatkan Ammar ketawa perlahan. Boleh tahan juga minah ni...bisik Ammar.

“Ada apa awak nak jumpa saya ni, pasti ada hal penting, kan?” soal Amira kembali.

“Saya nak tahu kenapa Syasya tiba-tiba berubah dan bersikap dingin dengan saya? Saya ada buat salah dengan dia ke? Saya pasti awak tau jawapannya sebab awak teman rapatnya. Mesti dia akan berkongsi segalanya dengan awak,” ujar Ammar panjang lebar.

Amira kelihatan serba salah untuk bercerita kerana dia sudah berjanji kepada Syasya untuk tidak menceritakan kepada sesiapa. Untung sahaja pertemuannya dengan Ammar ini tidak diketahui Syasya.

Tetapi dia tidak mahu hubangan yang baru terjalin ini harus diputuskan begitu sahaja dan dia yakin perangai Ammar tidak seteruk itu. Dia juga pasti Ammar telah jatuh hati dengan Syasya dan mampu menjaga hati Syasya lebih baik daripada Haikal. Dia harus melakukan sesuatu.

“Sebenarnya, awek awak ada serang Syasya semalam dan sebab itulah Syasya tak nak menjadi pengganggu terhadap perhubungan awak berdua,” ucap Amira lambat-lambat.

Kenyataan Amira membuatkan Ammar dan Danial terkejut. Bila masa pulak Am ada awek ni? Sampai hati punya kawan, takkan tak nak kongsi dah cerita tu kat aku...desis Danial sambil merenung ke arah Ammar dan menunggu penjelasan daripada rakannya itu.

“Bila pulak kau ada awek ni bro, tak cerita dah kat aku ya,” ujar Danial serius.

“Eh tak ada maknanya. Bro, aku tak ada aweklah. Kau kan tahu semua benda aku kongsi dengan kau dan kau tahukan siapa yang ada dalam hati aku ni,” beria-ria Ammar menjelaskan situasi yang sebenarnya.

“Habis tu siapa pulak yang mengaku jadi awek Ammar ni?” soal Danial kepada Amira. Lalu Amira menceritakan satu persatu kejadian yang berlaku tanpa meninggalkan sedikit pun. Dia ingin semua menjadi jernih seperti dulu lagi dan dia yakin hanya Ammar yang mampu membahagiakan Syasya.

“Aku memang dah syak ni pasti kerja budak gedik dua orang tu! Kurang ajar betullah, kalau aku dapat memang taulah nasibnya,” kata Ammar sambil mengepal penumbuknya. Wajahnya yang putih itu bertukar merah.

“Sabar bro, jangan bertindak terburu-buru,” Danial cuba menenangkan rakannya. Amira hanya menjadi pemerhati. Kecut perut juga bila melihat wajah Ammar itu, belum pernah lagi dia melihat Ammar dalam keadaan marah. Pasti Syasya yang berada dalam hati Ammar kini, aku yakin...desis Amira.

“Sebenarnya saya dan Fasha tak ada apa-apa hubungan. Fasha memang dari dulu lagi sukakan saya tapi saya sedikit pun tak ada hati dekat dia. Jadi dia tak ada hak nak halang saya untuk kawan dengan sesiapa pun,” jelas Ammar.

“Saya memang dah agak dah cuma Syasya sahaja tak nak percaya dengan apa yang saya cakap. Dia tak nak luka dulu berdarah kembali,” ujar Amira.

“Luka dulu? Luka apa..?” soal Ammar pelik.

“Eh tak ada apa-apalah, emm...so macam mana sekarang ni?” soal Amira serba salah. Macam mana aku boleh tersasul ni, nasib baik tak keluar banyak, desis Amira. Ammar pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Amira cuma dia tidak ingin bertanyakan soal itu sekarang. Yang penting, hubungannya dengan Syasya harus kembali seperti semula.

“Saya nak awak tolong saya, boleh?” soal Ammar kembali.

“Sure, apa dia,”

“Begini....” lalu mereka segera berbincang untuk mengatur strategi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience