Bab 62

Romance Series 14493

Syasya terpegun melihat bangunan cantik terletak indah di depan matanya. Cantik seni ukirannya sampaikan Ammar terpaksa berdeham menyedarkan isterinya yang masih kaku melihat bangunan hotel yang bakal mereka bermalam selama berada di kota cinta ini.

“Sayang, tercegat apa lagi kat situ, jom masuk,” ajak Ammar lalu segera menarik tangan Syasya ke kaunter untuk check in bilik. Setelah selesai urusan pendaftaran, Syasya dan Ammar segera bergerak ke bilik honeymoon mereka. Sekali lagi Syasya terpegun dengan susun atur dalaman hotel tersebut. Cantik dan kelihatan sangat mewah!

“Abang, apa nama hotel ini?” soal Syasya. Lekanya dia sampai lupa untuk tahu nama hotel tersebut. Ammar tersenyum manis mendengar pertanyaan isterinya.

“Renaissance Paris Vendome Hotel.”

Dengar nama saja pun dah gah. Siapa tak kenal salah satu hotel lima bintang yang terkenal di Kota Paris ini. Bukan calang-calang orang yang dapat menginap di sini. Kebiasaannya orang yang bertaraf VVIP atau VIP sahaja yang mampu membayar harga yang agak tinggi jumlahnya, sesuailah dengan fasiliti dan layanan yang disediakan oleh hotel tersebut.

“Mesti mahal.” Ujar Syasya perlahan. Entah kenapa hatinya rasa serba salah. Bukan niatnya kahwin dengan Ammar untuk menikmati kekayaan suaminya.

Ammar melangkah perlahan ke arah Syasya. Segera dagu isterinya dipaut menatapnya.

“Sya...janganlah cakap macam tu. Abang buat ni khas untuk sayang, tak pernah terlintas pun dalam fikiran abang untuk berkira dengan isteri sendiri. Apa milik abang, milik sayang juga okey,” pujuk Ammar.

“Tapi Sya tak nak orang fikir, Sya ambil kesempatan atas abang. Sya sedar siapa diri Sha, Sha tak layak....”

“No dear, please listen to me. Whatever people said, just ignore it. Yang penting sekarang Sya dah sah jadi isteri abang. Dan itu impian abang dari dulu. Please sayang, lupakan hal ni, kita nikmati honeymoon kita dengan hal-hal yang gembira aje. Jangan fikir lagi tentang hal remeh ni okey?”

Syasya merenung jauh ke dalam mata suaminya. Sekali lagi Syasya jatuh cinta pada suaminya. Syasya mengangguk perlahan lalu segera memeluk suaminya. Ammar membalas perlahan pelukan isternya. Ya Allah semoga kebahagiannya ini kekal, bisik perlahan Syasya.
**
Sepanjang di Paris, Syasya dan Ammar banyak menghabiskan masa dengan melawat tempat-tempat menarik seperti The Lourve Museum untuk melihat potret Monalisa, Venus De Milo dan Egyptian antiquities (sphnix). Selain itu, mereka sempat berkunjung ke Place de la Concorde, Arc de Triumphe, La Defense, Notre Dame dan menikmati pemandangan senja di Selna Rilver.

“Sekejap rasanya kan sayang, hari ni last day kita kat sini.” Ujar Ammar lalu menyuapkan makanan.

“Sya rasa tak puas lagi nak pergi melawat tempat-tempat di Paris ini.”

“Nanti kita datang lagi ya sayang. Kali ini kita bertiga pulak,” jawab Ammar sambil mengenyit mata nakal. Syasya tersenyum malu.

“Lepas ni, kita nak terus balik bilik ke abang?”

“Sayang, kita tak pergi lagikan Eiffel Tower. Mana boleh tak singgah situ. Tempat wajib tu kalau datang Paris.” Ammar mengingatkan Syasya ke destinasi terakhir mereka.

“Oh Sya lupa, abang ada cakap semalam.”

“Hai, tak sabar nak balik ke sampai lupa ni.” Syasya tergelak mendengar omelan suaminya.

Setelah selesai menghabiskan makanan mereka di Restoran Istanbul. Mereka segera bergerak ke Eiffel Tower yang tidak berapa jauh dari restoran tersebut. Setelah sampai, Syasya dan Ammar mengambil beberapa foto kenangan sebelum melabuhkan diri di bangku yang berdekatan di situ.

“Abang....” panggil Syasya.

“Ya, sayang.”

“Terima kasih sebab sudi bawak Sya datang sini. Kalau abang tak bawak Sya, entah bilalah Sya akan sampai kat sini.” Ammar tersenyum mendengar bicara isterinya. Segera digenggam erat tangan Syasya.

“Abang yang sepatutnya ucap terima kasih. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup abang, terima kasih sudi menerima abang menjadi suami Sya, terima kasih kerana sudi ingin hidup bersama dengan abang buat selamanya.” Ayat yang dilontarkan Ammar membuatkan Syasya terharu. Betapa bertuah dirinya kerana dapat memiliki cinta Tengku Ammar.

“Sya nak tau satu rahsia tak?”

“Apa dia?”

“Sya tak nak tau ke macam mana abang dapat kenal Sya selepas lapan tahun tak jumpa.”

“Waktu majlis Danial dan Mira.”

“Nope. Salah.” Jawapan Ammar membuatkan Syasya terdiam seketika.

“Habis tu macam mana abang dapat kenal Sya?”

Ammar tersenyum. Dia segera menyentuh dahi isterinya.

“Sebab ini abang dapat kenal isteri abang. Parut dekat dahi Sya inilah yang buatkan abang sedar bahawa Syasya Ilyana yang abang cari selama ni ternyata berada dekat dengan abang, maafkan abang sebab lambat mengenali sayang,”

“Maksud abang,”

“Sayang ingat lagi tak waktu sayang pengsan dekat rumah abang dulu. Nasib abang sempat sambut sayang. Waktu tu abang perasan yang parut dekat dahi sayang sama macam parut yang sayang kena waktu sekolah dulu. Dari situ abang dah rasa something sehinggalah ibu beritahu nama penuh sayang. Then baru abang yakin yang sayang ialah Syasya Ilyana.” Cerita Ammar panjang lebar.

“Tapi kenapa abang tak pernah beritahu Sya?”

“Abang cuba nak beritahu Sya tapi waktu tu abang salah faham. Abang ingat Sya dah kahwin.”

“Lain kali tanya dulu, ni tak cepat aje nak fikir bukan-bukan,” usik Syasya sambil mencuit hidung suaminya. Ammar hanya tersengih.

“Tak sangka abang masih ingat parut ni,” ujar Syasya perlahan sambil menyentuh parutnya perlahan.

“Tak mungkin abang lupa. Abang punca semuanya.” Keluh Ammar perlahan.

“Tak, abang...ni bukan salah abang.”

“Ya Sya, ni semua salah abang. Kalaulah Sya tak dengar perbualan abang dengan Alya dulu pasti Sya tak akan....”

“Abang, ni semua takdir. Bukan salah abang. Lagipun Sya selamat, terima kasih juga sebab abang yang selamatkan Sya dulu.” Ucap Syasya sambil mengenggam erat tangan Ammar.

“Abang janji Sya, abang tak akan tinggalkan mana-mana luka dekat Sya. Biarlah parut di dahi sayang menjadi luka terakhir yang abang lakukan terhadap sayang. Abang janji akan jaga Sya sepenuh hati abang,” jawab Ammar lalu mencium erat tangan isterinya.

Syasya hanya mampu tersenyum lega mendengar luahan hati suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience