Bab 13

Romance Series 14493

Setelah selesai salah faham yang berlaku antara Syasya dan Ammar, hubungan mereka kini kelihatan semakin intim. Hal ini membuatkan Amira berasa lega. Kini hubungan mereka menjadi bualan para pelajar di sekolah itu.

“Aku tak tahulah apa yang si Am tu pandang sangat dekat perempuan kampung tu,” komen Fasha sambil melihat kemesraan Ammar dan Syasya dari jauh. Ish..menyampah betul, getus Fasha.

“Entahlah, tapi aku rasa perempuan tu ada guna ilmu supaya Am suka dengan dia,” fitnah Anis.

“Boleh jadi juga,” Fasha yang sudah termakan fitnah itu memandang penuh dendam terhadap pasangan tersebut. Kau tunggu aje nasib kau Syasya Ilyana...desis Fasha.

Di fikirannya kini sudah tersimpan pelbagai rancangan untuk hancurkan hidup Syasya. Syaitan yang berbisik di telinga mereka meloncat kegembiraan saat dia telah berjaya menyesatkan seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Namun selain Fasha dan Anis, ada seorang lagi yang sedang memerhatikan gelagat mesra Syasya dan Ammar. Kemesraan yang ditunjukkan oleh Syasya kepada Ammar benar-benar telah mencabar egonya sebagai lelaki. Api cemburu melihat suasana itu menguasai dirinya. Haikal menahan dirinya daripada menyerang Ammar kerana dia tidak mahu Syasya semakin membencinya. Dia harus melakukan sesuatu!
**
Pengumuman yang dibuat oleh Cikgu Waniey membuatkan semua pelajar terdiam. Semua memberi sepenuh perhatian.

“Minggu depan sekolah kita akan adakan pesta kokurikulum. Tahun ini kelas kita terpilih untuk menguruskan acara tersebut. Cikgu nak awak semua bentuk beberapa kumpulan dan bagi tugas sama rata setiap ahli.” Arah Cikgu Waniey. Para pelajar mula berbincang dan suasana di kelas itu riuh rendah dengan suara teruja mereka.

“Sebelum tu untuk uruskan gerai makanan bagi wakil kelas kita, cikgu akan pilih pelajar itu sendiri.” Suasana kembali sepi.

“Okey, cikgu mahu Syasya, Amira, Alya dan Anita yang uruskan. Yang lain boleh bentuk kumpulan sendiri dan setiap kumpulan tak lebih dari empat orang sahaja. Cikgu nak semua orang bekerjasama untuk uruskan hal ni. Lepas dah bahagikan kumpulan, sila lantik ketua dan ketua perlu beri nama ahli kumpulan awak semua kepada cikgu nanti kecuali kumpulan Syasya. Syasya, cikgu lantik awak sebagai ketua dan kumpulan awak akan dipimpin oleh Cikgu Siti nanti. Kalau ada apa-apa, sila rujuk pada dia. Faham semua?”

“Faham cikgu!” jawab seisi kelas serentak. Setelah itu, semua pelajar mula berbincang selepas Cikgu Waniey membahagikan acara yang perlu dikendalikan oleh setiap kumpulan.

“Kita nak jual apa ni?” soal Amira.

“Kita jual benda yang simple tapi sedap dan menarik,” ujar Syasya.

“Tapi apa?” soal Anita kembali.

“Cupcake...!” Semua mata memandang Alya. Alya hanya tersengih.

Kini Alya sudah mula mesra dengan rakan sekelasnya. Alya juga memohon maaf kepada Syasya, Amira dan rakan-rakannya yang lain atas sikap sombongnya pada hari pertama dia ke sekolah ini. Dia akui bahawa dia betul-betul dipaksa untuk berpindah oleh kedua ibu bapanya. Oleh sebab itulah dia menunjukkan perasaan tidak sukanya pada hari pertukaran sekolah. Tapi kini dia betul-betul seronok untuk bersekolah di sini. Amat seronok!

“Bagus cadangan awak tu tapi saya hanya boleh buat cupcake perisa coklat saja. Takkanlah kita nak jual satu jenis cupcake aje.” Syasya mengeluh.

“Saya boleh buat pelbagai perisa cupcake. Saya boleh uruskan bab cupcake ni,” ulas Alya.

“Wah baguslah macam tu. Kita boleh jual cupcake ni dengan harga yang berbaloi. Kalau macam tu, biar saya dan Anita uruskan minuman. Apa kata kita buat minuman jus?” soal Amira.

“Okey juga tu biar saya uruskan peralatan untuk gerai. Nanti kita boleh tanya pendapat Cikgu Siti tentang rancangan kita ini, okey girls....?” tanya Syasya kepada ahli kumpulannya.

“Okay boss!” jawab mereka bertiga serentak.
**
“Awak buat apa untuk pesta kokurikulum ni nanti?” tanya Syasya sambil membetulkan kedudukannya.

“Saya terlibat dalam acara bola keranjang. Awak?” soal Ammar kembali. Matanya langsung tidak lepas dari terus menatap wajah Syasya yang putih. Hal itu membuatkan Syasya tertunduk malu.

“Kelas kami terlibat untuk uruskan pesta tu, tapi kumpulan saya terlibat dalam bahagian penjualan makanan,” jawab Syasya sambil membelek buku di tangannya. Entah kenapa perasaannya langsung tak tenteram bila berhadapan dengan Ammar. Macam tak biasa jumpa pula, lagipun bukan aku berdua-duaan. Amira ada temankan aku kan...desis Syasya. Cuma Amira duduk sedikit jauh dari mereka sebab tak nak menganggu katanya.

Walaupun begitu, hal itu langsung tidak mengurangkan debaran di hati Syasya saat matanya bertembung dengan mata Ammar. Terasa macam kejutan elektrik mengalir dalam tubuhnya. Sungguh menggetar jiwa.

“Wah! Baguslah nanti bolehlah saya melawat gerai awak,” ujar Ammar teruja.

“Silakan, kalau sudi.”

“Takkanlah tak sudi, by the way awak jual apa?”

“Kitorang ingat nak buat cupcake dan jus buah-buahan,” jawab Syasya.

“Bunyi macam sedap je...boleh saya minta sesuatu kat awak?” soal Ammar.

“Insya-Allah saya cuba lakukan. Apa?”

“Kalau tak keberatan saya nak rasa cupcake hasil dari air tangan awak, boleh?” pinta Ammar. Permintaan Ammar membuatkan Syasya terkaku. Syasya hanya mampu tersenyum sedangkan lidahnya kelu untuk menuturkan persetujuannya. Baginya permintaan Ammar bukanlah berat sangat tetapi entah kenapa bibirnya berat untuk berkata apa-apa.

“Ahh saya ni mengada-ngada pulak. Awak jangan ambil serius apa yang saya cakap tu. Saya cuma bergurau aje,” ujar Ammar sambil ketawa untuk menutup perasaan malunya. Ish...apalah gatal sangat mulut ni. Tak pasal-pasal aku juga yang malu, takkanlah Syasya nak tunaikan permintaan aku yang entah apa-apa tu, gumam Ammar dalam hati.

“Saya minta maaf kalau gurauan saya tadi melampau,” ucap Ammar perlahan.

“Tak apalah, saya tak ambil hati,” balas Syasya tersenyum mesra. Walaupun dalam hati masih terkejut lagi tentang perkara itu. Dari jauh kelihatan seseorang memerhatikan mereka, perlakuan mesra mereka membuatkan orang tersebut berlalu dengan perasaan dendam yang membara.
**

“Ehem..! Sorang aje ke?” tanya Danial.

“Awak rupanya. Yalah sorang ada nampak berdua ke?” soal Amira kembali tegas. Dia tahu kedatangan Danial pasti hendak keluarkan taring kasanovanya. Sorrylah kalau aku nak tertarik dengan kata-kata manis kau Danial....guman Amira. Siapalah tak kenal dengan Mr Playboy ni, satu sekolah kenal dengannya. Mungkin sebab wajahnya yang tampan itulah yang buatkan ramai pelajar perempuan tergilakannya.

“Garangnya....janganlah garang sangat! Tapi saya memang suka kalau orang yang garang ni.” Danial mula mengayat.

“Oh ya erk. Ada saya kisah,” jawab Amira sambil membelek majalahnya. Ish lambat pulak si Syasya ni bersembang, aku dah tak tahanlah lama-lama dengan mamat playboy ni....Amira mengerling ke arah Syasya yang berada tidak jauh dari tempatnya.

“Tak suka ke duduk dengan saya?” soal Danial.

“Tak! Dari saya duduk dengan awak baik saya duduk dengan harimau,”

“Amboi berani nampak nak duduk dengan harimau. Tak takut kena ngap ke?”

“Saya lebih rela kena ngap dengan harimau daripada kena ngap dengan spesies yang tidak berperasaan macam awak!” ucap Amira kasar lalu segera beredar dari situ, meninggalkan Danial terkontang-kanting sendirian.

Danial yang terkejut akan kata-kata Amira hanya memandang sepi. Entah kenapa setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Amira membuatkan hatinya tersentuh. Selama ini dia langsung tidak endah dengan bicara mana-mana perempuan tapi bila Amira mengeluarkan kata-kata seperti itu ia seolah-olah merobek hatinya.

“Kau kenapa bro?” soal Ammar setelah melihat wajah Danial berubah apabila bercakap dengan Amira. Hai takkan dah tangkap cintan kot dengan minah tu...desis Ammar.

“Broken heart, bro!” jawab Danial perlahan. Tiba-tiba Ammar tergelak kuat. Geli hatinya mendengar pengakuan rakannya.

“Kau kenapa Am...dah rasa lama hidup,” Danial mula bengang.

“Hahaha....sorry bro. Aku geli hatilah bila kau cakap macam tu. Sejak bila pula kau dah pandai patah-patah hati ni. Tapi kalau kau yang patahkan hati perempuan adalah,” ujar Ammar sambil menahan ketawanya.

“Aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Tapi tadi bila si Amira tu cakap yang aku ni spesies yang tak ada perasaan, hati aku macam hancur. Sentap derr,” luah Danial.

“La betullah apa yang Amira tu cakap yang kau nak jiwang apa kes. Hahaha....sumpah bro aku rasa macam usus perut aku nak tercabut aje,”

“Alang-alang nak tercabut, mari aku cabut aje terus. Lepas tu aku jual kat pasar ikan,” balas Danial geram.

“Tenang bro janganlah marah. Okey cuba cakap kat aku apa yang dah jadi sebenarnya?” Ammar mula menenangkan rakannya. Emosional lebih pulak dia....

“Aku sebenarnya nak ayat minah ni tapi dia boleh buat tak tahu aje kat aku, maunya ego aku tak tercabar. Ni first time tau aku kena macam ni, lepas tu boleh pulak dia bandingnya aku dengan binatang. Then cakap aku ni spesies yang tak berperasaan. Kau rasa macam mana perasaan aku. Gini-gini aku pun, aku masih ada perasaan dan maruah tau,” ujar Danial panjang lebar.

“Baru sekarang kau sedar yang kau ni ada perasaan. Aku ingat kau ni buta perasaan.”

“Kau ni sebelah siapa bro, aku ke minah tu? Kau nak rasa tapak kasut aku ke apa,” balas Danial kasar.

“Okey maaf. Cuma aku pelik kenapa kau kisah pasal perasaan kau sedangkan selama ni kau tak kisah langsung kut. Jangan-jangan kau suka dekat si Amira tu,” serkap Ammar.

“Ish tak adalah. Akukan playboy sejati, aku tak akan pernah suka kat mana-mana perempuan even si minah tu, lagilah aku tak nak!” Muka Danial kelihatan merah sedikit.

“Kau jangan bro nanti orang yang tak nak tulah yang akan jadi bini kau nanti,”

“Kita tengok aje nanti, aku jamin tak punya. Lagipun aku ada plan baik punya nak kenakan si minah poyo ni. Dia ingat dia bagus, dia belum kenal lagi siapa Danial Asraf yang sebenar. Berani betul dia malukan aku ya...” Danial mula mengatur strategi.

Ammar hanya menggeleng. Suka hati kaulah Danial...tapi aku rasa yang satu hari nanti kau dan dia akan bersama...bisik Ammar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience