Ish...tak sangka betul yang dia terima aku jadi kawan dia, tak sia-sialah aku intip dia petang tadi. Syasya..! Dah lama aku nak jadi kawan kau tapi aku takut untuk menegur kau, jadi aku tiada pilihan selain menghantar surat itu. Tapi aku kira kau pasti tidak terima perkenalan tu, ternyata tekaan aku silap. Kau betul-betul seorang gadis yang baik. Aku memang dah lama perhatikan kau sejak kita bertemu dengan tidak sengaja di perhatian bas dulu. Sejak itulah aku sudah mula sukakan kau. Aku akan cuba mendekati kau dengan perlahan-lahan supaya aku dapat mengenal kau dengan lebih dekat. Setelah puas bermonolog dalam hati, tiba-tiba dia dikejutkan oleh suara yang memanggilnya.
“Am, mari masuk nak. Kamu buat apa malam-malam di luar tu, dah lewat ni. Esokkan sekolah, cepat masuk! ” tegur ibunya, Tengku Sofia.
“Yelah bu, Am nak masuk dah ni,” jawab Ammar sambil berjalan masuk. Syasya, awak tunggu jelah, kehadiran saya dalam hidup awak. Desis hati Ammar sambil tersenyum.
**
“Eh, ada surat lagi! Kerap betul si Secret ni hantar surat kat aku. Betul-betul serius ke ni?” bisik Syasya sendirian sambil membelek surat yang diterimanya. Kali ini surat itu berwarna ungu. Kemudian Syasya kembali menyimpan surat itu setelah Cikgu Nurul ingin memulakan pelajaran Kimia pada pagi ini.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat untuk pelajar di Sekolah Menengah Baiduri. Ramai pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk ke kantin bagi memenuhi keperluan perut masing-masing tidak terkecuali juga bagi Syasya dan Amira. Mereka memilih untuk membeli nasi ayam dan air sirap sahaja sambil mencari tempat duduk yang kosong.
“Ha....kat sana ada meja kosong. Jom,” ajak Amira lalu mereka pun bergerak ke tempat tersebut. Setelah duduk, mereka pun menjamu selera sambil bercerita tentang surat tersebut.
“Betul ke dia hantar surat pulak kat awak? Habis awak dah baca surat tu? Apa isinya?” soal Amira bertubi-tubi tanpa sempat Syasya menghabiskan ceritanya.
“Awak ni kalutlah, saya tak habis cerita lagi awak dah tanya saya macam-macam. Ya, dia hantar surat lagi. Saya belum baca. Saya ingat nak baca lepas balik,” jawab Syasya walaupun dia merungut tetapi dia tetap menjawab kesemua soalan yang disoal oleh Amira.
“Maaf. Saya excited sangat. Best la awak dapat secret admire....untungnya,” kata Amira dengan penuh teruja.
“Tak ada maknanya secret admire, kawan ajelah. Nanti kita baca sama-sama okey,” ajak Syasya.
“Orait. Eh, Sya awak perasan tak, ada budak laki ni asyik tengok awak aje dari tadi. Siapa dah nama dia, ha...baru ingat! Nama dia Tengku Ammar, senior kita. Saya tengok dia tu memang ramai peminat betullah. Tengok tu semua perempuan yang gedik aje kat sebelah dia. Dia tak rimas ke? Saya yang tengok pun naik geli gelaman. Tapikan beb, dia memang handsome, tambah lagi bila dia senyum tu wah boleh cair...” kata Amira sambil matanya tak lepas memandang ke arah Ammar yang duduk tak berapa jauh dari meja mereka.
“Ish, apa la awak ni. Awak tak tengok ke dia punya ramai peminat, takkanlah nak pandang saya ni. Nanti kalau peminat dia dengar, alamak terbaliklah meja kat kantin ni. Awak suka ke dekat anak tengku tu?” tanya Syasya sambil berbisik. Risau jika peminat Ammar dengar, kalau tak susah mereka nanti.
“Siapalah yang tak suka kat dia, dahlah handsome, kaya, macho pulak tu. Kalau saya, saya pun nak jadi girlfriend dia tapi dalam mimpi ajelah. Siapalah saya ni tapi kalau awak, saya rasa lagi sesuai. Lagipun saya dengar dia still single tau, cubalah try. Saya tengok dia pun macam minat aje kat awak,” jawab Amira dengan nada yang perlahan.
“Eh tak ada maknanya dia syok kat saya dan saya pun tak berminatlah. Betul ke dia tak ada girlfriend? Saya tengok dia asyik dikelilingi perempuan aje, takkan tak ada yang berkenan kut?” tanya Syasya sambil menjeling ke arah Ammar.
“Entahlah, dengar cerita dia tak suka pun semua perempuan tu. Diorang tu aje yang syok sendiri. Jadi sebab dia ni gentleman katakan, dia pun terpaksalah layan perempuan tu semua,” jawab Amira.
“Awak ni macam wartawan pulak. Semua cerita awak tahu pasal dia ya,”
“Eh tak adalah, biasalah lagipun sayakan salah seorang peminat dia jadi saya tahulah sikit pasal dia. Alangkah bestnya kalau dia tegur kita, kan,”
“Awak nak kena hentam dengan peminat dia ke? Dah tak payah nak berangan. Lebih baik sekarang kita masuk kelas, nak habis waktu rehat dah ni. Nanti bukan dia yang tegur kita tapi Cikgu Ibrahim yang tegur kita dulu. Dahlah, jom,” kata Syasya sambil menarik tangan Amira. Bukan mereka tak kenal Cikgu Ibrahim, boleh dikatakan guru yang paling garang di sekolah tersebut. Jadi bila waktu kelas dia janganlah sesekali masuk lewat, nanti adalah denda yang dikenakan. Sebelum menarik tangan Amira sempat lagi Syasya menjeling ke arah Ammar yang mula ingin beredar dari situ.
Siapa tak kenal Tengku Ammar bin Tengku Ismail. Boleh dikatakan dia ialah anak orang yang paling kaya di sekolah tersebut dan bapanya, Tengku Ismail yang banyak menyumbang di sekolah terutamanya dari segi kewangan. Oleh sebab itulah pihak sekolah amat menghormati seluruh ahli keluarga Tengku Ismail.
**
Malam itu, Syasya mengambil angin sambil memegang erat surat yang diterimanya hari ini. Petang tadi, dia belum sempat membacanya bersama Amira kerana rakannya ada hal penting. Jadi Syasya menunda dahulu untuk membaca surat itu. Dia sudah berjanji dengan Amira selepas dia baca surat itu di rumah, dia akan beritahu isinya kepada Amira keesokkan harinya. Surat itu dibukanya perlahan.
Salam Syasya,
Pasti awak keliru kenapa saya kirim awak surat lagi, tenang jangan panik dulu. Tujuan saya mengirim surat ini, saya hendak berterima kasih kepada awak kerana sudi berkawan dengan saya. Mungkin awak pelik macam mana saya tahu awak terima saya. Bukankah saya dah cakap jika tidak sudi awak akan buang dan koyak surat itu. Saya mencarinya di tong sampah sekolah tetapi saya tidak jumpa. Jadi saya menganggap awak sudi terima saya. By the way, thank you so much! Jika awak hendak tahu siapa saya, awak tunggu aje surat saya yang seterusnya, ok. Just Wait!
Yang Ikhlas,
SECRET
“Dia sanggup cari kertas tu dalam tong sampah semata-mata hendak tahu jawapan aku, betul ke semua ni? Ya Allah, siapa dia? Adakah dia boleh dipercayai?” soal Syasya kepada dirinya sendiri. Banyak persoalan yang masih belum terjawab.
**
Keesokkan harinya di sekolah, Syasya sedang mengeluarkan buku untuk dibacanya kerana Cikgu Siti tidak dapat mengajar hari ini kerana ada urusan yang penting katanya. Tiba-tiba Amira datang ke meja Syasya dengan termengah-mengah.
“Kenapa ni Mira, macam baru lepas jumpa hantu aje?” tanya Syasya pelik.
“Saya......saya...jum..jumpa..,” jawab Amira dengan termengah-mengah.
“Okey, tenang. Tarik nafas, hembus, tarik, hembus.... cuba cerita kat saya slow-slow. Awak jumpa siapa?” tanya Syasya setelah melihat Amira sedikit tenang.
“Macam ni, waktu saya pergi tandas tadi saya ternampak Cikgu Nurul dengan seorang budak laki ni, hensem betullah budak tu tapi bila saya tengok betul-betul, rupanya itu Haikal,” jawab Amira dengan nada perlahan.
“Apa! Betul ke ni, awak salah tengok kut?” kata Syasya dengan ragu-ragu.
“Tak, saya tengok dengan mata kepala saya sendiri. Itu memang dia!” jawab Amira dengan bersungguh-sungguh.
“Dia buat apa kat sekolah ni lagi?” tanya Syasya.
“Mungkin dia ada hal kat sini. Jangan risaulah,” pujuk Amira. Dia mengerti kenapa Syasya jadi begitu apabila mengetahui yang Haikal ada kat sekolah mereka, ia sememangnya kenangan pahit untuk Syasya. Biarlah ia menjadi rahsia antara mereka berdua.
“Oh ya, Secret awak tu tak hantar surat ke?” tanya Amira menukar topik untuk menghibur Syasya yang mula kelihatan murung mungkin teringatkan kisah lamanya. Kesian Syasya...hebat betul dugaan yang diberi akan dirimu yang masih muda ini, desis Amira.
“Eh lupa pulak saya nak tengok, nanti kejap saya cari,” kata Syasya sambil mencari surat itu di dalam laci mejanya.
“Ha...jumpa pun. Tengok, kali ini warna biru pulak,” kata Syasya sambil menunjuk surat itu kepada Amira. Ada senyuman meniti di bibir Syasya kali ini apabila menerima surat itu.
Akhirnya, Syasya tersenyum juga. Nampaknya ‘Secret’ dapat membuat Syasya lupa seketika kisah lukanya itu. Siapalah jejaka yang mampu membuat Syasya tersenyum ini, aku harus siasat, desis hati Amira sambil tersenyum ke arah Syasya yang sedang membelek surat misteri itu.
“Eh, jom rehat. Loceng dah berbunyi tu, perut saya pun dah berbunyi ni,” kata Amira sambil memegang perutnya itu.
“Tak sedar pulak loceng dah berbunyi. Emm...okeylah, jom,” ajak Syasya sambil mengemas bukunya di atas meja lalu memasukkan ke dalam laci tidak terkecuali juga kiriman surat daripada ‘Secret’, disimpannya baik-baik di dalam celahan buku Sejarahnya.
“Manalah nak sedar, asyik membelek surat tu sampai loceng berbunyi dengan kuat pun awak tak sedar,” kata Amira dengan tersenyum lebar.
“Mana ada, awak ni ada-ada jelah,” jawab Syasya tersenyum malu. Lalu mereka bergerak ke kantin dengan segera.
**
Semasa Syasya sedang ralit berbual dengan Amira, tiba-tiba tanpa disedari Syasya terlanggar seseorang menyebabkan buku yang dibawa oleh orang tersebut terjatuh. Dengan cepat Syasya meminta maaf sambil tunduk mengutip buku yang terjatuh tanpa sempat memandang wajah orang itu.
“Saya minta maaf. Saya tak sengaja, saya.....,” tanpa sempat menghabiskan ayatnya, Syasya terkejut apabila melihat orang yang dilanggarnya. Begitu juga Amira yang dari tadi sudah tenganga tanda tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Namun orang itu hanya tersenyum melihat ke arah mereka. Syasya tidak tahu hendak berkata apa kerana orang yang di depannya sekarang ini ialah orang yang sangat dikenalinya, orang yang pernah melukai hatinya dulu kini muncul di depannya lagi.
“Haikal...,” hanya itu yang mampu Syasya ucap sekarang ni.
“Ya saya. Apa khabar Syasya?” tanya Haikal dengan penuh tertib.
“Eh jomlah Mira, saya dah kenyanglah,” tanpa menjawab soalan Haikal, Syasya terus menarik Amira supaya beredar dari situ. Amira yang faham maksud Syasya hanya menurut. Haikal hanya sempat memandang sahaja pemergian mereka. Mungkin dia masih marah aku, bisik Haikal perlahan. Tanpa disedari ada seseorang yang melihat adegan itu dengan penuh persoalan di mindanya.
Share this novel