Bab 69

Romance Series 14493

Syasya terduduk lemah di perhatian bas. Air mata yang merembas keluar dibiarkan. Syasya memegang dadanya. Sakit! Ibarat hatinya ditikam berpuluh-puluh kali. Syasya mengusap perlahan perutnya. Sayang, papa dah buang kita nak. Kita sudah tidak penting untuk papa lagi. Tak apa sayang, mama janji....mama akan jaga sayang sepenuh jiwa mama. Mama janji! Bisik Syasya.

“Syasya?” panggil satu suara.

Syasya segera mengesat air mata di pipi.

“Haikal. Awak buat apa kat sini?” soal Syasya serak.

“Kebetulan saya lalu di kawasan ni. Saya yang patut tanya awak, awak buat apa kat sini? Sorang-sorang pulak tu,” ujar Haikal. Wajahnya berkerut melihat mata Syasya yang merah dan membengkak.

“Awak nangis ke Sya?” Syasya segera menunduk bagi menyembunyikan matanya yang sembap.

“Eh, tak adalah. Mana ada. Saya okey,” dalih Syasya.

“Awak jangan tipulah. Saya tau awak menangis. Kenapa ni? Siapa yang buat awak macam ni? Ni awak duduk sini, suami awak tau ke?”

Syasya terdiam. Setiap pertanyaan Haikal dibiar sepi.

“Okey...tak apa. Jom kita pergi minum dulu. Tenangkan fikiran awak tu,” ajak Haikal.

Syasya sedikit keberatan ingin mengikuti Haikal tapi setelah diberi jaminan oleh Haikal yang dia tak akan apa-apakan Syasya. Akhirnya Syasya menerima pelawaan Haikal. Sebelum Haikal menghidupkan enjin, Haikal menghulurkan air mineral yang berada di dalam keretanya kepada Syasya.

Syasya menerimanya dan meneguk sedikit bagi menghilangkan dahaganya akibat jauh berjalan kaki tadi.

“Bahaya tau, awak duduk sorang-sorang kat situ. Nasib baik saya jumpa, kalau penjahat ke perogol ke yang jumpa, tak ke naya.” Bebel Haikal.

“Terima kasih Haikal,” ucap Syasya. Setidaknya dia rasa lega bila Haikal yang menemuinya.

“Sama-sama Sya. Awak jangan risau, saya akan terus melindungi awak tak macam suami awak yang pengecut tu,” bisik Haikal. Syasya terkedu. Entah kenapa hatinya rasa tak enak bila mendengar ayat Haikal. Tiba-tiba kepalanya mula rasa pening.

“Haikal....kenapa kepala saya rasa pening?” Syasya memegang kepalanya.

“Oh, mungkin awak penat sangat tu,” balas Haikal selamba.

Mata Syasya semakin berpinar dan lama kelamaan semuanya gelap. Syasya rebah tidak sedarkan diri. Haikal hanya memandang sepi. Segera dilajukan kenderaannya ke destinasi yang dituju.
**
“Am apa dah jadi ni?!” soal Amylia kaget. Segera dia meluru ke arah Ammar yang terduduk lesu di sofa.

Semua tetamu yang juga kebetulan sampai, hampir terlopong melihat suasana rumah yang lintang-pukang. Ni baru habis kena rompak atau ada acara WWE di rumah tersebut. Semua terkedu tambahan pula melihat keadaan Ammar yang serabut begitu.

Ammar segera memeluk kakaknya dan menangis teresak-esak seperti anak kecil.

“Am, benci dia kak. Am benci! Kenapa dia mesti buat Am macam ni?”

“Sabar Am, kenapa ni? Cuba cerita pada akak, apa yang terjadi?”

Izham mengambil beberapa keping foto lalu ditunjukkan pada Amylia. Yang lain juga turut melihat dan seakan tidak percaya akan gambar tersebut. Amylia menutup mulutnya. Tergaman! Terus dipeluk dan diusap lembut belakang adiknya. Cuba memberi semangat yang kuat.

Amira terdiam. Foto itulah yang pernah dilihatnya bersama Syasya lapan tahun dulu. Dan tuan punya foto itu jugalah telah mengugut Syasya untuk disebarkan pada pihak sekolah. Tapi kenapa sekarang baru foto itu disebarkan? Nampaknya orang yang pernah ugut Syasya masih berdendam pada Syasya sampai sekarang.

Amira memandang Fasha. Ya, Fasha dulu pernah berdendam dengan Syasya tapi takkanlah Fasha? Apa motif dia nak porak-perandakan rumah tangga Syasya dan Ammar.

“Okay now tell me, mana Syasya?” soal Amylia lembut. Ammar mendiamkan diri.

“Am, mana dia?” soal Amylia lagi.

“Am dah halau dia dari rumah ni,” balas Ammar lemah.

“What? Apa yang Am buat ni. Okey kak Amy faham kalau Am marah tapi keputusan dengan halau Syasya pergi, itu keputusan yang salah. Am dah dengar belum penjelasan Syasya?” soal Amylia.

Ammar menggeleng. Amylia mengeluh. Amylia faham sangat dengan sikap Ammar yang panas baran. Bila dia sudah mengamuk pasti dia akan buat keputusan tanpa berfikir dahulu.

“Apa yang Am buat ni salah. Benda ni boleh bincang, kan. Am sedar tak yang Sya tu tengah mengandung sekarang. Mengandung anak Am tau!” marah Amylia. Izhan cuba menenangkan isterinya.

“Am kata dekat dia tu bukan anak Am,” Istighfar semua bila mendengar jawapan Ammar. Amylia lagilah merah mukanya menahan marah. Apa yang merasuk adiknya sampai boleh berkata sedemikian. Kalau bukan sebab suaminya memegang dirinya, sudah ditampar adiknya.

“Am! Apa yang Am merepek ni? Sampai hati Am boleh cakap dekat Sya macam tu. Apa yang merasuk Am ni sampai tidak mengaku darah daging sendiri?!” bentak Amylia. Bingit satu rumah mendengar kelantangan suara Amylia. Yang lain hanya mendiamkan diri, tidak ingin masuk campur. Belum pernah lagi mereka melihat kemarahan Amylia sebegitu sekali.

“Sayang, tenang okey. Jom kita duduk dulu,” Izham cuba menenangkan isterinya. Meskipun dia tidak layak untuk masuk campur urusan mereka adik-beradik tapi sebagai suami dia harus memastikan isterinya dalam keadaan yang tenang.

Amylia mengikut kata suaminya. Segera dia melepaskan lelah di sofa.

“Tuan, hadiah ni tertinggal dalam kereta. Ni saya hantarkan,” satu suara mengejutkan semua yang berada di situ.

“Maaf tuan, saya menganggu ke?” soal pemandu Izham.

“Tak apa Hamdan. Letak aje dekat meja tu,” arah Izham. Hamdan segera mengikut kata majikannya. Ketika dia meletakkan hadiah, Hamdan melihat gambar yang bersepah di atas meja. Diperhatinya dengan penuh khusyuk, seakan dia mengenali foto tersebut.

“Tuan?” panggil Hamdan.

“Ya Hamdan, ada apa?”

“Perempuan dalam gambar ni siapa ya?” Semua orang pelik dengan pertanyaan Hamdan. Adakah Hamdan mengenali Syasya?

“Isteri saya. Abang Hamdan kenal ke?” soal Ammar ingin tahu.

Hamdan terdiam seketika. Cuba mencari kata-kata yang sesuai.

“Kalau ini isteri Tengku, jangan Tengku marah dia. Ini semua bukan salah dia, dia mangsa kepada ketamakkan seorang lelaki,”

“Apa maksud awak Hamdan,” soal Izham.

“Sebenarnya saya lelaki dalam foto itu.” Jujur Hamdan. Semua yang berada di situ tercengang. Hampir sahaja Ammar ingin meluru pada Hamdan tapi sempat ditangkap Izham dan Danial. Kalau tak sudah pecah muka Hamdan dikerjakan Ammar.

“Am....sabar dulu boleh tak! Biar abang Hamdan ceritakan kejadian yang sebenar,” ujar Danial. Ammar mengalah, sekali lagi dia menghempas diri di sofa. Kepalanya makin serabut. Satu demi satu kejutan yang diterimanya.

“Saya mintak maaf pada semua atas sikap tamak saya lapan tahun dahulu. Kerana duit saya kabur untuk kenal mana yang halal, mana yang haram. Sehingga saya sanggup merosakkan masa depan orang,” Luah Hamdan sayu.

Hamdan sudah lama bertaubat atas segala dosa yang dia lakukan. Hatinya langsung tak tenang bila memikirkan apa yang dia lakukan dahulu. Sebab tu dia cuba mencari kerja halal dan akhirnya diterima bekerja sebagai driver di keluarga Tengku Izham.

Tak sangka khidmatnya hari ini menjadi pemandu membawa dia menemui insan yang sudah lama dicarinya. Tak sangka Syasya Ilyana yang menjadi isteri Tengku Ammar, iaitu adik ipar Tengku Izham merupakan orang yang pernah dia lakukan kezaliman dulu.

“Maksud awak, awak dibayar seseorang?” soal Amylia.

Hamdan mengangguk.

“Ya cik puan, saya dibayar seseorang dengan jumlah wang yang sangat besar. Tapi jujur saya tak pernah berbuat benda yang tak elok pada budak tu. Apa yang saya ingin waktu tu hanya duit. Saya hanya mengikuti apa yang disuruh dan cuma itu sahaja. Selepas itu saya terus tinggalkan dia di situ. Orang yang bayar saya pun, saya tak kenal pasti siapa,” cerita Hamdan.

“Apa yang diceritakan abang Hamdan tu betul,” ucap Amira. Semua disitu mengalihkan perhatian pada Amira. Setelah itu, Amira menceritakan segala rahsianya yang disimpan bersama Syasya lapan tahun dahulu.

Ammar terkedu. Jadi selama ini, Syasya diugut dan dikecam dalam diam. Dan sebab Syasya nak menyelamatkan aku, dia sanggup berundur waktu itu. Itu semua kerana aku! Ya Allah apa yang aku lakukan pada isteriku?

“Jadi siapa orang yang mengugut Syasya selama ini?” soal Danial.

“Pada mulanya kami menyangka Fasha dalang semua ini kerana waktu itu Fasha benci sangat pada Syasya,” Fasha terkedu bila namanya disebut.

“Allah. Sumpah! Saya tak buat macam tu, memang saya pernah membenci Syasya ketika dahulu. Tapi saya tak akan berani buat kerja-kerje begitu,” nafi Fasha.

“Aku rasa aku tau siapa dalang ni semua! Dan aku pasti ni semua kerja dia!” ujar Afiq yakin. Pengakuan Afiq mengejutkan semua orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience