Bab 25

Romance Series 14493

“Papa buat apa tu?” tegur Syasya sambil memeluk belakang papanya dari belakang. Encik Aziz hanya tersenyum melihat telatah manja anaknya.

“Buat kerjalah sayang...”

“Yalah tu kerja. Sya tengok papa tersenyum-senyum semacam aje...takkan ada yang lucu kut dengan kerja papa tu.” Ujar Syasya sengih. Bukan dia tak nampak papanya tersengih-sengih mengadap laptopnya. Encik Aziz mati kutu untuk jawab pertanyaan anaknya. Aduh macam mana boleh kantoi ni...

“Ke teringat kat orang sebelah...” usik Syasya. Syasya tertawa kecil melihat muka papanya mula merah. Alahai dah jatuh hati rupanya papa aku ni...

“Eh tak adalah.” Encik Aziz cuba menempis kenyataan Syasya. Syasya terus menarik kerusi dan duduk mengadap di hadapan papanya.

“Pa, aunty Fina tu cantik, kan?” uji Syasya.

“Emm bolehlah...kenapa tetiba aje tanya?” balas Encik Aziz gugut.

“Tak adalah. Sya, cuma nak tau je serba sikit tentang aunty Fina tu. Tapikan pa...Sya tak nampak pun suami dia. Suami dia pergi mana ya?”

“Ni kenapa menyibuk sangat hal orang ni ya,” Encik Aziz terus menarik hidung mancung puterinya itu. Syasya sudah menarik muncung.

“Ala...Sya nak tau aje.” Rajuk Syasya. Salah ke?

“Suami dia dah lama meninggal dunia. Aunty Fina pindah pun sebab dia dapat kerja kat sekitar sini. Dulu dia tinggal dekat area KL.” Jelas Encik Aziz panjang lebar. Syasya terdiam sebentar. Dia bersimpati dengan nasib wanita itu tapi hati kecilnya terdetik untuk jodohkan papanya dengan aunty Fina. Nampak sepadan!

“So, dia sololah ni?” soal Syasya tiba-tiba. Berkerut dahi Encik Aziz mendengar pertanyaan anaknya.

“Manalah papa tau. Papa bukan bodyguard dia...”

“Tapi nanti akan jadi juga.” Bisik Syasya perlahan.

“Ha....” soal Encik Aziz kembali. Kurang mendengar.

“Tak ada apalah. Syasya naik tidur dulu ya,” balas Syasya tersenyum penuh makna. Syasya terus mencium pipi papanya dan mendaki anak tangga menuju kamarnya.

Syasya menutup pintunya dengan perlahan dan bergerak ke katil. Syasya duduk di birai katil lalu mengambil foto yang ditangkap bersama papa dan mamanya. Ketika itu, usianya baru mencecah 12 tahun. Waktu itu mereka sekeluarga pergi bercuti bersama di Langkawi sebagai hadiah buat Syasya yang mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR.

Syasya memegang erat frame tersebut. Saat itu, Syasya tersenyum manis di dalam dakapan mama dan papanya. Syasya mengusap perlahan air mata yang berlinangan.

“Mama...bukan Syasya nak lupakan mama tapi niat Syasya cuma ingin menggembirakan papa. Tiada siapa yang dapat gantikan kasih sayang mama tetapi Syasya tau mama juga ingin papa gembira. Syasya nak ada orang yang akan menjaga segala kelengkapan papa di rumah ini. Papa perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan jiwanya dan Syasya rasa Syasya dah jumpa dengan orang itu. Syasya harap mama merestuinya. Syasya sayang mama! Bisik Syasya.

Syasya memeluk erat dan mencium gambar itu. Orang yang dimaksudkan itu tak lain dan tak bukan ialah Puan Fina. Syasya tau yang papanya ada menyimpan sedikit perasaan terhadap Puan Fina. Mungkin papanya cuba untuk sembunyikan darinya kerana tidak ingin dirinya berfikiran bukan-bukan.

Syasya tersenyum. Akhirnya dia sudah menemui jodoh yang sesuai buat papanya. Lagipun Syasya yakin yang Puan Fina merupakan perempuan yang baik. Sejak kali pertama bertemu dengannya, Syasya sudah merasakan bahawa Puan Fina amat sesuai untuk dijadikan calon isteri papanya.
**
Hari ini merupakan hari pertama Syasya menjejakkan kaki ke sekolah setelah lama berehat di rumah. Saat kaki melangkah ke kelas, Syasya sudah dikerumungi oleh teman sekelasnya. Pelbagai pertanyaan terpaksa dilayannya. Syasya sedikit terharu mempunyai rakan sekelas yang prihatin terhadap kondisi dirinya.

“Guys! Boleh tak kita bagi ruang kat Syasya ni rehat jap. Macam artis korea pula sampai nak kena serbu-serbu ni.” Amira cuba menguraikan segala pertanyaan temannya. Rakan-rakannya mula memberi ruang untuk Syasya duduk di tempatnya dengan tenang.

“Ala, kitorang cuma nak tau cerita yang sebenar aje....” ujar Saiful, ketua kelas tersebut. Rakannya yang lain hanya mengiakan. Syasya hanya tersenyum.

“Tak ada cerita yang menarik pun yang saya nak kongsi. Lagipun salah saya juga tak hati-hati tu sebab jatuh.” Jelas Syasya.

“Betul ke awak jatuh sendiri? Entah-entahkan ada orang yang tolak macam dalam drama tu...” syak Anita. Amira cuba mencerna maksud kata-kata Anita. Boleh jadi juga...Hanya satu nama yang terbayang dalam fikirannya saat ini. Fasha!

“Kau ni banyak tonton dramalah Cik Ta...” ejek Rosli. Anita mencebik.

“Eeeii suka hati akulah. Kau sibuk apahal.” Marah Anita. Pelajar lain hanya tertawa melihat telatah mereka berdua. Syasya menggelangkan kepala. Skaf di kepalanya dibetulkan.

“Dah....dah. Jangan fikir bukan-bukan. Kita tak boleh tuduh apa-apa sebab kita tak ada bukti.” Syasya cuba meredakan suasana.

“Tak kisahlah...janji Miss Korea dah balik!” tegur Laila riang. Teman sekelasnya hanya menggangguk senang.

“Betul tu. Bolehlah kitorang kaum lelaki ni menatap kembali muka comel Miss Korea pagi-pagi sebelum belajar. Baru ada feel, betul tak kawan-kawan?” jerit Rosli. Kawan-kawannya mula bersorak. Pelajar perempuan sudah mencebik. Bukan diorang tak tahu yang si Rosli ni memang pelajar yang banyak cakap dan bermulut manis dalam kelas ni.

“Eleh kau ni perasan jelah. Miss Korea pun tak hadap nak tengok muka kau.” Sindir Anita. Pelajar perempuan yang lain menyokong. Syasya hanya sekadar memerhati lagipun dia faham benar dengan sikap Rosli yang suka menyakatnya. Namun dia tahu itu hanyalah sekadar gurauan.

Lagipun dia juga sudah tidak ambil pusing dengan gelaran yang diberikan oleh rakan sekelasnya. Miss Korea? Entah macam manalah diorang boleh cakap yang rupanya ada iras-iras pelakon korea. Dia sendiri tidak gemar mengambil tahu tentang negara yang agak terkenal itu.

“Ala....ya ke Cik Ta. Kalau macam tu tengok muka Cik Ta ajelah.” Gurau Rosli lagi. Gamat kelas itu dengan suara ketawa mereka. Beginilah suasana kelas tersebut meskipun mereka saling mengusik tetapi keakraban antara satu sama lain tidak ternilai. Mereka bagaikan satu keluarga yang saling melengkapi.

“Okey semua. Masa bergurau dah tamat. Pergi duduk tempat masing-masing dan buka buku Sejarah. Sekejap lagi cikgu masuk.” Arah Saiful tegas. Semua pelajar mula bergerak ke tempat duduk masing-masing. Ketegasan yang dimiliki oleh Saiful itulah yang membuatkan dia berjaya menjawat jawatan ketua kelas yang dedikasi.

Semua pelajar di kelas ini pasti akan menurut segala arahan yang diberikan. Kelas yang tadinya gamat kini menjadi sunyi. Masing-masing mula menelaah buku pelajaran. Syasya berpaling ke arah tempat duduk Alya. Kosong! Ke mana dia pergi...bisik Syasya.

“Mira, Alya tak datang ke hari ini?” tanya Syasya perlahan supaya tidak menganggu fokus temannya yang lain. Amira berpaling ke tempat Alya sebelum merenung wajah Syasya.

“Tak kut...lagipun dah lewat sangat dah ni. Maybe dia ada hal.” Ujar Amira. Sekadar untuk menyedapkan hati temannya. Entah kenapa dia pelik melihat kerisauan yang dipamerkan oleh Syasya saat mengetahui Alya tidak datang ke sekolah hari ini. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?

Syasya berpaling sekali lagi ke kerusi Alya. Tiba-tiba perasaannya tidak sedap. Atau ini semua ada kena mengena dengan Ammar? Syasya runsing seandainya Alya cuba menghindari dirinya atau Ammar kerana cintanya ditolak oleh Ammar dan dia mengetahui tentang perasaan Ammar yang sebenar.
**
“Aduh!” jerit Amira kecil. Bahunya yang terlanggar dinding diusap perlahan. Baru sahaja keluar dari tandas dah ada yang mencari pasal dengannya. Makhluk mana pula yang tolak aku ni...

“Ini baru sikit!” Tegur sinis suara di belakangnya. Amira berpaling dan mengadap pemilik suara yang menolaknya.

“Kau apahal? Nak cari gaduh bukan kat sini!” balas Amira kasar. Perempuan di depannya ni betul-betul dah melampau. Seenak lembut dia aje nak tolak-tolak aku, dia ingat aku kereta sorong.

“Ada aku kisah. Suka hati akulah...! Aku cuma nak kasi amaran, jangan nak rapat-rapat dengan boyfriend aku.” Amira sudah terlopong. Sejak tahun bila pula aku rapat dengan pakwe dia?

“Hello cik Anis. Nama dah cantik, muka pun lawa tapi satu ajelah yang kurang, kenapalah fikiran kau tu busuk sangat? Hei...sejak bila pula aku rapat dengan pakwe kau? Entah siapa pakwe kau, aku pun tak kenal.” Balas Amira sinis. Tudungnya yang senget dibetulkan. Ish habis senget tudung aku...minah ni punya pasallah!

“Danial! Dia boyfriend aku.” Jawab Anis angkuh. Amira sedikit terkejut dan secara tiba-tiba dia mengekek ketawa. Matanya sedikit berair kerana tidak dapat menahan perasaan geli hatinya. Anis merengus kasar. Sakit hatinya bila melihat Amira mengetawakannya. Entah apa yang lucu, dia sendiri tidak tahu.

“Wei aku bukan buat lawak kat sini. Aku serius ni!” marah Anis kerana tidak sabar melihat karenah Amira. Dia sendiri tidak faham macam mana Danial boleh jatuh hati dekat perempuan macam ni. Dahlah bertudung bagai. Kolot! Mulut pula macam tempayan.

“La...aku ingat kau buat persembahan lawak tadi. Kalau tak, aku boleh daftarkan kau dekat Maharaja Lawak tu. Meletop sikit. Kaukan memang minat benda macam tu...” sindir Amira. Hambik kau sebijik! Kau ingat, kau boleh tindas aku sesuka hati kau. Ni Amira Zulaikhalah...

“Kau jangan nak bergurau tak tentu hala kat sini. Aku tak tahulah macam mana si Danial tu boleh suka dengan perempuan yang kolot macam kau ni.” Anis tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya. Amira mengetap bibir. Woi, ini dah lebih!

“Sebab aku menariklah, dia nak dengan aku. Tak macam kau ni, lembik! Semua geli. Pacatlah, nyamuklah. So, kau ingat Danial suka ke perempuan macam kau ni. Eh, sedarlah Danial tu kan playboy. Dia bukan pandang kau sorang aje. Setahu aku, dia belum ada apa-apa hubungan pun dengan kau. Yang kau syok sendiri tu kenapa?” tempelek Amira.

“Aku tahu yang kau ni memang jenis perampas hak orang. Samalah macam kawan baik kau tu. Dia pun perampas hak kawan aku! Sesuailah kau berdua jadi kawan.”

“Kau cakap baik-baik sikit. Kan makan penampar nampak gayanya. Tak payah nak kaitkan Syasya dalam hal ni, lagipun tiada siapa rampas siapa. Kawan kau pun sama macam kau. Syok sendiri! Si Ammar dan Danial tu tak pandang perempuan macam korang ni.”

“Kau ingat, kau baik sangatlah. Memang patut pun si Syasya tu jatuh gaung dulu. Tu mungkin pengajaran yang sesuai untuk orang macam dia. Patutnya kau pun, patut jatuh sekali. Biar sedar sikit!” balas Anis keras.

Amira sudah membulatkan matanya. Syak wasangkanya makin mengusai diri. Jangan-jangan diorang memang terlibat! Amira mendekati Anis, dia terus mencengkam dengan kuat lengan gadis itu. Anis terjerit kecil menahan sakit.

“Sakitlah!” jerit Anis cuba melepaskan gengaman Amira. Tapi pegangannya erat. Dia mula cuak melihat reaksi gadis bertubuh genit itu. Tidak menyangka bahawa Amira berani menyakiti dirinya. Dia mula ketakutan.

“Diam! Hei aku nak tahu. Kau dengan Fasha kan yang tolak Syasya kat gaung hari tu?” tengking Amira. Untung sahaja kawasan tandas itu jauh dari kelas dan sunyi. Jadi tiada siapa yang mendengar pertengkaran kecil yang mungkin akan menjadi besar!

“Kau cakap apa ni...”

“Jawab?!”

“Aku...aku tak fahamlah.” Balas Anis gugut. Mukanya mula pucat bila melihat raut bengis Amira. Nasib malang betul dirinya kerana mencari pasal dengan orang macam Amira ini. Ingatnya bila digertak sikit, Amira akan ketakutan. Nampak gayanya dia pula yang berasa seram dengan perubahan drastik Amira.

“Eeeii kau ni....” Amira cuba mengangkat tangan untuk menampar Anis tapi berjaya disekat seseorang.

“Mira...awak buat apa ni?” tegur Danial serius. Untung sahaja dia cepat menghalang tindakan Amira. Kalau tak pasti dah lunyai Anis dikerjakannya. Amira ni walaupun bertudung dan bertubuh kecil tetapi boleh tahan gengster juga! Amira merentap tangan Danial dan melepaskan pegangannya terhadap Anis

“Danial tengoklah perempuan ni. Dia cuba nak pukul Anis.” Rengek Anis lalu bersembunyi di belakang Danial bila melihat renungan tajam Amira. Gerun!

“Baik awak balik ke kelas dulu.” Arah Danial. Anis mula ingin protes.

“Tapi...”

“Pergi!” balas Danial tegas. Anis terus berlalu bila Danial mula menaikkan suaranya. Danial mengadap Amira.

“Kenapa awak halang saya dari pukul dia? Takut saya apa-apakan girlfriend awak!” Ujar Amira kasar. Entah kenapa hatinya sakit bila Danial ingin membela Anis. Padahal Anis yang memulakan ini semua. Danial mengeluh.

“Siapa cakap dia tu girlfriend saya?”

“Dia sendiri yang cakap.”

“Habis awak percaya?” pertanyaan Danial hanya dipandang sepi. Tiada jawapan!

“Jadi kenapa awak bela dia?” soal Amira. Danial memandang tepat ke raut bersih di hadapannya. Macam manalah dia boleh suka dengan gengster comel macam ni....

“Saya tak nak awak kena hukum sebab memukul orang tanpa sebab. Nanti awak kena gantung sekolah. Awak nak ke?” Amira menggeleng. Dia terlalu mengikut perasaan sampaikan dia tidak terfikirkan semua itu. Mujur sahaja Danial muncul. Kalau tidak, apa dia nak jawab dengan Ummi dan Walid nanti.

“Kenapa awak boleh gaduh dengan dia?” soal Danial hati-hati. Dia pasti yang Amira tidak akan mengasari seseorang jika orang itu tidak mencari pasal dahulu. Amira menarik nafas panjang sebelum menceritakan semuanya. Hampir sahaja Danial melopong bila mendengar kisah yang sebenar.

“Awak pasti ke yang diorang terlibat dalam hal ni? Kita tak boleh tau tuduh orang tanpa bukti.” Jelas Danial. Amira hanya mengeluh. Dia tahu akan hal itu tapi dia pasti yang Syasya bukan tergelincir tetapi ada orang yang menolaknya. Persoalannya siapa?

“Awak tak rasa pelik ke? Saya yakin Syasya orang yang sangat berhati-hati dan tak mungkin dia boleh jatuh macam tu aje.” Danial cuba mencongak kata-kata Amira. Betul juga...tapi siapa?

“Tapi kita tetap tak boleh tuduh yang tu kerja diorang.”

“Saya pun peninglah. Saya terfikirkan hal tu sebab saya yakin yang Fasha pasti berdendam dengan Syasya bila dia dapat tahu yang Am rapat dengan Syasya. Lagipun banyak kali dah Fasha cuba mencari pasal dengan Syasya.” Jelas Amira. Danial termengu seketika.

“Okey saya faham. Tapi cuba awak fikir, kalau benda tu semua tak betul. Ni boleh jadi fitnah tau.” Amira hanya mendiamkan diri.

“Dahlah, kita lupakan ajelah hal ni. Lagipun Syasyakan dah sembuh. She will be fine sebab saya tau rakan dia yang ini akan selalu melindungi dia.” Pujuk Danial. Hatinya sedikit tersentuh dengan sikap ambil berat Amira terhadap Syasya. Makin jatuh cinta dia dengan si gengster comel ini!

“Thanks sebab faham saya.” Amira tersenyum manis. Makin kuat debaran singgah di hati Danial. Mak ooii comel!!

“Its okay. By the way tentang apa yang si Anis tu cakap pasal saya, jangan percaya ya.”

“Saya tau.”

“Mana awak tau?”

“Sebab awak tu playboy!” setelah mengucapkan hal itu Amira terus berlari ke kelasnya meninggalkan Danial terkebil-kebil sendirian. Danial mengetap giginya menahan geram. Kurang asam minah ni. Sesedap rasa dia aje panggil aku playboy. Tu dulu tapi sekarang aku dah jadi pencinta setia tau. Setia hanya pada kau je...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience