Bab 41

Romance Series 14493

Amira memandang rakannya, Syasya kelihatan sangat menawan dengan baju pengapit yang dipilihnya. Amira mendekati Syasya yang sedang termenung.

“Sya apa yang dimenungkan?” soal Amira. Syasya berpaling ke arah Amira. Syasya tersenyum melihat penampilan Amira yang sudah siap didandan. Cantik! Bertuah si Danial. Hanya beberapa minit sahaja lagi, Amira bakal bergelar isteri kepada Danial Asraf. Syasya senang melihat kebahagiaan rakannya.

“Ish....saya tanya ni, awak marah saya lagi ya?” soal Amira lagi. Pelik melihat telatah rakannya.

“Marah kenapa?” soal Syasya kembali.

“Marah sebab tak cakap kat awak yang si Am jadi pengapit Danial.” Syasya tersenyum. Pada mulanya dia terkejut bila mendengar hal itu tapi dia tahu sampai bila dia nak sembunyi. Lagi pula Ammar pasti hadir ke majlis perkahwinan rakan baiknya sendiri. Dia tak ada hak nak menghalang.

“Tak, saya tak marah pun. Saya tau awak ada sebab sembunyikan hal ni. Lagipun sampai bila saya nak lari dari dia. Cepat atau lambat saya kena berhadapan juga, kan?” Amira mengangguk lantas dia memeluk rakannya untuk memberi semangat buat temannya.

Alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz Amira Zulaikha telah sah bergelar isteri kepada Danial Asraf. Syasya mengesat air mata Amira yang mengalir. Syasya sebenarnya tak berapa selesa disebabkan panahan mata Ammar sentiasa melekat ke arahnya. Dia tahu rahsianya kini telah terbongkar. Ahh peduli apa aku, dia bukan siapa pun bagi aku! Bentak hati Syasya tapi hati kecilnya seolah-olah gerun melihat pandangan itu. Seakan ada benci.

Akhirnya tugasnya menjadi pengapit telah berakhir. Syasya menolak untuk makan di meja pengantin kerana ingin memberi peluang kepada keluarga kedua belah pengantin. Syasya bergerak ke meja hidangan untuk mengambil makanan.

“Hai pengapit tak makan dekat meja pengantin ke?” Tegur Afiq. Syasya tersengih. Afiq terpaksa datang sendirian kerana isterinya, Fasha sudah sarat.

“Ish tak naklah, bukan saya yang pengantin nak makan kat situ.” Afiq tersenyum mendengar jawapan Syasya. Pernah dulu Afiq tertarik dengan Syasya tapi dia tahu Syasya menyukai orang lain jadi dia membatalkan niatnya.

Siapa tahu ternyata jodoh yang ditetap buatnya ialah gadis yang paling famous kat sekolahnya dulu. Pertemuan Afiq dan Fasha semula telah menambat hati Afiq untuk memperisterikan Fasha kerana tertarik dengan perubahan Fasha. Dan akhirnya mereka bakal dikurniakan cahaya mata kedua tak lama lagi.

Afiq mengajak Syasya menemaninya makan. Syasya bersetuju kerana banyak perkara yang ingin dibualkan terutama tentang isterinya, Fasha. Banyak tanda tanya berkenaan perubahan Fasha ingin ditanyakan pada Afiq.

Ammar memandang dari jauh pasangan itu. Ternyata telahannya betul. Afiq dan Syasya sudah berkahwin. Jadi betullah yang dari dulu Syasya cintakan Afiq. Ammar mengepal tangan, hatinya sakit melihat gelagat mesra pasangan itu.

“Am, awak nak saya ambilkan makanan ke?” soal Alya. Ammar tersenyum melihat kehadiran Alya.

“Boleh juga, ambil sedap-sedap ya,” usik Ammar. Alya tersenyum mendengar gurauan Ammar.

“Mestilah, untuk orang yang istimewa kan....” Ammar tersengih mendengar gurauan Alya. Ammar tahu Alya hanya bergurau lagipun mereka memang rapat. Ammar pula sudah menganggap Alya sebagai kawan dan adiknya sendiri.
**
Syasya menuang air bagi menghilangkan dahaganya. Kerusi di sebelah ditarik kasar oleh seseorang.

“So, what are you doing here, cik Yana?” Syasya hampir tersembur bila mendengar suara itu menegur.

Syasya mengambil tisu dan berpaling ke arah suara itu. Ammar memandang serius ke arahnya. Tiada secalit senyuman. Syasya mengeluh.

“Kerja saya dengan awak dah selesai kan, Tengku Ammar. Rasanya kita tak ada apa-apa lagi urusan,” ujar Syasya. Ammar tersenyum sinis.

“So inilah awak kata profesional. Menipu identiti tu profesional sangat ke cik Syasya Ilyana?” Ammar cuba mengawal suaranya.

“Siapa kata saya menipu? Yana tu pun nama saya juga. Tak ada sebab saya nak tipu awak!” Syasya bengang. Seenak mulut dia nak kata kita menipu. Huh!

“Kenapa tak berterus terang? Takut saya tau tentang kehidupan awak. Pasal suami awak? Pasal anak awak? Ingat saya hingin sangat nak tau ke!” ujar Ammar tak ingin mengalah. Syasya bingung. Apa benda yang dia merepek ni....desis Syasya.

“Apa yang awak merepek ni Tengku. Suami? Anak? Bila masa pula saya ni....”

“Syasya....saya kena balik dulu sebab isteri saya dah nak bersalin,” Afiq mencelah.

“Oh ya ke tahniah! Nanti saya datang melawat,” ujar Syasya ceria. Semoga Fasha dan kandungannya selamat.

“Terima kasih. Pergi dulu ya Sya, Am,” pamit Afiq lalu menepuk bahu rakannya Ammar. Ammar kelu. Kalau bini Afiq nak bersalin sekarang, siapa pulak suami si Syasya?

Syasya kembali memandang Ammar. Belum sempat Syasya nak menyambung ayat. Kelibat Alya menghentikannya dari bicara.

“Hai Syasya....nice to meet you again,” ujar Alya. Syasya hanya membalas dengan senyuman.

“Am, awak kata nak ambil air. Lama saya tunggu tau,” ujar Alya manja. Syasya sedikit menyampah bila mendengar. Hatinya panas bila melihat Alya memegang bahu Ammar. Nak pegang-pegang pun tunggulah kahwin nanti. Ni baru tunang aje.....hish orang zaman sekarang ni!

Syasya ingin segera beredar dari situ. “Saya mintak diri dululah ya...oh by the way congrats for your engagement. Dah kahwin nanti ajaklah,” Syasya lantas meninggalkan pasangan itu.

Ammar terdiam. Tunang? Bila masa pula aku bertunang. Manakala Alya hanya mampu diam. Tak sangka pula hubungannya dengan Ammar, membuatkan Syasya salah faham. Alya bahagia kalau apa yang Syasya utarakan itu benar tapi insan di depannya ini tidak mencintainya!
**
Syasya menghempas pintu keretanya bagi menghilangkan rasa geram di hati. Entahlah setiap kali berhadapan dengan Ammar hatinya tak pernah sejuk, asyik panas aje. Kini sedarlah dia Ammar yang dikenali dengan sifat lembut kini telah tiada. Yang ada sekarang hanya Ammar yang mulut berbisa dan lancang! Menyakitkan hati saja.

Suami? Anak? Apa yang dia merepek ni. Bila masa aku kahwin? Kalau aku kahwin pun, tu tak ada kena mengena dengan dia. Kenapa harus sibuk lagi hal aku? Syasya menghidupkan enjin dan memasang penghawa dingin bagi menghilangkan rasa panas hatinya.

Bunyi deringan telefon diangkat. Nama Amira tentera. Syasya menepuk dahi. Dia terlupa ingin meminta diri dengan temannya. Ini semua gara-gara mamat tu! Kalau tak, tak adalah aku nak keluar cepat-cepat dari majlis ni tanpa sempat menemui pengantin. Mesti Amira bengang.

“Sya....awak kat mana? Puas saya cari awak!” sembur Amira. Syasya menjauhkan telefon dari telinganya. Boleh pekak macam ni...adoi taulah dah jadi bini orang tapi jagalah adab tu sikit.

“Ish Mira, slowkan sikit volume tu. Nanti mertua dengar tak manislah,” tegur Syasya.

“Awak jangan risau, saya kat bilik ni. Awak ingat kalau saya kat luar tak ada maknanya saya nak menjerit macam ni tau. Ni sekarang awak kat mana?” soal Amira lantas membuang satu persatu pin tudungnya. Akhirnya dia boleh berehat setelah tamat majlis persandingannya.

“Saya kat kereta ni.”

“Ha....awak nak balik dah ke? Sampai hati awak tak jumpa saya,” rajuk Amira. Syasya mengeluh. Alasan apa aku nak bagi ni....

“Sorrylah saya tiba-tiba ada hal, so saya kena balik. Nanti kita jumpa lain kali. Oh ya nasihat saya, ingat tau awak tu dah jadi bini orang. Jangan ikut kepala angin awak tu sangat, sentiasa hormat suami awak tau. Okeylah, saya kena pergi ni. Bye!” Syasya terus mematikan talian. Dia tahu kalau tak matikan, pasti banyak soalan lagi yang bakal ditanya.

Amira memandang telefonnya. Dia langsung tak puas hati dengan alasan Syasya. Dia pasti mesti ada sesuatu yang berlaku. Sebab Ammar ke? Tiba-tiba Amira rasa serba salah kerana tidak memberitahu awal kepada rakannya. Dia terlalu mementingkan diri sedangkan perasaan rakannya langsung tak difikirnya. Maafkan saya Sya.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience