Bab 8

Romance Series 14495

Loceng terakhir persekolahan telah berbunyi menandakan waktu persekolahan pada hari ini telah tamat. Seperti biasa, pelajar berpusu-pusu keluar dari kawasan persekolahan untuk sampai ke rumah masing-masing tetapi tidak bagi Syasya kerana dia ada sesuatu yang perlu dijelaskan terlebih dahulu. Setelah selesai memasukkan buku ke dalam beg, Syasya dan Amira bergegas ke tempat yang dijanjikan.

“Betul ke dia nak jumpa kat sini Sya?” tanya Amira was-was.

“Betul. Dia cakap dekat bangku belakang sekolah, yang saya tau tempat ni ajelah. Lagipun sinikan tempat saya lepak hari-hari....setahu saya tak ada dah tempat lain,” jawab Syasya.

“Tapi yang peliknya kenapa dia pilih sini ya sedangkan tak banyak pelajar tau tentang tempat ni. Istimewa betullah si secret ni, kan,” kata Amira.

“Saya pun pelik. Dalam banyak tempat, sini juga jadi pilihan dia.”

“Eh, Sya nampak macam ada orang aje duduk kat bangku tu. Jangan-jangan tu secret kut, tapi tak nampak mukalah sebab dia duduk membelakangi kita. Pergilah tegur...”

“Ish betul ke Mira,” tanya Syasya.

“Betul la....tu dia, pergilah,” arah Amira sambil menolak Syasya ke depan.

“Humm, malulah...awak temanlah saya,”

“Saya ke awak yang dia nak jumpa, pergilah...saya tunggu kat sini,”

Dengan perasaan berat hati, Syasya akhirnya akur lalu menuju ke arah remaja lelaki itu. Dengan hati yang berdebar-debar Syasya memberikan salam lalu remaja itu berpaling dan menjawab salam tersebut.

Syasya kaget kerana tidak menyangka bahawa ‘dia’ ialah orang yang menghantar surat kepadanya selama ini. Begitu juga dengan Amira yang dari tadi tidak berkelip melihat ‘dia’ yang dimaksudkan sebagai si secret itu.

“Tengku.....” kata Syasya dengan perasaan yang sukar difahami.

“Hai, Syasya....tak payahlah nak bertengku-tengku dengan saya, just call me Ammar,” kata Ammar dengan nada bersahaja.

“Teng...err Ammar, awak ke secret tu?” tanya Syasya untuk kepastian.

“Ya...sayalah secret tu. Kenapa tak percaya?”

“Bukan tak percaya tapi saya pelik orang macam awak nak berkawan dengan orang biasa macam saya,” kata Syasya merendah diri.

“Kenapa? Orang macam saya ni tak layak nak berkawan dengan orang macam awak ke. Saya bukan orang macam tulah nak berkawan pun kena tengok status dulu. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak,” kata Ammar bersungguh-sungguh.

“Tapi awakkan ramai peminat, kenapa tak kawan dengan diorang aje?”

“Diorang bukan ikhlas macam awak. Diorang rapat dengan saya pun kerana duit dan rupa paras saya aje. Awak lain kerana awak terima saya bukan kerana duit atau rupa saya, itu yang membuatkan saya tertarik nak kawan dengan awak,”

“Ish, pujian awak terlalu berlebihan Ammar,”

“Mana ada lebih, pujian ini memang sesuai dengan orangnya,”

Kata-kata Ammar membuatkan Syasya tertunduk malu. Setelah beberapa minit mereka berbual Syasya tersedar bahawa dia merasa begitu lama berada di situ jadi dia memohon diri untuk pulang.

“Ammar, dah lama saya kat sini jadi saya nak minta diri dulu. Kesian pulak dekat kawan saya,” kata Syasya.

“Oh okey. Emm Syasya boleh tak saya tegur awak dekat sekolah macam kawan-kawan awak di sekolah?” tanya Ammar.

“Awakkan dah jadi kawan saya, mestilah boleh,”

“Betul ni?”

“Betullah. Saya pergi dulu ya, assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam. Kirim salam kat kawan awak tu, cakap thanks sebab teman awak,” kata Ammar sambil tersengih.

Syasya hanya tersenyum lalu segera beredar dari situ. Syasya menuju ke tempat Amira, dari jauh lagi dia dapat melihat senyuman manis Amira dan dia pasti akan disiasat sebentar lagi oleh inspektor Amira.

“Jom, kita balik,” ajak Syasya.

“Eh...awak miss sesuatu nak story kat saya. Wah dalam diam-diam awak diminati oleh orang famous kat sekolah kita ya...untungnya awak. Jadi, betullah apa yang saya cakap kat awak yang si Tengku tu ada feeling kat awak tapi awak yang tak nak percaya. So now see, he is your secret...” usik Amira tanpa henti.

“Okey, saya cerita tapi bukan kat sini....jom kita pergi kedai cendol Pak Mat nak tak?” pelawa Syasya.

“Emm boleh juga tu, saya pun dahaga ni....jom kita serang kedai cendol Pak Mat!” kata Amira dengan semangat, hilang sudah persoalan tentang si Secret. Dalam kepala Amira sudah terbayang kenikmatan cendol Pak Mat itu, maklumlah si Amira ni peminat cendol no.1.
**

“Pak Mat, cendol special dua ya,” kata Amira lalu berlalu ke tempat duduknya.

“Hari panas macam ni, memang sesuai makan cendol, kan?” kata Amira.

“Emm betul tu, tak apa hari ni saya belanja awak,” kata Syasya.

“Wah baiknya awak...kan best ada orang belanja. Untung si Tengku Ammar tu....hehehe” usik Amira.

“Ish awak ni kitorang kawan ajelah, mana ada apa-apa. Awak jangan nak mengarut ya, saya tarik balik kata-kata saya nak belanja awak tu baru tau,” ugut Syasya.

“Eh, mana aci macam tu. Nanti buruk siku tau. Sebut pasal Tengku, awak janji nak cerita, cepatlah saya tak sabar dah ni,” desak Amira.

“Emm camni...” kata-kata Syasya terhenti kerana memberi ruang kepada Pak Mat meletakkan cendol yang dipesan.

“Terima kasih Pak Mat,” kata Syasya dan Amira serentak. Pak Mat hanya tersenyum manis. Setelah Pak Mat berlalu, mereka menikmati cendol itu dengan penuh selera.

“Sambung la, Sya,” kata Amira sambil memberikan sepenuh perhatian kepada Syasya.

Lalu Syasya menceritakan apa yang dibualkannya bersama Tengku Ammar kepada Amira. Setelah selesai menceritakannya, mereka menghabiskan cendol tersebut lalu membuat bayaran dan berlalu pulang ke rumah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience