Bab 54

Romance Series 14493

“Sya...awak ada masalah?” teguran Haikal mematikan lamunan Syasya. Syasya mengadap insan yang setia berada di depannya. Makanan di depannya hanya di sentuh sikit. Tiada selera!

“Tak ada apalah, just fikirkan pasal kerja.” Bohong Syasya. Dia masih belum siap untuk berkongsi perasaannya bersama orang lain. Dengan Amira pun tidak.

Haikal terdiam. Mana mungkin dia percaya akan jawapan Syasya. Tapi dia tidak mahu terlalu memaksa. Apa yang penting, agenda dia mengajak Syasya keluar makan pada hari ini perlu dilaksanakan.

“Sya, ada something saya nak bagi tau awak.” Haikal menyusun kata-kata. Syasya menumpukan perhatian pada Haikal.

“Apa dia?” soal Syasya penuh minat. Haikal menarik nafasnya. Hasrat hatinya yang selama ini dipendam ingin sekali diluah hari ini.

“Saya sebenarnya sudah lama simpan tentang hal ini. Dan saya harap awak dapat terimanya.” Syasya masih menunggu.

“Saya masih su....”

“Hai Syasya,” tegur satu suara mematikan ayat Haikal. Mereka berdua memandang ke arah insan yang menegur mereka.

“Alya.” Sebut Syasya. Kelihatan Alya bersama lelaki yang banyak membuatkan Syasya termenung.

Alya sedang tersengih memandang mereka manakala Ammar pula hanya diam membeku. Seolah-olah mereka berdua insan yang langsung tidak dikenalinya.

“Erk....kalau tak silap saya, awak ni Haikal, kan? Ex-boyfriend Syasya waktu sekolah dulu.” Soal Alya tanpa berlapik. Syasya terdiam. Haikal pula hanya sekadar mengangguk.

“Korang berdua buat apa kat sini. Ha....dating ya?” serkap Alya. Pertanyaan itu membuatkan Haikal dan Syasya tersentak. Eh banyak cakap pulak si Alya ni. Dating apa ke bendanya?

“Eh, mana ada. Kitorang makan-makan sajalah. Kan Haikal?” Syasya cuba mencari sokongan Haikal. Entah kenapa dia perlu jelaskan kedudukan yang sebenar bila melihat wajah Ammar yang sedikit berubah bila mendengar pertanyaan Alya.

Haikal yang sebenarnya ingin sekali mengiakan tetapi bila melihat Syasya yang cuba elakkan salah faham ini hanya mengangguk.

“Oh....sorry. Ingatkan korang tengah date ke apa.” Alya memohon maaf. Tapi kata-kata Alya langsung tidak menyenangkan Syasya. Percaya ke Ammar dengan katanya?

“Alya, janganlah masuk campur hal orang lain. Tak elok. Nanti orang tak suka dengan kita lagipun kita tak ada hubungan rapat pun dengan diorang. Jom kita makan kat tempat lain tetiba saya tak ada selera pulak dekat sini.” Ajak Ammar lalu segera berlalu keluar dari restoran tersebut.

Pedih segenap hati Syasya mendengar kata-kata Ammar yang tajam. Nampak ada kebencian di matanya. Syasya harus akur akan keputusan yang telah dibuat. Alya kelihatan serba salah bila mendengar bicara Ammar.

“Maaf Sya, mood Ammar tak berapa baik sejak dua menjak ni. Jangan ambil hati. Saya pergi dulu ya.” Ujar Alya lalu bergerak keluar.

Syasya tertunduk. Hatinya remuk. Apa boleh buat ini keputusan yang dia minta, Ammar pula sudah menunaikan janjinya. Dia harus terima!

“Sorry Haikal. Saya nak balik dulu. Terima kasih untuk makanan ini.” Ucap Syasya lalu segera berlalu. Haikal tidak sempat menghalang bila melihat kelibat Syasya yang laju meninggalkan tempat itu.

Haikal mengetap bibirnya. Tak guna! Kau merosakkan semua plan aku Ammar! Bentak Haikal dalam hati. Bukan sekadar hancur hasratnya untuk melamar Syasya tapi bila melihat keadaan Syasya yang seolah-olah kecewa dengan Ammar, dia mula mengesyaki bahawa Syasya masih mencintai Ammar. Dan hal itu sangat berbahaya untuk dirinya!
**
Intan merenung jam di pergelangan tangannya. Mana teksi ni? Dah nak dekat pukul enam ni, keluh Intan. Nasibnya kurang baik kerana terpaksa naik teksi gara-gara keretanya masuk bengkel semalam. Kata mekanik esok baru siap. Hai terpaksalah membuang masanya menunggu teksi yang masih belum kunjung tiba.

Tiba-tiba sebuah Proton Waja berhenti di hadapannya. Kelihatan Saiful yang berseragam polis keluar dari kereta tersebut. Intan terlopong kerana melihat penampilan Saiful. Tak sangka orang cute macam Saiful rupanya seorang anggota polis.

“Awak buat apa dekat sini sorang-sorang?” soal Saiful. Intan yang masih tergaman segera membetulkan posisinya.

“Erk...saya tunggu teksi.” Jawab Intan gagap. Maklumlah dia mana pernah berbual lama dengan Saiful. Dia cuma kenal Saiful sebagai kawan bosnya sahaja.

“Masuklah. Saya hantarkan awak balik. Bahaya anak dara sorang-sorang dekat sini. Kat sini tak berapa nak selamat sangat,” pelawa Saiful. Intan serba salah. Hissh patut ke terima?

“Jomlah, jangan risau saya hantar awak sampai depan rumah awak. Saya tak akan apa-apakan awak.” Saiful yang faham akan situasi Intan segera meyakinkan Intan bahawa niatnya ikhlas ingin menghantar Intan pulang.

Intan segera menerima pelawaan Saiful setelah berfikir beberapa saat. Yalah dari dia menunggu teksi yang tak tau bila nak ada, baik dia ikut sahaja Encik Saiful. Lagipun takkanlah seorang anggota polis akan berbuat perkara yang bukan-bukan, kan?

“Terima kasih Encik Saiful kerana tumpangkan saya.” Ucap Intan penuh sopan. Saiful yang sedang memandu hanya tersenyum.

“Tak payahlah nak berencik-encik dengan saya. Panggil aje Saiful. Lagipun saya kebetulan lalu kat sini, apa salahnya saya tumpangkan awak. Sama haluan lagi dengan jalan balik ke rumah saya. Anggap saja ini rezeki awak.” Jawab Saiful. Intan mengangguk malu.

“Awak mesti terkejut kan tengok saya pakai seragam macam ni. Ni seragam betul tau, bukan costume parti ke apa. Saya baru balik dari balai, malas pulak nak tukar baju. Tu yang balik dengan baju kerja ni.” Intan tergelak mendengar kata Saiful. Macamlah dia tak dapat beza baju kerja dengan costume parti.

“Encik Saiful ni lawaklah. Saya tau bezakanlah mana baju parti dengan baju kerja.” Balas Intan.

“Saiful saja. Yalah saya gurau aje.”

“Hehe baik Saiful.” Jawab Intan malu-malu. Tiba-tiba rasa berdebar pulak bila duduk berduaan bersama si encik polis ini.

“Humm saya nak tanya boleh?” soal Intan.

“Tanyalah.” Balas Saiful perlahan. Mata masih fokus di depan.

“Awak dah lama kenal ke dengan Cik Syasya?” soal Intan hati-hati. Bukan ingin menyibuk tapi sekadar ingin tahu.

Saiful tersenyum. Faham maksud pertanyaan Intan.

“Kami kawan sekelas sejak tingkatan tiga lagi.”

“Oh....kira lama jugalah awak berkawan dengan bos saya.” Sekali lagi Saiful tersenyum. Kawan?

“Kenapa Saiful tersenyum? Salah ke saya cakap atau jangan-jangan awak ada hati dekat bos saya ya?” serkap Intan.

“Kenapa Intan boleh cakap macam tu pulak?” Saiful cuba berdalih. Nampak sangat ke aku suka dekat bos dia ni.

“Cik Syasya tu orangnya cantik, baik, siapalah yang tak jatuh cinta. Dahlah ramai peminat. Hari-hari ada aje lelaki yang cari cik Syasya dekat pejabat tu.” Cerita Intan lancar.

“Peminat? Siapa?” soal Saiful tiba-tiba.

“Biasanya Encik Tengku Ammar dan Encik Haikal selalu cari Cik Syasya dekat pejabat. Saya rasa dua orang tu minat dekat bos sayalah.” Intan terus bercerita tanpa menyedari riak wajah Saiful yang mula berubah.

Saiful mengeluh. Ternyata hasratnya untuk mencuba nasib mencuri hati Syasya terpaksa dilupakannya. Dia harus akur, mungkin Syasya hanya anggap dia tidak lebih dari seorang kawan. Saiful menelan air liurnya. Pahit namun harus ditelan!

“Awak...” tegur Intan bila Saiful dari tadi hanya mendiamkan diri. Tetiba rasa serba salah kerana terlalu ramah bercerita soal bosnya.

“Saya hanya kawan saja dengan dia. Hanya sekadar kawan,” ujar Saiful perlahan.

Intan terdiam. Boleh percaya ke ni? Entah kenapa dia masih ragu-ragu dengan jawapan Saiful. Eh yang kau nak menyibuk sangat hal orang ni kenapa, marah Intan pada dirinya.

“Humm awak lapar tak? Jom teman saya makan boleh?” soal Saiful membuatkan Intan terkedu.

“Boleh tak? Kalau tak boleh tak apalah, kita balik,”

“Erk...boleh. Saya lapar.” Jawab Intan jujur. Memang perut dia dah berkeroncong pun. Saiful tersengih mendengar jawapan Intan. Sedikit terhibur. Sekurangnya kehadiran Intan membuatkan Saiful tidak terlalu kecewa kerana mengenangkan dirinya yang hanya bertepuk sebelah tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience