Bab 23

Romance Series 14495

Ammar termenung sambil memerhati keindahan malam yang pekat ini melalui balkoni kamarnya. Masih lagi terngiang-ngiang di fikirannya tentang perbualannya bersama Syasya siang tadi. Ammar mengeluh dalam diam. Penat rasanya memikirkan soal hatinya yang sentiasa tidak keruan ini. Bunyi ketukan mematikan lamunannya.

“Masuk.” Ammar bersuara. Pintu dibuka lalu terpancul wajah kakaknya.

“Demam Am dah okey?” soal Amylia sambil membawa secawan susu panas buat adik kesayangannya.

“Okey,” jawab Ammar sepatah. Ammar melangkah masuk dan duduk di birai katilnya.

“Ibu cakap Am keluar. Am pergi mana?” Amylia duduk di sisi adiknya. Ammar menghela nafasnya perlahan.

“Am pergi melawat kawan Am tadi.”

“Kawan Am yang jatuh gaung tu?” soal Amylia perlahan. Ammar hanya mengangguk.

“Macam mana keadaan dia sekarang?”

“Dia dah makin sihat.” Balas Ammar hambar. Hatinya masih berbelah bahagi untuk menceritakan hal yang sebenar atau tidak kepada kakaknya

“Am, kak Amy tau yang Am ada sembunyikan sesuatu. Kak Amy rasa budak perempuan tu kan yang jatuh gaung hari itu.” Ammar sedikit terkejut dengan kata-kata kakaknya. Apa yang Amylia beritahu itu semua benar belaka.

“Mana kak Amy tau?” Amylia hanya tersengih.

“Am cuba cerita pada akak apa yang sebenarnya terjadi?”

“Sebenarnya memang dia yang jatuh hari tu. Am panik sangat bila tau dia hilang. Am terus masuk hutan tanpa fikir panjang dan syukurlah Am berjaya jumpa dia. Tapi keadaan dia masa tu teruk sangat. Am takut sangat kak. Takut yang Am takkan jumpa dia lagi. Am terus bawa dia keluar dari situ walaupun masa tu hujan lebat sangat. Am tak kisah tentang diri Am asalkan dia selamat.” Cerita Ammar panjang lebar.

“Am, akak tau yang Am sayangkan dia tapi keselamatan Am pun penting. Kalau jadi apa-apa kat Am macam mana? Am patut kena fikir macam mana perasaan family ni kalau kami semua kehilangan Am. Waktu Am demam teruk hari tu pun kami semua dah bimbang ni pulak kalau....” Amylia tidak dapat meneruskan ayatnya. Sebak. Ammar terus memeluk bahu kakaknya .

“Kak Amy jangan risau Am akan cuba jaga diri Am. Kak Amy kena ingat maut itu semua ketentuan Allah. Am minta maaf sangat sebab dah susahkan hati semua orang di rumah ni. Am minta maaf juga sebab tak bagi tahu hal yang sebenar.” Jelas Ammar. Amylia kini sedikit tenang.

“Kak Amy tak marahkan Am sebab selamatkan budak tu tapi lain kali jagalah keselamatan diri juga.” Bukan niatnya untuk memaki tindakan Ammar. Benda dah terjadi. Dia cuma risau bila mengenangkan demam panas yang teruk dialami Ammar.

Sudahlah Ammar ni memang liat sangat nak pergi hospital. Untung sahaja mereka ada doktor peribadi yang dapat merawat Ammar di rumah. Penakut betul adiknya dengan hospital.

“Syasya.” Nama yang disebut Amylia membuatkan Ammar terkedu.

“Ha...”

“Nama budak tu Syasya, kan?” soal Amylia tiba-tiba. Ammar mengerutkan dahinya.

“Macam mana kak Amy tau?” soal Ammar kembali. Amylia hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Kakaknya memang cantik. Sempat lagi Ammar memuji Amylia dalam hati.

“Sebab ada budak tu mengigau siap sebut banyak kali nama tu.” Perli Amylia.

“Betul ke?” Ammar masih tidak percaya.

“Yalah. Nasib baik bila waktu kak Amy jaga aje Am mengigau. Kalau waktu ibu atau baba jaga mesti diorang fikir pelik.” Ammar hanya tersenyum nipis. Mungkin dia terlalu memikirkan Syasya sampaikan terbawa dalam mimpi.

“Am, kak Amy harap Am dapat jaga tentang maruah family kita. Kak Amy sentiasa mendoakan yang terbaik buat Am. Walau siapa pun pilihan Am, kak Amy terima. Mungkin Syasya ni budak yang baik, kalau ada masa kenalkanlah dekat akak. Ingat jangan lupa pasal tanggungjawab Am pada family ni juga. Kalau dah jodoh tak ke mana....” nasihat Amylia.

“Am janji, Am akan jadi tunjang utama untuk family kita. Am akan buat sebaik mungkin untuk kembangkan bisnes baba. Kalau jodoh Am dengan dia pasti Am akan bawa dia masuk dalam family kita.” Janji Ammar. Dia selalu berdoa agar suatu saat nanti dia akan menjadikan Syasya sebagai suri hatinya sehingga akhir hayatnya....
**
“Ha...sampai pun. Lama tau saya tunggu. Eh, Alya pun ada. Masuklah...” pelawa Syasya. Tengahari tadi Amira menelefonnya untuk datang ke rumahnya. Amira ingin memberitahu tentang pelajaran yang diajar di sekolah.

Amira tidak ingin Syasya ketinggalan dalam pelajarannya. Jadi dia pasti akan selalu datang ke rumah temannya pada waktu petang untuk bawakan nota-nota penting atau latihan yang diberi oleh guru mereka.

Lagipun Syasya seorang yang mudah cepat tangkap kalau bab pelajaran. Amira pasti yang Syasya akan mengulangkaji sepenuhnya ketika di rumah. Walaupun dirinya masih belum sepenuhnya sembuh tetapi itu bukanlah halangannya untuk tidak belajar. Syasya sentiasa optimis. Maklumlah pelajar bijak!

“Awak tak kisahkan saya join petang ni?” soal Alya manis.

“Eh tak ada masalah punya.” Balas Syasya. Walaupun dia agak kekok untuk berhadapan dengan Alya setelah mengetahui perhubungan Alya dan Ammar tetapi dia cuba untuk tidak pamerkan perasaannya.

“Awak sihat?” soal Alya. Keprihatinan Alya membuatkan Syasya serba salah. Sungguh kejam andai hati sebaik Alya disakiti oleh Ammar. Patut ke aku beritahu dia tentang Ammar.

“Saya sihat.” Balas Syasya tersenyum nipis.

“Guys kita borak kejap lagi ya...jom study dulu,” arah Amira.

“Okey....!” balas Alya dan Syasya serentak. Mereka terus menuju ke bilik bacaan. Akhirnya sesi mengulangkaji tamat setelah hampir dua jam mengadap nota masing-masing. Mereka segera bergerak ke dapur untuk mengisi perut.

“Wah...ada pizza. Ni untuk kita ke?” soal Amira riang. Budak ni kalau nampak makanan, cepat aje dia...

“Haah, papa beli untuk kita. Jemputlah makan.” Ajak Syasya. Dia segera menyediakan minuman buat temannya.

“Tapi mana papa awak?” soal Amira sambil melilau matanya mencari kelibat Encik Aziz.

“Ada kat bilik kerja dia. Tengah buat kerjalah tu...”

“Bagus betullah papa awak ni, dia sanggup bawak balik kerja kat rumah semata-mata nak jaga awak.” Amira kagum dengan sikap Encik Aziz. Walaupun duda tapi dia sentiasa mengambil berat perihal anak kesayangannya.

“Awak tau papa saya macam mana, kan.” Balas Syasya.

“Emm Sya, saya pergi toilet dulu ya...sakit perut sangat. Alya makanlah dulu tapi jangan habiskan tau.” Pesan Amira sebelum berlalu ke tandas. Alya dan Syasya hanya menggelangkan kepala melihat telatah rakannya.

“Alya, kalau saya nak tanya something awak jangan marah ya.” Inilah saatnya untuk dia berterus-terang tentang sikap Ammar. Alya hanya mengangguk.

“Macam mana hubungan awak dengan Ammar sekarang?”

“Maksud awak?”

“Pertama sekali saya nak minta maaf sebab masa kat camp hari tu saya terdengar perbualan awak dengan Ammar. Dan saya tau awak pasti dah jadi girlfriend Ammar sekarang. Maaf saya menyibuk sebab saya ....”

“Tapi awak tak dengar habis, kan?” potong Alya. Syasya mengerutkan dahinya. Tak faham!

“Haa...” Alya hanya tersenyum kosong. Sudah dapat mengagak bahawa Syasya tidak tahu kisah yang sebenar.

“Saya rasa awak dah salah faham.” Ujar Alya.

“Salah faham?” soal Syasya bingung. Alya tersenyum. Kenangan pahit mula menerpa dalam fikiran. Mulut mula ringan menceritakan.

“Saya sukakan awak masa kita first meet dulu. Saya dah lama pendam perasaan ni. Saya harap awak dapat balasnya.” Ujar alya penuh harapan.

“Alya, saya cuma anggap awak hanya sekadar kawan dan tak lebih dari tu. Awak baik sangat. Awak patut dapat yang lebih baik dari saya. Saya harap awak faham, kita cuma boleh jadi kawan aje,” ulas Ammar panjang lebar. Alya cuba tersenyum namum pahit. Sungguh tidak dinafikan perasaannya hancur bila cintanya ditolak mentah-mentah.

“Atau awak dah jatuh cinta kat orang lain?” serkap Alya. Ammar terkedu namun lama kelamaan dia tersenyum. Dia akan berterus-terang tentang perasaannya supaya Alya faham.

“Ya saya dah jatuh hati...”

“Siapa?”

“Syasya Ilyana!” pengakuan Ammar membuatkan jantung Alya berdetak kencang ternyata selama ini Ammar mencintai Syasya secara diam-diam.

“Saya harap awak faham Alya.” Pujuk Ammar. Alya cuba bertahan supaya tidak menitiskan air mata.

“Saya faham. Saya harap kita akan terus berkawan. Saya harap awak lupakan aje luahan hati saya tadi. Anggap yang saya tak pernah cakap apa-apa kat awak.” Ujar Alya perlahan. Ammar hanya mengangguk senang.

Syasya terlopong mendengar cerita Alya. Sungguh dia tidak menduga itu jawapan yang diberikan oleh Ammar. Perasaan bersalah menyelubungi diri kerana memarahi Ammar. Dia juga tidak menyangka bahawa Ammar juga turut mencintainya. Syasya memandang tepat ke wajah Alya, ada sedikit kekeruhan di wajah manis itu.

“Awak okey, Alya?” soal Syasya penuh hati-hati.

“Saya okey. Saya faham dan terima siapa pun pilihan Ammar.” Ujar Alya tersenyum.

“Awak pasti? Awak nak saya bincang dengan Ammar ke?”

“Tak. Saya pasti. Saya hanya mampu jadi kawannya saja dan saya hargainya. Sya, awak beruntung dapat ambil hati Ammar. Jagalah hati dia....dia orang yang baik sangat.” Nasihat Alya. Hatinya sudah sedikit sebanyak menerima keputusan Ammar.

“Kalau boleh jagalah Ammar baik-baik, jangan sampai kena rampas dengan Fasha.” Sambung Alya lagi. Syasya hanya tersenyum. Dia tidak tahu ingin berkata apa kepada Alya. Terharu! Syasya terus memeluk Alya.

“Terima kasih Alya. Awak sangat baik...”

“Tak ada apanya. Kitakan kawan.” Balas Alya.

“Hei kenapa berpeluk ni, saya ada ketinggalan apa-apa ke?” muncul suara Amira tiba-tiba. Syasya melepaskan pelukannya dan berpaling mengadap Amira yang sudah berkerut dahinya.

“Adalah. Betul tak Alya,” ujar Syasya. Alya hanya tersengih.

“Ala...tak acilah macam ni. Nak tau juga!” desak Amira. Muncungnya sudah ditarik.

“Dah....tak payah nak merajuk. Ni makan pizza, dah sejuk da....” Syasya terus mengambil sekeping lalu menyuap ke mulut muncung Amira. Alya dan Syasya tergelak melihat raut terkejut Amira. Amira juga turut tertawa bersama sambil mengejar Syasya. Bahagia!
**
Syasya memandang sepi raut wajahnya di cermin. Mendung. Dia terus menyikap rambutnya yang separa bahu perlahan-lahan. Fikirannya terus melayang ke arah perbualannya bersama Alya. Entah kenapa penjelasan Alya membuatkan dia bahagia. Tetapi perasaan serba salah menyelinap masuk ke hatinya.

Apa aku patut buat untuk minta maaf dekat Am? Aku betul-betul rasa bersalah. Tapi betul ke yang aku tak bertepuk sebelah tangan? Betul ke Am juga suka dekat aku? Pelbagai persoalan bermain di fikarannya.

Syasya menarik nafas panjang. Dia perlu lakukan sesuatu untuk tebus kesalahannya. Lagipun dia juga belum sempat untuk berterima kasih dengan Ammar kerana menyelamatkannya. Entah kali ke berapa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience