Bab 64

Romance Series 14493

Ketika Haikal sedang menikmati sarapan, kerusi sebelah ditarik seseorang. Datin Hanum melabuhkan diri di sebelah anaknya.

“Kal, mummy nak cakap sesuatu dengan Kal,” kunyahan Haikal terhenti. Matanya menatap Datin Hanum mendengar perbicaraan selanjutnya.

“Mummy nak Kal hentikan segala apa yang Kal buat dekat budak tu. Dia isteri orang dah nak....” pujuk Datin Hanum.

“Please mummy....Kal tak nak bincang hal ni. Mummy jangan masuk campur urusan Kal boleh tak,” rengus Haikal. Tetiba selera makannya hilang.

“No...mummy kena sedarkan anak mummy. Benda yang lepas jangan dikenang lagi....you have to move on, my dear.” Haikal hanya tersenyum sinis.

“Move on? No....Syasya is my first love and forever it will be my last love.” Haikal terus berlalu keluar.

Dato Harun menghampiri meja makan tersebut. Melihat isterinya sedikit tertekan melayan kerenah anak bongsu mereka, lantas dituang jus oren ke dalam gelas lalu dihulur pada Datin Hanum.

“Abang, Num tak tau nak buat apa lagi.” Luah Datin Hanum.

“Num, jangan risau. Abang akan cuba nasihatkan Kal. Abang harap Kal tak buat benda yang tak elok dekat budak tu,” pujuk Dato Harun. Jujur hatinya juga takut seandainya anaknya bertindak di luar jangkaan.
**
“Baik ibu, nanti Am dan Sya pergi rumah ibu malam ni.” Setelah mematikan panggilan, Ammar bergerak ke arah isterinya yang sedang membasuh pinggan di dapur. Segera di rangkul pinggang isterinya dari belakang. Syasya sedikit tersentak. Hampir saja terlucut pinggan di tangan.

“Abang.....janganlah buat terkejut macam ni. Nasib tak pecah pinggan ni,” tegur Syasya. Ammar hanya tersengih.

“Ala...sorry sayang.” Ammar buat muka comelnya. Syasya sekadar menjeling manja. Ingat comel sangatlah buat muka macam tu.

“Sayang, malam ni kita balik rumah ibu ya...ibu rindu nak jumpa menantu kesayangan dia ni,” Syasya tergelak mendengar perlian si suami. Hai cemburulah tu.

“Abang cemburu ke?”

“Mana tak cemburu, bila call abang aje mesti ibu akan tanya sayang dulu. Yana buat apa? Yana dah makan ke belum? Ha...kalau rindu sayang, kenapa tak call sayang terus,” rajuk Ammar. Syasya menggeleng kepala melihat telatah manja suaminya.

“Ala dengan isteri sendiri pun nak cemburu. Ibu call abang sebab ibu rindukan abang jugalah....dua dalam satu.” Ammar mencebik.

Syasya terus mencium pipi suaminya. Muka cemberut Ammar terus berubah manis.

“Sayang ni, macam tau-tau aje nak pujuk abang. Ni yang tambah sayang ni.” Usik Ammar sambil mencuit hidung isterinya.

“Biar tambah jangan kurang tau,”

“Mestilah, tak akan pernah kurang untuk sayang,” jawab Ammar sambil merenung dengan penuh kasih sayang. Syasya tersenyum lalu melabuhkan kepalanya ke bahu suaminya.

“Sayang, bulan depan hotel abang ada buat family day di Sungai Pangsun Hulu Langat,”

“Kita kena pergi ke?” soal Syasya blur. Ammar tergelak mendengar pertanyaan isterinya.

“Mestilah kena. Hotal abang yang anjurkan. Bos pergi mesti isterinya kena pergi juga,” balas Ammar. Syasya hanya tersengih. Kalau bos pergi dah tentulah setiausahanya dan staff yang lain pun ada. Entah kenapa Syasya malas mengadap muka si Tania tu.

“Abang boleh tak ajak Danial dan Mira sekali, tak adalah Sya sunyi,” Cadang Syasya. Kalau ada Amira, tak adalah Syasya kekok nanti. Ammar memikirkan cadangan isterinya.

“Abang boleh ajak tapi nak ke Danial kasi isterinya masuk hutan tambah pula tengah dalam keadaan sarat macam tu,” baru Syasya terfikir yang Amira kini sudah separuh sarat. Baru nak masuk enam bulan tapi boyotnya kalah sembilan bulan. Anak kembar mungkin.

“Sayang, jangan risau. Sayang pun kenal beberapa staff abang tu, kan. Bukan sayang rapat ke dengan Kak Siti. Hari tu borak sakan, sampai abang dah keluar pun tak sedar.” Usik Ammar.

Berkerut dahi Syasya mendengar usikan suaminya. Rapat ke? Humm bolehlah....

“Kak Siti ikut ke abang?”

“Mestilah, dia salah seorang AJK untuk Family Day ni. So sayang jangan nak fikir apa-apa, abang tak akan tinggal sayang. Sayang berkepit aje dengan abang, abang lagi suka,” ujar Ammar.

Syasya hanya tersenyum nipis. Harap tak ada benda yang menyakitkan hati berlakulah. Hal yang didengari di ofis Ammar dulu pun masih menjadi rahsia. Walau apapun Syasya masih belum tanya dengan jelas apa hubungan Ammar dan Alya. Hanya menunggu masa yang sesuai.
**
Syasya dan Ammar sampai ke kediaman milik keluarga Ammar. Syasya disambut dengan kehadiran si kecil comel yang sangat dirinduinya.

“Ibu....Farish rindu ibu.” Jawab Farish lalu segera memeluk Syasya erat. Syasya turut merindui adiknya.

“Hai ibu je? Papa Am tak rindu?” usik Ammar. Farish tersengih lalu segera memeluk Ammar. Disebabkan Farish tak boleh tukar panggilan ibu kepada kak long terpaksalah Ammar juga meminta agar dipanggil papa Am. Lagipun Ammar turut menyukai panggilan tersebut, sweet katanya. Keluarga Syasya hanya mengikut sahaja kehendak mereka.

“Kenapa tak call cakap mama dan papa datang juga,” soal Syasya sambil menyalami tangan Encik Aziz dan Puan Fina. Belum sempat mereka berdua menjawab, seseorang datang menyibuk.

“Saja nak buat surprise,” sahut Fisha. Syasya tersenyum mendengar celetoh si gadis yang nak meningkat anak dara ni.

“Surprise sangat ni. Abang pun bersubahat sekali ya,” Ammar hanya mampu tersengih.

“Ala....akak tu lama sangat tak balik rumah. Kitorang ni rindu sangat nak jumpa akak tau,” bela Fisha. Tak nak bagi abang kesayangan kena marahlah tu.

“Yalah....yalah. Akak mintak maaf okey. Akak buzy sikit lately ni. Papa bagi kerja banyak sangat, ha marah papa,” Syasya cuba mengenakan Encik Aziz.

“La papa pulak, kakak kamu ni yang workaholic sangat. Bukan papa yang bagi kerja banyak,” bela Encik Aziz. Yang lain hanya tergelak mendengar celoteh Syasya sekeluarga.

“Eh, ni duduk berbual kat luar pulak. Mari masuk, makanan dah siap tu,” tegur Tengku Ismail. Leka benar melayan kehadiran Syasya dan Ammar. Kediaman Tengku Ismail kini riuh rendah dengan suara gelak ketawa kedua belah keluarga.

Masing-masing mengambil tempat duduk.

“Kak Amylia tak balik ke ibu?” soal Ammar.

“Kak Amy ikut abang Izham pergi Jepun, katanya ada kursus kat sana tiga hari. Lusa baliklah tu. Oh ya Amylia dan suami kirim salam pada semua,” ucap Tengku Sofia. Yang lain sekadar menjawab salam.

Syasya gembira bila melihat kek lapis juga turut dihidangkan di atas meja tersebut. Sudah lama dia terasa ingin makan kek lapis. Hai rezeki ni! Segera diambil sekeping lalu di masukkan dalam mulutnya.

“Sayang kenapa gelojoh sangat ni, macam tak pernah makan kek lapis pulak,” tegur Ammar lalu menyapu perlahan mulut isterinya.

“Humm, sedapnya. Rasanya masih sama macam dulu,” bicara Syasya membuatkan Tengku Sofia terkedu.

“Sama macam dulu? Rasanya ini kali pertama ibu hidangkan untuk Yana.” Erk...Syasya mula tersedar. Segera Syasya mengerling ke arah Ammar meminta pertolongan.

“Err....maksud Sya, rasa kek masih sama macam yang ibu buat dekat majlis Am tu. Mesti sayang ada rasa waktu, kan?” Ammar cuba menyelamatkan keadaan. Syasya segera mengangguk laju.

“Oh...mama ada buat ek. Lupalah tu...maklumlah semakin berusia ni. Betul tak Fina?”

“Betul sangatlah tu kak, saya pun kadang-kadang ada juga benda yang lupanya.” Sokong Puan Fina. Ammar dan Syasya mengeluh lega. Nasib rahsia mereka tidak pecah.

“Mama masak apa ni, bau sedap aje,” luah Ammar cuba untuk menukar topik perbualan. Syasya segera menghidangkan nasi pada suaminya.

“Sayang, mama masak makanan favourite sayanglah, gulai tempoyak ikan patin. Mari sini abang cedokkan.”

Ketika Ammar sedang mencedokkan lauk kesukaan Syasya, Syasya terbau dan menutup hidungnya. Tiba-tiba tekaknya terasa mual. Segera Syasya bangun dan bergegas ke dapur. Segala sisa perut dikeluarkan.

Perbuatan Syasya membuatkan seluruh keluarga pelik dan risau. Ammar terus menyusul Syasya dan menggosok belakang isterinya. Setelah Syasya selesai dan membersihkannya, Syasya bergerak ke depan sambil dipimpin Ammar.

“Sayang kenapa ni? Salah makan ke?” soal Ammar panik. Syasya menggeleng kepala lemah.

“Entahlah, Sya tak boleh bau makanan tu. Rasa pening dan mual sangat. Tak tau kenapa,” setelah mendengar jawapan Syasya, kedua ibu bapa Syasya dan Ammar tersenyum gembira.

“Alhamdulillah,” jawapan kedua belah keluarga membuatkan Syasya dan Ammar pelik. Kenapa gembira sangat ni? Masing-masing muka bahagia.

“Kenapa semua nampak happy ni?” soal Ammar.

“Mana tak gembira, dah melekatlah tu.” Jawab Puan Fina selamba. Makin berkerutlah dahi Syasya dan Ammar yang cuba memahami maksud Puan Fina.

“Apa yang melekat?” kini Syasya pula yang bertanyakan soalan.

“Hai....payah pulak dua orang ni nak faham. Ammar nanti pergi klinik check up, tengok berapa bulan dah. Tak sabar kami semua nak menimang cucu ni,” ujar Tengku Sofia terus terang.

Ammar dan Syasya memandang antara satu sama lain.

“Cucu....!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience