Bab 31

Romance Series 14493

Beberapa hari selepas itu.

“Syasya! Saya ada benda nak cerita dekat awak?” Amira terus menarik Syasya ke tempat yang sedikit tersorok. Syasya yang sedang membelek buku terkejut dengan tarikan Amira.

“Awak ni kenapa Mira? Cuba sabar sikit.” Tegur Syasya.

“Ini perkara serius! Tak boleh sabar lagi. Danial beritahu saya yang Ammar nyaris kena langgar.” Buku di tangan Syasya terjatuh. Syasya jatuh melurut. Ya Allah!

“Mira...dia tak apa-apa ke? Dia cedera ke? Dia kat mana sekarang?” soal Syasya bertubi-tubi. Amira cuba menenangkan Syasya. Kalau ini yang terjadi lebih baik dia mendiamkan diri sahaja. Sebenarnya Ammar tidak ingin hal ini sampai ke pendengaran Syasya. Dia tidak ingin Syasya bimbang. Tapi bagi Danial dan Amira ini hal penting. Tidak boleh disembunyikan.

“Jangan risau dia tak apa-apa. Danial cakap Alya yang selamatkan Ammar.”

Syasya tersentak. “Al...Alya?” Amira mengangguk perlahan.

Syasya tertunduk perlahan. Entah kenapa dia rasa diri dia tidak berguna. Dia hanya menambah bala sahaja kepada Ammar. Tiba-tiba Syasya teringatkan sesuatu lantas Syasya memegang bahu Amira.

“Awak ingatkan ugutan tu? Yang dia akan bunuh Ammar jika saya tak putuskan hubungan ini. Mira saya takut...takut apa-apa jadi dekat Ammar.”

“Tak...Insya-Allah, tak akan ada apa yang berlaku pada Ammar. Awak janganlah risau.” Amira cuba memujuk.

“Macam mana saya tak risau. Awak sendiri dengar apa yang si pemanggil tu ugut. Dengan apa yang dia lakukan dekat saya, saya rasa ia bukan benda yang susah untuk dia cederakan Am. Saya tak akan benarkan ia berlaku. Saya harus lindungi Am!” Kali ini Syasya harus lakukan hal yang tak mungkin akan membuatkan dia menyesal.

“Apa yang awak nak buat?”

“Saya akan putuskan hubungan ini. ”

“What?!” Untung sahaja tempikannya tidak kuat. Kalau tidak, mahu satu sekolah dengar suara terkejutnya.

“Awak yakin ke? Jangan buat kerja gilalah Sya. Banyak lagi cara untuk selesaikan hal ini. Kenapa mesti ambil tindakan macam ni?” Amira cuba mengajak berbincang. Syasya memandang tepat ke arah Amira.

“Ini caranya Mira. Hanya ini sahaja untuk saya selamatkan Am. Saya lakukan ini kerana saya betul-betul sayangkan Am. Saya nak dia selamat. Saya tak nak jika saya ada di sisinya, nyawanya sentiasa terancam. Tolong kali ini jangan halang saya!” Amira mengetap bibir. Dia tiada cara lain kecuali hanya menurut.

“Saya harap biarlah ini menjadi rahsia antara kita berdua. Tolong jangan beritahu sesiapa pun tentang hal ini. Tolong janji dengan saya?” Amira kelihatan serba salah.

“Ya saya janji,” akur Amira.

Syasya tersenyum pahit. Ya, ini tekadnya. Aku perlu menghilang untuk selamanya dari hidup Tengku Ammar.

**
Diam tak diam, akhirnya peperiksaan paling digeruni oleh para pelajar tingkatan lima telah tamat. Kini mereka sudah berjaya menamatkan alam persekolahan. Berpusu-pusu pelajar keluar dari dewan peperiksaan dengan pelbagai reaksi. Pelbagai perancangan bermain-main di dalam kepala mereka tentang apa yang ingin dilakukan selepas ini.

“Woi Am, kau nak buat apa selepas SPM ni?” soal Danial sambil memaut bahu rakannya itu.

Segera ditempis tangan rakannya itu, “Apa peluk-peluk ni, tahulah exam dah habis tapi janganlah mental kau pun dah terbalik,” balas Ammar sebiji. Danial mencebik.

“Ish kau ni nak manja-manja pun tak boleh. Nanti bila kita dah sambung belajar susah dah kau nak bermanja-manja dengan aku, nak tengok muka aku yang tampan ni,” Danial memegang mukanya. Bajet hensem betullah mamat ni!

“Eeeiii tolong sikit kalau aku nak manja-manja dengan kau. Dari aku tengok muka kau baik aku tengok muka bidadari aku.”

“Eleh kau ingat kau sorang aje ada bidadari, aku pun ada aku punya bidadari tau,” Danial tidak ingin kalah. Ammar hanya menggelang-geleng kepala melihat telatah sahabatnya.

“Kau nak buat apa lepas SPM?” soal Ammar.

“Entah aku sendiri pun tak tahu. Kau?”

“Aku pun tak tahu.”

“Ala apa susah, kan banyak masa free kau pergi ajelah date dengan kau punya bidadari.” Danial memberikan idea. Ammar tersengih. Betul juga, inilah masanya untuk mereka saling mengenali.

“Wah bagus betul idea kau! Kenapalah aku tak terfikir,” Danial tersengih bila dipuji.

“Kau baru tahu ke? Idea aku selalu mantap bro. Inikan Danial Asyraf!” Kembang kempis hidung Danial bila mengatakannya.

Ammar segera menolak perlahan kepala Danial. Ish mula nak perasanlah tu...

“Wei sebelum tu kau dah luah ke belum, perasaan hati kau tu?” soal Danial tiba-tiba. Ammar menepuk dahinya.

“Aahh....aku lupa yang aku ada janji dengan dia nak jumpa after habis exam ni. Kali ni aku akan luahkan segalanya. Nasib baik kau ingatkan.” Hampir sahaja dia lupa tentang hal itu. Ammar segera menilik jam tangannya. Dia kena pergi sekarang.

“Ish apalah kau ni benda yang penting pun boleh tak ingat. Dah tunggu apa lagi? Pergilah kejar cinta hati kau tu.” Danial segera menepuk bahu rakannya.

Ammar tersenyum, “Thanks bro.” Ucap Ammar sebelum berlari ke tempat yang dijanjikan.

“Am nak pergi mana tu?” tegur satu suara dari belakang. Hampir luruh jantung Danial. Segera Danial mengusap perlahan dadanya. Fuhhh kus semangat aku...

“Oh....Fasha. Ingatkan pontianak mana tadi yang menegur.”

Perlian Danial tidak dipedulikan. Matanya tak lepas melihat kelibat Ammar sebelum hilang.

“Am nak pergi mana tu?” sekali lagi pertanyaan tersebut diulang. Danial mengeluh. Minah ni langsung tak penat ke mengejar Ammar.

“Dia nak pergi jumpa buah hati dia. Dahlah Fasha, kau jangan kacau lagi hidup dia. Biarlah dia bahagia dengan pilihan dia. Banyak lagi lelaki kat luar sana yang layak untuk kau. Percayalah.” Nasihat Danial ikhlas sebelum menapak pergi dari situ.

Fasha mengetap bibir. Matanya terus memandang ke arah tempat yang Ammar tuju. Tangannya digenggam erat. Syasya.....!

**
Ketika Ammar sampai di belakang sekolah, dia nampak kelibat Syasya yang sedang berbicara sesuatu di talian. Terdengar tawa halusnya. Nampak gembira. Siapa si pemanggil? Segera Ammar melangkah ke arah Syasya. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila mendengar perbualan tersebut.

“Apalah awak ni Afiq, ada saja benda yang awak nak kenakan saya.”

Afiq! Kenapa Afiq call Syasya? Apa hubungan mereka? Pelbagai soalan muncul di kepala Ammar. Namun dia tidak ingin berburuk sangka. Ammar segera menidak perasaan yang mula bersarang di hatinya.

“Okeylah Afiq. Nanti kita borak lagi. Tahniahlah sebab dah habis exam. Saya doakan supaya result mantap. Assalamualaikum,” Syasya mematikan talian.

Kelibat seseorang di belakang masih belum disedarinya. Ammar segera berdeham. Syasya tersentap. Segera berpaling ke arah gerangan yang menegur. Setelah melihat Ammar berdiri di hadapannya, rindu yang dipendam selama ini akhirnya terlerai.

“Saya buat awak terkejut ke?” tegur Ammar perlahan. Lega hatinya bila melihat wajah yang paling dirinduinya. Hilang segala persoalannya tentang Afiq. Syasya menggelang.

“Lama betul kita tak jumpa, kan?” Syasya mengangguk. Ammar pelik kerana Syasya yang di hadapannya tidak ceria seperti hari terakhir mereka berjumpa dulu.

“Awak sihat?”

“Alhamdulillah. Emm Am...ada apa awak nak jumpa saya?” soal Syasya terus. Dia tidak ingin berbasa-basi lagi. Dia tidak ingin berlama-lama di sini kerana ini lebih menyakitkan hatinya. Dia takut hatinya berat untuk tinggalkan Ammar.

Ámmar tersenyum. “Saya dah janji dulu nak kasi tahu awak something dan hari ini saya akan luahkan segalanya,”

“Apa?” soal Syasya lemah. Ya Allah kuatkan hatiku!

“Saya suka awak! Saya sudah lama sukakan awak. Sebelum kita berkawan, sebelum saya hantar surat tu. Saya cintakan awak sejak kita terlanggar tahun lepas. Awak tahu ini pertama kali saya rasa dan saya tahu awak turut rasakan hal yang sama macam saya, kan? Awak juga su....”

“Saya pun ada benda nak cakap dekat awak.” Pintas Syasya.

“Ya apa?” soal Ammar lembut. Syasya memandang tepat ke mata Ammar. Kuat Syasya!

“Saya nak putuskan hubungan ini!” Ammar terpinga-pinga. Apa salahnya?

“Tapi kenapa? Apa salah saya?”

“Awak tak ada salah tapi saya dah muak dengan hubungan ini. Tolong faham!” tegas Syasya berkata.

“No...no please Sya. Explain to me, what happen?” Ammar separuh merayu. Syasya memandang Ammar. Tolong Syasya teruskan lakonan kau!

“Saya tak cintakan awak! Saya tak nak bersama awak! Awak faham tak?” Hampir sahaja Ammar jatuh terduduk. Tapi dia kena kuat, dia tahu itu bukan alasannya.

“Tak....saya tahu awak sukakan saya. Awak jangan tipu diri awak, Sya.” Syasya tersenyum sinis.

“Suka? Jangan perasanlah, tidak sedetik pun hati saya ni suka pada awak. Sudahlah Am, terima sahaja kenyataan yang kita tak akan bersama.”

“Awak bohong! Awak boleh tipu saya tapi awak tak boleh tipu hati awak,” Ammar cuba memegang tangan Syasya namun segera ditepis.

“Cukup Ammar! Saya minta lupakan saya. Tolonglah....cari perempuan yang lebih baik dari saya.” Syasya separuh merayu. Ammar memandang sepi ke arah Syasya. Hatinya sakit bila dia disuruh memilih perempuan lain. Baginya itu tak akan berlaku dalam hidupnya.

“Kenapa? Kenapa awak tak boleh terima saya? Sebab awak sukakan Afiq?”

Syasya terdiam. Susah untuk dia menipu tentang itu. Mana mungkin dia sukakan Afiq, hatinya cuma untuk Ammar.

“Jawab Syasya!?” Suara Ammar naik satu oktaf sambil keras mengoncang bahu Syasya.

“Ya, saya cintakan Afiq! Saya cintakan dia sepenuh hati saya. Puas hati?! Jadi tolong lupakan hubungan ini. Kita tak boleh bersama.” Pengakuan Syasya telah menghancurkan segala harapan dan hatinya. Perlahan-lahan tanggannya diturun dari bahu Syasya.

“Okey, kalau itu yang awak nak. Saya lepaskan awak!” sejurus lafazkan ayat itu, air mata lelakinya gugur. Syasya terkedu. Teruskan Syasya, lakonan kau masih belum berakhir.

Syasya segera ingin berlalu dari situ, sebelum itu dia berpaling memandang Ammar buat kali terakhir.

“Saya akan menghilang dari hidup awak, jadi anggap sahaja yang kita tak pernah berjumpa,” ujar Syasya lalu berpaling untuk pergi.

“Syasya Ilyana!” panggilan itu menghentikan langkah Syasya namun dia tidak ingin berpaling.

“Andai takdir menemukan kita kembali, saya tak akan lepaskan awak!” tegas Ammar berkata. Penuh kemarahan menjalar dirinya.

Syasya terus melangkah tanpa menoleh lagi. Serentak itu air matanya mencurah tanpa ditahannya. Tahniah Syasya kau telah menjayakan watak dengan baik. Berjaya menghancurkan hati yang penuh keikhlasan. Maafkan saya Ammar......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience